13.4.12

Dear Jumie : Soalan Puaka Selepas Berkahwin "Bila nak dapat anak?"

Salam,


Dear Jumie,


First of all, Happy Birthday ....buleh kan nak wish birthday kat email ni? o.k...macam ni ...saya berumur sama macam jumie, dah kawen bulan 6 tahun lepas. masalah saya ... orang selalu dok tanya...bila nak ada anak? dah ada isi ka? paling sakit hati bila "nampak berisi sekarang dah ada isi ka?" homai....tapi tak pa lah kan memang saya dah berisi pon ...nak wat cammna...mulut orang memang payah nak tutup.kalau mulut tempayan buleh tutup.


Apa yang menjadi masalah saya , Suami saya yang berumur sama macam saya, dia belum ready nak ada anak... dia cakap nak ada anak kena ready dari segi mental dan wang ringgit jugak ...memang betol pun kan ? tapi orang lain akan cakap "baby yang lahir tu ada rezeki dia" yang tu pun saya setuju...suami saya macam fobia tengok orang ada anak, tapi anak sakit mengeluh, anak menagis ..marah2....dia akan cakap " orang lain ada anak dia nak anak, bila dah ada anak merungut, mengeluh, marah2?" kalau ikotkan saya, saya memang nak la ada anak ...tengok kawan2 lain dah masuk dua orang anak pon ... kalau balik kampung lagi la sakit hati , mak cik-mak cik yang mulut puaka siap cakap "anak mak cik yang kawen bulan lepas pon dah ada, hang bila lagi?" sentappp tau ... sebab saya memang tau yang saya takkan ada anak selagi suami saya blom bersedia....rasenya pasal wang ringgit tu, Insyaallah ada sebenarnya.....cuma kalau tak cukup pon pasal suami saya tu suka bli yang bukan-bukan demi hobi dia. Contohnya bli basikal, lampu basikal yang branded2, bli semua yang berkaitan basikal yang mahai-mahai punya. dia macam tak puas lagi la nak hidup tanpa tanggungjawab nih! tak tau la sampai bila saya harus tunggu ??


saya jadi stress kadang-kadang bila fikirkan masalah ni ....apa patot saya cakap kalau orang tanya bila nak ada anak? apa patot saya buat supaya suami saya tu berfikir dan bersedia untuk ada anak sendiri ??




Sekian , Terima kasih


miss secretary

Hello u olls!

Terima kasih wish ni kat kami.  Soalan u olls ini tidak sesuai masuk koleksi 27 soalan sempena birthday.  Ini kena review dalam artikel lain.  Artikel yang dapat membangunkan dan memberi semangat kepada wanita-wanita lain apabila membacanya.

Orang Melayu kita mengikut ajaran dalam agama Islam iaitu kita kawen sebab nak menambahkan umat Rasulullah.  Tapi u olls kalau beranak ramai pun tapi sekok-sekok perangai macam shaiton nirrojim tu buat apa?  Sebenarnya Islam ni mudah,  memanglah salah satu niat untuk kita bernikah adalah untuk menambahkan umat Rasulullah.  Tapi kita jangan duk pikirkan kuantiti sahaja tapi kualiti.  Biar pilah kita ada satu anak pun,  dan anak itu memang muslimah yang dihormati.  Feeling Ustazah Manisnya kurma kan akak ni?

Tapi untuk mendapatkan zuriat yang betui betui berkualiti sungguh luas caranya dan persiapannya.  Dari segi fizikal,  mental,  rohani dan ekonomi.  Semua tu kita kena get ready u olls. 

Kepada pasangan muda macam kita,  nasihat akak jangan lah kita terlalu rush untuk mendapatkan anak.  Zaman sekarang nak mengandung pun bukan murah.  Nak kena minum susu ubat apa semua macam-macam.  Nak beranak pun kurang-kurang kena stenbai RM5k dalam tangan.

