14.5.12

Dear Kak Jumie : Perigi Mencari Timba

Salam..
Kak Jumie (kak ka ntah?  tak sure.. hehe..)
Hari tu masa Kak Jumie announce dalam fanpage soh kongsi rahsia,   kami rasa segan  .  Tapi teringin.  Tapi biaq ja.  Tapi tadi baca entri yang pasai jodoh tu,  kami rasa kami nak kongsi gak la.
Umo kami pon 28 dah.  Lepas keluaq universiti, kami jadi cikgu sandaran dari tahun 2008 sampai 2011.  Tapi awal tahun ni kami dapat DPLI.  Ni dok mengaji tempat Kak Jumie la..haha..student tua!
Sampai sekarang memang  tak ada  steady bf lagi.  Kawan-kawan ada la tapi  tak ada satu pon yang nampak serius..sumpah sedeh!  Patut tera-tera ni pakat dok heret baby dah.  Nak kata  tak ada orang nak, ada..tapi yang nak kat kami tu kami tak berkenan pulak la..memang orang kata amik orang hat mau kat kita..tapi kami rasa  tak boleh pi tak kan kami nak paksa kan

Memang kami perlukan seseorang tapi
 tak la desperate sangat.  Kami nak orang tu yang kami suka kat dia dan dia pon suka  kat kami.  Kalau salah sorang ja dok suka  tak kemana kami rasa.  Kami jenis suka hat yang  tak skema,   rupa tu  tak ada la nak hensem sangat tapi nak yang ala2 maneh gak la.  Yang nice to see pada pandangan kami. 

2-3 orang gak la kena reject.
  Orang kata kami memilih (aih, tak kan nak rembat ja kot,  asyik orang laki ja leh pilih hat segak2 noh.. tak  aci betoi) jadi yang suka kat kami tu kami buat macam kawan ja la..kami  tak mau bagi harapan kat orang..kesian aih..sebab kami dah rasa cemana orang bagi harapan pelesu ni..meluat!

Memang dulu kami  tak kawan sangat dengan budak laki.  Kami gemuk dulu.   Tak elok..(masa sekolah) so kami down la.  Memang  tak kawan dengan laki memang rasa rendah diri yang amat.  Pakai baju pon hat macam jantan.  Pasai  tak ada size and  tak pandai pesen2 (budak sekolah katakan).  Mai time masuk universiti pon sama.  Pastu masuk sem 2 kami ada la diet and mula nak menyegak.  Adala perubahan,  tapi  tak ada la kuruih tera mana.  Dari 80 lebih tinggai 70 lebih (malu ngt aih).  Dari pakai spek kami tukaq pkai contact lense.  Buat bagi kemas2, mekap2 skit,  pakai feminin2 skit tapi still terhad la kan dengan saiz yang ala bab bab tu.  Pasai kami memang minat mekap2 ni ( tak ada hati pon nak caras Kak Jumie  ..haha) tapi time tu kami masih  tak campoq dengan laki gak.  Life kat u memang boring gila.  Pi kelas, balik kelas ja,  jadi segan lagu mana tah.  Mai keluaq universiti, keja pon  tak ada gak marka.  Nak kata segak tu boleh la tahan tang muka (haha perasan).. tapi memang orang2 dok kata lagu tu la cuma cuby2 skit la..
Dari keluaq universiti 2008 sampai la tahun lepas dok single tak ada marka, bila mai umo 27 nak dijadikan cerita kenai la sorang (muda 2 tahun dari kami) ni kat Pesbuk.  Kawan-kawan sat pehtu kapel la.  Mudah sungguh jatuh cinta.  Yela dah sebelum ni tak besa jadi bila orang dok take care sangat jadi seronok la.  Innocent sungguh.  Orang buat sweet sikit jadi cayaq la macam lilin.  Bodo! (kami yang bodo) padahai taktau kata orang laki ni jenih depa saja suka2 test market.  Last2  tak tahan lama,  lepas 3 bulan kena tinggai la.  Merana macam orang gila.  1st love katanya jadi serik sat tu tahun lepas la.
Pehtu kenai lah bermacam-macam orang tapi takat kawan2 lagu tu la dalam Pesbuk gak lah,  Awai tahun ritu, kenai la sorang ni (muda 3 tahun).  Pesbuk lah. Tak berapa kali keluaq kawan tu hilang lagu tu saja.  Call  tak angkat,  mesej tak jawab.  Amboi magic sungguh.  Rasanya kami  tak ada buat salah pa pon. 

