3.4.12

Kuala Lipis Bandar Indah Yang Dilupakan

Hello u olls semua,  hari ini akak ingin menceritakan pengalaman akak pergi ke Kuala Lipis.  Pada zaman dahulu,  masa akak belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,  akak berkawan dengan satu budak ni nama dia Piejah.  Dia ni macam suka buat best sikit.  Pastu akak pun suka buat best.  So sebab kami dua dau terlampau best gila,  so kami pun jadi musuh buat seketika waktu.  Lepas kami masuk alam pekerjaan,  kami pun sedar betapa kami ini sangatlah budak-budak dan kami pun rikonsail semula.   Sejak itu hubungan kami akrab hingga kini walaupun beliau bekerja di Kuala Lumpur.

Dulu masa akak bertunang,  beliau susah-susah datang Penang.  So haruslah masa pertunangan beliau ini,  akak pun turun ke Kuala Lipis.  At first dia tak offer pun akak untuk memekap beliau,  akak sedikit sentap.  Akak faham,  mungkin dia ada termakan hasutan kawan-kawan lain yang kata akak make up dia dulu membuatkan dia nampak macam jantan.  Masa tu akak baru belajar-belajar make up dengan Nurul Shukor u olls.  Tak pandai lagi.

So akhirnya,  Allah maha adil,  macam mana ka akak dapat jugak make up beliau.  Upahnya - SATU BRUSH MAC yang akak sangat minat.  Dia beli kat akak sebagai hadiah.

Marilah kita mentengok gambar-gambar dan cerita disebaliknya.  Hope u olls semua terhibur.

Day 1
Akak travel seorang diri u olls.  Suami akak kerja.  And dia pun tak kisah dan merelakan akak pergi untuk beberapa hari.  So from Penang,  akak amik bas ke KL jam 7.20 pagi dan akak tidur sepanjang jalan.  Sedar-sedar sahaja 11.30 akak dah sampai kat Pudu.  So akak pun turun ke Pudu,  amik LRT ke Titiwangsa so akak terus amik bas ke Kuala Lipis dengan harga RM15.  Akak naik bas 12.30. 

Masa naik bas tu akak dah mula dengar orang-orang Kuala Lipis duk bersembang sesama mereka.  Kehangatan terasa sebab akak dah lama tak dengar orang Kuala Lipis bercakap.  Orang K.Lipis ni cakap lain macam sikit u olls.  Kalau u olls tengok peta,  K.Lipis terletak di tengah-tengah Malaysia u olls.  So depa ni bersempadan dengan Kelantan dan Perak.  So depa punya cakap memang Pahang yang pekat sikit campur antara loghat Kelantan dan loghat Perak.  Ampa pi carik kawan-kawan mana orang K. Lipis,  ampa suruh depa cakap. 

Kalau ampa nak tau,  K.  Lipis dibuka oleh keturunan Pagar Ruyung.  Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang adalah orang yang membuka K.  Lipis ini.  Dia la yang bukak lombong emas kat sini.  Sampai lani pun,  ada sekolah yang dibuka oleh beliau iaitu Sekolah Orang Kaya Haji.  K.  Lipis ni menjadi kesukaan British sebab K.  Lipis ada banyak hasil emas.  YES!!!  Sampai lani pun lombong emas tu masih ada di K.  Lipis dan seperti kata kawan akak ini,  orang K.  Lipis yang kerja kat lombong ni memang hidup senang sebab hasil emas itu sampai lani duk banyak lagi.

Oleh itu,  K.  Lipis terus jadi bandar pusat di Pahang.  Not Kuantan u olls.  Kuantan jadi ibu negeri not until tahun 1955.  Pada awal kurun ke 20 itu,  British buka jalan raya.  Bukak jalan kereta api.  Bukak macam-macam bangunan pentadbiran semuala.  Sampai lani semua bangunan tu duk ada lagi.  TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.................................................................... nanti akak cerita.



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke K.  Lipis actually takdak la jauh mana.  2 jam lebih kurang.  Macam from Kuala Lumpur ke Tangkak (kampung En.  Khafi).  Tapi takdak lebuhraya meletops la.  Kita masuk Karak sikit,  pastu masuk bandar Bentong and then ke masuk pekan Raub.  Nenjia kat Raub pun ada nasik kandar.


