9.4.12

Ayam Panggang Keni Rojes ala Jumie Samsudin

Hello u olls.  Segmen masak memasak pada minggu ini memaparkan gambar gambar meletops dan juga butiran ayam panggang Keni Rogers yang akak buat sempena birthday akak.  Sangat mudah u olls dan akak rasa sapa-sapa pun boleh buat.  Janji u olls kena ada oven yang boleh panggang ayam punya.  Macam akak,  akak ada halogen electric oven yang meletops.  Kakak i beli,  10 tahun sudah rasanya.  Sampai lani duk elok lagi.  Bukan saja boleh panggang ayam.  Nak buat kek pun boleh. 

Bentuk halogen electric oven tu macam ni u olls.




Kalau ampa takdak oven meletops macam ni pun takpa.  Ampa boleh buat guna oven biasa yang untuk panggang-panggang ni.


Okay marilah kita tengok bahan-bahan untuk membuat Ayam Panggang Keni Rojes ala Jumie Samsudin.

Ayam Panggang Keni Rojes ala Jumie Samsudin




Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong ikut berapa ampa suka.  Kalau ampa nak jadikan whole chicken pun boleh)
3 inchi halia ditumbuk
2 camca makan lada hitam ditumbuk
Madu secukup rasa
Garam secukup rasa
Ubi kentang
Bawang besar
Bawang putih
Capsicum
Sos tiram
Tepung jagung
Minyak zaitun


Cara-caranya :
  1. Cuci ayam bersih-bersih.  Buang bulu apa semua.  Kalau tak suka kulit boleh buang.  Tapi rugila.  Kulit tu la meletops.
  2. Lumur ayam dengan madu,  halia dan lada hitam.  Lepas tu jangan lupa lumur garam jugak secukup rasa.  Lumurlah dengan kasih sayang.  Urut urut ayam tu.  Kalau kita niat dengan kasih sayang,  barulah makanan kita sedap.
  3. Pastu susun ayam kita tadi di atas tray untuk dibakar.  Kalau ampa nak perap dulu pun boleh.  Kalau tak mau perap pun takpa.  
  4. Lepas dah susun ayam cantek-cantek,  ampa amik kentang,  bawang besar,  bawang putih and capsicum and susun di celah-celah ayam.  Tapi before that,  u olls cuci kentang,  bawang and capsicum tu and potong dadu besar (big chunky).  Kalau u olls nak feeling Jamie Oliver,  u olls tak payah buang kulitnya.  Siriesly,  akan lebih meletops u olls.  
  5. Lepas dah susun semua meletops,  u olls boleh taburkan minyak zaitun kat atas ayam ni semua untuk rasa yang lebih meletops.  Nak tabur banyak pun takpa.  Minyak zaitun kan meletops.
  6. Bakar pada kepanasan 150-200 darjah celcius selama 45 minit ataupun 1 jam.

Gravy Ayam Keni Rojes
Tapi i olls buat tak begitu cukup pekat.  But the taste is meletops.  :)
Gravy ialah kuah yang u olls boleh tabur kat ayam untuk menyedapkan lagi.  So cara nak buat gravy ayam Keni Rojes ala akak ni sangatlah mudah.  Okay apabila ayam u olls sudah masak.  U olls angkat tepi semua ayam ayam tu ke atas serving plate.  Okay...kat atas tray pembakar tu kan nanti ada banyak jus ayam semua yang jatuh?  Kan?  Okay....hati hati dan lemah lembut amik ayak jus ayam tu and u olls letak dalam periuk kecik.

Bukak api perlahan-perlahan.  Tambah sos tiram.  And kalau rasa dia tak berapa okay,  u olls boleh tambah garam.  Pastu u ollls....this is the trick.  U olls amik tepung jagung,  kacau dengan ayak sikit pastu letak dalam gravy ni bagi pekat. 

Pastu jadilah gravy ayam Keni Rojes u olls.  Meletops!

Untuk side dish akak buat dua benda iaitu Coleslaw and Tomato and Iceberg Salad.  Caranya mudah saja u olls.


Coleslaw
1.  U olls potong halus-halus carrot and kubis.  Pastu u olls letak la mayonis banyak banyak.  Sampai u olls rasa dan bau macam coleslaw KFC tu.  Simpan dalam peti ais untuk mendapatkan rasa yang lebih meletops.

Tomato and Iceberg Salad
1.  Iceberg salad tu u olls kotak-kotak je.  Timun,  u olls buang bijik and potong panjang-panjang.  Capsicum pun potong panjang-panjang.  Bawang pun potong panjang-panjang.  U olls tengok jer macam mana i olls buat tu dalam gambar kat bawah.
2.  Tuang minyak zaitun secukupnya and sedikit garam untuk rasa.
3.  Salad ni jangan buat awal-awal.  Time nak makan baru u olls kacau.  Kalau buat awal sangat nanti minyak tu masuk dalam sayur dia jadi serr and soggy.




Oleh itu u olls semua,  inilah panduan resepi ringkas untuk membuat ayam panggang Keni Rojes ala Jumie Samsudin.  U olls boleh improvise dengan cara u olls sendiri agar lebih meletops dan menepati citarasa u olls.  Terpulang ya. 

Apa pun,  makanan ini adalah sangat meletops dan murah kosnya.  Bagus untuk kesihatan sebab takdak minyak-minyak yang menggemokkan.

Sekian,  bye semua.

3 comments:

  1. FINALLY!!!
    penat tunggu nyah oii!!!
    malam ni jugak kami terai!
    yeaah..
    thanks kak jumie...

    ReplyDelete
  2. mak ai sedapnyaaaa..telioqqqq kami pagi2...harus buat utk bakal suami nati..thnx jumie!

    ReplyDelete
  3. Dapnyaa... nak try tapi takdak oven...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...