17.4.12

Teater "Perhiasan Kaca" (The Glass Menagerie karya Tennessee Williams)

Teater "Perhiasan Kaca" (The Glass Menagerie karya Tennessee Williams) di Taman Budaya Negeri Pulau Pinang (Rumah P.Ramlee)

Dipersembahkan dalam Bahasa Melayu. 

20, 21 &22 April 2012

8.30 malam


RM 10.00



Memperkenalkan sekali lagi para pelakon Perhiasan Kaca
Dari kiri berdiri - Jim O'Connor - Zulkarnain Ahmad
Dari kiri duduk - Laura Wingfield - Ainarambelan Ainawin
Dari kanan berdiri - Tom Wingfield - Sheikh Rahman
Dari kanan duduk - Amanda Wingfield - Yuslina Yusof

Merupakan antara karya ulung Tennessee Williams, penulis Amerika Syarikat; Perhiasan Kaca membawa memori imbas kembali Tom Wingfield kepada ibunya Amanda Wingfield yang kuat berleter dan kakaknya Laura Wingfield yang terlalu pemalu.

Tom bosan dengan kehidupannya di St. Loius, Amanda mengharapkan anaknya Laura bertemu jodoh dengan mana-mana lelaki, manakala Laura terlalu pemalu kerana keadaan fizikal kakinya yang agak tempang.

Lalu Amanda meminta Tom mencari mana-mana kawan lelakinya untuk diperkenalkan kepada Laura. Lalu Tom membawa pulang Jim O'Connor untuk makan malam dan tanpa mengetahui Laura pernah jatuh hati pada Jim sewaktu sama-sama di sekolah tinggi.

Amanda menyangkakan Jim adalah menantu impian yang ditunggu-tunggunya, Laura menyangkakan Jim adalah lelaki yang memahaminya, Tom pula tidak menyangka apa-apa. Apakah yang akan terjadi?

Sebuah kisah yang memaparkan pergelutan hidup keluarga menengah rendah serta penonjolan sifat individualistik masyarakat Amerika.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...