20.4.12

Kongsi Rahsia U olls

Hello u olls semua,

Di petang Jumaat yang singgah laksana ini,  akak terpikir sesuatu yang amat meletops pada pendapat akak.  U olls ada tak apa-apa rahsia tapi u olls tak berani nak cerita kat sapa-sapa pun.  Yelah nak cerita kat kawan-kawan,  nanti diorang tau kelemahan u olls.  Nak cerita nak family nanti diorang marah or maki u olls.  Nak cerita kat kawan office,  nanti jadi bahan umpatan.



Tapi deep down inside,  nak sangat sangat cerita dan luahkan benda ni.  Tapi tak tau nak luah kat sapa.  Sebab walaupun benda ni dah tak boleh nak setelkan,  benda ni u olls dah terima sebagai sebahagian daripada hidup u olls,  tapi ada terdetik dalam hati u olls untuk share pengalaman u olls ini dengan orang lain agar mereka tidak menerima nasib yang sama macam u olls.

Oleh itu ,  akak menjemput u olls untuk berkongsi rahsia dengan we olls semua.

Caranya mudah saja.

  1. Scroll ke bahagian paling bawah kat blog ni.  U olls akan jumpa "Write to Jumie Samsudin".
  2. U olls isi borang online itu.  Mula-mula tulis nama.  Alamat emel,  terpulang kat u olls.  U olls nak tulis emel betul betul pun boleh,  nak tulis emel tipu tipu pun boleh.  Akak tetap akan dapat emel u olls itu.
  3. Lepas tu u olls tulislah / ceritakanlah rahsia u olls dalam ruangan kosong di sebelah "Sila tuliskan persoalaan / luahan / komen anda di sini :
  4. Akak akan dapat emel u olls.  Akak akan edit dan tapis supaya mudah difahami semua.
  5. Mungkin jawapan yang saya berikan bukanlah apa yang kalian nak dengar.  Tapi tepuk dada tanya selera. 

Ataupun,  u olls boleh tulis surat kepada akak di alamat berikut  :

Jumie Samsudin
School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang


Sebenarnya akak mendapat inspirasi ini daripada majalah Women's Weekly.  Ini hanyalah satu idea / cadangan.  Akak cuba memberi platform kepada u olls untuk luahkan rasa hati secara anonymous.

Sekian sahaja.

I love u olls.

ps/ Mungkin akak pun nak menulis secara rahsia.  Tapi akak tak bagitaulah kata itu akak yang tulis.  HAAAAAAAAAAA!!!


Selamat hari minggu.

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...