10.4.12

Ulasan Fesyen ABPBH 2011

Oh!! Sungguh mengecewakan sekali.  Bukan kecewa sebab fesyen fesyen retis.  Tapi kecewa sebab susah gila nak dapatkan gambar red carpet untuk anugerah yang paling berprestij untuk industri seni tanah air ni.  Siriesly,  akak ni dahlah blogger picisan yang menumpang gambar-gambar ehsan dari laman web rasmi dan blogger-blogger lain,  ternyata akak sangat kecewa sebab kena bukak banyak blog orang lain.  Cilok-cilok.  Most of the picture pulak tak clear,  focus dari jauh,  pastu tak penuh. 

Sebagai satu badan media yang disegani,  patutnya Berita Harian kena bertindak profesional dalam hal hal ini u olls.  Setiap artist yang tiba di atas red carpet,  perlu diambil gambar,  butiran pereka fesyen,  hair stylist,  make up artist dan juga stylist haruslah dicatat.  Segala informasi berharga ini harus disimpan untuk rujukan masa akan datang.  

Haii...tak tau la...Dengar kata sapa yang tengok ABPBH 2011 hari tu memang kelang-kelibut.  Macam mana management?

Takmau berleter banyak ya.  Akak karangkan komen-komen akak untuk pesyen-pesyen artist yang meletop dan tak meletops.   

MINTAK MAHAP BESAK BESAK KALAU AKU TAK KENAL NAMA - NAMA ARTIST NI SEMUA.  SEBAB I OLLS TAK TENGOK TIVI DAN JARANG BACA MAJALAH PICISAN.  BUKAK BLOG ARTIST PUN TENGOK SAPA YANG MELETOPS SAJA.  YANG TAK BARU BARU NI SEMUA,  KALAU AKAK TAK TAU,  JANGAN DUK CARUT AKU. KALAU NAK KATA AKU NI BLOGGER TAK BAGUS SEBAB TAK BUAT RESEARCH....SILA BELAH!! NAK BACA ....DUK DIAM DIAM.  TAK MAU BACA SILA BELAH.

Gambar semuanya ihsan daripada Murai.com,  Budiey.com,  Oh Bulan dan macam-macam lagi yang akak duk google.
Tema ABPBH 2012 - Larger Than Life
Kalau nak ikut - ikutkan tema ini sangat memondan.  Kita boleh pakai apa saja janji kena over the top.  Tapi dalam nak over tu.  Kena tau limitnya agar kita tetap nampak elegan dan paling penting sekali,  imej diri mereka sebagai artist.  Akak tak berapa nak faham sangat dengan tema ini sebab bagi akak,  Tapi kalau akak jadi artist yang akan hadir ke ABPBH ni haruslah akak memondankan diri akak.  Pakai baju dengan block-block warna yang memeranjatkan.  Tak semestinya pakai gold dan silver je u olls.  Kalau akak,  akak nak pakai warna-warna bulu merah.  Bagi meletops u olls!!

Yang meletops

Nora Danish mengenakan rekaan dari Innai Ree.  Walaupun dress beliau simple,  seksi,  sofistiketed dan menggunakan warna yang sangat tak larger than life,  tapi olahan larger than life tu jatuh kat rambut beliau.  Jarang tengok Nora Danish buat rambut cam ni.  Siriesly nampak wanita sangat.

Kak Maya meletops sangat.  Dress ni kalau artist Hollywood tengok pun depa berebut nak pakai.  Dengan hiasan kat dada ala-ala bini firaun.  Tak payah pakai subang over over dah meletops.  Yang sebelah dia tu.......erm......awat pi pakai kaler tu Farid?



Meletops baju Scha Alyahya ni.  Siriesly seksi tapi sofistikated.  Suka.  Tak kisah apa pun tema,  Scha maintain dengan gaya imej dia yang chic.  Akak soka!




Kak Natasha Hudson lani pakai tudung na...Meletops sangat depa.  Akak sangat suka style beliau ini.  Walaupun bertudung tapi dress dia tak ketat gila sampai nampak line seluak dalam semua.  Meletops.


Ini bukan pengacara Nona tu ka?  Nurul apa ka tu.  Meletops depa.


WOWWW!  Sheryl Samad.  Persis gaya artist Hollywood.  Tak boleh nak kata apa dah.  Pompuan ni memang meletops.  Taste dia over the tops.  Mak sembah ratu pada wanita kulit hitam manis ini.



Deni sorang berani pakai gaun kembang.  Meletops.


Cantek baju ini.  Sweet tapi masih wanita.  Saya suka.  Walaupun Fasha Sandha nampak sedikit tembam.  Tapi takpa!  Saya suka.




Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaa....marhayam!!  Kau mampu.  Dress emas penuh kilauan dengan motif tanduk tanduk macam mana ka.  Dipadankan dengan make up yang OVER tapi tetap nampak kemas dan sofistikated.  Meletops sangatlah.  Bakal permaisuri Negeri Johor ni.  Haruslah meletops u olls.


