29.5.12

Audit Kawan Kawan

Hello u olls semua,

Tahukah u olls apa itu Audit?  Audit adalah mengecek,  mengemas dan menilai sesuatu organisasi / syarikat / jabatan atau apa apa pun.  So,  sapa-sapa kerja or meniaga ka apa ka,  mesti ampa pernah merasai proses audit yang selalunya dijalankan oleh orang-orang atasan untuk memastikan perjalanan syarikat / organisasi berjalan dengan lancar dan mengenal pasti masalah-masalah dan flow kerja yang tak betul.  Kat sini juga depa akan kenal pasti,  sapa buat kerja,  sapa tak buat kerja. 

Tapi ampa pernah tak dengar apa itu Audit Kawan-Kawan.  HAAAAAAAAAA!! Audit Kawan-Kawan adalah proses mengecek,  mengemas dan menilai kawan-kawan mana yang patut kita rapat,  kawan-kawan mana yang kita kena stay in touch,  kawan-kawan mana yang kita dah lupa lama and kena pi carik balik,  kawan-kawan mana yang rasanya macam "ADA PUN TAKPA...TAKDAK PUN TAKPA!"


Sapa pernah buat benda ni?  Akak pasti kalian semua tidak pernah pun terpikiak benda ni.  Akak telah mengamalkan perkara ini beberapa tahun yang lalu.  Dan akak mendapat banyak faedah daripada Audit Kawan-Kawan ini.  Audit ini bukanlah bertujuan untuk memutuskan silaturahhim yang ada semata-mata,  tapi kalau kita tengok dari perspektif positif,  buat apa kita simpan stok kawan yang menyusahkan dan membuatkan hidup kita terbeban.  Kita kena ingat jugak,  Audit Kawan-Kawan ini adalah amat penting untuk kita nilai diri kita yang terkadang itu terlalu asyik mengejar cita-cita dan impian sampai kita lupa insan-insan yang pernah bersama kita masa kita susah dahulu. 

Berapa kerap kena buat Audit Kawan-Kawan?

Apakah yang perlu di cek?
  1. Kawan yang lama tak contact
    Kawan-kawan yang lama tak contact ini adalah kawan-kawan sekolah,  kawan masa study, kawan masa kecik-kecik duduk sekampung.  Dengan adanya Facebook,  aiiyooo sangat senang u olls nak berhubung dengan kawan-kawan lama ni semua.  Buatlah Facebook group u olls.  Akak ada group kawan-kawan sekolah rendah akak iaitu Sekolah Kebangsaan Dato Kramat.  Kami selalu update event sapa-sapa kawen apa semua kat situlah.
  2. Kawan yang kita pi faik dengan dia,  patutkah kita pi mintak maaf.
    OH YESSS!  I selalu buat ni.  Siriesly,  sebagai wanita yang pemarah dan selalu pereng.  Akak selalu menyebabkan rakan-rakan akak makan hati.  So,  bila sekali sekala akak akan muhasabah diri.  Tengok balik kawan-kawan yang terputus tali silaturahim itu.  Kita kena sentiasa sedar bahawa kita ni manusia yang selalu penuh dengan pelbagai kesilapan dan kita betul betul ikhlas nak berbaik dengan dia.  And niat kita nak berbaik ni bukan sebab kita nak tunjuk kat dia "U olls,  i lagu bagus dari u.  Tengok ni...i dulu yang mintak maaf dengan u,"  kan?

    Pasanglah niat ikhlas kita nak berbaik semula sebab kita nak mencari damai di hati.  Siriesly,  akak kalau terpikiak kawan-kawan yang terputus silaturahim sebab isu-isu bodoh ni semua.  Akak rasa sedih sangat.  Tapi kalau kita dah usaha untuk berbaik,  tapi depa duk buat kekwat dan duk menunjukkan simptom-simptom macam tak mau berbaik dengan kita,  baik takpayahlah.  Kita duduk diam-diam dan biarkan kawan kita itu dengan dunia mereka. 
  3. Kawan yang sedia ada ni semua,  apa perkembangan depa.
    Kawan yang kita ada ni,  kerja dengan kita. Jiran kita.  Pernah belajar or pi kursus sekali.  Sekali sekala tengok la juga perkembangan mereka.  Cara nak tau perkembangan depa tu senang ja,  sekali sekala contact la depa.  YM,  FB atau apa apa cara la.  Kalau ada masa,  pi ziarah depa or ajak keluar makan sekali.  Sambil-sambil tu sembanglah apa benda yang berfaedah.  Pastu gossip la sikit-sikit,  tanyalah apa perkembangan kawan-kawan lain yang depa duk rapat.  Sapa dah nak kawen,  sapa dah beranak 7,  sapa duk gaduh dengan sapa.  HAAAAAAAAAAAAA....bukan akak nak menggalakkan u olls jadi mami jarum superb.  Tetapi,  at least u tau lah sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dalam bulatan dan kitaran persahabatan u ni.  Jangan jadi macam katak di bawah tempurung.  Tengok dari perspektif positif,  kalau kita tau perkembangan terbaru macam contoh,  kawan A ni dah nak kawen.  Cepat-cepatlah mesej dia dan wish dia tahniah.  Itu saja u olls.  Just tumpang happy for your friend.  Tak payah over-over nak pi tanya "Nyah...hantaran kau laki kau bagi berapa?"  Kan??????? Very the makcik-makcik. 

