30.4.12

Menonton "Perhiasan Kaca" (The Glass Menagerie karya Tennessee Williams)

Hello u olls semua,  pada Jumaat yang lalu dan rakan-rakan telah pergi menonton sebuah teater bertajuk 'Perhiasan Kaca' daripada karya Tennessee Williams yang dipersembahkan dalam Bahasa Malaysia.  Akak telah mengpromokan teater ini di dalam blog akak hari itu  :  "Perhiasan Kaca" (The Glass Menagerie karya Tennessee Williams)


Sinopsis
Perhiasan Kaca mengisahkan tentang 4 orang karakter penting dalam cerita ini. 

Pada awal teater,  pengacara majlis pun buat annoucement tentang tatacara panggung.  Pastu dia ada mention "Cerita ini mempunyai beberapa adegan di luar norma masyarakat Malaysia"  Akak terussssss macam eksaiteddddddddddddd!  HAHAHAHAH.  So apa yang di luar norma ni?  Tunggu!

Tom lakonan Sheikh Rahman yang tak larat dengan leteran mak dia saban hari.
Tom Wingfield yang dilakonkan oleh Sheikh Rahman.  Ahli kumpulan Skema untuk Raja Lawak baru baru ni.  Akak tak pernah kenal rapat dengan dia,  but i always know dia ni kalau buat persembahan kat dalam USM.  Memang bersungguh.  Tom Wingfiled lelaki seorang lelaki yang mempunyai keinginan dan angan-angan besar untuk mengembara.  Tapi dia stuck hidup di rumah bersama mak dan kakak dia.  Dia kena kerja dan dia kena bayar sewa rumah semua. 

Amanda,  Tom dan Laura sedang makan-makan.


Amanda Wingfield,  ialah mak Tom dan Laura.  Amanda ni seorang mak yang sangat sangat semua benda nak kena ikut cakap dia.  Sebagai seorang ibu tunggal yang kena pikiak pasai kedua dua anak dia,  dia ni jadi kalut dan gelabah dengan pelbagai kehendak sosial.  Cewah....feeling ja aku membuat statement ini.

Laura Wingfield ialah kakak kepada Tom.  Dia ni la duk main Perhiasan Kaca ni semua.  Kaki dia tempang.  Tak bekerja.  Dia sangat pemalu.  Dia tak tau bersosial.  Dia belajar tak pandai.  Dia sangat rendah diri.  Hari hari,  dia duduk rumah dan main dengan perhiasan kaca dia semua.  Dan sebab itu,  mak dia Amanda duk pening kepala sebab dia dah 24 tahun dan takdak marka apa semua lagi.  Pada zaman 1930an,  gadis 24 tahun dah dikira anak dara tua u olls.  Sebab itu,  si ibu ini sangat raplah dan akan buat apa sahaja untuk make sure anak dia dapat jodoh dengan cepat.  Erm....tahun 1930an di Amerika ni sama macam era 2000-an di Melesia kan? 

Watak ke empat ialah Jim O'Connor yang dilakonkan oleh anak ayam akak iaitu Zulkarnain Ahmad.  Jim O'Connor ni ialah seorang budak lelaki popular masa sekolah dulu la.  Dia,  Tom dan Laura dulu satu sekolah.  Actually Laura memang duk crush dengan dia dah lama.  Tapi tak sangka pada suatu hari,  lepas dapat desakan daripada mak depa,  Tom membawa balik Jim O'Connor untuk makan malam kat rumah depa.  Dengan harapan untuk menjodohkan beliau dengan Laura.

Jim dan Tom.

So masa lepas dinner tu,  tiba-tiba black out,  elektric takdak.  So Makcik Amanda dan Tom telah membagi line kepada Laura dan Jim untuk bercengkerama.  Gitu.  So depa pun sembang dan sembanglah.  Jim yang merupakan seorang yang tampan,  gentleman dan sangat pandai berkata-kata telah berjaya mengtransform Laura daripada seorang yang pemalu kepada seorang yang lebih relaks.  Laura pun tunjuklah koleksi perhiasan kaca dia.  Lepas tu.  depa pun menari mari dan masa menari tu,  Jim terjatuh dan dia terpijak salah satu perhiasan kaca yang Laura paling sayang.  Sampai satu part....depa ciummmmmmmmmmmmmm!!!!  Oooohh!! Yang ni la yang diluar norma.  Tapi actually,  depa tak cium betui tu.  Belagak-lagak ja.  Buat pusing macam mana ka nampak macam betui.  Tapi u olls.....kalau orang puteh berlakon mesti depa cium betui betui kan?