Kak Erra mengenakan busana nude daripada Hatta Dolmat.  meletops.  Saya suka.  Bagi kak Erra,  dia tak payahla nak pakai over over,  nama dia sendiri dah cukup larger than life.  Walaupun,  wajah beliau dah semakin pecah lobs.  OOppss.



Meletopslah Liyana Jasmay.  perlukah akak bercerita panjang pasai pompuan ini selain puji pujian?  Beliau pandai memilih busana sesuai dengan bentuk badan dan usia.



Siti Saleha yang meletops.  Dress ini kalau bubuh kat orang lain nampak biasa.  Tapi siriesly,  dia pakai nampak meletops.


Siriesly saya ingin menghamparkan persembahan sembah ratu 14 step untuk wanita ini kerana beliau sangat larger than life.  Walaupun wajah beliau sangatlah wanita wanita fairy tale yang meminta belas kasihan,  tapi busana yang beliau kenakan sangat gothic tapi pada masa yang sama beliau tetap nampak clean.  SANGAT SUKA!  Percubaan yang meletops.


Simple adn meletops.  Sesuai dengan imej beliau sekarang yang OTT.

Meletops Shahaziey Sam muncul di red carpet dengan dua ahli parlimen.  Siries style u olls.



Meletops depaaaaaaaaaaaaaaaa........................tengok kain depa terbelah takat mana!

Aiyoooooo!! Sekali depa drag...nenjia.......meletops!!!

Kak Ramlah,  ratu Selamat Jalan Romeo.  Simbol tudung serabut Melesia.  Alhamdulillah,  malam ini beliau turun takhta itu.  Akak suka.  Walaupun masih kekal berfeeling details di sana sini.  Tapi ini akak suka.  Sebab motif details ini terletak di tempat-tempat yang sesuai.


Merletopss Marsha!!  Kalau ampa tengok betui betui,  walaupun baju dia simple tapi head gear dia...nenjia......!




Neelofa memilih imej clean dan baik baik u olls.  Erm...bagus jugak.  Tapi bagi akak,  akak lagi suka kalau dia feeling over over pakai baju nampak curvy badan dia.



Motif depa dorang ni mai sekali??  Datin Maria Farida ni pakai apa pun elok.



Baju depa dua dua cantek.  Simple.  Tapi,  siriesly kalau depa kawen nanti mesti tak berseri.


Pak Nil tau apa dia nak pakai.  Sesuai dengan imej beliau.  Kak Eja pun meletops,  bagi i olls,  Kak Eja ialah Gwyneth Paltrow of Malaysia.


Depa ni cinta kuat.


Walaupun dress ini sangat kueh lapis.  Tapi sebab Fauziah Ghaous adalah seorang yang elok.  Maka dress itu nampak meletops.


Siapakah wanita di sisi Zizan ini?  Wanita itu polished.  Clean.  Tapi Zizan...i ollls lebih suka kalau beliau pakai baju warna lelaki. 


Berserinya depa doranggggggggggggggggggggggggggggggg!!



Makan hati dengan dress hijau Shiela Majid pakai ini.  Sangat meletops.  Walaupun Dato merupakan seorang yang genit tapi dress ini membuatkan bahagian pinggang beliau nampak panjang dan langsing.  Meletops.



Tak taula pasaipa......tengok gambar ni macam jeles pulaks.  Rasa macam En.  Khafi duk pegang tangan pompuan lain.  HAHAHAHAHAHAHHA


Kak Ziana Zain mengenakan dress Zery Zamry.  Elegen sangat.  Saya suka.  Details pada pinggang itu sangat mewah.
Dato's Siti dan Dato' K memang meletops.  So bubuh kat bawah bahagian Yang meletops.  Tapi hakikat bagi akak,  dress ini membuatkan Dato Siti nampak lebih lebar.  Tapi nak kata apa sangat aih...ORANG ELOK>>>Pakai apa pun elok!!!

Yang paling meletops
Suka atau tidak,  akak memilih Anzalna sebagai paling meletops malam ini.  Sebab dia memang all out.  Dari tops,  ke skirt dan make upd an rambut.  Sangat larger than life.  Rekaan dress beliau juga lain dari yang lain.  Takdak lagi yang pakai lagu ni. 




Yang sedih








Farah Fauzana suka pakai bagi diri dia nampak macam aunty-aunty.  KAMONNNNNNN!!


This colour is not for Stacy.


Baju ini adalah sangat peniru dress Marchesa yang dipakai oleh Lea Michelle masa Golden Globe 2012.  Ampa tengok gambar bawah.  Sebijik kan??????

Ini Lea Michelle masa Golden Globe awards 2012.



Dress ni pun ala-ala nak tiru gaya Hollywood.  Okay nak tiru u olls.  Tapi macam tak berapa nak kena la.  Bagi akak,  tops dia terlalu longgar.  Pastu ruffles kat bawah tu sarat macam kejong.  Tak semarak mekar.  Maybe u olls suka.  Tapi bagi akak,  tak meletops.  Nampak macam obor-obor tersangkut kat baju dia.