    Masa akak nak kawen dulu,  akak paling pantang bila rakan-rakan yang sebaya umur akak duk mai tanya soalan itu.  Rasa macam sedih sangat sebab "Hang ni,  muda bergaya.  Tapi feeling aunty-aunty sangat.  Mak menakan aku pun tak over macam hang," 

    Kan?  So berbalik kepada point akak ketiga ini.  Always ambil tahu tentang kawan-kawan kita.  Bukan meng-kay-po,  cukuplah sekadar kita tau apa yang sepatutnya kita tahu.  Kalau ada berita gembira,  kita tumpang happy,  bukan tumpang dengki.  Kalau ada kawan sedang berduka,  sama-samalah kirimkan doa dan bantuan. 

    Kawan-kawan ni ada macam-macam perangai and datang dari latar belakang yang pelbagai.  Kitala yang kena pandai menyusun atur depa ni semua agar hidup kita tak menjadi caca marba. 
  4. Kawan yang jauh di mata,  dekat di hati
    Kawan-kawan yang jauh di mata dan dekat di hati ni.  OHHHH....akak ada ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!  Akak pasti u olls pun sama jugak.  Bila kita semakin dewasa,  tuntutan tugas harian tambahan tanggungjawab sebagai anak,  sebagai isteri,  sebagai pelajar.....tak tersempatlah kita nak meng-keep-in-touch dengan kawan-kawan yang berada jauh di mata.  Jauh di mata ni tak semestinya yang sorang duduk di Melesia dan sorang lagi duduk di London ya.  Jauh ni mata pada pendapat akak memang yang tak nampak pun depan mata kita,  walaupun hakikat sama-sama duduk di dalam USM.  Haaaaa.....contoh kawan akak yang jauh di mata dekat di hati ialah Tarmizi Jaafar yang kerja kat Library.  Dulu kami rapatlah dah sampai orang USM kata kami skendel.  Tapi lani akak dah kawen,  tak boleh la nak join dengan dia selalu.

    So kepada kawan-kawan yang jauh di mata ini,  titipkanlah doa dan ucapan sekali sekala kepada mereka bila tiba hari-hari istimewa macam birthday!!  Simpan alarm untuk birthday-birthday kawan u olls itu.  Jangan tunggu depa saja yang contact kita.  Kita pun kenalah ada inisiatif untuk menghubungi kawan kita itu.

    Dan satu lagi syarat dan peraturan penting yang u olls semua harus ambil kira dalam persahabatan jarak jauh ini,  setiap kali kawan kita yang berada jauh di mata ini menghubungi kita,  PLEASE JANGAN SENTAPKAN HATI MEREKA DENGAN BERKATA "Amboiiii hangggggggggg....lama tak nampak mukaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!"  Siriesly akak paling pantang dengan orang yang macam ni.  Ini adalah satu lagi contoh perangai makcik-makcik yang berada dalam jiwa wanita-wanita muda.  Serr la hampa ni,  orang tu usaha mai contact kita,  ingat kita,  kita sepatutnya meraikan kehadiran mereka dengan kata-kata manis like "Masya Allah...lamanya tak jumpa...how are you my friend???"  Haaa macam tu la u olls. 

    So check balik diri u olls....sapa kat sini yang mempunyai perangai makcik-makcik ini?


  5. Kawan yang dekat depan mata,  tapi menyakitkan hati
    Kawan yang dekat depan mata..........tapi menyakitkan hati.  Erm...yang ni senang sahaja.  Takpayahlah u olls nak rapat sangat dengan dia.  Just tegur dia,  bagi salam dan cakap benda benda yang perlu sahaja.  Tak payahla u olls nak pi bercerita kehidupan u olls kat dia,  dan kalau dia sendiri mai cerita apa apa sahaja benda tentang diri dia kat u olls,  u tak payah jawab apa-apa.  Just dengar saja.  Tak payah nak layan sangat. 

    Sangat senang untuk mengenali orang-orang macam ni.  Orang-orang yang suka menyibuk hal orang,  suka menyampaikan berita palsu,  suka pecah rahsia orang,  suka tanya pasai hal-hal peribadi orang,  suka menunjuk hebat (cerita pasai kekayaan dia),  suka menfitnah orang,  suka bodek boss,  hipokrit dan macam-macam lagila.  Orang-orang macam ni hanya akan menjadi parasit dalam hidup u olls. 

