19.4.12

Ayuh Saksikan Teater Muzikal Kasanova pada 4,5 dan 6 Mei di Dewan Budaya

Sajia laaa nak promo lagi sekali kat ampa semua.  Kot kot ada yang tak terbaca lagi. Akak akan membintangi teater muzikal Kasanova.  Jom baca :


Kasanova
Sebuah teater semi-muzikal yang bertajuk “Kasanova” arahan Azhar Jalil, projek tahun akhir pelajar jurusan Seni Lakon dan Pengarahan dari Pusat Pengajian Seni iaitu Azharudin Ramli atau Arja Lee akan diadakan pada 4hb ,5hb dan 6hb Mei 2012 jam 8.30 malam di Auditorium Dewan Budaya, USM.  Pementasan teater ini akan melibatkan artis – artis dari industri hiburan tanahair seperti Farhan AF4, Azrul Zaidi (Raja Lawak Musim ke-2), dan Arja Lee sendiri serta dijayakan oleh artis USM seperti Jumie Samsudin, Aimy Aziz dan penampilan khas oleh Kumpulan Jeep Jazz Band yang diketuai oleh Profesor Madya Razif Mohd.

Sinopsis :
Jimmy merupakan seorang penyanyi kelab yang sangat berbakat dalam mengalunkan kelunakan suaranya. Bukan hanya hebat di pentas tetapi juga pandai bermain kata-kata dalam memikat hati wanita dan membuat banyak hati terpaut bagi menampung kehidupannya yang serba mewah. Namun, segalanya berubah dengan kemunculan seorang gadis, Tasya yg bekerja sebagai Event Manager. Walaupun Jimmy menyesali dengan perlakuannya dahulu, akan tetapi sukar baginya untuk melawan identiti lain yang menguasai dirinya.

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENYAKSIKAN PEMENTASAN YANG MENARIK INI.

TIKET BOLEH DIDAPATI DENGAN HARGA RM50, RM30, RM10 & RM5 SAHAJA.SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH KUNJUNGI BOOTH KAMI BERMULA JAM 8.00 AM – 5.00 PM DI LOKASI PADA TARIKH YG BERIKUT :

• 16 - 19 April 2012 (DK G)
• 23 - 25 April 2012 (DK G)
• 26 - 27 April 2012 (DK I)
• 30 April - 1 Mei 2012. (DK G)

ATAU SEBARANG TEMPAHAN TIKET, BOLEH HUBUNGI

- ANDY SITI NURHIDAYAH RAHIM (012-6824449) 
 - NATASYA (014-2339838)


Okay u olls,  sajia la nak share dengan u olls.  Pihak produksi telah berbesar hati untuk membuat streamer khas just dengan muka akak ditengah-tengahnya.  Streamer ini akan dipaparkan di sekitar USM tak lama lagi.  Tapi u olls,  akak bukan heroinnya ya.  Akak ni penampilan khas sahaja. 

Kalau sapa-sapa nak tempah streamer ini untuk buat souvenir sila bagitau akak ya.  We olls akan print untuk u olls.  Harga akan diberitahu kemudian.  GITTTTTTTOOOOOO!

1 comment:

  1. Amboiihh...penampilan khas, poster besaq punya dok ada...
    Kalau masuk USM la ni, kena pakai card tag tu lagi ka....satgi masuk terus jalan pi DK pak guard sergah pulak....
    kami tinggai USM la dah...2004 lagi..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...