UK Clark Sales

S e q y B e a u t y

Haizi Khalid

Tunetalk

BB Cream by Seqy Beauty



Hello and Assalamualaikum to all,

Hari ini I olls nak memperkenalkan satu produk kosmetik yang direka, dicipta dan diedarkan oleh anak Bumiputera, seorang blogger yang meleps juga iaitu Sepet a.k.a Zuhana.

Thank you kepada beliau and team kerana sudi memperkenalkan produk ini kepada I olls. Bukan sebab I olls dapat PERCUMA and I olls feeling nak buat review ini, I olls buat review ni sebab I olls sendiri amat suka dengan produk ni and I olls sangat-sangat suka nak share dengan orang ramai.
Kalau ampa nak tau, I olls memang dapat banyak produk untuk di-review, tapi I olls bagitau dah siap-siap kepada pengsponsor barang, I olls akan bagi review seikhlasnya.



BB Cream by Seqy Beauty

Ampa semua mesti tau apa benda BB Cream kan? Dulu I olls memang suka pakai BB Cream, dulu-dulu aku promote kat dalam blog aku Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +), pastu memang berlambak orang duk tanya pasai produk tu kat aku. Mesti ramai orang suka nak pi beli jugak kan? Tapi lepas tu, aku rasakan Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +) makin lama makin tak best. So aku stop pakai BB Cream and aku cuba beberapa jenis BB Cream lain seperti yang dipromote oleh kawan-kawan tapi takdak pun yang berkenan di hati. Tapi nenjia, bila dapat this produk I olls falls in love!

Ini gambar i olls masa first time pakai BB Cream by Seqy Beauty. Gambar amik gambar handphone I olls Lenovo S860. NO EDITING. Natural light. Meletops kan?


Why I Olls Suka BB Cream by Seqy Beauty?

(ini bukan copy paste, mak tulis sendiri berdasarkan pengalaman)



Ampa tengok sendiri perbezaan I olls pakai. Yes, warna ini nampak sedikit kelabu sebab muka I olls yang colour tanned. Tapi lama-lama dia akan blend in and cantek. And lepas pakai full make up, warna BB Cream ini akan nampak cantek lagi. Tak sabak nak pakai BB Cream by Seqy Beauty yang lebih sesuai untuk warna kulit tanned macam I olls.


Senang nak pakai!

Untuk orang yang always busy and mengejar masa, BB Cream by Seqy Beauty adalah jawapannya. Selepas basuh muka, pakai toner and bubuh ubat jerawat sikit. I olls teruih sapu BB Cream by Seqy Beauty kat muka. Pastu make up macam biasa. And of course, lepas make up muka I olls terus berubah jadi Selena Gomez gitu. Produk meletops ini bertindak sebagai pelindung (sebab ada SPF), melembab (takpakai pakai moisturiser) and bedak asas (because of the colour yang ada dalam produk ni).

Ringan, nipis and NOT CAKEY

Tak payah pakai banyak-banyak. Semprot sekali ja kat tangan, and that is the only ammount that u need to cover your whole face. Sapukan BB Cream by Seqy Beauty

Ke seluruh wajah dengan menggunakan jari. Pastu picit lagi satu, untuk bubuh kat tengkuk. Kalau pakai tudung pun, bubuh ja kat tengkok, sebab i believe BB Cream by Seqy Beauty merawat wajah and ia merawat dan melindungi semua bahagian kulit yang menggunakan produk ni. So ampa nanti kalau bukak tudung depan suami, takdak la nampak ketara, muka putih lehaq hitam.

And ampa akan rasa sangat best sebab produk ini cover cela-cela di wajah (dark spots, warna tak sama, merah2 akibat jerawat, parut) and at same time ampa rasa sangat ringan tak macam effect pakai bedak.

Ini pun gambar I olls amik pagi-pagi buta masa duk bersiap kat bilik. Lepas dah make up semua. No editing pada gambar ya. I olls just crop sahaja.



