UK Clark Sales

S e q y B e a u t y

Haizi Khalid

Tunetalk

BB Cream by Seqy Beauty



Hello and Assalamualaikum to all,

Hari ini I olls nak memperkenalkan satu produk kosmetik yang direka, dicipta dan diedarkan oleh anak Bumiputera, seorang blogger yang meleps juga iaitu Sepet a.k.a Zuhana.

Thank you kepada beliau and team kerana sudi memperkenalkan produk ini kepada I olls. Bukan sebab I olls dapat PERCUMA and I olls feeling nak buat review ini, I olls buat review ni sebab I olls sendiri amat suka dengan produk ni and I olls sangat-sangat suka nak share dengan orang ramai.
Kalau ampa nak tau, I olls memang dapat banyak produk untuk di-review, tapi I olls bagitau dah siap-siap kepada pengsponsor barang, I olls akan bagi review seikhlasnya.



BB Cream by Seqy Beauty

Ampa semua mesti tau apa benda BB Cream kan? Dulu I olls memang suka pakai BB Cream, dulu-dulu aku promote kat dalam blog aku Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +), pastu memang berlambak orang duk tanya pasai produk tu kat aku. Mesti ramai orang suka nak pi beli jugak kan? Tapi lepas tu, aku rasakan Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +) makin lama makin tak best. So aku stop pakai BB Cream and aku cuba beberapa jenis BB Cream lain seperti yang dipromote oleh kawan-kawan tapi takdak pun yang berkenan di hati. Tapi nenjia, bila dapat this produk I olls falls in love!

Ini gambar i olls masa first time pakai BB Cream by Seqy Beauty. Gambar amik gambar handphone I olls Lenovo S860. NO EDITING. Natural light. Meletops kan?


Why I Olls Suka BB Cream by Seqy Beauty?

(ini bukan copy paste, mak tulis sendiri berdasarkan pengalaman)



Ampa tengok sendiri perbezaan I olls pakai. Yes, warna ini nampak sedikit kelabu sebab muka I olls yang colour tanned. Tapi lama-lama dia akan blend in and cantek. And lepas pakai full make up, warna BB Cream ini akan nampak cantek lagi. Tak sabak nak pakai BB Cream by Seqy Beauty yang lebih sesuai untuk warna kulit tanned macam I olls.


Senang nak pakai!

Untuk orang yang always busy and mengejar masa, BB Cream by Seqy Beauty adalah jawapannya. Selepas basuh muka, pakai toner and bubuh ubat jerawat sikit. I olls teruih sapu BB Cream by Seqy Beauty kat muka. Pastu make up macam biasa. And of course, lepas make up muka I olls terus berubah jadi Selena Gomez gitu. Produk meletops ini bertindak sebagai pelindung (sebab ada SPF), melembab (takpakai pakai moisturiser) and bedak asas (because of the colour yang ada dalam produk ni).

Ringan, nipis and NOT CAKEY

Tak payah pakai banyak-banyak. Semprot sekali ja kat tangan, and that is the only ammount that u need to cover your whole face. Sapukan BB Cream by Seqy Beauty

Ke seluruh wajah dengan menggunakan jari. Pastu picit lagi satu, untuk bubuh kat tengkuk. Kalau pakai tudung pun, bubuh ja kat tengkok, sebab i believe BB Cream by Seqy Beauty merawat wajah and ia merawat dan melindungi semua bahagian kulit yang menggunakan produk ni. So ampa nanti kalau bukak tudung depan suami, takdak la nampak ketara, muka putih lehaq hitam.

And ampa akan rasa sangat best sebab produk ini cover cela-cela di wajah (dark spots, warna tak sama, merah2 akibat jerawat, parut) and at same time ampa rasa sangat ringan tak macam effect pakai bedak.

Ini pun gambar I olls amik pagi-pagi buta masa duk bersiap kat bilik. Lepas dah make up semua. No editing pada gambar ya. I olls just crop sahaja.