Kami heran la.  Lama-lama kami pon biaq.  Mungkin budak2 kot nak men-men.  Kami jenih keluaq dengan hat kami rasa suka ja.  Kalau kami  tak suka kami  tak suka keluaq jalan-jalan dengan depa.  So dah hilang kan,  kami pon dah cari tapi  tak ada respon..kami biaq la..sedeh tu ya la tapi sikit ja..

Pastu pulak 2 bulan lepas kawan kami yang baik hati dan budiman kenaikan dengan sorang mamat lagi.  Muda setahun dari kami (heran dok keja dapat hat muda!).  Kawan dalam fesbuk.  Keluaq makan banyak kali gak.  Boleh kata tiap-tiap minggu keluaq.  Kerap gak la,  tapi dia jenih  tak message2,  tak call2, banyak sembang dalam Facebook ja.  Bila dah banyak kali keluaq,  kami rasa kami suka dah kat dia.  Soft spoken, hepy2, anak yang bertanggungjawab,  tak kedekut,  suka tolong orang, tapi kadang2 macam ego2 skit pon ada..tapi kami suka!

Dia punya respon pon macam ok
  Tapi still dok communicate dalam Facebook ja.  Hari2 lagu tu.  Message jarang.  Call lagi la jarang.  Dia rupa not bad,  berpelajaran gak.  Orang Penang gak.  (Untung la dok ingat dalam hati dapat yang dekat).  Sebab menurut dia,  dia jenih yang pendiam dan membosankan.  So kami pon anggap mungkin tu style dia kot.  Dia pon sama macam kami, kena tinggai dengan marka lama.  So dua2 dok mencari lah..tup2 kawan ni pon senyap lagu tu gak..dah 2 minggu dah..on9 Pesbuk pon dak dah dia.. tak ada k sebab apa..dalam dok elok2..

Seingatanya last sembang hari yang gempa bumi tu dia ajak tengok wyang tapi kami dah ada janji dengan bespren kami,
 kami pon  tak p la tengok wayang dengan dia.  Kami jadi heran.. tak kan sebab tu kot..kalau dia on9 pon dia  tak tegoq kami.  Dah 2 kali weekend dah  tak ajak keluaq sedangkan sejak kenai tiap2 weekend la kami p jalan2.  Kami ada try message Facebook dia tanya kabaq(2-3 hari lepas).  Nak message kat henpon dia segan. Takut dia kata terhegeh2 aih pompuan nih.  Dia jawab pon sepatah dua.  Sejak dari tu.  Kami malaih dah.  Kami jadi tension  Asai bila kami suka ja semua tinggai kami.  Apa yang  tak kena dengan kami  tak tau.  Pastu kami teringat kata2 kawan kami,  orang laki ni senang ja nak paham, kalau dia nak, dia akan cari..kalau dia bt  tak tau tu paham2 ja la..
Persoalannya,  pasepa yang sebelum ni boleh dok ajak keluaq p sana p sini.  Bagi respon baik kat kawan yang rekemen tu pon dia cakap suka kawan dengan kami.  Macam bagi harapan.  Kita pon jadi ok,  apa2 pon jadi  tak berkira sangat duit ringgit ka pa.  Tapi last2 dia buat lagu ni jadi kami biaq ja la kawan kami soh try message dia buat-buat tanya kabaq ka pa lagi pasai ada beberapa barang dia yang kami pinjam tu dia soh kami simpan dulu.  Tapi kami  tak mau la message.  Segan aih dah orang tak layan..




