20.4.12

Kasut Wanita Agam di PayLess Shoe Source @ 1st Avenue Penang

Hello u olls semua,  hari itu akak ada letak di Facebook dan Twitter yang berbunyi  :

"Kepada wanita-wanita agam Penang. Sila pergi ke First Avenue tingkat 2. Carik kedai kasut nama Payless. Ampa akan terpana melihat pilihan kasut2 size 8,9, 10 dan 11 dengan kualiti yang sangat baik :)"

Yes u olls!  Akhirnya akak menjumpai satu kedai kasut yang amatlah menggembirakan kaki akak yang sangat gajah Kuala Gandah ini.  U olls!  Kalau u olls nak tau,  akak memakai kasut size 9 ataupun 10 ya.  Ya,  size kasut ini hanya untuk model model dan bekas model suwim sut macam akak saja.  Kaki yang lebar dan panjang ini adalah sesuai untuk menampung bentuk badan akak yang very the gadis African American daripada New York yang mix dengan darah Venezuela.

Sebelum ini akak membeli kasut hanya di Vincci dan Vincci plus.  Vincci sahaja yang menyediakan kasut kasut yang sesuai untuk kaki models macam akak.  Kalau pi kedai kedai lain seperti ShoePoint,  Parkson,  Sunshine ka apa semua........takdak maknanya.  Semua kasut feeling Sendrelela.  We olls wanita Amerika Latin ni memang punah harapan.

Tapi kalau international brand macam Aldo,  Charles and Keith,  Hush Puppies or Clarks memanglah ada u olls.  Tapi makan hati la kan,  sepasang kasut dah RM450.  En.  Khafi akan terajang akak sejauh tujuh kaki persegi sekiranya akak berangan nak buat koleksi kasut ya.  Baik amik duit tu buat dana beli rumah. 

So one day,  akak telah diperkenalkan dengan Payless oleh anak ayam akak yang bertajuk Danny Harmizi.  Danny ni memang suka ronda rondi.  So one day,  dia duk feeling carik kasut untuk sister dia.  Dia jumpa satu kedai kasut nama Payless Shoesourse di 1st Avenue Penang. 




 Kedai Payless Shoesource ini katanya adalah sebuah kedai kasut daripada Amerika.  Dia menjual kasut-kasut daripada Amerika dengan size size meletops daripada 8-11 u olls!!  Pastu yang meletops nya design semua memang very the Kim Kardashian and Kristina Aguilera and harga dia paling mahal pun RM99!  Purata harga kasut antara RM70-90 sahaja.  Aiyoooooooooooooooo haruslah akak pergi tengok u olls!

So satu hari,  akak pun pi la cekidaut sendiri.  Aiyooooo selangkah akak masuk ke kedai itu,  akak rasa macam nak termeninggal seketika.  Very the Siti di Alam Fantasi.  Sangat syiok u olls.  Dan akak terus menyambar satu pasang kasut.  Inilah kasut yang akak beli.

 
Lower East Side's Women Woven Pump.  Harga RM99.

Akak buat untuk mai kerja.  Meletops rasanya bila pakai kasut tinggi.  Sila abaikan buku lali akak yang very the jantan.  Hormon pompuan akak tak sampai ke kaki.
Pompuan kekwat yang sedang menggayakan kasut akak ini ialah Sharifah Qistina.  Dia ni sepupu akak duk bela dia.  :)


Seminggu dua lepas itu,  akak dan En.  Khafi pi ronda ronda kat 1st Avenue lagi dan kali ini akak amik beberapa gambar untuk tatapan u olls semua.  Harus u olls check it out okay!!

Ini gambar nak masuk kedai dia.  Tingkat 2,  ampa pi hujung ke area nak dekat ke Parkson. Ampa akan nampak kedai ini.  Warna oren.

Inilah salah satu rak kasut yang dipenuhi dengan kastu.  Kasut ni semua disusun mengikut size.  So ampa pi la kat size yang berkenaan.  Kat cawangan 1st Avenue ni ada size kasut kanak-kanak.  Pastu untuk dewasa starts dari 5-11. 

