2.4.12

Resepi Resepi Ketam by Jumie Samsudin

Hello u olls semua,

Minggu yang lalu akak telah membeli ketam secara pukal dengan seorang pompuan yang pernah keluar dalam blog akak iaitu Lina Kuruih (yang bagi resepi kek cokelate kukus tu).  Dia kata kat rumah dia ada orang bela ketam dalam laut,  so orang tu selalu turun laut dia akan jual murah-murah kat orang kampung.  So Lina Kuruih tolong beli kat akak 3 bek u olls.  3 bek duk ada dalam 30 ekor.  Harga baru RM30.  Meletops murah kan?

So akak pun feeling untuk memasak dua jenis masakan ketam kepada suami akak yang paling tercintai sekali di dunia ini.  Akak nak share dengan u olls

Chilli Crab ala Chinese Style



Bahan -bahan  :
10 ekor ketam yang dibersihkan
30 batang cabai kering (kalau tak tahan pedas...u have to rendam the cabai in boiling water and remove all the seeds.  Tapi tak surrrrrrrr la u olls)
3 bijik bawang besar
1 inchi halia
5 ulas bawang putih
1 batang serai
2 camca tomato puri
3 camca teh cuka biasa
2 sudu sos sotong (atau sos ikan)
5 sudu Gula 
Garam
Sebuk Perasa
1 bijik telur
1 sudu tepung jagung



Cara-cara :
  1. Cara masakan ini adalah chinese stir fry gitu.  So its very important that u olls prepare semua bahan-bahan sebelum bermula untuk menumis dan sebagainya.
  2. Cabai kering tu,  u olls blend dan letak tepi. 
  3. Blend pulak bawang merah,  bawang putih,  halia dan 1 batang serai.  
  4. Panaskan minyak atas kuali dengan size yang sesuai.  Masukkan bahan blend bawang+halia+serai tu.  Kacau sampai naik bau.  
  5. Masukkan blend cabai tu.  Kacau pelan-pelan,  api pun bagi slow sikit.  Bagi cabai tu masak.  Kalau sapa-sapa yang tak tahan pedaih sangat.  Boleh kurangkan penggunaan cabai.  Tapi cam tak suurr la.  Kalau perlu,  letakkan sedikit air.  Tapi jangan banyak banyak.  NANTI CAYAK TAK BEST!
  6. Cuba bau cabai tu...kalau bau dia masih lagi berasid...maknanya cabai tak masak lagi.  Kalau bau dia dah macam okay ala-ala bau sambal gitu.  U olls boleh masukkan tomato puri.  cuka,  sos sotong,  gula, garam dan serbuk perasa.  Pastu ampa rasa la....ejasla mana patut bagi dia rasa pedas manis.
  7. Pastu bila semua dah okay,  kuah pun pekat.  Ampa masukkan ketam.  Pastu kacau kacau sampai sebati. 
  8. Pastu api kira duk kuat kan?  Pastu pecahkan telur dan masukkan ke dalam ketam yang kita tengah masak ni.  Kacau sampai sebati.  Pastu cepat-cepat,  masukkkan tepung jagung 1 camca yang telah gaulkan dengan sedikit air.  Ini untuk memekatkan kuah kita dan membuatkan ifek ala-ala Chinese Style.
  9. Sesuai dimakan dengan nasik atau makan saja. 

Ketam Masak Kari



Bahan A
10 ekor ketam dibersihkan
3 camca serbuk kari ikan Baba's (ampa try yang HOT & Spicy..gila babis pedas.  Tapi surr)
Sedikit air
3 camca air asam jawa
1 cawan kecil santan pekat
Garam
Serbuk Perasa

Bahan B (tumisan)
3 ulas bawang besar dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
1 inchi halia dikisar
2 ulas bawang merah dihiris halus
1 camca halba campur
3 tangkai daun kari

Cara-caranya :
  1. Sapa terror masak curry so this shouldn't be a problem.  Dulu akak tak reti buat curry juga.  Tapi lama-lama akak terror.  Its all about the skill untuk mengagak bahan-bahan.  Kalau setakat letak ikut suka hati,  memang tak menjadi.  Tak seperti masak lemak ataupun masak air apa semua.  
  2. Salah satu tips untuk buat curry yang meletops ialah kena guna banyak bawang merah.  Jangan kedekut bawang merah.  Sebab itu dalam resepi ini u olls boleh nampak i olls guna 3 bijik untuk blend dan 2 bijik untuk hiris.  Banyak kan?
  3. So panaskan api.  Tumis bawang besar yang dihiris bersama halba campur dan 3 tangkai daun kari.  Then dah wangi sikit,  u olls masukkkan hasil kisaran yang telah disediakan. Kacau perlahan-lahan sampai rempah tu dah sebati dan tukar colour sikit dan wangi.
  4. Pastu masukkan serbuk kari tadi.  Tumis kering dahulu.  Sampai naik wangi.  Pastu u olls masukkan air.  Jangan banyak sangat.  Kacau perlahan dan kecilkan api.  Biarkan sampai pecah minyak.
  5. Pastu letak ketam.  Dan kacau.  Biar ianya mendidih.  Masukkan garam dan perisa secukupnya.  Jangan lupa air asam.  
  6. Pastu bila ketam tu dah macam nak masak semua.  Last sekali baru ampa bubuh santan.  Biar sekejab.  Rasa lagi sekali bagi okay semua.  So ready la :)
  7. Sedap di makan dengan nasik panas-panas.  Lepas sehari,  pi beli roti benggali....cicah kuah ni..........................meletopsssssssssssssssssssssss! 




1 comment:

  1. Sedapnya kak jumie!!
    kami suka ketam!
    Hari-hari MAU..
    Tapi ketam mahai woh lani, sekilo dekat RM30..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...