Kami la ni jadi bosan dan menyampah tahap babun la kat semua jantan.  Tapi dalam masa yang sama kami nak kawen.  Kami nak ada marka gak macam orang len.  Pasai nak gak la manja2 macam orang2 sekeliling kami.  Kawan2 pon boleh gak hepy tapi nak gak la merasa kasih sayang dari bf kononnya.  Tapi jadi macam ni buat kami rasa macam awat kami  tak layak bercinta ka.  Sedeh kami mentang-mentang la kami dah tua tak ada keja tetap lag .dok mengaji lagi.  Entah  tak tau nak habaq lah lagu mana.  Penin kami pon,  last2 kami amik keputusan buat  tak tau ja la.  Jauh di sudut hati kami,  kami harap sangat mamat yang last tu kontek kami tapi  tak tau la.  Mengharap sangat pon  tak guna gak..ermmm  tak tau nak kata apa..doa ja mampu..nak usaha jadi malu dah..haishhhhhhhhh..
Kami pikiaq apa la ni nak ngaji rajin2 so nanti dapat result elok.. nak diet lagi.. nak tingkatkan keyakinan..nak jadi orang yang positip sikit.. tak ada la lembek dok ikut perasaan..tapi kadang2 hati ni fragile sangat..heran apa tah orang  tak mau noh..hati oh hati..sampai kami ada satu persepsi, "Satgi kalau aku kenai orang ni, hat yang aku rasa berkenan, mesti dia tinggai aku..semua sama ja"..takut dengan bayang2 seniri..
Tu ja nak kongsi..mungkin kami ada masalah kot.  Sebab bila pikiaq  tak kan la satu pon  tak lekat sebab mula2 si polan si polan tu semua bagi respon elok punya.  Tapi half way belah pulak.  Mungkin kami ni jenih kalau suka pon  tak ada tunjuk sangat contohnya selagi orang tu  tak message kami ka,  tak call kami ka,  tak ajak kuaq ka, kami jenih  tak kan mula dulu..dok la keraih tang tu diam2..pasai kami rasa  tak yakin, kami rasa malu, rasa takut..padahai kami suka..dalam hati dok tunggu bila la deni nak ajak kuaq, bila la deni nak tegoq..mungkin sebab kami rasa  tak konpiden dengan diri kami seniri kot..kami buat apa pon  tak yakin..takut2..segan2..malu..tapi kami jenih hingaq2 gak..lawak2 gak..personaliti kami buat jadi orang susah nak paham dan bosan kot noh..macam split personality..
haaaa lagu tu la cerita dia.. harap paham dan boleh bagi satu suntikan semangat la noh.. kat email pon  tak pa lah.. malu plak nak bagi orang baca cerita lawak kami nih..
Kesimpulannya kami cuma risau dengan umo yang macam ni kami  tak ada k orang yang special.. tak kawen lg pon  tak pala asaikan ada seseorang disisi (cewah!) tapi semua dtg dan pergi lagu tu ja..lg 2 tahun masuk 3 series..kawan2 (geng2 rapat kami) sume kwen dah..tinggai kami ja..kadang2 kami jadi segan nak jmpa depa..
tu jala kot nak cerita..paham ka?? bhs orang otak serabut memang macam ni..haha! kalau ada apa2 nak nasihat ka pandangan tip2 ka nak bagi orang suka kat kita..(orang laki la noh!) boleh la kak share mai dengan kami..tapi identiti kami kena rahsia la..malu aih! ok na tima kasih na.. hehe..
Zila Dali