Lebih kurang 3pm baru i olls sampai ke Pekan Kuala Lipis.  Piejah mai amik akak dengan kereta dia.  Pastu sampai jer rumah beliau.  Terus akak memakan nasik putih,  ikan patin buah masak tempoyak dan ayam masak.  SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPP gila.  Sampai lani kalau duk teringat boleh rasa macam lidah akak bergerak sendiri dalam mulut akak.  Dia feeling.  Mak Piejah masak......memang sedap.  Tapi sapa yang tak tahan pedas.  Sila pergi ke barisan paling belakang.  Ataupun keluar dari barisan ini.  Sebab mak dia memang masak pedas woooo!!

Masa kami kat Politeknik,  mak dia suka bekalkan kami sambal bodo.  Sambal bodo ialah cili  burung,  bawang dan ikan bilis yang ditumbuk dan dimasak sampai kering.  Letak la gula u olls.  Tapi tetap pedas gila.  Boleh makan dengan nasik ataupun roti.  Masa makan tak rasa apa sangat.  Tapi bila hang berenti makan sambal bodo,  hang akan mengalami KEBODOHAN selama lebih kurang 15 minit.

Sign board masuk ke rumah Dato's Siti Nur Haliza.  Depa siap tulis wooo!

Lepas memakan nasik,  akak dan Piejah berjalan-jalan di bandar K.  Lipis.  First sekali,  kami kena pi Balai Polis Bandar Kuala Lipis dan pergi mintak buah pinang yang ada kat pagar balai polis tu.  Akak kata kat Piejah "Hang duk buat serr apa!  Ini bukan pinang buat hantaran.  Ni pinang kaler-kaler untuk hiasan sahaja la.  Tak boleh makan,"

"Ala.....dah mak aku minta!  Nak buat camnee...,"  kata Piejah.  So dia nak suruh akak pi curi saaja buah pinang itu.  Akak tak mau la curik-curik di tempat Dato' Siti Nurhaliza ni u olls.  Derhaka u olls buat gila kat rumah Mak Ayam Siti Halija.

So ampa taula akak kan over kan?  So akak masuk balai polis jumpa dengan pakcik-pakcik polis yang kebetulan duk ada kat pagar balai,  akak kata "Tuan,  saya nak sikit buah pinang kat sini bolehka?  Kawan saya nak buat hantaran,"  akibat abang-abang polis itu teruja dengar akak cakap Utara depa pun style eksaited gila nak tolong akak.  Siap kerabat(panjat) abih atas pagar tu semua untuk dapatkan buah pinang.  Meletops u olls!  Pengalaman yang lawak sangat. 

Lepas itu haruslah akak mensuruh Piejah bawak akak pergi ke RUMAH SITI NURHALIZA!!  HAHAHA....gedik gila nya aku.  So gambar kat atas tu ialah rumah kediaman ibu Dato' Siti sekarang.  Masa akak pergi nampaklah dari jauh mak dia duk menyidai kain rasanya.  Akak tak berani nak pergi dekat u olls.  Akak amik gambar dari jauh saja.
 
Lepas itu,  we olls pergi jalan-jalan ke Bukit Residen dimana terletaknya Rumah Residen yang dahulunya menjadi tempat kediaman residen Britisih.  Bangunan ni cantek.  Seni bina rumah agam British dulu kala ni u olls.  Warna merah dan putih.  Sangat lain dari lain.  So akak pun cakap kat Piejah,  "Nok...next time aku mai dengan Khafi aku nak stay sini la...."  Pastu Piejah buat muka macam babi-babi sikit "Eh.....janganlah...ada banyak lagi hotel elok kat sini,"  Feeling kan beliau?  Rupa-rupanya,  masa kami nak balik baru Piejah cerita pasai Rumah Residen yang kini menjadi rumah tumpangan ni u olls. 

