7.3.12

Ulasan Majlis Pernikahan dan Persandingan Widdy Emily Tahir and Fardhly Latif

Hello u olls semua.  Hari ini kita semua akan disorotkan dengan detik-detik manis hari berbahagia Widdy Emily Tahir dan pasangan beliau Fardhly Latif.  Widdy adalah seorang yang amat gigih,  akak sangat terharu apabila beliau sangat pantas memberikan jawapan kepada soal jawap wawacara akak untuk artikel Ulasan Perkahwinan Bangsawan Blog Jumie Samsudin.  Thanks Widdy,  akak harap perkongsian ini dapat memberi pelbagai inspirasi kepada bakal-bakal pengantin di luar sana.

Nama bride : Rozwidianty Binti Mohamed Tahir

Nama groom : Mohd Fardhly Bin Abdul Latif

Macam mana boleh bertemu jodoh : Melalui seorang rakan chat YM,  masa meet up,  member tu bawak Fardhly sekali, dia jatuh chenta pandang pertama kot kt kita.  :P Dia mintak dari kawan dia no tel kita.  Sejak dari itu lekat.  Ada la on off tapi jodoh kuat, akhirnya kahwin juga :)

How long u been together as couple before nikah : 6 tahun

Apa perasaan dah menikah sekarang : Alhamdulillah, rasa tenang dan damai sekali. 

Sesi Memakai Henna 
Beberapa hari sebelum hari pernikahan,  menjadi kewajipan kepada pengantin untuk pakai inai.  Henna saya disempurkan oleh Nadia Khalid from Nedhenna.  Saya amat berpuas hati dengan service yang beliau berikan.  Hasilnya sangat merah,  terang dan lukisan yang sangat padat berseni. 



Majlis Pernikahan | Jumaat,  2 Disember 2011  |  Sepang
Baju pengantin perempuan daripada Anggun Butik.  Jahitan sequines ditambah oleh jiran. Baju pengantin lelaki beli di Kamdar Kajang.  Dua-dua baju kami adalah ready made.  Lebih mudah dan menjimatkan.

Solekan saya dioles oleh Bella D'Touch from http://umiebella.blogspot.com



Saya mengikut cliche majlis pernikahan iaitu tema putih, tak salah kan. Warna putih melambangkan kesucian.


Hantaran dari pihak perempuan.  Bertemakan warna emas berjumlah 13 dulang.  Dekorasi dulang-dulang hantaran dibuat oleh saya sendiri dan ahli keluarga.

Manakala hantaran daripada pihak lelaki berjumpa 11 dulang serba perak ini disediakan oleh http://theweddingland.blogspot.com.



Antara detik-detik ketika berada di majlis pernikahan saya yang ditemani sanak saudara serta sahabat terdekat.



Cincin dan gelang tangan for pengantin perempuan adalah dari Diamoney Jewelery.


Manakala cincin pengantin lelaki dari Diamoney Jewelry.



Majlis Malam Berinai |  Jumaat,  2 Disember 2011
Untuk majlis malam berinai yang diadakan secara kecil-kecilan bersama keluarga terdekat,  saya sempat memposing dengan 4 pasang persalinan. 








Majlis Persandingan Pengantin Perempuan | Sabtu,  3 Disember 2011 |  Sepang
Majlis persandingan pihak perempuan diadakan di rumah saya di Sepang.  Kami memilih tema Kuning Diraja kerana mengikut permintaan ibu.  Memandangkan keluarga saya (pihak perempuan) berasal daripada Johor,  oleh itu kami mengadakan upacara minta tol sebelum pengantin boleh naik bersanding.  Memang fun sangat. 

Dekorasi pelamin,  busana pengantin,  solekan untuk majlis persandingan disediakan oleh Bella D'Touch ( http://umiebella.blogspot.com/).




Kek kahwin kami very the simple. Dihadiahkan oleh jiran tetangga kami. Syukur Alhamdulillah.



Our official photographer adalah dari Redline Photography.

Karaoke and Joget Session With Family
Menjadi kemestian keluarga kami untuk mengadakan sesi 'release tension' lepas seharian melayan tetamu dan sanak saudara masa kenduri kendara. Bertempat di rumah saya, kami semua berkaraoke dan berjoget lambat bersama-sama sampailah malam. Memang lepas tensyen. Masa tula jugak, suami saya ambil kesempatan nak beramah mesra dengan keluarga barunya.
Meletop Kak Kiah kita menyanyi siap pakai t shirt ada logo POP.  Kau mampu?
KRU masa kecik kecik.  Yang duduk atas kerusi tu Yusri.  HAHAHA
Meletops depa dorang ni pu  nyanyi jugak. 
"Everybody shuffelin!"
Kak Kalsom sedang membuat tarian fist pumping.  Meletops!


Majlis Persandingan Pengantin Lelaki | Ahad,  4 Disember 2011 | Kajang

Dekorasi pelamin,  busana pengantin,  solekan untuk majlis persandingan disediakan oleh Bella D'Touch ( http://umiebella.blogspot.com/).

Baju flower girls kami dari Kids Boutique Mines.
Untuk busana kali ini,  kami memilih tema warna hitam dan perak yang disediakan oleh Bella D'Touch.  Kesinambungan kepada tema gold dipihak perempuan,  kami pun pilih warna ini. 


Our official photographer adalah dari Redline Photography.




Pesanan untuk semua B2B di luar sana : 
Wedding kami adalah wedding budget, but we are really happy and bangga dengan hasil yang kami usahakan selama ini. Kepada u olls di luar sana, jangan terlalu banyak membazir kerana persandingan itu hanya untuk 3 jam sahaja. Kerana, alam perkahwinan bahtera yang akan diterajui bersama adalah hingga ke akhir hayat. So hope u olls semua enjoy dengan sisipan detik bahagia dalam hidup kami ini.

2 comments:

  1. yess...!! steady la kak wid!! ni baru la betul2 di panggey wedding budget.budget2 pun u look gojes gak wokeh.. :)

    Jumie,kami nak request ampa kekalkan segmen ni naa..leh gak amik inspirasi skit2 dari crita2 penantin2 ni smua.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ dya! yup..budget tapi alhamdulillah meletops...rase nye tak perlu mahal2 tapi hasil nya ke laut...sederhana pn dah ckup...and I am happy with it...tQ uolls Jumie sbb sudi include entry utk kita... love u olls... :)

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...