Melindungi dengan SPF 30

Sebagai wanita outdoor macam I olls, I olls sangat suka sebab BB Cream by Seqy Beauty mempunyai pelindungai UV SPF 30. Pelindungai UV ke wajah bukan sahaja bagus untuk halang kita jadi lebih tanned, malah pelindungan SPF ini dari kesan UV juga boleh menghalang kepada effek lain seperti jeragat dan juga penuaan. Yes, ampa tak tau ka? Lagi banyak UV light kita kena, kulit lagi cepat tua.

Tidak Berminyak

Kulit I olls adalah berminyak. And yes, I olls pakai ni tapi muka I olls tak berminyak. Cuma there was one time, masa experimentasi, before apply BB Cream by Seqy Beauty I olls pi pakai sejenis pelembab, nenjia lepas tu jadi berminyak. So lepaih tu tak pakai dah apa-apa before pakai BB Cream by Seqy Beauty.

Natural oil pada wajah adalah bagus untuk melembabkan wajah and muka kita tak kering. Kulit wajah yang terlalu kering nanti cepat dapat rinkles. I olls suka BB Cream by Seqy Beauty sebab ia masih mengekalkan kelembapan kulit wajah sambil mengawal minyak.

Colour Blend In

I olls mempunyai warna kulit wanita Africa + Latin, so its not easy to find bedak asas yang sesuai dengan keunikan warna kulit I olls. So, masa Ms. Syeka bok mai BB Cream by Seqy Beauty kat I olls, the first thing I olls tanya adalah “Warna dia macam mana?”

Syeka kata, depa ada dua colour buat masa ni, nombor 1 is for cerah, and 2 is more natural. So depa bagi yang natural untuk I olls. After aplikasi, alhamdulillah, kulit I olls memang mula-mula nampak macam putih sikit, tapi lama-lama, dia macam makin cantek and blend with my natural skin colour. I olls suka.

BB Cream by Seqy Beauty dalam proses nak buat colour yang sesuai untuk wanita berkulit tanned. CAYALAH!! Cepat-cepat i mau.

Specially Designed by Seqy Beauty

Produk ni bukan dibuat di Korea / China / Bangkok pastu buat packaging lain ja. Produk ni memang di-design khas oleh Ms. Sepeti a.k.a Zuhana because beliau sendiri seorang pencinta kecantikan dan beliau sendiri seorang ahli farmasi. So dia tau la apa yang baguih and apa yang tak baguih. Produk ini insya Allah halal. Tapi yang penting, produk ini adalah buatan MALAYSIA.

Beg make up I olls memang kecik. Tapi botol BB Cream by Seqy Beauty boleh masuk dengan mejiknya.



Botol Praktikal dan Cantek

Sangat impressed dengan rekaan botol yang minimalist. Kuruih and panjang macam tubuh badan I olls. So senang nak selit kat mana-mana :)

Merawat kulit

Kulit I olls adalah sangat sensitip. Tak boleh pakai apa benda semarang. Orang tua-tua kata, kulit orang kaya. Gicu. Lepas pakai produk ni for almost 2 weeks already, I olls rasa sangat puas hati and boleh nampak perbezaan pada permukaan kulit I olls. Bukanlah nak kata lepas pakai produk ni kulit aku terus lembut lincin macam kulit teloq, tapi bila aku pakai ni, memang dah takdak masalah, takdak bintik-bintik, takdak jerewat over-over...so baguih la kan! Sapa yang kulit sensitip macam saya haruslah cuba.


Fungsi dan Kelebihan BB Cream


  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Menutupi cela di muka.
  • Sebagai bedak asas.
  • Lebih ringan dari foundation.
  • Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
  • Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
  • Melambatkan penuaan.
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Bahan-bahan dalam BB Cream by Seqy Beauty

Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol


Cepat-cepat dapatkan BB Cream by Seqy Beauty dengan segera.

Hubungi pengedar yang sah,

Ms. Atikah Syeka Rohaini (Permatang Pauh)
di talian 013-435 1899.

Sila layari laman web Seqy Beauty untuk semak senarai PENGEDAR SAH dari seluruh Malaysia.

Gambar i olls bersama Ms. Atikah Syeka Rohaini ketika pertemuan nak pass barang. Memang lepas ni kena selalu jumpa la, I olls memang akan beli produk ni selalu.