Melindungi dengan SPF 30

Sebagai wanita outdoor macam I olls, I olls sangat suka sebab BB Cream by Seqy Beauty mempunyai pelindungai UV SPF 30. Pelindungai UV ke wajah bukan sahaja bagus untuk halang kita jadi lebih tanned, malah pelindungan SPF ini dari kesan UV juga boleh menghalang kepada effek lain seperti jeragat dan juga penuaan. Yes, ampa tak tau ka? Lagi banyak UV light kita kena, kulit lagi cepat tua.

Tidak Berminyak

Kulit I olls adalah berminyak. And yes, I olls pakai ni tapi muka I olls tak berminyak. Cuma there was one time, masa experimentasi, before apply BB Cream by Seqy Beauty I olls pi pakai sejenis pelembab, nenjia lepas tu jadi berminyak. So lepaih tu tak pakai dah apa-apa before pakai BB Cream by Seqy Beauty.

Natural oil pada wajah adalah bagus untuk melembabkan wajah and muka kita tak kering. Kulit wajah yang terlalu kering nanti cepat dapat rinkles. I olls suka BB Cream by Seqy Beauty sebab ia masih mengekalkan kelembapan kulit wajah sambil mengawal minyak.

Colour Blend In

I olls mempunyai warna kulit wanita Africa + Latin, so its not easy to find bedak asas yang sesuai dengan keunikan warna kulit I olls. So, masa Ms. Syeka bok mai BB Cream by Seqy Beauty kat I olls, the first thing I olls tanya adalah “Warna dia macam mana?”

Syeka kata, depa ada dua colour buat masa ni, nombor 1 is for cerah, and 2 is more natural. So depa bagi yang natural untuk I olls. After aplikasi, alhamdulillah, kulit I olls memang mula-mula nampak macam putih sikit, tapi lama-lama, dia macam makin cantek and blend with my natural skin colour. I olls suka.

BB Cream by Seqy Beauty dalam proses nak buat colour yang sesuai untuk wanita berkulit tanned. CAYALAH!! Cepat-cepat i mau.

Specially Designed by Seqy Beauty

Produk ni bukan dibuat di Korea / China / Bangkok pastu buat packaging lain ja. Produk ni memang di-design khas oleh Ms. Sepeti a.k.a Zuhana because beliau sendiri seorang pencinta kecantikan dan beliau sendiri seorang ahli farmasi. So dia tau la apa yang baguih and apa yang tak baguih. Produk ini insya Allah halal. Tapi yang penting, produk ini adalah buatan MALAYSIA.

Beg make up I olls memang kecik. Tapi botol BB Cream by Seqy Beauty boleh masuk dengan mejiknya.



Botol Praktikal dan Cantek

Sangat impressed dengan rekaan botol yang minimalist. Kuruih and panjang macam tubuh badan I olls. So senang nak selit kat mana-mana :)

Merawat kulit

Kulit I olls adalah sangat sensitip. Tak boleh pakai apa benda semarang. Orang tua-tua kata, kulit orang kaya. Gicu. Lepas pakai produk ni for almost 2 weeks already, I olls rasa sangat puas hati and boleh nampak perbezaan pada permukaan kulit I olls. Bukanlah nak kata lepas pakai produk ni kulit aku terus lembut lincin macam kulit teloq, tapi bila aku pakai ni, memang dah takdak masalah, takdak bintik-bintik, takdak jerewat over-over...so baguih la kan! Sapa yang kulit sensitip macam saya haruslah cuba.


Fungsi dan Kelebihan BB Cream


  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Menutupi cela di muka.
  • Sebagai bedak asas.
  • Lebih ringan dari foundation.
  • Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
  • Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
  • Melambatkan penuaan.
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Bahan-bahan dalam BB Cream by Seqy Beauty

Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol


Cepat-cepat dapatkan BB Cream by Seqy Beauty dengan segera.

Hubungi pengedar yang sah,

Ms. Atikah Syeka Rohaini (Permatang Pauh)
di talian 013-435 1899.

