16.4.12

Lunch ala-ala Wanita Amerika di Mizi Bistro,New World Park, Penang

Pada suatu tengahari yang damai,  akak telah membuat temu janji dengan seorang juru reka fesyen yang bernama Shanell Harun.  Beliau kini meletops ya.  Semakin hari semakin banyak tempahan baju beliau.  Sama ada untuk majlis-majlis istimewa malah hari perkahwinan.  Terbaru,  Shanell lani duk kolaborasi dengan Amy Janz ya.  So,  dia akan buat baju and Amy Janz akan buat make up.  All the best untuk Shannel Harun.  Apa pun,  belajar kena meletops.  Bila business dah membangun,  kamu kenalah keep up dengan study u olls.  Masa ni orang akan sentiasa nak tengok u olls jatuh.

Tapi respect to my dearest sister,  Shannel Harun telah mendapat Anugerah Sijil Dekan bagi sem lepas.  So memang i janji dengan dia.  Kalau u balik Penang,  kalau i tak migrain atau takdak job make up,  i belanja u makan.  So this is the day la u olls.  Akak membawa beliau makan di Mizi Bistro yang terletak di dalam New World Park,  Penang.




Mizi Bistro ni ada 3 cawangan kat Penang. Satu atas Perangin Mall,  satu kat Tesco Tanjung Pinang dan satu lagi kat New World Park.  Akak pernah buat satu artikel dalam blog akak bertajuk "Mizi dah ada Bistro?"  Kawan baik akak tu nama Mizi. Dia kerja kat Library USM.  Dulu masa sebelum akak kawen semua,  dia kira macam side kick akak la.  Pi mana pun bersama u olls.  Tapi lani dah kawen,  tak boleh la.  Dia pun lani dah ada achi semua.  Achi dia orang Kelantan.  Steadyy MIZIII!  Tapi Mizi Bistro ni bukan dia punya la.  HAHAHA akak saja buat lawak sebab nama sama.



Selepas mendapat dorongan daripada beberapa kawan suruh mai try makan kat sini,  so akak pun mai la sini.  Kat sini depa menawarkan menu-menu makanan barat,  dari soup,  salads,  ayam,  daging dan macam-macam lagi.  Tapi yang meletopsnya orang suka mai sini ialah set meal yang hanya berharga RM25 nett.  Butiran seperti berikut  :

SET MEAL - RM25.00 di Mizi Bistro New World Park,  Penang

CHOICE OF DRINKS
PEACH TEA, LEMON TEA, GREEN TEA(HOT/COLD), CHINESE TEA, ORANGE JUICE, MANGO JUICE, TEA OR COFFEE
+
SOUP
A CHOICE OF SOUP FROM THE MENU
+
MAIN COURSE
A CHOICE OF A MAIN DISH FROM THE MENU.IE PASTA, POUTRY, SEAFOOD, EGG, SANDWHICH, VEGETARIAN OR SALAD
+
OR
IF YOU CHOOSE ANY ITEM FROM THE MEATS , CHEF’S SPECIALTIES OR SMOKED SALMON WE WILL ADD AN ADDITIONAL RM6.00 BASED ON THE ALA-CARTE PRICE
+
DESSERT
ICE –CREAM
EAT ALL YOU CAN
* For customer having the 'Set Meal' only
* Other diners having the ice-cream will be billed at RM6.00 per person

Meletops kan?????????????????? Haa..okay jom kita tengok apa yang we olls makan.
Ini ialah soup pilihan saya iaitu soup bawang yang betajuk "Baked French Onion Soup"

Manakala Shannel memilih "Cream of Carrot Soup" yang juga sangat meletops.

Untuk main course akak memilih Chicken Picatta.

Dan Shannel memilih Lasagne Al Forno.  Luzzah sikit nama ni but we like it.

Untuk drinks,  Shannel pilih ayak Peach Tea.
I olls pulak memilih ayak Lemon Tea.

Makanan kat yang kami order ini sedap.  Rasa dia sangat meletops.  Takdakla spoiler tawar dan sebagainya.  Dapat rasa rempah dia semua memang dimasak dengan kasih sayang. 

Service yang diberikan juga meletops.  I suka kakak yang serve kami tu.  Dia kakak yang berbangsa India.  Tapi fasih cakap Melayu na.  So we olls takdak la feeling kekok nak bagi order cakap mat saleh.  We olls cakap Penang ja "Apa yang sedap kat sini...apa u sajes..?" Gitu...

And then tak lamat.  Makanan datang cepat. Tempat dia pun relaks.  Tak ramai orang sangat.  Relaks.  Tak bising.  So its fun kalau datang dengan kawan-kawan or family atau dating :)
Ini adalah gambar yang akak amik untuk tempat makan kat dalam restaurant.  Dia buat decorations ala-ala American pub.  Macam-macam gambar selebriti semua ada.  Tapi kat dalam tak boleh isap rokok la.
Ini tempat yang paling akak kunjungi sampai banyak kali ya.  Yaaaaa!!  Sebab kita ini adalah wanita yang suka ice cream dan makan set meal kita akan dapat free flow ice cream.  So walaupun akak masih selsema dan bergelema banyak tapi wat-de-hek!!!

Meletops kan?
Disebabkan Shannel adalah perokok tegar.  So we olls duduk luar la.  Its okay.  Meletops ada kipas semua.  So tak panas sangat. 
Address:
102-D-6, New World Park,
Jalan Burma, 10050 Penang.

Click to view location map 
Reservation:
(604)-227 2921 
Business Hours
Lunch: 11:00am - 03:00pm (daily)
Dinner: 06:00pm - 11:00pm (daily)

Website  :  http://mizibistro.com
Facebook  :  Facebook.com/Mizi-Bistro

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...