    Orang macam ni senang je nak layan depa....cara layan depa ialah "BOOO LAYAN........."  U tak perlu takut untuk menolak daripada melayan depa.  Kalau depa tanya "Awat hang ni kekwat sangat?  Aku duk cerita semua hang buat tak tau,"

    Just jawab macam ni "Aku nak jawab apa......hang kan meletopss.......aku tak sehebat hang,"  THE END.
  6. Kawan yang Sedang Susah
    A friend in need is a friend indeed.  Bila kita tau kawan kita dalam kesusahan,  offerlah diri untuk membantu.  Bila tengok kawan tu satu macam punya monyok,  tanyalah what is the wrong?  Kalau tak dapat tolong apa sangat pun,  tolong dengar pun dah kira okaylah tu. 

    Tapi kalau depa nak mintak tolong duit,  kalau boleh JANGANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!  Melainkan hang betui betui mampu dan mempunyai duit yang banyak dan tak kisah untuk tanggung risiko kalau kawan u olls itu tidak membayar duit hang balik.

    Satu lagi,  kita mesti selalu nanti ada kawan yang suka mai mengadu cerita pasai masalah dia dan dia mintak tolong kita untuk bagi pendapat.  Tapi bila kita dah bagi pendapat kita semua dengan penuh emosi,  tapi in the end of the day,  dia tetap nak pilih dan buat keputusan yang ikut suka hati dia walaupun kita tau keputusan itu adalah bodoh dan menjerat diri sendiri....SO HARUSLAH NEXT TIME KALAU DIA MAI MINTAK PENDAPAT LAGI...u olls simpan point point ini untuk maki dia balik.  Tak caya?  Tanya.........Piejah Noorpeah kawan akak yang bertunang kat Kuala Lipis itu. Dia banyak kali kena maki dengan akak.
  7. Kawan yang Menyusahkan
    Kawan yang menyusahkan....fuhhhh!! Ada banyak! Susah akak nak mengketegerikan jenis kawan yang sebegini tetapi apa yang boleh akak katakan ialah kawan jenis ini adalah kawan yang memang tak habis habis menyusahkan hidup kita.  Dia ni antara spisyis-spisyis yang ada dalam gang kawan yang menyakitkan hati.  So,  kalau dah terkena sekali tu.  Pandai-pandailah elakkan diri dari dia selepas ini.  Jangan duk bubuh tengkok kat tempat dia senang nak sembelih. 

    Tapi paling signifikan untuk kawan yang menyusahkan ini ialah jenis kawan yang depa ni......time senang depa style hilang punya tak tau pi mana.  Tapi time depa susah...nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaa....kita lah orang first yang depa nak jumpa.  Kalau akak,  akak layan ja.  Tolonglah semana mampu.  Sebab bagi akak,  dia mai refer kat akak bila dia susah tu dah macam a big honor to myself.  Tolonglah dengan ikhlas.

    Tapi time depa susah gila gila,  kitalah yang tolong depa semua,  tapi time depa dah bangun tu depa langsung lupa kita semua.  Contohnya,  masa dia duk gaduh dengan boifren semua kita la tempat dia menangih cerita masalah semua.  Tapi time dia nak kawen,  nenjiaa...tak jemput kita langsung.  Bagitau apa pun dak kata dah nak menikah.  Kawan lagu ni,  kalau lagi sekali dia mai kat kita nak cerita masalah dia,  mau bagi penendang siap siap. Tak payah nak tolong dah.



  8. Sayangilah Kawan Kawan yang Sedia Ada
    Dan akhir sekali,  ini yang paling penting.  Hargailah kawan-kawan yang duk ada lani ni.  Tak semestinya kita ada 4000 kawan kat Facebook kita dah kira hebat kalau kawan yang duk ada depan mata ni semua kita tak jaga,  respect dan sayang depa elok-elok.  Akak ada ramai kawan,  dan kawan baik tu....jangan cakaplah.  SEMUANYA KAWAN BAIK AKU!  Kadang-kadang rasa macam sedih sangat sebab tak dapat nak layan semua kawan-kawan baik akak ini dengan terbaik sebab depa selalu ada bersama akak bila akak susah.  Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup mereka dengan rezeki-rezeki yang berkat. 
So inilah sedikit sebanyak yang akak boleh share dengan u olls hari ini.   Satu cadangan yang harus u olls praktikkan.  Mengaudit kawan adalah amat penting agar kesejahteraan hidup u olls damai bahagia di samping dapat memastikan kitaran persahabatan u olls bebas daripada parasit yang bisa membuatkan semua kita menjadi pereng.

ps/  Tapi kalau duk audit punya audit,  and hang perasan pattern kitaran persahabatan hang tak berkembang.  Hang pi mana pun,  mesti ada orang cari pasai and orang duk bergaduh dengan hang.  Itu mesti ada something tak betul dengan diri hang.  So sila audit diri sendiri!

Love,
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. Kak....u are one of my Kawan yang jauh di mata, dekat di hati :)) always love u sis :))

    ReplyDelete
  2. sebenarnya....

    aku stress dengan perkataan audit ni

    HAHAHAHAHAHAAAA!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...