Hello Zila,

Aiiiyooo u olls.  Actually akak tak serabut pun membaca dengan mata hati akak ini,  cuba menyelami jiwa yang sedang hang rasai.  Tapi yang membuatkan akak serabot ialah penulisan hang.  SEMUANYA SHORTFORM.  Org,  tgk,  sn,  hr,  ingt,  thn,  semua benda hang nak shortform.  Maybe sebab tu kot semua hubungan dalam hidup hang semuanya shortform,  sebab hang lebih suka shortformkan semua benda.  Haa...awai-awai dah kena carut dengan aku.  Please ya u olls.  Sebagai seorang yang berpelajaran dan katanya sekarang pun masih lagi sambung belajar di peringkat universiti,  I WONDER HOW YOU WRITE YOUR ASSIGNMENTS???  Nasib baik hang bukan student kat school akak.  Kalau student kat school akak email kat akak tulisan shortform shortform ni semua jangan harap aku nak layan ya.  Ini mula mula i dah edit banyak emel u tapi last last.  I tak kuasa nak edit dah. 

Okay!  Setop.  Sorry na kalau akak mencaras hang di awal-awal penulisan.  Nantikan caras-carasan yang seterusnya.  Akak menulis ni dari hati akak yang luhur.  Bukan akak nak kata akak perfect dan akak bagus serba serbi.  Tapi akak tak kenal hang.  Hang pun tak kenal akak.  Akak tulis sebagai seorang yang pernah lalui benda yang sama.  This is apa yang akak rasa dan apa yang akak pernah lalui.

First u olls cerita kat akak tentang macam mana dulu hang seorang yang tak berapa cantek,  gemok bla bla bla.  Tapi lama kelamaan,  hang ubah penampilan diri hang.  Lebih fashionable gitu.  Pakai contact lense bagai.  Meletops u olls.  Satu perkara yang bagus,  tahniah.  Tapi kalau kita cantek luaran sahaja.  TAK GUNA YA u olls.  Soft skills itu penting juga.  PR,  cara bercakap,  itu pun penting.  Topik topik yang nak dibualkan.  Building your keyakinan dan personality.  Yang ini bukan kita nak buat semata-mata nak mencari jodoh u olls.  Tapi untuk hidup kita.  Sebagai seorang pelajar,  suatu hari u olls akan bekerja.  U olls akan jumpa dengan macam-macam orang.  PR yang bagus adalah sangat penting untuk kerjaya u olls dan apa sahaja u olls nak buat.

Secondly,  u olls cerita tentang pengalaman-pengalaman u ollls semua.  U olllls!! Akak juga pernah melalui saat-saat itu.  Kita jelas dan simple,  kita ikhlas nak berkawan.  Tidak meletakkan harapan yang tinggi.  Tapi bila sampai satu tahap yang selesa,  depa stop contact kita.  And tanpa apa apa explanation,  kita ditinggalkan dengan perasaan yang pelbagai "What's wrong with me?"  "Was it something that i said?"  "Apa salah aku?"

Akak sangat faham perasaan hang ini.  Ohh...kalau diberikan kesempatan untuk balas dendam kat jantan-jantan tu semua.  Akak ingin meng-rikues satu bomoh yang hebat supaya akak dapat hantar santau angin kepada semua jantan-jantan itu.  Biar mereka semua mati kerana berak dan muntah darah tampa henti dengan jarum dan paku karat.  Ha......angker tak permintaan akak?

Tapi kalau akak dapat buat macam tu kat depa.  Adakah akak akan menjadi happy?  Mentengok orang lain menjadi merana selepas kita membalas dendam kepada mereka tidak menjanjikan kebahagiaan yang abadi.  Akak just mendiamkan diri.  Akak muhasabah diri.  Dan apa yang akak belajar adalah,  "Tangan kita,  badan kita,  mungkin boleh dipegang oleh 1000 orang lelaki,  yelah...bila dah jalan-jalan dating,  mesti la feeling pegang tangan ka apa semua,  tapi u olls....HATI KITA........JANGAN SEKALI KALI DAN SEWENANG-WENANGNYA BAGI KAT ORANG,"  Itulah yang hang kena master.