Siriesly,  rasa macam dress dan rambut ni semua cam back to zaman 90an.



Sa;ma Mentor,  aunty auntynya u olls.



Aku tak tau sapa depa dua ni.  Yang jantan,  okay jugak la.  Yang fomfuan,  aihhh.................siriesly.  Kain bawah tu sah-sah kain buat langsir kan u olls?  Baju tops yang atas tu,  ang nak buat fesyen apa ni?  Kebaya?  Siriesly tak paham.  U olls nampak ridikeles dan siriesly u olls nampak sangat tua.



I always like depa dorang ni.  Tapi hari ini saya tak suka.  Shirt dress ini serta hiasan mutiara membuatkan Lisda nampak terlalu aunty-aunty walaupun warna dress ini sangat POP.  Pastu laki beliau ini,  kenapa dia nak buat rambut macam tu??  Tengah shooting jadi Jejai ka? 


Elfira Loy,  yang kiri sekali.  Gilaaaaaaaaaaaaaaaaa awat hang dressing macam ni.  Nampak tua u ollsssssssssssssssssssssssss!! Dengan make up yang over.  Pump shoes.  Kakak u olls yang pakai warna lilac tu lagi leetops.








Bayangkan depa ni dua orang yang bersama sama Najua Latif ni adalah makanan,  dari kiri,  ais krim Malaysia perisa jagung,  kek lapis Serawak dan hujung sekali Najua Latif dan comels. 

Siriesly,  very the fesyen isteri isteri tauke Cina kaya kat tahun 1920 an duk pi keberet.


Yang pompuan tu okay la jugak.  Yang jantan tu aku tak paham!


The odds couple.  Siriesly,  Kak Ta boleh rasa apa aku rasa.....pakai ala-ala burung merak macam mana ka.  Meletops.  Yes beliau meletops.  Tapi pasaipa pasangan beliau itu pakai baju buah oren.  Aku tak paham.



Dafi pakai jaket from Jovian Mandagie.  Memang meletops ala-ala Michele Jackson u olls.  Tapi............akak rasa yang sayap tu terlalu besar dan membuatkan Dafi nampak sentot.  Wanita disebelah beliau...i donch know what to say.  Motif sisik ular sawa itu.  Macam tak sesuai.

Depa ni mabuk ka apa ka apa ka?

Boiben Boiben

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah.....




Yang paling pendek tu yang paling over.


Yang isap curut tu...perlukah?

Yang paling sedih
Anugerah baju paling sedih i olls terpaksa bagi kat Watie Elite.  Siriesly,  beliau adalah wanita yang sangat cantek,  ekzotik macam mana ka.  Tapi dress yang beliau pakai ini membuatkan beliau kelihatan sangat bulky.  Akak tidak sukakannya.


Anugerah Khas
untuk they olls yang sangat LARGER THAN LIFE


Tak semua orang berani untuk pakai macam ni.  Masa mula-mula Didie Alias buat gila dan pakai ala-ala Lady Gaga ni semua orang kejam beliau.  Tapi now i think,  dia dah makin polished.  What i like the most is her make up.  Ampa close up tengok make up beliau.  Sangat meletops.
Meletops dua hot mama yang kecoh ini.
Aiiiiiyooo Wan Maimunah!!!!!!!!!!!!  Meletops sangat tau topi beliau dengan baju pompom melekat semua.  Siriesly.  Wanita wanita muda pun tak berani pakai macam beliau.


NEnjiaaaaaaaaaaaaaaa depa ni pakai baju ala-ala star trek teruih.  HAHAH mangkak la. 

9 comments:

  1. haha memang meletups la puteri sarah ngan boifren dia tuh! :)

    ReplyDelete
  2. kak eja memang cantik...dia pakai apa semua lawa..muka pun awek muda.

    kak jumie..bg lah tips awek muda macam kak jumie..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HOHHH!! Awet muda? Awat u ingat i umur 45 tahun ke? Takder maknanya i nak awet muda u olls. u shoud see me in person.

      Delete
  3. guling2 gelak baca...ampa mmg bg ari kami ceria..hahaha

    ReplyDelete
  4. paling suke time gamba aaron aziz.. terbayang En.Khafi erh? hehehe.... comel la akk nih... =)

    ReplyDelete
  5. paling lawak hat bawah tu...star trek....kui kui kui pasangan bajet hot

    ReplyDelete
  6. kak jumie, siapa buat baju shila amzah.. cantik sgt...

    ReplyDelete
  7. didie alias tu sepupu kami yg makeupkan dia..:)

    ReplyDelete
  8. akak i like komen komen u pasal ABP ari tu ... very berani .. anyway thank sbb feature baju sy ( bkay nair )mlm ABPBH .. tapi sy julia ziegler x der sape yg ambik pic dier .. huhuhu ...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...