Sila layari laman web Seqy Beauty untuk semak senarai PENGEDAR SAH dari seluruh Malaysia.

Gambar i olls bersama Ms. Atikah Syeka Rohaini ketika pertemuan nak pass barang. Memang lepas ni kena selalu jumpa la, I olls memang akan beli produk ni selalu.


Harga :

RM55 (Semenanjung Malaysia)
RM60 (Sabah/Sarawak)


Follow :



Untuk maklumat lanjut sila layari

24.4.12

Tips Memilih dan Membeli Kasut untuk Wanita

Jumie~~!!

Tolong buat research or blog pasal kasut sat.  aku ni slalu ada masalah nak mencari kasut sesuai dengan kaki and sesuai dgn badan.  aku beli kasut mahal mesti tak sesuai dengan baju yang lenlain or dengan aku sendiri.  yang murah pun sama gak (yang murah tu macam tesco or pasar malam je la..).

Yang paling aku tak tahan,macam mana harga kasut or jenis kasut yang aku beli semua mesti ada tapak yang ternganga. kasut platform heel aku yang mahal aku beli pun (ada la dlm RM80 after discount) tu pun keluar tapak gak. masalah problem betul la....

So Syifa YouLike


Hello u olls!!


Cadangan yang sangat meletops.  Sebelum ni duk bagi tips make up and baju and rambut.  Kasut tak pernah buat.  Sebelum akak kena baling kasut dengan ampa semua.  Marilah membaca beberapa tips dan info yang akak boleh share dengan u olls tentang panduan memilih dan membeli kasut dan juga cara-cara nak menjaga kasut.  Gitu.

Size Kasut Yang Betul
Kita semua ada macam-macam bentuk kaki.  Ada yang tapak kaki lebak,  ada yang tapak kaki panjang dan muncung,  ada tapak kaki yang gemok kat atas,  ada tapak kaki yang kecik,  ada kaki yang besar sebelah.  Macam-macam u olls.  Ada orang yang badan besar,  kaki kecik.  Ada orang yang badan kecik,  tapi kaki besar. 


Untuk pengetahuan u olls semua,  size kaki kita dua dua belah tak semestinya sama.  Cuma tak berapa obivous.  Ada yang obviously sangat beza.  Pastu size kaki juga akan berubah apabila kita semakin dewasa especially wanita ya.  Sebab we olls akan mengandung dan sebagainya.

So macam mana u olls nak tau yang u olls membeli size kasut yang betul?  Caranya senang saja,  kalau  u olls pakai kasut tu,  u olls rasa relaks,  tak rasa sakit,  tak rasa kasut tu nak terkeluar.  SO BETUI LA TU!

Tahukah u olls bahawa kaki kita mengembang pada waktu pagi sebab kita adalah baru bangun tidur.  So sapa-sapa yang nak beli kasut,  belilah kasut pada waktu petang atau malam.  Pada ketika itu,  kaki kita dah tak berapa mengembang lagi sebab kita dah seharian berjalan dan berdiri.  Darah semua dah berjalan u olls.

Its very important untuk u olls membeli size kasut yang betul.  Jangan malu kalau size kasut kamu ialah 10 atau 11.  Like so what?  Sekarang ni rakyat Malaysia semua dah besar-besar.  Kita kecik-kecik dulu tak makan nasik lemak dan lempeng sahaja.  Mak kita dah ajar kita minum susu and cereal semua u olls.  Sebab itu kita semakin besar dan tinggi macam orang Eropah.  Pengambilan kalsium yang cukup masa kita muda-muda membantu kita membina tubuh badan yang lebih gagah u olls.  Akak bukan nak props u olls,  tapi betul la.  Akak baca dalam majalah-majalah sains la.

Jenis Kasut Yang Sesuai dengan Bentuk Kaki dan Badan
Adalah amat penting untuk kita membeli kasut yang sesuai bentuk kaki dan badan.  Bila bercakap pasai pilihan kasut wanita,  of coz kita semua memikirkan kasut tinggi.  So kasut tinggi yang macam mana sesuai dengan bentuk kaki dan badan.