Wedges macam ini adalah feveret Azura Jaapar.  Tapi lani Kak Zura tak boleh pulun pakai kasut tinggi lagi dah.  Kena tunggu baby Amanda dah besar sikit.  Harga kasut kat sini lebih kurang RM50-RM100 sahaja.  Tapi most of the kasut is RM80-90.  Tapi kualiti dia memang meletops.  Ampa boleh mai tengok sendiri. 
Nenjia mata jadi juling sat!  Kim Kardashian kalau tengok akak pakai kasut ini dia akan terus kena demam campak sat. 

Nenjia...mak ayam duk pegang dah...

Nenjiaa dia duk pegang dah.  Dia duk amik dah.   Tunggu la 25 April ni aku nanti sampai la.  Women's Komet Platform Pump warna merah meletops ni harga dia RM93.  Very the ringan.  So boleh feeling menari Mujeranggede kalau pakai kasut ni.  Velvet dia jugak sangat lembut.  Bukak link ni untuk tau details kasut ini  :  Women's Komet Platform Pump

Sorry u olls.  Akak tak amik gambar pakai kasut merah tu.  Over eksaited.  En.  Khafi dah jeling jeling manja kat akak.  So akak amik gambar pakai yang kasut ni.  Meletops kan.  Akak cam nak amik jugak kasut ni,  En.  Khafi tanya "Hang nak pakai kasut ni pi mana?"  Akak jawab dengan kekwat "Balik Tangkak,"  Kan.....................................

Akak juga mengeterai kasut Women's Jean Pointed Toe Pump ini.  Warna kuning yang meletops.  Kalau nak pakai kasut ni kena la beli hembek kuning kuning.  Pastu masa akak pakai kasut ni ya allah punyalah lembut macam bubuh kasut atas tilam vona.  Sangat selesa untuk wanita yang kaki kembang macam akak.  Feeling Michelle Obama sat. Harga RM63 kot tak salah akak.

Ini antara jenama-jenama kasut yang ada.

Kepada suami-suami dan boifren-boifren,  jangan risau,  kasut lelaki pun ada.  Ampa boleh tengok.  Harga lebih kurang RM70-90.  Sepatu kerja,  loffer,  kasut sukan,  sandal semua ada.  Jenama Amerika semua.  En.  Khafi duk ushar saja. 


Okay,  itu sahaja yang I olls nak ceritakan.  Selamat membaca link-link di bawah  :

http://www.payless.com/store/


http://en.wikipedia.org/wiki/Payless_ShoeSource


http://www.facebook.com/payless/photos

25 comments:

  1. comelnya kasut kuning tu! :) like!

    ReplyDelete
  2. aaaaaaaaaa!!!!!!!!! gila nye tengok kasut2 ni kak.. Tak sabar nak pi penang lagi ni :)

    ReplyDelete
  3. saket atttii!!!!
    kak jumie, kirims.. hahahaha... tanye depa kot2 depa nk bukak branch kt kl.. kompom kami jd regular customer tiap2 minggu.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. LG1.109, lower ground floor, Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, PJ. 46150
      03-5632-3519

      Delete
    2. skang jugak kami pergi serbu!! teeengss!!!

      Delete
  4. Jumie.... thanks sgt tau. Ana suka post ni sebabnya...ana memg susah na cari kasut!!! Vincci pun kdg2 tak lps...sebab ana size 10 dan 11! Gila susah nak cari kasut. Bila Jumie bgtau..ana terus rasa happy! Google semalam jumpa lagi satu cwgn Payless kat Seberang Jaya, Sunway Carnival Shopping Mall. Sooo informative u punya blog ni! Like Like Like!!!

    ReplyDelete
  5. I love Payless! selalu tgk kasut cantik2 kat sini. Size kaki kecik cam kami 3 & 4 pun ada kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kot....kami tak pasan. Kids punya bahagian pun ada.

      Delete
  6. kt kL xde cawangan ke?? i ni size 11@12, Charles n Keith pon xmuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. LG1.109, lower ground floor, Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, PJ. 46150
      03-5632-3519

      Delete
    2. payless ada di sunway piramid rasanya...

      Delete
  7. rasanya kat johor pun ade kan payless nie. saya beli kasut hantaran tuk encik tunang.

    tapi lupa la kat shopping complex mane. huhu.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya ! kena bg tau kwn i ni !

    ReplyDelete
  9. waaaahhh!!dah lama x p shopping ketinggalan zaman terus :( thx sis,t iak blh p shopping kasut kahwin la kt cni ^_^

    ReplyDelete
  10. ayikk boleh ka ambik gambar kat shopping complex? Hari tu kami tengok sapa tak tau ambik gambar depan kedai saja..pun tak boleh...

