31.5.12

Labu Masak Lemak Manis ala Kak Juma

Hello u olls,  hari ini akak nak share dengan u olls resepi daripada mak mentua akak iaitu Kak Juma yang meletops.  Resepi ini sangat simple dan sedap kalau di makan bersama nasik putih,  ikan goreng dan sedikit sambal.  PERGHHSSS!  Rasanya lemak-lemak manis dan membangkitkan selera.

Sebenarnya cara masak ni memang senang nak mampuih.  Untuk pemasak amatur seperti saya,  kalau dah boleh masak lauk macam ni teruih feeling macam aunty-aunty otai masak tutup mata.  Selalu kalau masak sayur ampa duk goreng saja kan.  Sekali sekala why not buat kejutan dengan masakan ala-ala lauk Nasik Padang ni. 

Okay jom terai!



Labu Masak Lemak Manis ala Kak Juma


Bahan-bahannya  :
1 biji labu size sederhana yang dibuang kulit dan dipotong dadu (lebih kurang 600gram)
400 ml santan pekat (pandai-pandaila ampa ejas.  Santan banyak sangat tak baguih untuk kesihatan)
200 ml santan cair
1 paket sayur fucuk (rendam dalam air dan gunting kecik-kecik sikit)
1 mangkuk kecil udang kering (kalau ampa ada isi udang segar pun boleh.  Nak bubuh banyak mana pun boleh)
1 biji bawang merah dihiris
2 bijik bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
3 helai daun kunyit dihiris
10 batang cabai burung (ketok dia.  Kalau nak tambah ikut suka pun takpa)
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit untuk warna

Labu yang akak beli kat market.  Sedih u olls!  Kecik kecik ja.  Akak nak labu macam Cinderella tu,  boleh buat kereta kuda teruih.
Buang kulit,  buang sampah-sampah dalam dia yang ada bijik and janggut tu semua.  Pastu potong dadu.  Akak memang tinggal kulit sikit sikit,  sebab Mak Juma dia kata ada kulit sikit sikit baru sedap.  Mak ikut jer nyah...bukan sebab mak pemalas nak kupas elok elok ya kulit tu.

Akak suka menyediakan bahan-bahan masakan semua bagi elok tersusun macam ni sebelum memasak.  Akak tengok belajar daripada anak ayam akak Chef Eiyzhall Mee Kari meletops.

Cara memasaknya  :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih,  serai dan udang kering.  Kalau ampa rajin terlebih sikit,  ampa tumbuk semua bahan ni sikit jangan sampai lumat,  pastu ampa tumis pun boleh.  Lagi meletops.  Akak tak suka tumbuk.  Akak feeling mamak punya style masak.  Semua potong saja kasik tarok masuk dalam kuali.

  2. Bila tumisan kita dah wangi dan kuning-kuning meletops gitu,  terus masukkan labu kita yang telah dipotong dadu.  Kacau-kacau sikit.

  3. Then,  terus masukkan santan.  Bila santan dah masuk,  kecilkan api ya puan - puan supaya santan itu tidak pecah minyak.


  4. Bila dah mendidih apa semua,  masukkan kunyit secukupnya agar lauk ini ada warna yang meletops.  Then masukkan cili yang ditumbuk tadi bagi ada taste pedas sikit.  Then masukkan garam secukup rasa.  Kacau pelan-pelan.
  5. Then last sekali masukkan fucuk and daun kunyit :)

  6. Siaplah.  Makanlah bersama nasik panas dan ikan goreng.  TERUIHHHH RASA MACAM DUK ADA KAT BANDUNG!

Sekian,  selamat mencuba. 

1 comment:

  1. salam, singgah sini nak tumpang tengok resepi,,.. dah menjadi dah lauk saya dalam periuk..terima kasih yo..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...