Untuk wanita berbadan agam seperti akak,  akak amat menganjurkan u olls membeli kasut tinggi yang mempunyai tumit yang lebar,  besar dan teguh.  Jangan duk feeling stiletto sangat.  Yes,  bolehlah sekali sekala pi kenduri nak pakai stiletto.  Tapi jangan duk over sangatlah.  Nanti u olls yang sakit. 

Contoh kasut yang mempunyai tumit yang tebal.  Nampak lebih kukuh u olls.

Ini adalah kerana hampir 90% badan kita akan ditanggung oleh bahagian depan kaki kita apabila kita berkasut tinggi.  So adalah bahaya kalau pakai kasut yang bertumit halus.  Bak kata kakak I olls iaitu Sanita Samsudin apabila melihat akak berstiletto "Aku kesian tengok kasut tu,"  deni memang siye betui.


Kepada wanita yang tinggi renjong,  orang kata jangan beli kasut tinggi sangat.  Nanti u olls nampak lagi renjong.  Wells,  pada akak....why not!  Pakai jerlah kasut yang feeling 5 inchi pun tapi u olls cuba pilih kasut tinggi yang bentuk depan kasut tu berbentuk bulat dan tidak pointy.  Ini adalah kerana kasut tumit tinggi yang point tamat kat depan membantu untuk kita kelihatan lebih tinggi.


Contoh kasut tinggi yang bentuk depan dia tak berapa nak tajam.  Sesuai juga untuk orang yang tinggi.  U olls tidak akan nampak begitu renjong.
Kasut bellet.  Sangat diminati oleh gadis gadis sekarang.  Tapi untuk gadis yang berbadan gempal macam akak,  cuba pilih yang depan dia sedikit muncung agar u olls nampak lebih langsing.


Kepada u olls yang mempunyai kaki perfect wanita.  Panjang,  halus dan sangat seksi,  u olls amat sesuai memakai kasut tumit tinggi yang mempunyai tali tali halus.  Sangat seksi u olls.  But basically u olls pakai kasut macma mana pun elok.


Kasut straps macam ini adalah sangat seksi ya.  Akak ada seorang kawan masa kat Politeknik.  Nama dia Adzlarn Alda a.k.a Bob.  Dia kata masa dia tak kenal dan berkawan dengan akak lagi,  dia kata dia sangat 'tertarik' tengok akak pakai kasut camni.  Dia kata first time dia tengok budak poli feeling pakai kasut cam ni pi kelas.  YES!!  Akak ingat.  Kasut strap itu adalah dari Vincci,  warna olive green.  Buckle dia warna gold. 

Akak sangat gigih berkasut tinggi ke kelas dulu masa zaman poli dulu.  Berketwok setiap pagi sejauh 1km takdak masalah u olls.  Untuk pengetahuan u olls,  masa kami semua dah grad dan masa last day nak balik dari asrama.  Bob mintak kasut akak tu dia nak kenangan.  Yes akak bagi.  Dan u olls,  Bob dah arwah dah.    Dia telah meninggal dunia awal tahun ini kerana darah tinggi.  Alfatihah to my best friend!

Untuk wanita yang mempunyai kaki ala gajah Kuala Gandah macam akak, please jangan pakai kasut yang tali halus.  Kaki u olls akan nampak lebih besar dan kasut itu akan nampak macam nak pecah.  Pakai kasut tumit tinggi yang mempunyai straps yang tebal.  Straps warna gelap juga dapat membantu agar kaki u olls nampak lebih kecil.
Ini contoh kasut tinggi yang mempunyai straps tebal.  Sesuai untuk menutupi kaki kaki wanita yang agam.  Ada macam-macam design lagi.  Ini contoh sahaja.

Kalau u olls nak pi shopping kasut,  cuba tanya kat pekedai untuk tunjuk design kasut dia yang direka khas untuk "wide width".  Maknanya memang design dia untuk kaki lebar.  Lani banyak kedai kasut jenama antarabangsa yang akan tulis siap siap kat kasut tu "wide width" ataupun "WW". 


