1.3.12

Ulasan Fesyen Academy Award 2012

Hello u olls semua.  Seperti yang dijanjikan,  inilah ulasan-ulasan akak sempena the mother of all awards show...THE ACADEMY AWARDS ataupun we olls semua panggil OSCAR.  Kesimpulannya,  baju depa semua untuk red carpet semua very the hambar,  very the play safe and feeling-feeling woman sangat.  Takdak sapa pun yang memondan.  

Tapi u olls janganla lemah semangat bila akak kata hambar........sebabnya...lepas cik ki cik ki ni semua pergi majelis gilang gemilang ini,  depa telah pergi ke beberapa event after party yang diorganize untuk they olls semua.  So of coz,  akak akan buat review semua baju baju depa yang meletops.  So ampa tunggu lagi dua ulasan by today and its all about OSCAR.

Oleh itu,  tampa membuang masa,  marilah kita mentengok dan membaca ulasan - ulasan yang telah akak sediakan untuk u olls semua.



Jennifer Lopez in Zuhair Murad
Sangat JLO.  Makan ati.  Suka suka suka. 

Gwyneth Paltrow in Tom Ford
Tak suka rambut itu.  Dan perlukah buat ala-ala jubah sangkut kat bahu ni.  Perlukah?


Octavia Spencer in Tadashi Shoji
Mengenakan dress dari designer yang sama.  Pilihanyang tepat.  Siriesly,  akak teringin nak pakai dress macam ini.  Sangat mengkecikkan

Giuliana Rancic in Tony Ward
Deni kadang kadang agak over.  Tapi siriesly,  dia ada taste.  Akak suka.
  

Shailene Woodley in Valentino Couture
Ramai yang tak suka dengan baju deni pakai.  Tapi akak suka.  For me its fresh and its young.  Sesuailah dengan beliau.
Kelly Ripa Grade in Carolina Herrera
Tak sangka Carolina Herrera boleh buat dress very the minimalist camni.  For me sangat sesuai untuk beliau yang mempunyai tektek yang kecik.

Sheila E.
Dress yang menguncup di bahagian bawah seperti ini adalah sangat mengkecikkan badan yang agam.  Setuju tak dengan teori akak.  So,  jom lah kita semua membuat baju kurung kain kecik kot bawah macam ni.  FEELING!

Milla Jovovich in Elie Saab Couture
Meletops tapi macam pernah tengok baju macam ni sebelum ni. 

Rooney Mara in Givenchy Couture
Tidak semua orang boleh membawa dress yang sangat 'straight from runaway' seperti ini.  Ternyata paduan reka solek dan gaya rambut teramat padan. 


Sandra Bullock in Marchesa
TAK PERCAYA DRESS INI BY MARCHESA.  Dress ini tidak cantek u ollls!!!

Angelina Jolie in Atelier Versace
Ampa suka ka baju beliau ini?  ERM...............kalau bukan sebab terbelah hingga ke paha itu.  Baju ini biasa saja.  Oleh itu,  walau bagaimana pun,  akak tak berapa suka.  Akak suka lagi kalau pompuan ni pakai baju kaler kaler. 
Rose Byrne in Vivienne Westwood
Perluka membuat mulut itek di dalam dress warna hitam menghelit ini?  Tak cantek. 

Anna Faris in Diane von Furstenburg
Deni dengan yang atas adalah macam girl band.  Pakai baju lebih kurang sama,  cuma rambut ja kaler tak sama.
 

Julia Ormond
Baju ni kalau bagi kat pompuan meletops macam Charlize Theron ka...mesti akan meletops.  Tapi sebab aunty-aunty yang pakai,  oleh itu dress ini pun nampak sangat aunty- aunty. 

Busy Phillips in Dolce & Gabbana
DENIIIIIIIIII SERRRRRRRRRRRRR.  Baju dah la diperbuat daripada kain tingkap Kamdar,  kasut pink  tiba tiba subang kaler ijau macam mana ka. 