Dia kata hotel ni macam horror and angker u olls.  Banyak orang yang datang menginap kat sini duk dengar dan dapat gangguan yang macam-macam.  Masa akak post gambar ini kat Facebook,  ada sorang kawan akak hantar komen yang panjang gila ni.  Ampa baca sendiri  :
Aj Don
ceritanya bermula begini. I was there for my uncle's wedding back in 1997, well 15 yrs ago. Since we have a very big family macam film Big Fat Wedding Greek tu, we had to rent a lots of room at this building and at the rafting house at the river, Skang dah takder dah. It was 5 families stayed at this haunted mansion and another 5 families at the rafting house. Day 1- Bila sampai, Mak bapak kami suma pi check in bilik, so for the rest of the kids including myself when to the playground at the other side of the buliding. There were, swings, monkey bar and see-saw. At the far end i saw a house. It looks like an abandoned place. But, there was a woman aged around 26 tengah jemuk kain lampin baby kat ampaian. She was looking at me. We've made eye contact. I don't know how, but what i can say is, her stare was really mysteriously deep with an angry looking face. Sangat2 menakutkan. Meremang bulu roma cerita benda ni. Then, i sambung main2 balik with my cousins. Punyelah dok syok main2 kat luar, mak-mak kami pun panggil kami masuk dalam for lunch. Out of curiosity, i've looked back to the ugly house. Shockingly, there was no house. Hutan. yup Hutan jer yang i nampak. There were no house, no baby's napkin hanging at the clothes line, no lady. NOTHING. I was dumbfounded! Where were they all have gone. Another weird occasion was when my sister called me and asked me to see what happen to the playground. Creepily, everything RUSTED beb. Semua buaian, jongkat jongkit dgn monkey bar tu dah BERKARAT. Weyh sangat pelik ok, sebab masa kitorang main tadi semuanya ok. It doesn't make any sense. Everything turned to old junk within a split second. Pelik. Everybody was so scared and running straight inside the house. There, we noticed that the house was superbly big. There were 3 people at the reception. First guy at the counter was with his crutches, kaki sebelah kanan berbalut macam baru lepas accident. The other guy was wearing a torn shirt and the final one was with his white shirt and blue jeans. So we went up to our room, basically to my aunt room for lunch. Kitorang bawak bekal. After lunch, my cousins and I went to explore that place. We went up and down and searching for fun stuff to do. We went into the kitchen, dining room and everywhere. What i can say about the dining room is, sangatlah ENGLISH STYLE okayyy. Complete set. MAcam zaman Victoria. Dah penat explore tempat, kami jumpalah port main bola. nak tau kat ner..dekat depat counter reception.But we had to go to rumah bakal pengantin perempuan for dinner. After got back from the bride house, all of us (kids) pi main bola kat bawah. My uncle (groom) pesan kat kami semua, jgn main2 dekat bilik no 9. The no 9 room was at downstairs. The room look so creepy. The door was chain but not fully close. The light was flickering open. The bulb was about to die i believe. When we're playing, our ball was always rolled to that room. we didn't think much. We're just wanna have fun before go to bed. We never knew that the room was haunted, until my grandfather went down to call us up and saw his cucu-cucu semua main2 berhampiran bilik tu ...apa lagi, orang tua tu terus suruh kami semua naik atas and cakap "jgn main2 dekat situ, nanti bilik tu, tarik kamu masuk dalam, Naik cepat!" tu dia! apa lagi terus kitorang bertempiaran lari masuk bilik masing-masing...To be continued JUmie ku sayang...
Cerita AJ Don berhenti begitu sahaja. 
Gambar ini diambil dari Website Majlis Daerah Lipis

Bangunan Residen (Rumah Rehat Residen Inn)

Bangunan Residensi ini bina pada tahun 1922 di Bukit Residens, iaitu di puncak bukit tertinggi di Kuala Lipis, sebagai rumah kediaman Residen Inggeris. Penghuni pertama bangunan ini ialah Hugh Clifford, ‘Superintendent of Ulu Pahang’. Selepas beliau, Residen-residen Inggeris terus menduduki bangunan ini sehinggalah tercetusnya perang dunia kedua pada tahun 1942 hingga 1945. Pada tahun 1958 hingga tahun 1965 bangunan ini dijadikan sebagai Asrama Murid-Murid Lelaki Sekolah Clifford. Asrama Bukit Residens ini telah ditutup pada 31 Disember 1965. Rumah ini terbiar kosong sehingga ke tahun 1983 sebelum dijadikan Rumah Rehat Kerajaan. Pada 1 Disember 1985, Sudut Muzium Lipis telah diwujudkan di sini untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan Daerah Kuala Lipis. Ianya juga merupakan Sudut Muzium pertama yang ditubuhkan di Negeri Pahang

Day 2
Maka hari ini,  arakian akan berlangsunglah majlis pertunangan Piejah.  Akak pun bangun awal dan mandi dan make up segala dan bersiap sedia untuk memake up Piejah.  Walaupun dalam kekalutan bilik Piejah agak mengekangkan dengan kewujudan Kak Omey yang suka mengambil gambar mengalahkan OP,  namun alhamdulillah akak dapat memekap beliau dengan jayanya. 