Untuk wanita yang bertudung,  ini adalah cadangan daripada akak semua.  U olls dah cantek bertudung dari atas.  Siap berHana Tajima,  dress ala-ala Natasha Hudson bagai,  dah tutup semua seperti yang dituntut dalam syarak,  tapi mai tang kasut u olls pakai kasut nampak bentuk jari kaki u olls semua.  Itu kan aurat u olls!!  So kepada wanita bertudung,  pakailah kasut yang bertutup.  Nak tutup aurat,  tutup betui betui ya.

Ampa tengok dua group kat bawah.  Group A dan Group B.  Mana satu lebih meletops?  Group A yang kasut depan terbuka atau pun Group B yang menutup kaki?

Group A?
Group B?

Sapa sini suka pakai wedges?  Wedges adalah sangat seksi dan fun ya.  Sapa-sapa yang tak berapa berani nak pakai kasut tinggi,  akak amat sarankan u olls belajar dengan pakai wedges dahulu.  Bentuk wedges pun datang dalam pelbagai bentuk dan warna.  U olls boleh rujuk pada tips tips yang atas untuk memilih mana yang sesuai untuk u olls.

Macam-macam bentuk wedges.  Wanita kecil molek sangat sesuai pakai wedges bagi nampak tinggi sikit.

Untuk wanita yang kerja office,  belilah kasut tumit tinggi yang baik.  Tumit tak berapa tinggi,  design ringkas,  pilih yang ada cushion (lembut).  Dan of coz kasut yang bertutup adalah lebih meletops.  Kalau nak open pun,  yang peep toe tu okay la jugak. 

Inilah contoh kasut peep toe.  Fesyen ni sangat timeless.  Akak dan mak akak sangat suka kasut peep toe :)

Akak melalui era di mana pointed heels sangat IN u olls!  Nenjia punya duk tajam kot depan macam nak pi cucuk orang.  Lani dah tak meletops dah.  Semua orang suka pakai pumps.


Inilah adalah kasut tumit tinggi jenis 'pump heels'.  Ciri-ciri dia ialah bahagian depan kasut mesti tebal so that sama tinggi dengan kita punya tumit kat belakang.  Kim Kardashian adalah antara selebriti yang awal mengpopularkan pump heels ini.  Gambar di atas ialah contoh nude pumps yang merupakan feveret Kim K daripada Christian Louboutin.

Warna Kasut Yang Sesuai dengan Baju / Tujuan / MajlisWarna kasut yang gelap juga akan membantuk untuk meningkatkan imej u olls.  Kasut warna gelap akan membuatkan kaki u olls nampak lebih kecil dan untuk wanita bekerjaya,  kasut gelap melambangkan imej korporat.  Sapa-sapa duk pi office pakai kasut warna putih?  U olls!  Kasut putih untuk pi kenduri ya.  Tu pun pengantin yang pakai!!


The very simple kasut kerja.  Warna gelap melambangkan imej korporat.


Tengok ni kasut lebih kurang sama macam design kat atas.  Tapi sebab warna putih lebih sesuai untuk kawen kawen.  Gambar ini adalah closeup kasut kawen Kate Middleton.  They have handmade lace over white satin to match the dress.

Jumlah kasut yang diperlukan oleh seorang wanita adalah misteri yang tak dapat dirungkai sampai sekarang.  Ken..............!  Tapi macam akak so far akak ada 5 sahaja.  1 flip flop untuk pi market ka apa semua u olls.  1 ballet flats untuk jalan-jalan kasual.  1 kasut kerja.  2 kasut pi kenduri yang lebih vouge dan cekcur cekcur.

Kak Kimor dan kasut kasunya.  Tak perlula kita nak perabih duit lagu ni.