Harga :

RM55 (Semenanjung Malaysia)
RM60 (Sabah/Sarawak)


Follow :



Untuk maklumat lanjut sila layari

8.3.12

Resepi Mee Kari Meletops by Chef Eiyzall Eizhann Azami

Hello u olls.  Minggu ini ialah minggu makan sedunia.  Makan yang meletops letops plaks tu.  Kat office asyik ada kenduri,  orang belanja makan,  event kat office,  so hari hari makan sedap.  Pastu datangnya hujung minggu,  ada anak ayam akak sorang ni berhajat nak belanja we olls semua makan mee kari spesyel.  Kenapa beliau nak belanja?  Sebab beliau baru sahaja mendapat gaji pertama sebagai setiausaha eksekutif di Persatuan Alumni USM and keduanya mee kari ni spesyel sebab dia sendiri yang akan masak.

Di hari minggu yang fana itu,  akak dan anak ayam akak iaitu  Eiyzall telah meng-ververkan diri ke Chowrasta Market untuk mendapatkan bahan-bahan segar untuk membuat mee kari.  Eksaidtednya hati akak jangan dicakap,  bukan sahaja kerana dapat makan-makan sambil berkumpul bersama kawan-kawan tapi akak juga dapat belajar untuk memasak mee kari.

Apabila mee kari ini sudah menyiapkan dirinya,  MASYA ALLAH,  sedapnya tak boleh akak nak gambarkan.  Akak memang tak suka makan mee kari kat luar sebab selalunya tak sedap.  Cair,  tawar dan rasa macam telan air santan air dikacau dengan serbuk kari tak masak.  No taste u olls.  Tapi mee kari beliau ni lain sangat.


Kalau u olls nak tau,  anak ayam akak ini memang seorang yang sangat handal memasak.  Dia tidak pergi belajar kat sekolah memasak,  tapi minat memasak beliau datang dengan rasa minat dan tanggungjawab yang lahir dari dirinya sendiri seawal umur 12 tahun.  Kerana apabila mak beliau sibuk bekerja,  dia sendiri yang mengambil tanggungjawab di dapur.  Daripada tugasan harian, hinggalah ke bulan Ramadhan,  Eiyzall memegang tanggungjawab besar untuk memasak untuk family beliau.  Semua anak-anak dara dan yang tak dara lagi,  sila tutup muka dengan seluak dalam ampa.  BUAT MALU JER!!!

Siapa yang jadi housemate beliau kat asrama,  sangatlah beruntung.  Bayangkan genius dapur duduk kat asrama yang takdak dapur proper ni,  boleh masak nasik lemak,  gulai lemak ikan patin,  nasik briyani dan macam-macam lagi.  KAU MAMPU?

Di hari cuti semester,  kalau pelajar lain sibuk melancong atau kerja kedai biasa untuk mencari rezeki sampingan atau lebih hina membela badan di rumah bermain Facebook,  Eiyzall amik upah masak untuk meja pengantin.  KAU HADEEERR?

So u olls semua,  artikel hari ini,  akak akan share dengan u olls semua resepi membuat mee kari meletops by Chef Eiyzall Eizhann Azami.

Resepi Mee Kari Meletop by Chef Eiyzall Eizhann Azami




Bahan Tumisan
10 ulas bawang merah @ 3 ulas bawang besar
8-10 ulas bawang putih
Halia
6-7 batang serai dititik @ diketuk
Daun kari
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Kulit kayu manis

Memang akak suka bekerja sedapur dengan Eiyzall.  Beliau sangat teratur,  bersih dan cepat.  Kami ada chemistry bersama apabila di dapur.


Bahan Campuran
Ayam seekor (dipotong kecil-kecil)
1 kilo Isi kerang
½ kilo @300-400 gram Udang kertas  (buang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Kulit n kepala udang direbus seketika dan dikisar dengan sedikit air, tapis dan ambil airnya. Isi udang juga dikisar dan dicampurkan bersama air kulit dan kepala udang tadi)
Fish ball
Fish cakes
Tauhu kering
Sotong kembang (pilihan)
Rempah kari daging (lebih kurang 1 suku paket besar)
Santan 300-500ml
2 tin susu cair

Fish balls,  fish cakes dan tauhu kering.

