11.4.12

Baju Pertunangan Liyana Jasmay Yang Meletops

U olls!  I know majlis pertunangan ini dah minggu lepas lepas.  Tapi i olls nak share dengan ampa semua.  Akak kan dah lama tak buat review wedding fashion retis-retis di Malaysia.  Sebabnya akak rasa takdak pun yang menarik hati akak untuk menulis dan meng-review.  Semua yang duk keluar fesyen biasa-biasa jer and u olls boleh pi tengok kat Beautifulnara or mana-mana blog gossip artist yang lain.

Tapi bila akak tengok Liyana Jasmay punya tunang akak terus menggetiskan diri untuk share dengan u olls semua.  Bukan sahaja pentunang beliau adalah sangat kendu.  Tetapi akak sangat sukalah dengan baju beliau dan juga set yang dibuat ala-ala garden u olls.  Memang pun buat kat garden.  Pertama kali akak tengok majlis pertunangan orang,  berbincang dua family dalam rumah,  tapi time sarung cincin buat kat dalam garden dibawah pelamin ala-ala gazebo gitu.  Meletops sangat.



Bercakap pasai baju beliau yang sangat-sangat menarik perhatian akak ialah dress yang diperbuat daripada Valentino lace hasil karya Rizman Ruzaimi yang meletops.  Akak sangat sentap dengan baju tunang beliau ini.  Valentino lace ni memang dah confirm cantek dan nampak mewah.  Pastu dia buat simple cut and tampa ada finishing yang sarat,  Liyana Jasmay nampak sangat meletops dan muda remaja dan sangat sweet.


Macam meletops kan?  Paling suka kat bahagian reben tu.  Sangat comels u olls.






Saat-saat cincin disarungkan. Akak feeling teringat Kak Juma.





Cantekkk kannnn baju beliau!! Tapi nak buat cam na.  Orang elok.  Pakai apa pun elok.  Dan sepanjang pemerhatian akak terhadap beliau,  Liyana Jasmay merupakan seorang artis Melesia yang pandai dressing dan dia ada taste yang meletops.  Apa pun,  tunang beliau yang sangat kendu.  Akak suka. 


Close up hasil solekan beliau yang sangat nipis dan natural hasil tangan Tiar Zainal.  Makan hati sebentar :) Sungguh kemas.

Gambar ehsan :
facebook.com/LiyanaJasmayFanPage
facebook.com/ryaniezmoments


snowygirl-syuhada.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...