Sebab itu akak dan En.  Khafi sangat relaks pasai benda ini.  Yes,  kami suka budak budak dan teringin jugak nak dapat baby.  But we both are not terhegeh-hegeh.  Mula-mula yes!  Akak hegeh nak dapat baby cepat.  Duk feelinglah kira tarikh period apa semua sebab nak tau time bila yang subur untuk beristinjak!  Wehs...silap instinjak pa dia ngok hang Jumizah.  Berjimak la!  HAHAHHAHA



Pastu dah lama - lama ni,  kami rasa maca syiok pulak duk bercinta lepas kawen.  Nak buat apa pun family tak larang.  Tak risau tak segan.  Kami dorang pun dah kurang bergaduh.  Duk cinta kuat sangat.  So takkan kami nak kill the joy!!  Dah la masa before kami kawen,  kami hadapi macam macam masalah dan rintangan bersama.  Kumpul duit sampai nak menangeh semua.  Satgi dah mengandung semua,  macam-macam masalah and konflik akan timbul.  Nanti cinta pun dah tak kuat.  Dan kalau kami tak cukup sod ba ro (sabar),  maka benda-benda tak elok boleh terjadi u olls.  So kami tak mau u olls.  Dalam hati yang sangat jelas dan nyata,  kami dua sedar,  kami dua tak ready lagi untuk ada anak.

Tapi kami takdak la pulak pakai condom ataupun telan pil pencegah kehamilan.  Tapi setiap kali akak solat,  akak akan doa "Ya Allah....janganla bagi aku mengandung lagi.  Hang tau when is the best time for me.  Bila dah mai masa nya nanti.  Hang bagi la.  Tapi kalau hang nak bagi lani pun....Kami terima dengan penuh rasa kegembiraan!"

Akak ada sorang kawan,  nama dia Asmak Al Tungka.  Dia dan suami pun baru kawen macam kita.  Umur dia pun macam kita.  Before dia kawen,  dia dan suami dia selalu bergaduh.  Faik(fight) yang gila babi siries punya.  Pastu lepas depa kawen,  depa beli rumah baru and depa duduk sekali.  Depa lani cinta kuat and siriesly depa masih dalam ejasmen period.  Duk dalam proses saling kenal mengenali.  So depa amik langkah berjaga-jaga untuk tidak mengandung lagi.

Bila Asmak cakap macam tu kat sepupu dia yang dia dan suami decide tak mau ada anak lagi,  nenjiaaaaaaaaaa...sepupu dia terus marah dan serbu dia.  "Hei...(bunyi mami mami),  tak boleh lagu tu.  Kita tak boleh nak sekat-sekat dah rezeki Allah nak bagi kat kita.  Tak baik kita tolak rezeki dia.  Mengandung ni satu nikmat Allah nak bagi.  Jangan duk merungut la pasai sakit apa semua.  Nanti satu hari bila nak try dapat anak...ha...susahhh...baru ampa tau macam mana," begitulah lebih kurang leteran sepupu Asmak itu.  Akak rasa,  u olls pun mesti dapat agak dan bayangkan ayat-ayatnya lebih kurang macam mana kan?


Asmak sangat down.  Dia pun meluahkan perasaan kat kami semua.  Nasib baik dia mempunyai kawan yang bukan sahaja sepupu kepada Beyonce malah akak bagi dia kuat semangat dan agar dia focus kepada apa yang dia dan suami dia dah rancang.  Kenapa perlu bother tentang pendapat orang?  Boleh mati kah?  Yang penting...diri kita yang akan tanggung semua yang berlaku kat diri kita baik atau susah.  Kalau kita susah sampai gaduh gaduh dengan suami,  SEPUPU ASMAK TU AKAN TOLONG KA?

Morning sickness adalah antara masalah yang akan timbul masa u olls mengandung.  Ada suami yang boleh terima.  Ada suami yang tak boleh terima.  So bila depa tak boleh terima,  u olls tak boleh jauh hati.  U olls kena strong sebab u olls kena pikir bahawa suami kita pun tengah ejas emosi diri dia untuk terima isteri dia yang cantek selama ini adalah seorang wanita yang suka muntah dan tidak boleh bercantek-cantek lagi.  U olls kena kuat dan sabar.  Tapi pada masa yang sama u olls mengandung.  Hormon pun tak betui...so macam mana nak control semua ni.  Haa...inilah akak bukan nak takutkan u olls.  Tapi peringatan bersama. 
Ermm...panjangnya kami berleter.  Tapi apa yang I olls cuba katakan ialah,   u olls kena berbincang hati ke hati dengan suami u olls.  Macam me and Asmak,  kami dua dua dah satu hati dengan suami kami bahawa its okay...ANAK tu kemudian pun takpa. 