Ini ialah gambar beliau,  gambar-gambar lain...ampa boleh tengok kat sini :  Make Up untuk Majlis Pertunangan Nur Hafiezah | Kuala Lipis | Mac 2012


Inilah susunan sirih junjung bersama buah pinang yang akak amik kat balai polis tu.



Piejah di atas singgahsana.  Beliau sangat cantek pada hari itu.  I like :)


Kedua-dua keluarga yang sedang berbincang.  Yang menjadi juru cakap rombongan pihak lelaki ialah ayah kepada pengarah filem fofular Ahmad Idham.  Depa beradik-beradik dengan pihak lelaki.


Saat-saat Piejah disarungkan cincin oleh mak mentua beliau yang vouge!!

Selesai sudah majlis pertunangan Piejah dan Jojo,  we olls terus ke bandar bersama dua orang photographer daripada Titian Songo.  Owner Titian Songo adalah seorang lelaki bernama Akhmal yang sangat tingtong dan peramah.  Kawan dia yang mai shot sekali pun baik hati.  Depa dua orang dah macam family dah.  Pagi-pagi dah tolong ayah Piejah bertukang dan pasang banner.  Gila meletops.  Mana ada OP berani buat cam ni?




Ini gambar we olls masa pi shooting kat keliling Pekan K.  Lipis.  We went to Bukit Residen and Stesen Kereta Api.  Hasil gambar depa memang meletops.  Mai tengok sini  :

Siriesly kepada ampa semua orang sekitar Selatan,  KL,  Negeri Sembilan,  Johor...amiklah Titian Songo ni untuk jadi OP ampa.  Depa sangat passionate dengan kerja depa and depa fun.  So kerja dengan depa sangat happy.  Di kesempatan membuat photoshoot dengan Piejah and Jojo ni,  bila Akmal suruh akak posing,  akak malu-malu dulu.  Kata...ish...takpayah la..takpayahla... Tapi dah lama-lama rasa macam aishh...dia ni...OKAY POSEE!  POSE!! Akak terus buat pose Naima Mora u ollls.  Depa terkedu sat.  Tapi depa tak gambar kat akak lagi.  Takpa u olls.  Kalau ada akak share.

So jom check out more about Titian Songo :

Website

Facebookhttp://facebook.com/titian.songo


Day 3

Day ketiga.  Akak nak gerak balik ke Penang.  Sebabnya akak nak kena balik KL dulu dan amik bas,  so akak terpaksala balik awal-awal u olls.  Akak tumpang kereta anak menakan Piejah iaitu Budi dan Ayu sampai ke KL.  Before kami bergerak balik,  akak request they olls bawak akak pusing K.  Lipis lagi sekali and this time akak nak amik gambar jer just untuk tunjuk kat ampa semua.

Bersama Piejah yang tak make up dan tak........siot deni nak ikot jugak!

Mahkamah Majistret Kuala Lipis.  Bandar K.  Lipis ni berbukit u olls.  Naik turun macam Cameron Highlands.  Tapi panas nak mampus.  Rasa macam relau.  Tapi ampa tau tak,  walaupun berbukit bukau,  K.  Lipis pernah kena banjir besar pada tahun 1950 an.  Banjir besar ni membuatkan kerugian besar kepada kerajaan Pahang.  Ampa pi google gambar Banjir Besar Kuala Lipis.


Ini bangunan Jubli Perak,  dewan tempat kawen Piejah tahun depan.  :)


Ini masjid bandar Kuala Lipis.  Masjid Sultan Mahmud.  Nanti insya Allah Piejah and Jojo akan bernikah kat sini.
Inilah padang tempat Dato Siti dan Dato K bersanding dulu.  Sebesar besar padang ni penuh u olls.  Now i know why Dato Siti nak buat kenduri malam,  sebab kalau buat siang....nenjia........punya panaih....misai Dato' K nanti terbakak jadi keropok teruih.


Sekolah Clifford.  Padang depa besar.



Satu satunya fast food di K.  Lipis ialah KFC.  Okay la tu kan?  En.  Khafi boleh hidupla...KFC ada
.