Actually kita tak payahlah feeling Kimora Lee Simmons apa semua untuk beli kasut banyak banyak ni.  Unless memang hobi dan feveret u olls macam tu.  Why not.  Akak ada ramai kawan macam tu.  Tapi kalau kita tak berapa minat beli kasut banyak - banyak.  Takpa.....u olls okay. 

Ini adalah contoh dancing shoes.  Orang duk belajar menari ballroom dance akan pakai kasut macam ni.  Dia tak berapa tinggi sanagt dan dia ada ikat-ikat kat paras buku lali tu support our kaki.  Tak semestinya kita nak menari ja boleh pakai kasut cam ni.  Pakai untuk saja-saja pun boleh.  Tapi kasut ni kena ikat-ikat,  kalau nak pi kenduri yang buat kat rumah susah la.  Nak kena bukak - bukak tali pulak.

So macam mana nak memilih warna kasut yang sesuai dengan baju,  tujuan dan majlis-majlis.  Yelah baju kita ada macam-macam warna takkan nak beli kasut yang macam-macam juga!

Ini adalah contoh kitten heels.  Kitten heels ni popular zaman Aubrey Hepburn. Dia tak berapa tinggi,  pastu mesti pointy kat depan.  Ada yang tutup semua.  Ada yang ada sling macam dalam gambar ni.  Michelle Obama sangat suka pakai kitten heels sebab dia adalah tinggi renjong. 

Belilah warna kasut yang boleh matching dengan banyak baju seperti chocolate,  beige,  taupe dan hitam.  Gold juga boleh masuk dengan banyak warna.  Tapi gold ni more kepada upacara pentas dan majlis majlis ala ala Kim Kardashian.


Warna merah adalah sangat meletops.  Bagi akak,  sapa pakai kasut merah sangatlah fashion statement ya.

Kasut yang warna-warna lain seperti kuning,  ungu dan sebagainya.  As long as bentuk kasut sesuai dengan bentuk kaki u olls dan sesuai dengan majlis yang u olls nak pergi.  So takdak masalah besar sangat. 


One of the best tips akak selalu bagi kat kawan-kawan ialah,  belilah kasut yang matching dengan beg u olls!  Regardless of what every colour baju hang,  kalau hang pakai kasut yang matching dengan handbag..teruih meletops dah u olls!!

Jenis Kasut Yang Sesuai dengan Kerjaya / Tempat / Majlis
Kalau u olls kerja office,  of coz u olls kena beli kasut yang nampak korporat u olls.  Kalau tak berapa nak korporat pun takpa.  Janji dia ada ciri ciri yang sesuai dengan etika di tempat kerja.  Kasut bertutup adalah the best.

Kalau u olls kerja yang more kepada kesenian seperti penari,  penyanyi ataupun fashion designer...u nak pakai macam mana pun tak pa u olls!

Kate and Pippa memakai boot tinggi.  Depa sana sejuk u olls.  Kasut boot ni bukan semata-mata fashion.  Depa pakai sebab nak lindungi kaki depa dari cuaca.  Orang kita saja feeling pakai boots tinggi tinggi pi berjalan kat Queensbay.
Alhamdulillah kita semua duduk Melesia,  kita ada satu saja musim cuaca.  Yang bezanya hari hujan dan hari tak hujan.  Kalau kita duduk Amerika ka mana ka,  kita kena ada kasut untuk winter,  kasut time musim luruh,  dan kasut untuk summer and spring untuk melindungi kaki u olls daripada cuaca yang ekstrim.   So sebagai wanita Melesia kita kena beli kasut yang sesuai untuk tujuan dan tempat sahaja.



Ini contoh ankle boots.  So yang ni kalau kita nak pakai takpa.  Dia takla tutup sampai ke betis apa semua.  Kepada wanita wanita bertudung,  akak suka kalau u olls pakai kasut tinggi cam ni. Merleps sangat.