Thirdly hang cerita tentang perkenalan hang dengan seorang lelaki yang merupakan kawan kepada kawan rapat hang.  Siriesly u olls.  Why so many many many birokrasi dan protokol?  Hang ni.....nak jantan call dulu la.  Nak jantan start feeling dulu la.  Come on!!!!!!!!! This is 2012.  Ini bukan zaman Alexander Graham Bell baru first time buat telefon.  Bullshit la kalau u olls kata,  semua benda lelaki kena start dulu.  Di zaman wanita dan perempuan-perempuan di dunia ini melaungkan panji-panji kesaksamaan jantina,  kenapa dalam perhubungan ini kita kena ikut norma sosial purba? 

This is your life.  No matter hang lelaki or perempuan or pondan or adik adik,  kalau hang rasa hang suka lelaki itu,  hang rasa nak try something new with me,  why not hang start dulu?  Ajak dia keluar.  Call dia and tanya apa dia duk buat.  Dia tak rindu kat hang ka?  Dia ada problem ka?  Dia nak keluar tak?  Atapun just frankly said "Hey...i rindula kat u......jom la keluar,"  Dengan nada kekwat Channel Harun "Why nottttttt!"

Siriesly u ollls.  Lebih baik u olls rasa macam sedih di reject oleh seorang lelaki daripada u olls menyesal sampai tua sebab dulu u olls tak cuba langsung untuk contact dia.  Contactlah dia dengan niat seorang kawan yang nak ajak lepak.  Apajia duk pikiak PERIGI CARIK TIMBA ni semua.  Kalau hang biar diri hang judge diri sendiri,  itu kesalahan yang paling besar sekali.  Antara salah satu skill personaliti yang u olls kena ada ialah,  stop judging yourself.  Let loose.  Buat apa yang u olls rasa best,  tak perlu tunggu approval dari orang lain.

One thing akak setuju dengan Regina Ibrahim "Lelaki is kura kura,"  Yes....lelaki memang kura kura.  Especially lelaki Melayu.  Semua benda depa style lembab gila.  Nak makan lambat,  nak buat keputusan lambat,  nak luah perasaan cinta lambat,  nak simpan duit lambat,  semua benda lambat.  Lelaki Melayu most of them adalah sangat anak mak.  Depa pun sama saja macam kita pompuan ni semua.  Nak cakap apa pun malu.  Nak start something pun lembab gila.  Semuanya nak mintak kita starts dulu sebab dari kecik depa dimanjakan oleh mak depa.  Samalah macam En.  Khafi.......................................tak mau cerita.  Nusyuz.

Last but not least,  u olls minta tips macam mana nak bagi orang suka kat kita.  Erm....kami just nak cakap something.  Ini adalah penilaian kami secara kasar bila kami baca emel ampa mula mula sekali ampa ada mention pasai  :

"Orang kata kami memilih (aih, tak kan nak rembat ja kot,  asyik orang laki ja leh pilih hat segak2 noh.. tak  aci betoi) jadi yang suka kat kami tu kami buat macam kawan ja la..kami  tak mau bagi harapan kat orang..kesian aih..sebab kami dah rasa cemana orang bagi harapan pelesu ni..meluat! "

Aiiiyooo u ollls... tak salah jadi memilih.  Tapi kalau kawan-kawan pun kata u olls memilih.  Mesti ada betulnya u olls.  Cuba pi tanya kawan-kawan u olls.  I olls ada beberapa kawan yang macam ni,  depa ni cantek,  bekerjaya,  berpelajaran,  tapi sampai lani takdak marka apa semua.  Bila tanya,  "Oh yes...ive been going out with some guys...tapi entahlah...ada yang bla bla bla ...tak cukup...tak kaya...bla bla naik motor...bla bla bla,"  Dalam hati akak.  SHIT!!  Memilihnya hang.  Memanglah kita boleh jadi memilih.  Tapi at the same time kita kenalah realistik u olls.  Awat kita ni perfect sangatkah?  Salma Hayek sangatkah?  Rosie Huntington-Whiteley sangatkah kita ni? 

