27.4.12

Majlis Pernikahan dan Persandingan Feridah Merican and Andrian Abdullah

Ku sangka panas sampai ke petang,  rupanya ribut petir di tengahari.  Itulah yang berlaku kepada sepupu akak iaitu Feridah Merican.  Hari ini kisah dalam Review Perkahwinan Bangsawan adalah sangat menarik sekali.  Akak nak share dengan u olls.

Feridah ni adalah anak angkat makcik akak.  So dia ni jadi macam sepupu angkat akak la.  Kisahnya beliau ini pada zaman muda remaja,  beliau telah bertemu jodoh dengan seorang lelaki daripada Perak.  Tapi jodoh they olls tak panjang,  lepas anak kedua beliau mencapai umur lebih kurang 3 tahun,  beliau dan suami telah pun bercerai.  Selepas adegan naik turun mahkamah,  Feridah telah berjaya mendapat hak menjaga kedua-dua anak lelaki beliau.

U olls!  Di sinilah akak nak share dengan u olls.  Sebagai ibu tunggal muda,  beliau gigih mencarik rezeki untuk menyara hidup beliau dan anak-anak.  Macam-macam cabaran jangan dicakap.  Di samping itu,  beliau yang masih muda ini tidak pernah putus asa untuk mencari 'cinta' baru dalam hidupnya.  Dan sebagai seorang Kak Janz yang masih bergetah,  niat murni beliau untuk mencari 'cinta' baru ini sering disalah erti and of coz banyak adegan sedih yang berlaku ya puan - puan sekalian.  Wellss,  akak tidak mahu membebel dan mengorak kisah duka nestapa tentang jantan-jantan keparat yang cuba menjatuhkan beliau.

Akhirnya,  kini Feridah sudah jumpa Mr.  Right nya.  Seorang anak teruna la u olls semua.  Jangan jerles!  Jejaka itu ialah Andrian Abdullah,  seorang lelaki India yang telah memeluk agama Islam.  We olls semua sangat happy for him.  Baru-baru ini,  they olls berdua telahpun selamat diijabkabulkan dalam satu majlis kecil-kecilan bersama rakan dan saudara terdekat.  Bukan sebab status jandaz beliau dan beliau tidak berminat nak buat majlis besar-besaran,  tapi bagi beliau,  lebih baik besederhana tetapi masih dapat berkongsi hari kebahagiaan bersama-sama orang yang disayangi.  KENNNNNNNNNNNN!! 

Jom baca dan tengok persiapan ringkas beliau.  Siapa cakap wedding yang simple tidak meriah u olls?

Majlis Pernikahan
Upacara ijab dan kabul antara Feridah and Andrian diadakan di Masjid Negeri Pulau Pinang dan dihadiri oleh keluarga terdekat.  Alhamdulillah dengan satu lafaz,  Andrian telah berjaya mengisterikan Feridah.

Feridah yang meletops.  Make up of cz daripada akak ya,  Make Up by Jumie Samsudin.

Pengantin lelaki dan pengantin pompuan di hadapan tok kadi.  U olls boleh nampak ada 1 dulang hantaran dengan gelang tangan semua.  Itulah satu-satunya hantaran antara depa dua.  Gila simplisiti okay. 

Andrian sedang menyarung cincin di tangan isterinya yang meletops.


Keluarga baru.  Andrian dan Feridah bersama-sama anak-anak hasil perkahwinan pertama Feridah iaitu Danish and Farhan Yusuf.

Busana Majlis Pernikahan
Busana majlis kedua-dua mempelai ini adalah serba putih.  Baju Andrian adalah koleksi dari The House of Red Gincu.  Manakala Feridah memakai dress putih yang ditempah sendiri.    Kain dia beli sendiri dan ditempah di Sherley Tailor,  Gelugor.  Details manik apa semua beliau jahit sendiri u olls.  Tudung dan veil juga adalah hasil tangan beliau sendiri.  Merletops sangat they olls.
 


Ini gambar sebelum depa keluar rumah nak pi menikah.  Dua dua muka berseri.


Hantaran dan Mas Kahwin
They olls tidak menghabis barang-barang hantaran serba satu macam kasut,  beg dan lain.  Hanya Andrian yang bagi gelang dan cincin sebagai mas kahwin dan hantaran.  Dalam gambar kat bawah ini ialah gelang tangan berharga RM1600 yang merupakan mas kawen beliau.  Manakala untuk cincin perkahwinan depa belicincin emas kuning dengan sebutir batu berlian berharga RM700.  Dua dua beli kat Tomei. Yup itu saja hantaran. Hantaran kawen kita berbentuk wang kan, tapi Feridah tak amik duit u olls.  Dia pandai!!  Dia suruh Andrian beli rantai mas yang berharga dalam RM5k kat dia. Merletops u olls.

Nenjia gandom punya.....


Kad Kawen dan Streamer
Of coz,  untuk kad kawen and streamer akak telah membawak Feridah Merican ini ke kedai kesukaan akak iaitu Galeri Kad Kawen Penang.  Selepas membuat perbincangan ringkas dengan Anne,  beliau telah mencadangkan kami contoh kad ini.  So memang meletops sangat.  Sesuai dengan tema wedding yang we olls nak buat.  So inilah hasilnya.






Busana Majlis Persandingan
Majlis persandingan diadakan secara kecil-kecilan di rumah kakak I olls iaitu Sanita Samsudin di Summer Place,  Jelutong pada hari yang sama dengan upacara pernikahan di masjid iaitu pada 1 April 2012 yang lalu.  Masih menggunakan busana yang sama untuk majlis pernikahan tetapi pengantin cuma bukak tudung and buat rambut feeling-feeling :)  Jom tengok hasilnya.