Kelly Osbourne in Badgley Mischka 
Boleh tak sapa-sapa bagi duit kat deni suruh dia pi tukak kaler rambut dia.  Kaler rambut dia membuatkan banyak dress yang dia pakai menjadi hancur haloba.
 

Melissa Leo in Reem Acra
Baju toktok .  Enough said. 

Tina Fey in Carolina Herrera
MELETOPSSSSSSSSSSS SANGAT.  Akak suka Tina Fey dressap macam ni. 

Melanie Griffith in Yves Saint Laurent.
NEXT!!

Cameron Diaz in  Gucci Premiere
Sangat suka details kat ropol-ropol tu.  Macam washed-out velvet kan.....suka sangat.  Tak over tapi tetap meleret.
 

Louise Roe in Black Halo
Suka.  Structured. 

Kate Mara Grade in Jack Guisso Couture
Pernah tengok dress macam ni banyak kali dah orang duk pakai.  Lebih kurang jer.  Next.

Wendi McLendon-Covey
Apa yang tak kena dress ini????????

Kristen Wiig in J.Mendel 
Meletopsssssssssssss sangat.  Sangat suka.  Net depa pakai very the haluih and mewah sangat nampak.

Penelope Ann Miller in Badgley Mischka  
TOK TOK.

Melissa McCarthy in Marina Rinaldi  
SUBHANALLAAH.......................ni bantai kekabu ka apa ni.  Sangat sedih sebab seorang yang menjadi salah satu calon untuk kategori Oscar ini memakai dress yang amat mengagamkan beliau lagi.  Tahu tak apa kesalahan beliau?  1.  Menggunakan fabrik ringan.  2.  Membuat drapping kat tektek. 

Stacy Keibler Grade in Marchesa
Lipatan bunga ros kat pinggang beliau itu adalah tidak perlu. 

Judy Greer in Monique Lhuillier
Dress ni kalau bagi Angelina Jolie pakai mesti meletops.  Deni pakai terus jadi macam tok tok.

Ellie Kemper in Armani Prive
Ni kalau sepupu akak Beyonce pakai....mesti meletopssssssss!~

Shaun Robinson
Akak setuju dengan u olls!  Yes.......deni macam patong Oscar versi pompuan.

Jessica Chastain in Alexander McQueen
Apa yang tak kena dengan dress ini.  Erm..........i think dress macam ni dah banyak kali akak tengok.  Pastu akak rasa si pemakai ni macam tak sesuai pakai dress daring macam ni.

Michelle Williams in Louis Vuitton
Masa akak tengok red carpet live kat Astro,  akak nampak dress ini sangat merah dan cantek sekali dengan beliau.  Tapi kenapa dalam gambar ini tidak cantek. 

Emma Stone in Giambattista Valli
I DONT LIKE THE REBEN DI LEHER BELIAU.

Jane Seymour 
Agak agak la tok ni pun................Feeling macam Kelly Clarkson masa perform kat 2011 American Music Awards.  Kan????

Nancy O’Dell
Kain shiffon,  tampal lace macam ni....sangat fashion designer Malaysian.

Maya Rudolph in Johanna Johnson
Dalam gambar ini beliau nampak sangat meletops.  Tapi hakikat masa tengok beliau secara live dalam TV beliau nampak sangat agam dengan dress ini.  Maybe potongan dress di bahagian dada ini tidak sesuai untuk beliau yang mempunyai payu dara yang besar. 

Virginia Madsen Grade in Kevin Hall 
Awat depa ni suka pakai kaler perpel macam tak sesuai dengan kulit depa.

Bo Derek
Warna dress ini tidak cantek.  Tapi potongan dress ini sangat kemas ke badan tok ini.

Sarah Hyland in Alberta Feretti
Baju ni macam tak siap.  Macam buat untuk orang lain,  tapi bagi deni pakai.  Tak well fitted pastu macam tak serika.

Penelope Cruz in Giorgio Armani
Sedihla............akak duk arap beliau lebih dramatik!!!!!!!!!!!!!
Leslie Mann in Roberto Cavalli
Pandai beliau memilih dress yang berwarna gelap tetapi masih berjaya membuatkan beliau nampak lebih curvy.  Pompuan ni kurus actually.