"Jumie,  kalau kita rasa kita cantek,  ada 10 orang lagi cantek dari kita.  Kalau kita rasa kita tak cantek,  ada 10 orang lagi tak cantek dari kita.  So bersederhanalah,"

Nak laki perfect,  kerja hebat,  naik kereta hebat,  anak datuk,  kaya,  hemsem macam Jejai (HAHAHHA saja caras),  tapi u ollls bila tengok diri depa.  Sedihhhhhhhhh u olls.  Dressing pun ala-ala 90-an.  Kecantikan....wellls....ada rupa.  Tapi depa ni,  daripada kawan-kawan laki akak yang memberi komen "Kawan hang ni Jumie....okay....depa cantek.  Tapi cakap besar.....bla bla bla...berlagak....bla bla bla...suka tunjuk best,"  Ha...............ingat laki ka cakap besar dan suka tunjuk best.  POMPUAN PUN SAMA!  Pompuan kalau pompang sangatlah buruk ya u olls.  Apa lah yang nak dipompangkan sangat di dunia yang semestara ini,  sebab seorang kawan akak iaitu Siti Mariam selalu pesan akak "Jumie,  kalau kita rasa kita cantek,  ada 10 orang lagi cantek dari kita.  Kalau kita rasa kita tak cantek,  ada 10 orang lagi tak cantek dari kita.  So bersederhanalah,"

Dalam mencari teman hidup u olls,  senang sahaja,  carilah orang yang sayang kita lebih daripada dia sayang diri dia sendiri.  Carilah orang yang lebih NAK-KAN kita daripada kita nak-kan depa.  Siriesly,  bila kita carik orang yang lebih sayangkan kita.  Seronok sangat u olls.  :)  Walaupun dia tu tak berapa cantek or tak berapa pandai. 

Sekian sahaja u olls.

Apa yang i olls kata ni,  ada yang betui ada yang tak berapa betui.  Terpulang kepada u olls untuk perbetuikan hidup u olls yang macam mana.  Jangan lupa baca artikel artikel lain tentang jodoh dalam blog i olls ini.

Love,
Jumie Samsudin




2 comments:

  1. PR itu sgt membantu... the way u bring urself into the crowd.. this is skill yg kita kene buat perlahan2.. x boleh acquired out of sudden it is a process.. btw,gudluck akak.. show urself to the crowd, classy, special and have something to be shared with someone.. guys will chase u then..

    ReplyDelete
  2. erk... nak komen lebih2 pon kami pon tak sure hala tuju relation kami skang ni jugak, walaupon org tu da yakinkan, tapi kami yg degil sket nak caye btol2 sbb org tu pon takde kat mesia. ok, tu hal lain...

    cuma nak cakap... tak salah pon kite start dulu... pedulik laa org nak cakap ape kan... selagi tak cakap, kita tak tahu... nak tunggu pon, sampai bile... sebab sebelum ni, kami pon nyesal jugak sbb tak cakap... dah 2-2 pon segan nak mula... sekali 2-2 jugak ingat takde harapan, so, the guy tu dah move on... bile dah move on, dan nak settle down (kawen), tetibe kene marah ngan membe dier, kata kami tengah kecewa ngan dia... so, dia rasa bersalah, kami plak kecewa sendiri... tapi bende dah jadi...

    fyi, relation skang ni pon kami gak start dulu sebab... sebelum start, da ade hint2 cuma tak terserlah sebab masing2 jauh dan kemain la punya nak menten relation adik-abang (lah sangat kan)...

    tu je :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...