Piejah kata dengan nada sedih "Nok...inilah satu satunya supermarket kat Bandar Kuala Lipis ni,"  KENAPA ORANG MELESIA OBSES DENGAN SUPERMARKET!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  I HATE SUPERMARKET NI SEMUA MEMBUATKAN RAKYAT PERABIH DUIT LAGI GILA GILA DAN BANDAR JADI JEM SEBAB HARI SABTU AND AHAD SEMUA ORANG NAK KELUAK PI SUPERMARKET.



Pejabat Pos :)


Akak tengah pose ala-ala Abang Manap di Batu Kosong yang terletak di sebalah Pejabat Pos.

Zero Miles Stone

Salah satu keunikan tempat bersejarah di Lipis ialah batu bertanda kosong berdekatan Pejabat Pos di tengah Bandar Kuala Lipis.
Batu kosong ini menandakan permulaan sukatan jarak bagi Negeri Pahang dimana perkiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.


Bangunan-bangunan lama yang merupakan deretan kedai-kedai.  Cantek bangunan ni semua.  Tapi macam tak berapa dihias untuk jadi lebih cantek.

Masjid Negeri yang terletak di tepi Sungai Jelai. 

Masjid Negeri

Bangunan Masjid Negeri ini telah dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Beliau juga yang telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya, atap masjid ini diperbuat daripada papan.
Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia dipindahkan ke Kuantan. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam masjid ini ialah Imam Kawi, iaitu imam kedua masjid ini. Pada masa tersebut, gaji para Imam dibayar dengan menggunakan wang hasil dari kutipan zakat. Imam pertama yang menerima gaji daripada kerajaan ialah Imam Salih bin Hussin.
Menurut cerita orang-orang tua, salah satu keistimewaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda.
Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato' Abu Samah (Setiausaha Kerajaan Pahang), Tun Abdul Razak bin Tun Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar.
Kuala Lipis terletak di pertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.  Besakkk sungai ni. 

En.  Khafi tanya "Awat hang suka duk posing macam ni?" Jawapan akak "Ni ......bellee laa...belllee....abiang mana tau!!"


Inilah Ayu,  tunang kepada anak menakan Piejah iaitu Budie.


Pentunang orang. 



Ini adalah Pahang Club.  Bangunan ni cantek.  Tapi macam tak dijaga.  Akak tak tau la depa duk guna atau tidak.  Masa i olls pi dia duk tertutup macam nila. Terletak di atas bukit-bukit di belakang Hospital Baru di Kuala Lipis. 

Pahang Club

Bangunan ini banyak mempunyai nilai sejarahnya. Ia adalah bangunan terawal yang dibina oleh British iaitu pada tahun 1907. Tapak bangunan ini merupakan tapak pertama di mana pihak Inggeris mula-mula mentadbir Pahang. Rumah ini dibina untuk tujuan kediaman Sir Hugh Clifford yang pada ketika itu memegang jawatan ‘Suprintendent' Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis.
Pada Jun 1898, Kuala Lipis telah menggantikan Pekan sebagai ibu negeri Pahang. Bermula pada tarikh ini rumah ini telah dijadikan kediaman resmi untuk Residen British. Ketika itu Residen British ialah Sir Hugh Clifford dan beliau telah memikirkan untuk membina sebuah kediaman yang lebih sesuai untuk memudahkan beliau mengawal kawasan Lipis. Oleh itu beliau telah menemui tapak yang lebih sesuai iaitu Bukit Residen. Sementara menunggu rumah di Bukit Residen siap, beliau menetap di Rumah Kelab Pahang itu sehingga tahun 1922.
Apabila Residen berpindah ke Rumah Residensi pada tahun 1922, rumah kelab ini telah didiami oleh Inspektor Polis British hingga tahun 1926. Inspektor Polis ini mengetui Keanggotaan Polis British di mana ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Sibu, Dayak dan Melayu serta kesemua anggota polis tersebut berjumlah 100 orang.
Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini telah ditinggalkan dan kemudiannya Kerajaan Inggeris telah menjadikan rumah ini sebagai kelab Khas untuk pegawai-pegawai tinggi British sahaja. Rumah yang asalnya kediaman Residen ini sedikitpun tidak dilakukan pengubahsuaian terutamanya ruang dalamannya. Ini bertujuan untuk menjaga keaslian seni binanya. Semasa ia menjadi Kelab Pahang, rumah ini memang di kawal rapi. Menurut Pak Razak, seorang tukang kebun, bukan orang sembarangan yang boleh naik. Pakaian mestilah berkemeja kemas, bertali leher dan melambangkan status pada ketika itu. Bak kata Pak Razak lagi, kasut orang yang naik itu sekilat lantai kelab ini yang digilap setiap hari. Semasa rumah ini ditinggalkan dahulu, ia pernah diura-urakan untuk dijadikan istana. Tetapi perkara ini didiamkan kerana cadangan tersebut ditolak oleh pihak istana.
Tahun 1957, keahlian kelab ini hanya untuk orang-orang kenamaan, orang British dan Pegawai Tinggi Kerajaan sahaja. Kemudian apabila Malaya merdeka, keahliannya dibuka untuk orang-orang tempatan yang berduit dan tidak mengira kaum. Secara umumnya, aktiviti kelab ini ialah untuk kemudahan rekreasi, aktiviti sukan seperti tenis, badminton dan sepak takraw. Selain itu, ia juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan.


