30.5.12

Akan Berlakon Sebagai Lijah dalam Teater Ulek Banda sempena Manifestasi Teater Negeri 2012

Hello u olls,

Just short notes di sini.  Sejak Kasanova hari itu akak dihadiahkan dengan pelbagai tawaran menyanyi.  Berbelas-belas ribu bayaran yang akak terima.  Syukur alhamdulillah.  Walaupun akak tak bunting pelamin,  tapi rezeki tetap ada di mana-mana ya.  (Ayat sarkastikanista di sini ya).

Azhar,  pengarah Kasanova.  Dia pengarah kami untuk Ulek Banda juga.
Baru - baru ini akak menyanyi untuk Teater Kelab Kelahi (depa sunting akak dah lama...sejak mula mula duk berlakon Kasanova lagi).  Mamu Raja Lawak tanya "Jumie hang nak nyanyi untuk kami tak?"  Akak jawab...."Why nottttttttttt!"

Pastu ada beberapa lagi yang akak terpaksa tolak dan akak dah terima.  Nanti i will update on my blog.  :)

Then akak dapat tawaran daripada Cikgu Mat,  PP Seni USM yang telah kata kat En.  Khafi "Tau tak....isteri u ni lani idola i.  No satu dia!! Nombor dia Vanida Imran,"  Akak jawab "Kan............................"  Cikgu Mat jemput akak belakon untuk teater perpaduan apa ka.  Pertandingan.  Akak tak dapat join sebab segan nak mintak excuse waktu kerja dengan boss sebab masa Kasanova akak duk EL beberapa hari jugak.  Kita kena utamakan kerja utama kita ya puan puan semua.  So Arja,  Aimy and the rest of kawan-kawan telah pergi bertanding dan USM menang.  Meletops u olls.

And Azhar ada offer akak untuk berlakon lagi dengan dia.  Nama teater apa semua tak tau.  Tapi dia suruh standby 2 dan 3 June.  So here we go,  now akak dah dapat skrip dalam tangan akak.  Ulek Banda.   Watak akak ialah Lijah,  isteri kepada Tapa,  seorang tok dalang 'Juara' yang dilakonkan oleh Mamu Helmi Dewan Budaya USM.   Kerlasssssssssssss laki akak dalam teater ini sangat kendu ya.  Sapa-sapa kenal En.  Norhelmi Othman a.k.a Mamu,  pasti akan makan hati ya bila tau akak digandingkan dengan beliau. 


Sekian sahaja,  kawan-kawan semua.  Sapa free Sabtu dan Ahad ni, please mai tengok akak dan kawan-kawan berlakon teater ini ya.  Nanti akak akan bagitau kat u olls dengan lebih details.

ps/  En.  Khafi kata "Awat aku tak emsem ka?"  Akak curi ayat kawan akak "Ohhh...abang hemsem nombor 1!"
Love u olls!
Jumie Samsudin a.k.a Lijah

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...