23.4.12

Bergaduhan Gadis-Gadis Sororiti

Salam kak jumie, 

sy nak mintak pandangan kak jumie. dulu time sy belajaq kat satu ipta, sy telah ter'bergaduh' dengan classmate (seramai 10orang). kami telah dilaga2 oleh seorg dari classmate sy jg. kami gaduh teruk sgt. mcm miscommunication la. setelah kejadian itu sy dan classmate telah tak bercakap selama 5tahun. padahal cerita sebenar kami masing2 tak tahu. dipendekkan cerita selepas 5tahun sy ter'berasa' nak bermaaf-maafan. sebab dah tak ingat sebab apa gaduh dulu dan tak mau nak memutuskan sillaturrahim(lpas 5tahun baru hilang ego). dan sy juga ada ter'dengar' yang classmate sy tu kata sy yang takmau cakap dengan depa sbb touching. masalah sy sekarang ni kak jumie, sy takut nak memulakan bermaafan. takut depa takmau. sy jg yang malu nanti.. apa pendapat kak jumie? buat pengetahuan kak jumie classmate yang sy gaduh tu suma perempuan. yang lelaki ok je.


Nur Qasih

Gambar hiasan  :  Zafirah,  akak dan Dinie Alias masa kami pi bermandi manda di Taiping dulu.

Hello u olls,

Seronoknya hang tanya soalan macam ini.  Sebagai wanita diva-divana,  mesti kita akan melalui perkara-perkara macam ni.  Tak kisah gadis sejati ataupun gadis zornen,  kita pasti akan lalui pergaduhan sororiti macam ni.

Macam akak,  sebagai seorang pompuan pondan yang kekwat,  akak pernah fight dengan kawan-kawan akak dua kali.  HAHAHAH.  Akak lebih diva kekwat dari kau semua. 

First sekali dengan kawan-kawan sekolah akak,  lepas sekolah we olls semua terpisah sebab semua sambung belajar kat tempat-tempat belajar yang berbeza.  So macam-macam benda akak dengar yang diorang cakap tentang akak dibelakang.  Akak pulak,  macam mana punya kekwat ka,  akak malas nak siasat benda yang disampaikan ni betul or tidak,  so akak amik keputusan,  baik akak mendiamkan diri dan buat hal akak sendiri.  Lantak kaulah.

Secondly,  dengan kawan-kawan politeknik akak.  Akak jadi ketua untuk jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan.  Masa tahun akhir,  banyaklah projek yang we olls kena buat.  In between,  akak yang bossy gila tak boleh nak get along dengan kawan-kawan akak yang semuanya baru kali pertama nak handle project.  Akak ni pulak jenis mulut lancau.  So haruslah akak kena pulau dengan they olls.  Tapi seperti biasa,  akak buat hal akak sendiri.  Lantak u ollls lah.  Akak memang mempunyai prinsip,  "Appreciate siapa yang appreciate kita.  Hidup mesti diteruskan,"

Akak dan Liz Sahak,  kawan dari Myspace sampai lani.  "Appreciate siapa yang appreciate kita.  Hidup mesti diteruskan,"


Tapi lama kelamaan,  of coz ada la terasa di dalam hati bila tengok they olls semua gathering,  akak tak join sebab akak kan dah ada life akak sendiri.  Macam jeles pun ada.  Yelah,  memanglah kita seronok dengan life bersama kawan-kawan baru,  tapi sebenarnya dengan kawan-kawan seperjuangan,  lagi seronok sebab kita sama-sama kongsi perkara-perkara yang indah dan bongok-bongok sikit.

So apa akak buat?  Akak gunakan orang tengah.  Of coz mesti ada one person yang masih keep in touch dengan both side.  Dia ni bukan yang kaki pengadu domba itu.  Dia ni bukan batu api.  Dia ini adalah orang yang neutral.  Dia kawan dua dua side.  Mesti ada punya,  hang kena carik.

Cakaplah dengan orang tengah ini perasaan dan juga harapan hang.  Niat hang untuk berbaik semula.  And mintak tolong dia untuk jadi orang tengah untuk merapatkan silaturahim antara semua pihak.  Insya Allah,  mesti boleh.  Selagi kita meningkat dewasa,  kita kena sentiasa sedar bahawa,  sejauh mana tinggi kita capai dalam hidup kita,  kalau kita lupa tentang asal usul kita,  kita ni sebenarnya NOTHING. 

Alhamdulillah,  akak mempunyai rakan-rakan orang tengah yang sangat bagus dan meletops.  Kedua - dua insan ini akak masih ingat jasa mereka.  So depa yang set up pertemuan antara kami semua.  Dan apabila kita jumpa,  ambil yang jernih buang yang keruh.  Jangan duk ungkit apa semua benda yang dulu-dulu.  Jangan duk tanya langsung tentang sapa yang mulakan sengketa.  Jangan duk ungkit langsung tentang dendam dan salah sapa-sapa. 

Sebenarnya,  inilah yang terbaik dalam jalan memperbaiki silaturahhim antara dua pihak yang bersengketa.  Kalau u olls dah buat pertemuan untuk jumpa dan berbaik dengan kawan lama u olls itu,  dan beliau menunjukkan aura-aura negative macam boh layan dan juga hint-hint untuk tanya dan soal siasat tentang benda-benda yang u olls buat kat dia masa u olls tengah bersengketa dengan dia,  THAT IS BULLSHIT.  Apa niat dia nak soal siasat lagi?  Nak bergaduh panjang lagi?  Nak tunjuk yang u olls salah dan dia sahaja betui?  So kalau betui kita salah,  dan dia betui...so what?  Dia menang dalam perhitungan ini?  So kalau dia menang,  macam dia nak prove bahawa dia better friend than we are?  Macam tu?  Orang macam ni...lupakan sahaja u olls.   Biarlah dia dengan dunia dia.  Dunia dimana dia lah juara,  dialah pemenang,  dialah segala-galanya.

Ini gambar akak,  Sharifah Asmak dan Sharifah Aishah back in 2007.  Lepas almost 4 years akak merajuk dengan depa.  Inilah dinner pertama kami bersama lepas sekian lama.  Best sangat time ni.  lani dah tua dah.  Malas nak gaduh gaduh dah.  :)

Macam mana u olls nak tau yang ada bibit positive dalam pertemuan pertama ini,  lepas dah buat set perjumpaan ni semua,  u olls tryla Facebook or SMS ke apa semua.  Tengok macam mana respond dia.  kalau respond dia bagus macam "Aku pun rindu hang...nanti kita jumpa k.......tak sabar sangat,"  kalau macam tu...Kira alhamdulillah.

Sekian sahaja tips akak.  Tak tau la u olls boleh buat ke tak.  Tapi kalau dah ada niat baik ni,  insya Allah,  Allah akan sentiasa tolong kita.

Love,
Kak Jumie yang tercantek di USM

5 comments:

  1. beliau juga pemain bola sepak jaguh kampung.. sorry lari topik sat...hohohoh

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tenkiu kak jumie somels.. sy yang tanya soklan tue..
    im so touchingl.. berlinang air mata bila kenang msa zaman
    gumbira dengan budak2 1 dorm dulu tue.. tq kak jumie.. ILU!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...