Lepas kami tingtong pusing bandar,  kami ronda naik bukit pulak iaitu Bukit Bius.  Pasaipa la nama dia Bukit Bius.  Mesti sebab dulu-dulu,  nama nak dapatkan suntikan bius...ampa kena naik bukit ni.  :)

Depa kata naik bukit ni ada Zoo Lipis.  Tapi macam biasalah,  zoo zoo kecik yang ada di tempat tempat yang tak penting ni selalunya zoo yang sedih.  Kami tak berenti mana-mana pun apatah lagi masuk zoo itu.  Kami just ronda sampai atas and amik amik gambar,  then kami turun.
Macam nila jalan nak naik bukit.  Style kecik pastu satu ruang ja.  So kena pelan-pelan dan hati hati.  Aku rasa kalau malam...mampuihla...aku nanti terkecing dalam seluak kalau ampa lalu sini. 

Tiba-tiba...ada pulak rumah agam angker dengan tangga kat sini.  Dia tulis Rumah Rehat Kerajaan.  Nenjia....sapa kerja kerajaan...mai laa sewa duk sini........ mai la.....



Sign board menuju ke Zoo Lipis.  Ampa tau tak Lipis tu maksudnya apa?  Menurut cerita bapak Piejah,  Lipis tu bermaksud kueh lapis.  Orang dulu-dulu terus sebut Lipis.


Sebelum sampai ke Zoo Lipis kita akan lalu bangunan ini.  Dahulunya bangunan ini adalah Rumah Setiausaha Kerajaan.  Tapi lani dah jadi Muzium.  Rumah ini jugak merupakan rumah kelahiran PM Misai Putih kita iaitu Dato' Sri Najib. 

Mengikut salah satu cerita bapak Piejah,  dulu ada satu meriam jatuh dalam sungai kat K.  Lipis ni.  Semua orang terjun masuk sungai tu untuk naikkan meriam tu balik.  Tapi tak boleh juga.  Walaupun berpuluh-puluh orang nak angkat bersama.  Hinggalah datangnya seorang pendekar,  dia masuk sungai tu dia angkut meriam tu sorang sorang ja like a bosss.....

Meriam tu dia angkat ke atas dan sejak itu katanya,  meriam itu yang mempunyai penunggu menjaga seluruh bandar Kuala Lipis.  Penunggu tu adalah seekor harimau. 

Akak tak mau cerita panjang.  TAKIOTTTT!

Muzium Warisan Lipis

Seperti nama rumah ini sendiri, ia adalah kediaman bagi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Rumah bersejarah ini siap dibina pada tahun 1920 dan kedudukannya berhampiran dengan kediaman YAB. Menteri Besar Pahang.
Rumah ini terletak di atas Bukit Bius, salah satu bukit yang bersejarah di Kuala Lipis. Kawasan di atas bukit ini memang terkenal kerana ia merupakan kawasan perumahan bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan para kenamaan Daerah Lipis. Rumah ini dikatakan bersejarah kerana disinilah bekas Menteri Besar Pahang iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dilahirkan serta dibesarkan. Ayah beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussien, pernah mendiami rumah ini ketika beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Selepas Dato' Sri Najib menduduki rumah ini, ia tetap dipelihara oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk diduduki oleh para Pegawai kerajaan Kumpulan 'A'.


Nenjiaaa Zoo Lipisssssss.......................................... akak tak payah masuk Zoo Lipis.  Tengok Piejah kat sebelah akak pun dah feeling-feeling ungka berkata-kata dah.