Kalau nak pi kerja,  akak dah cakap tadi.  So macam mana pulak kalau nak pi kenduri dan acara-acara lain.  Actually terpulang kepada u olls, cara dan style diri kamu.  Pada pendapat akak,  tiada garis panduan yang very the jelas sangat sebab kita orang Melesia ni very the sempoi.  Kadang-kadang kasut tu satu jela kita lenjan pi semua tempat.  Kan?????????  Cumanya,  apa pun jenis kasut ampa nak gayakan,  cubalah consider beberapa tips yang akak tulis dalam perenggan pertama di atas dibawah tajuk Size Kasut Yang Betul dan Jenis Kasut Yang Sesuai dengan Bentuk Kaki dan Badan. 

Tips Menjaga Kasut
Tips menjaga kasut?  Erm.........bagi akak senang saja.  Jangan bagi kena air.  Simpan di tempat yang berangin (maksudnya jangan letak dalam tempat / almari yang tertutup) sebab kasut kita maybe lembab sikit sebab tadi kita pakai ada kena peluh apa semua.  So bakteria tu semua boleh merosakkan kasut.  Maybe boleh jadi kulapuk.  Sapa yang kaki busuk tu,  kena pi la pakai apa apa ubat ka supaya kasut u olls tak berbau sangat.  Pastu the rest of it,  ampa pi la tengok dalam internet cara cara nak membasuh kasut.


Jenama Kasut Yang Berkualiti Dan Berpatutan
U olls!!  Susah kan bab ni?  Sebab most of the kasut,  kualiti tahi tapi murah.  Kualiti bagus tapi nenjia mahai nak mampus.  Tapi siriesly,  akak rasa kalau kita beli kasut yang mahai ni ratus ratis,  tahan lama u olls!! Puas hati.  Contohnya,  akak pernah pakai kasut Clarks,  harga takpayah nak bagitau la kan,  ampa tau la Clarks standard RM300 dan ke atas.  Tapi nenjia...kasut kerja Clarks akak itu tahan selama 1 tahun lebih ya.  Amazing!!  Kalau pakai Vincci yang RM45.50 pakai 3 bulan dah lunyai dah.


Tapi cadangan akak,  kalau u olls ada duit,  belilah kasut yang berkualiti dan mahai sikit.  Its for your own good juga.  Untuk kasut yang murah tapi bagus akak rasa...........BATA is the best!! 

Sekian, i love u olls!


ps/  Kasut tinggi akan membuatkan u olls nampak lebih slim. 

Love,
Jumie Samsudin

8 comments:

  1. Bata win. Memang tahan lama. Setahun pun ada tahan!

    ReplyDelete
  2. Hi, 

    Tadi ada komen kat blog akak tapi macam tak sampai.
    Ni tulis sekali lagi.

    Dulu ibu saya jual kasut.
    Nasihat dia kepada siapa-siapa yang ada anak kecil, biar tolong pakai kasut.
    Jangan pakai selipar atau kaki ayam saje.
    Sebab kasut yang balut satu tapak kaki akan bagi bentuk kepada kaki.
    Kalau boleh pakai kasut kanvas, jangan terlalu besar atau kecil, besar satu size tak pe, boleh letak satu jari kat belakang pun ok, janji kasut balut kaki.
    Kalau siapa-siapa percaya bolehlah try, nanti kaki besar susah pula beli kasut.
    Duno how true it is... 


    --
    Regards,
    Siew Yen

    ReplyDelete
  3. yup akak, thanks 4 the nice post!!! smalam gi jalan, member yg tlg pilihkan kasut, x tau matching ker tak??? kalo saya yg pilih, lagi la fail!!! tu kena mintak tlg member, sbb dia mmg pandai bab2 nih semua. Bila dah baca post akak nih, sy rasa pilihan kawan sy tu mmg terbaik... sesuai ngan sy. thanks ya!!!!

    ReplyDelete
  4. wow kak, saua suka entry kak ini banyak info berguna !

    ReplyDelete
  5. Kak Jumie...jatuh cinta la dgn blog akk..pendapat yg telus & tidak hipokrit...& my favourite entry nie la dia..sbb sy sll dok salah pilih kasut..sian kaki ku ini...Thanks Kak Jumie

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com