Laura dan Jim.  Sorry akak tak sempat nak amik gambar depa duk com.  Heheh

So lepas depa cium tu,  barulah Jim macam tersedar dia membuat kesilapan dan dia mengaku bahawa sebenarnya dia dah bertunang dan akan berkawen tak lama lagi.  Gilaaaaa.......................Laura tersentap dan terduduk terus.  So memang dia pun dah jadi macam kuda perhiasan kaca yang pecah tadi "Sekarang ni....kuda baby lon ni dah pecah.  Dah macam kuda-kuda babylon yang lain.  Tak istimewa lagi,"  Lebih kurang cam tu la dialog dia. 

Amanda tengah memaki hamun anak dia.  Perengggg!


Di akhir cerita,  Tom bergaduh dengan mak dia.  Mak dia salahkan Tom sebab Tom telah membuang duit,  tenaga dan masa mereka untuk menghiburkan hati seorang lelaki tunangan orang.  Di akhir teater ini,  Tom bermonolog dengan penonton.  Dia kata....dia mengucapkan selamat tinggal kepada kakak nya Laura dan perhiasan kaca tu semua.  Dia pergi mengejar cita citanya.  Sambil dia tiup lilin dan pergi.

Scene akhir,  saat-saat Tom meninggalkan dunia Laura.

Kesimpulan 
Adalah sangat rugi u olls tak mai tengok teater ini.  Walaupun tidak dibintangi oleh artist tempatan yang meletops seperti Jumie Samsudin (kennnnnnnn),  tetapi pelakon dalam teater ini tidak kurang hebatnya.  Akak bagi salute tinggi kepada Sheikh 'Tom' Rahman, Yuslina 'Amanda' Yusof, Ainarambelan 'Laura' Ainawin dan Zulkarnain 'Jim' Ahmad.  They olls semua telah memberikan yang terbaik kepada kami malam itu. 

Hias pentas yang simple.

Dengan latar belakang muzik Amerika tahun 30 an yang sangat classic.  Wardrobe depa yang very meletops dan tak dilupakan set pentas yang simple dan tak menyerabutkan kami.  Susunan plot pun laju.  Kita tak payah tunggu lama-lama.  Sangat suka.  Sebab tu akak sangat salute all the pelakon.  Wellls,  akak bukan pakar dalam dunia teater.  So akak tidak mempunyai tauliah untuk memberikan sebarang komen.  But akak sangat suka dengan cerita ini.  Simple,  tapi ayat ayat yang dikeluarkan,  walaupun dalam Bahasa Malaysia tetapi susun kata sangat Amerikan,  dilema dan masalah dan emosi yang ada dalam cerita ini.....membuatkan kita terpikiak....adakah kita pernah menjadi seorang yang sangat 'pentingkan diri sendiri' seperti watak-watak dalam cerita ini?

Seperti kata En.  Yusof Bakar,  pengarah teater ini "Ini cerita orang Amerika, bukan orang kita. Kita tengok jelah."  I wonder.....

From left,  Aishah Aljuned yang sedang mengandung 3 bulan,  Awy Shalwiza Gadis Dove Asia,  Tan Chin Chin Mak Ayam,  Mirabello,  kat belakang Zul Jim Oconnor dan hujung kiri ialah Jumie Samsudin yang meletops.

6 comments:

  1. uhhh... x pergi tengok, pasai pa x tau. nak tengok Laura tu menempang lagu mana.. hahaha..

    btw, saya telah kembali mengomen belog akak. Haha, akak kenai tak denih? (sila klik link ini ye) http://syahmibudakbaek.blogspot.com/2010/09/soliherk.html .. hahaha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaarrrr, elok ka dia tuh.. seerrr (betol ka penggunaan nih)... hahahaha... mampu tak dia menari?..hahaha

      Delete
  2. Terima kasih banyak-banyak Jumie. Mengomen ini adalah hak semua yang hadir menonton. Tak kisahlah penonton tu nak rasa macam mana, sebab itu hak dia. Dan Jumie telah menggunakan hak itu dengan sebaiknya.

    Biarlah penonton itu tiada ilmu dalam teater, tapi dia ada hak mengomen mengikut pandangan dan pendapat dia. Contohnya kalau kita makan sesuatu juadah, takkanlah kita kena jadi masterchef baru nak boleh komen makanan yang kita makan, ye tak?

    So, next time, bila tengok teater kami, atau teater orang lain, jangan malu-malu mengomen seperti ini, tunaikan hak anda sebagai penonton. ha ha ha

    Sekali lagi, terima kasih. Menantikan Big Spender dalam Kasanova!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En. Yusof kerana sudi komen dalam blog saya. Terima kasih. Berikanlah saya lebih banyak dorongan untuk buat lebih banyak review tentang teater. Semoga industri teater pulau pinang semakin ,meletops.

      Delete
  3. setinggi tinggi terima kasihhhhhhhhhhh!!! muuahh muahhh!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...