Pastu kami naik atas lagi,  kami jumpa Istana Hinggap Kuala Lipis.  Depa kata Istana ni pun angker.  Sultan Pahang lani pun takmau duduk sini,  tapi angker apa akak tak tau la.  Tapi tengok...memang angker...................!




Istana Hinggap


Bangunan ini asalnya merupakan kediaman untuk para Pegawai British. Pihak British mula mendirikan bangunan ini pada tahun 1926. Namun, apabila jawatan Menteri Besar diwujudkan pada tahun 1948, bangunan ini telah diindahkan dan dibaikpulih untuk dijadikan kediaman rasmi YAB Menteri Besar Pahang sehingga tahun 1955. Di bawah ini dinyatakan senarai Menteri Besar Pahang yang dipercayai pernah menetap di rumah ini :


Dato' Setia Wangsa Sir Mahmud bin Mat (MCS., OBE)
- 1 Februari 1948 hingga 1 Februari 1951


YAM. Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Ibni Al Marhum Sultan Ahmad (CBE) - 1 Februari 1951 hingga 1 Februari 1955/
- 15 Jun 1955 hingga 8 Januari 1957


Orang Kaya Indera Shah Bandar Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussien (MCS)
- 1 Februari 1955 hingga 15 Jun 1955


Dalam senarai di atas, Menteri Besar yang menduduki rumah tersebut hanya sehingga ke tahun 1955 sahaja. Ini berikutan dengan perpindahan Ibu Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan pada tahun tersebut.


Antara upacara bersejarah yang pernah berlangsung di istana ini ialah Majlis Perkahwinan KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Tengku Ampuan Hajah Afzan binti Tengku Mohamad pada 22 April 1954. Menurut beberapa orang Ketua Kampung yang kami temui, istana ini menjadi lambang Kedaulatan Raja dan Perpaduan Rakyat.


Ini rumah apa akak pun taktau,  sebab bila kami dah sampai ke puncak bukit,  kami terpaksa masuk ke kawasan rumah agam ini untuk u turn.  Kalau tidak kami kena gostan sampai bawah. 


Akak tak tau la rumah ni ada orang ke tak.  Tapi tengok kat verandah dia...siap ada kain lapik warna putih ala-ala zaman British kan?  Lampu pun masih on.


Sapa nak duduk sini............Hotel Bukit Bius...............nenjiaaaaaaaaaa...mailaa.......


Click on the picture ampa akan nampak jalan ini ampa boleh pi Kelantan teruih.
So itulah sahaja catatan yang akak boleh ceritakan bersama u olls semua.  Sapa-sapa sini orang K.  Lipis kalau salah silap cerita akak ni.  Mintak maaf na.  Akak pun amik dari website Majlis Daerah Lipis Pahang dan sedikit sebanyak cerita dari keluarga Piejah.

Akak harap Dato' Siti buatlah something untuk membangunkan dan memajukan bandar ini.  Akak rasa Temerloh lagi meletops dari Kuala Lipis. 

Sekian sahaja.  I love u olls.

6 comments:

  1. hahaha...
    SMK Clifford...

    sekolah I tu...

    ReplyDelete
  2. kami pun rikonsail semula. << giler lah bahasa tinggi gila!

    hahahaha.. kak jumie duk sini takdak ka kena kacau time duduk kat residen tuh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hang tau kan? reconcile sebenarnya. Tapi ikut ejaan sukahati akak la.

      Babe...akak tak stay kat Bukit Residen la. Akak dulu rumah Piejah.

      Delete
  3. tgk residen house tu,cek pun berminat nk p dok..santek..tapi angker la pulak kan....skeri...

    ReplyDelete
  4. huish.. bangunan lama memang cantek tapi nak stay tue memang tak la... angker...:D

    ReplyDelete
  5. Salam

    Saya tersenyum sepanjang membaca artikel akak. Ayat boombastik bebeh. So sweet dan mengundang memori silam membesar di Kuala Lipis. Ya..Kuala Lipis..kurang membangun daripada Temerloh...Pucuk pimpinan yang kerap kali bertukar membuatkan Kuala Lipis pernah dijoloki sebagai bandar koboi. Semoga suatu hari nanti, bandar yang penuh dgn bangunan kolonial ini akan diiktiraf sebagai world heritage city sebagaimana Georegetown dan Melaka.

    Apa pun bukit bius itu paling terkesan dihati. Disana ada pelangi yang sering muncul pabila hujan di waktu petang...

    KUALA LIPIS..I MISS THIS CITY SO MUCH.......

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...