Macam u olls,  apa yang akak nampak ialah,  suami u olls takmau anak.  U olls plak,  teringin!  Dan apabila orang duk provok.  U olls yang tertekan sorang-sorang sedangkan suami u olls tak terpikir pun benda tu.  Communication break down u olls.  So kena la sembang heart to heart dengan suami u olls okay. 

Okay akhir sekali,  jemput baca artikel dulu akak yang bertajuk "Bernanah Telinga Bila Di Tanya "Bila Nak Dapat Anak?" dan untuk pengetahuan u olls Puan Azura yang dalam artikel ini sekarang dah tengah due date tunggu nak beranak.  Selepas 6 tahun depa kawen,  akhirnya :)




I love En.  Khafi :) Feeelingggg sat..............

4 comments:

  1. Saya setuju kak jumie. saya dulu pun dua taun jugak.
    Seb baik mak metua saya cool sajia. takdak pun dia duk hingaq-hingaq pasaipa saya tak mengandung lagi.

    Bila kita duk tunggu-tunggu, memang takdak.
    Tapi bila kita rilek, insyaAllah, rezeki tu mai.

    Btw, saya suka cara kak jumie, cara hat paling senang, doa kat Allah, sebab tu semua ketentuan dia, kalau dia nak bagi, dia bagi. Maknanya, time tu kita dah ready dah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Org takkan berenti bagi komen2 ni. Dah ada sorang ,depa tanya bila nak dpt no. 2.dah ada 2 gegerl tanya pulak bila nak dpt boboy.ada 3 boboy tanya pulak bila nak dpt gegerl.yg penting suami isteri bersedia dan tawakal.

    ReplyDelete
  3. alahai....
    saya dulu mula-mula kawin dok tergedik-gedik nak sangat ada anak...kawin-kawin melekat...and kami suamisteri macam tak sedia lagi masa tu.p scan tengok kembaq 3 masa tu lagi la...duit dah habis buat kenduri kawin...masa tu macam-macam pikiaq ni...tp Allah swt tu maha adil...dia tau kita ni tak bersedia lagi...nak jadikan cerita terpaksa abort kandungan tu masa usia 17weks sebab kembar siam,ketiga-tiga melekat.
    selepas tu kami tunggu punya tunggu dekat setahun jugakla baru melekat yang dok prgnt lani...ekonomi kami pun stabil sikit,dah ada rumah,sebelum ni pun kami p hanimun merata-berjalan bersuka ria..berdua-duaan...makan suap-suap depan tv,bayangkan kalau kami dah ada anak sblm ni masa mula-mula kawin belum tentu lagi kami rasa bercinta macam tu...
    part mulut puaka orang tak ingat kuasa Allah swt tu ampa tak payah tanya la...
    kami ni bukan macam-macam orang kata..tapi orang boleh kata ja..dia tau ka apa masalah kita...kalau kita ada mslh dia nak tlg..ka dia tau cakap ja...
    lani kita pikiaq pasai kita,suami kita,ekonomi kita...Allah swt tu tau bila kita bersedia mudah2 ja dia bagi...kalau ornag dok tanya sangat suruh dia p jadi tuhan,bg sat anak dekat kita...

    ReplyDelete
  4. lex..lex..ni nk dkt 3thn dh ni..bkn tak mau..tak smp rezeki lg. otw kot. bhenti r&r..tu tak smp2 lg..wakaka..besak la bab kena mengata kena soalan cepumas. hat ni paling champion la kena.
    skrg ni bagi sy n asben..kami anggap je apa yg allah tentukan ni sebahagian dari ujian. lgpn klu nk ikut..sblm kwin cek ni type jahat noti jgk. mgkin la allah uji kita dan dlm masa yg sama cara dia bersihkan dosa kita. bkn ke allah turunkan ujian tu sb dia syg kita. tak gitu u ols??

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...