Sherri Shepherd
Kepada wanita wanita agam seperti akak,  please jangan jadi macam deni.  Belilah baju dalam yang elok dan mampu menampung tektek u olls dengan baik.  Dan seterusya.....jangan buat dress yang ada drapping di tektek. 

 Maria Menounos  in Maria Lucia Hoha
Seen this before.

Missi Pyle in Valentina Delfino
Lani memang fesyen kain jatuh jatuh sebelah macam ni ka?

Berenice Bejo in Elie Saab
The only thing akak suka tentang dress ini ialah sebab ianya dibuat oleh Elie Saab.  Sekian.

Viola Davis in Vera Wang
Warna dress ini agak tidak kena untuk beliau.  Nampak dia macam Ursula pompuan sotong yang jahat tu dalam cerita The Little Mermaid.

Glenn Close in Zac Posen
Meletopssssssssssssssssssssssss tok tok ini.  Siriesly.  Compared dengan dress hitam yang katop tetek macam merepek yang beliau pakai masa Golden Globe tu.  Haruslah!  Zac Posen yang buat.


Benci bila deni duk buat selekeh selekeh.

Pharrell Williams
Setiap kali tengok deni,  aku teringat Edros Zubir.  WOMBOSEEEEE!

Jason Segel
Simple.

Jonah Hill
Tengok deni.......aku teringat...................sama macam .... En.  Khafi masa kawen dengan aku.  HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAH

Sean “Diddy” Combs
Macam mana perasaan dia kalau dia jumpa JLO masa ni?


Okay,  sekarang ini.  Inilah dua pilihan baju tercantek dan baju paling tak cantek untuk Red Carpet Oscar 2012 pada pendapat akak. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Best dress for Oscar Red Carpet 



Natalie Portman in 1954 Christian Dior Haute Couture vintage gown
Siriesly!!! Akak suka dress ini.  Polkodot.  Akak suka polkodot.  Pastu dress ini dress vintage plaks.


Worst Dress for Oscar 2012
Meryl Streep in Lanvin
Siriesly,  inilah pada akak dress paling tak cantek untuk Oscar 2012.  Siriesly,  walaupun dress ini dibuat oleh Lanvin.  Tetapi kadang kadang,  kalaupun model runaway pakai,  tak semestinya kita pakai akan nampak meletops!  Siriesly..........sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik beliau patut pakai yang lebih sesuai dengan usia beliau. 


OSCARS 2012: FULL LIST OF WINNERS

Best Picture: The Artist
Best Actor: Jean Dujardin, The Artist
Best Actress: Meryl Streep, The Iron Lady
Supporting Actress: Octavia Spencer, The Help
Supporting Actor: Christopher Plummer, Beginners
Directing: Michel Hazanavicius, The Artist
Cinematography: Hugo
Art Direction: Hugo
Costume Design: The Artist
Makeup: The Iron Lady
Foreign Language Film: A Separation, Iran.
Film Editing: The Girl With the Dragon Tattoo
Sound Editing: Hugo
Sound Mixing: Hugo
Documentary Feature: Undefeated
Animated Feature Film: Rango
Visual Effects: Hugo
Original Score: The Artist
Original Song: Man or Muppet from The Muppets
Adapted Screenplay: Alexander Payne, Nat Faxon and Jim Rash, The Descendants
Original Screenplay: Woody Allen, Midnight in Paris
Live Action Short Film: The Shore
Documentary (short subject): Saving Face
Animated Short Film: The Fantastic Flying Books of Mr Morris Lessmore

Nantikan lagi dua artikel pasai ulasan fesyen Oscar 2012 selepas ini.  :)

Gambar Ehsan  :  Yahoo! Oscar 2012 dan DM Oscars 2012

3 comments:

  1. jumie..letak fesyen after party lak,lg cun;) - aisyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah tulis semalam. tunguu satgi ada dua lagi artikel fesyen review!

      Delete
  2. I like the part Pharrell macam Edros,setuju beribu-ribu lemon~!!! Except kaler yang tanning tu kaannnnn~!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...