Better guna kari daging....lebih manis.  Kata Chef Eiyzall.
Buang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Kulit dan kepala udang direbus seketika dan dikisar dengan sedikit air, tapis dan ambil airnya. Isi udang juga dikisar dan dicampurkan bersama air kulit dan kepala udang tadi.
 

Bahan hiasan
Mee kuning ( dicelur seketika dan dilumurkan dengan minyak bagi mengelakkan daripada melekat)
Bawang goreng
Taugeh celur
Daun sup
Daun bawang
Daun sup
Limau

Cara-caranya  :
  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau harum dan sedikit garing.
  3. Tuangkan rempah kering dengan kadar seberapa cepat dan segera kacau untuk mengelakkan rempah hangit. Kacau dan bila sudah naik harum kali kedua, masukkan air. Reneh sehingga rempah tumisan tadi pecah minyak.
  4. Bila sudah pecah minyak,  masukkan air dan udang yang dikisar bersama air udang,kacau untuk elakkan isi udang berketul.
  5. Masukkan isi ayam, kerang, fish ball, fish cake, isi sotong kembang yang telah dipotong dan biarkan mendidih seketika.
  6. Masukkan santan dan susu cair. Masukkan gula dan garam. Rasa dan biarkan kuah mee kari tadi mendidih dan pecah minyak buat kali yang kedua.
  7. Mee kuning yang telah dicelur dihidangkan bersama bahan hiasan dan bolehlah anda mencurah-curahkan kuah mee kari yang sedap itu ke dalam mangkuk.  Elok lah dimakan panas-panas.
p/s  Bahan rahsia nak reveal kat sini or nak diorang mai and menuntut dengan saya?? Gituuuu..



Kannnnnnnnnnnnnnnnn!!!  So kalau u olls nak tuntut rahsia itu,  sila add beliau kat Facebook and tanya beliau sendiri  :  Eiyzall Eizhann Azami

Okay dahh dahh!  Sekarang akak nak share dengan u olls beberapa gambar Mee Kari Meletops ini dan juga beberapa gambar ketika hari gathering we olls.

Mee Kari Meletops



Teknik yang betul untuk mengelakkan mee yang telah dicelur melekat sesama sendiri.  Gaulkan dengan minyak yang u olls buat bawang goreng! Wangi and berkilat!!

Taugeh tak perlu dicelur, goreng tanpa minyak seketika untuk mengekalkan kerangupan taugeh.

Baunya...............ermmmmmmmmmmmmm.....meletopss!





Gathering We Olls
Chef Eiyzall Eizhann Azami.  Kendu tak beliau? AHAKS
Ini bukan akak,  ini aunty belakang rumah akak.  Akak panggil dia datang kejab untuk tolong pukul telur untuk kek butter yang akak nak buat untuk tetamu petang ni.  Lepas kek siap,  dia pun balik rumah dia.  GITUUU!

Enot,  antara pembaca blog JumieSamsudin yang amat tegar. We olls selalu berkomunikasi di FB.  After two years,  ini baru first time kami bersua muka.  Dah rasa macam kenal 65 tahun.  Akak siap buli buli dia buat kerja kat dapur akak ni.  HAHAHA

From left,  Enot,  akak,  Danny,  William and Kak KS.

Pose istimewa dari KAK KS(kuatsek) untuk u olls semua.


Sekian saja,  memang seronok berkumpul dan makan-makan macam ni.  Selamat mencuba u olls semua. 

8 comments:

  1. weeeeeee...terasa begitu artiss.. thankss.semoga berjaya menghasilkan mee kari sesedap ini.. (gaytuuu statement!)

    ReplyDelete
  2. Halo... Kami dari Greenpack ingin beritahu info .. Jika ada restoran yang butuh Dus Makanan bisa menghubungi kami..

    Terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  3. sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
    nk kene try ni..

    jemput ke blog saye..

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

    Moga bermanfaat :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com