    ReplyDelete
  11. kerana hang aku pun terjebuk jugak beli sepasang tadi kat sunway pyramid. semata aku ajak pi sebab hang promote tau-tau keluaq kedai dah ada plastik dalam tangan hahahaha.

    kasut hang beli tu aku try jugak tapi pinggang mak nenek aku neh tak layak nak pakai kasut tinggi lagu tuuuu jeles betoi hehehee.

    ReplyDelete
  12. i wannnnnttttt...!!! kite pun kaki gajah giant susah wooo nak carik kasut yg sexay...sedey xdpt kasut idaman untuk buat hantaran arituh, terpaksa guna kasut satu2 nye kasut sanding untuk hantaran..huhu.. baru tau payless ada kat msia... T_T

    ReplyDelete
  13. Jawapan kamu nak pakai kasut merah balik Tangkak tu buat kami tersedak depan komputer kat opis yg sunyi.
    Tapi honestly awat kasut tu cantik2 n xde ke kedai tu kat area Klang Valley?

    ReplyDelete
  14. Best Payless ni..design lawa2 tp hrga xmbunuh,hehe

    ReplyDelete
  15. serius lepas baca je post ni haritu terus ajak hubby p 1st avenue. memang beslah.. finally ade chancela nak melawa sikit dengan kaki saiz gini. Sempat sambar 2 pasang.. then sabtu lepas baru tau rupanya Payless dah bukak kat sunway carnival mall. dekat sikit nk terjah. tq kak jumi. lap u ;)

    ReplyDelete
  16. Hari tu beli..dr harga 80 jd 50 je... kerap bt offer.. tp sebelum ni p kat aeon station 18 ipoh..sbb xtau kat penang pun ada..pas ni p kat penang plakk

    ReplyDelete
  17. Kami dari UMKM Pegasus Aesthetic Zone yang menggunakan Benang Polyester berwarna-warni yang diperuntukkan khusus untuk Bordir, dengan teknik sulam Dekoratif merupakan kombinasi sempurna dari unsur Budaya dan Seni Asli Indonesia Banget.

    Selepas mengeluarkan beberapa varian model kasut bersulam, sekarang Fajar Suplier Kasut kembali membuat inovasi dengan produk Kasut Bersulam yang khusus untuk anda:

    diantaranya:
    1.Wanita 18 s / d 45 th
    2.Instansi Sekolah, Universiti, Kerajaan, Hospital, Kumpulan, Komuniti (Haji, Arisan, Sosialita, Hijaber)
    3.Membuat anda selesa ketika di pakai, Fleksible, Kuat dan Trendy
    4.Mencegah kecederaan kaki akibat kasut berhag tinggi
    5.Lebih cassual, Chick n Simple, boleh di gunakan di Pejabat, Reseption, Mesyuarat, Acara Keluarga dan Cuti

    Selain diperbuat daripada bahan-bahan pilihan, proses pembuatan kasut bersulam dilakukan secara manual (home made​​) kerana Kasut bersulam ini termasuk dalam kategori Home Industri, namun dari segi permintaan yang banyak untuk kualiti bersulam saat ini menggunakan Mesin, tetapi mutu tetap Manual:
    Bahan Kasut Flat bersulam:
    1 Kain Satin, Tempat Motif Bordir
    2 Kain TWD (Kain Taiwan)
    3 Kain Kapas, Mudah menyerap peluh
    4 Solex
    5 Pelapis sintetic
    6 Eva / Spons
    7 Sol Dari Bahan Getah Anti Licin

    Kasut bersulam pengeluaran kami berbeza dari pada pengeluaran yang lain (SILAHKAN UNTUK DIBANDINGKAN). Dari segi kualiti dan kualiti kemurniannya, kami menawarkan kepuasan kepada anda, terhadap produk kami:

    Head Office: JL.Kunto Basworo VIII No.16 A Malang
    Website: RajaGrosirKosmetik
    http://fajarsupliersepatu.blogspot.com

    Ibu.Zubaidah
    +6285.64.9937.987 (M3)
    +6283.81.1252.524 (Axis),
    WhatsApp: +6285.64.993.7987

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...