Eksesori dan bunga tangan daripada The House of Red Gincu.




Kedua mempelai sedang melangkah segak ke dewan.  Meletops Andrian mengenakan pakaian Melayu siap bertanjak apa semua.  Keris tu paling meletops.



Make up of coz daripada akak ya.  :)

Bunga tangan daripada http://thehouseofredgincu.blogspot.com/

Pelamin
Pelamin dibuat oleh adik akak iaitu The House of Red Gincu.  Nenjia ampa baca details taken from her page  :



Majlis Resepsi Feridah & Adrian yang berlansung dengan meriahnya di Summer Place Condo Pada Last week.

Bertemakan konsep indian+malay culture maka terhasillah sebuah hiasan pelamin yang direka khas buat kedua mempelai yang baru disatukan...
Happy for them. dna Team red Gincu mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk hasilkan sebuah pelamin yang unik dan menarik.

HUBUNGI KAMI

Our Boutique is open by appointment only

Outlet:
135 Kampung Baru,
11400 Ayer Itam, Penang
Maps

Landmark
- berhadapan Balai Polis Kampung Baru
- bersebelahan sek.cina Chung Ling

Call / Sms : 019-5434377 / 014-2505 135 ( surianie)
BBM : 22EA1C70
Email : redgincu@yahoo.com

TEMUJANJI :
Untuk temujanji sila rujuk pada waktu dan hari yang telah ditetapkan :
Isnin - Jumaat : 6pm - 10pm
Sabtu - Ahad : 11am- 10pm

Kek dan Pulut Kuning





















Oh yes,  they olls potong dua kek.  Sebab Feridah nak potong pulut kuning.  Andrian nak sangat kek.  So tempah dua dua.  AMIK :)

Aturcara dan Tetamu Tetami
So u olls dah tengok semua gambar-gambar di atas.  Mai sini akak nak cerita sikit tentang details upacara majlis perkahwinanFeridah dan Andrian ini.  As i olls mentioned iaitu majlis ini dibuat secara kecil-kecilan,  so we starts dengan ucapara pernikahan di masjid jam 9am.  Kemudian,  pengantin balik ke rumah Sanita dan bersiap untuk majlis persandingan pula.

Tetamu dan tetami mulai hadir jam 12 pm.  So pengantin pulak turun jam 1pm lebih kurang.  Lepas salam-salam dan beramah mesra dengan para tetamu dah telah hadir.  We olls terus suruh pengantin duduk di singgahsana untuk memberi peluang kepada semua orang untuk ambil gambar dengan they olls.  Then we olls juga memberi kesempatan kepada sesiapa saja yang nak amik gambar dengan pengantin.  Tiada protokol yang teruk teruk sangat. 

And the rest of the day,  kami just makan-makan,  sembang-sembang,  lepak and the kids....ampa tau la...duk seronok main!

It was a fun kenduri,  makan sedap,  cukup,  goodie bag semua alhamdulillah semua dapat and cuaca pun sangat okay.  Sedikit panas tapi takpala....bagus daripada hujan :)

So jom tengok semua gambar adik beradik akak semua pada sekitar majlis yang serba ringkas ini.


Denilah Sanita.  Kakak i olls.  Yes nama dia Sanita.  Sekian terima kasih.  (Dialah mak kenduri sebab kenduri buat kat rumah dia and dia banyak tolong molong apa semua)



Sapa sekolah Haji Mad Noor mesti kenai Kak Dewi Masrihana.  Dia adalah anak menakan saya ya.  Kesian kat dia,  anak dia lani duk dalam hospital sebab tak cukup bulan.  Tapi still dia gagah menjenguk kenduri Feridah.  Tabik sepering.  :)


Akak buat posing terkejut sambil mendukung anak menakan akak yang hari tu beranak 5 kilo tu :)  Nenjiaaa.


Muhammad Ali Hakimi yang mempunyai rambut pacak secara original.


Akak suka suruh budak budak pose atas pelamin.  :)


Hanna Mashitah,  Afiq Daniel,  Puteri and Hanna Maisarah.


Keluarga Abah Sani and Mama Illa.  :)


Akak,  Afiq and Sarra.


Abang tercinta dan suami yang dicintai over over.


Akak pose getis bersama LV 15k akak.  Kau mampu?


Abang Manap.  Yes,  inilah bapak i olls.

After Party





Pose meletops kakak-kakak and sepupu akak semua.  Yang atas kerusi pengantin tu kakak-kakak I olls ya,  Julie Samsudin,  Idamiah Idris (my momma iaitu Kak Edeh) and Sanita Samsudin.  Gambar ni tak berapa vouge sebab akak takdak.



Dan gambar terakhir kat atas ialah gambar Afiq Daniel yang kena pijak dengan sepupu dia.  Tangan dia ada bekas cop kasut.  HAHAHAH.  Ingat dalam katun ja boleh jadi cam ni. 


Sekianlah sahaja cerita sekitar majlis kenduri perkahwinan Feridah dan Andrian.  Akak mendoakan agar mereka berdua dan anak-anak akan terus dimurahkan rezeki dan sentiasa tabah dalam menghadapi bahtera rumah tangga.  Im so happy for both of you alls.

2 comments:

  1. cantek sungoh deko..nak tny bunga tangan dia fresh flower x?

    ReplyDelete
  2. weyyy... baju dia cantik... terer ah dia jahit manik2 sendirik... memang mabeles ahh~!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...