28.5.12

Menyanyi untuk Teater Kelab Kelahi

Hello u olls semua,

Hari ini hari Senayan (Isnin) oleh itu saya tidak mahu bercakap banyak.  Just nak suruh kalian semua layan video persembahan nyanyian saya iaitu sebuah lagu yang asalnya dinyanyikan oleh rakan saya masa kat California dulu,  Christina Aguilera.  Semoga dia tidak sentap apabila mendengar nyanyian saya ini.

Persembahan ini dibuat sempena mengiri persembahan teater komedi Kelab Kelahi yang merupakan final year project untuk Abu Musaffir ataupun Abu daripada Kumpulan Mamu Raja Lawak.  Sapa yang tak mai tengok teater ini yang telah berlangsung selama 5 hari maka u olls memang teramat rugi sekali kerana teater komedi ini walaupun bergenre komedi tapi membawakan mesej-mesej 'semangat' Melayu yang sungguh sinikal.  Mengisahkan scene-scene yang penuh dengan pelbagai cerita dan perilaku orang Melayu yang sejak dahulu kala lagi.  Bergaduh lahhhh....bergaduh....Last sekali Melayu nak jadi apa tak tau?

Akak tidak sempat nak membuat review tentang teater kali ini.  But i will share with you link ulasan persembahan teater Kelab Kelahi ini daripada En.  Yusof Bakar "Ulasan Yang Terpulas - Teater 'Kelab Kelahi"

Okay u olls.  Jom tengok video nyanyian saya.  HEHEHE.  Pakai dress kuning mustard daripada Jessabelle Plusize Stealz.  Tapi dia satu tali,  akak pun pakai cardigans ni.  Rasanya cardigans ni tak sesuai.  Kena pakai cardigans yang singkat sikit.  Baru nampak meletops.  But anyway,  akak sangat selesa memakai dress ini.  Feeling tembikai kuning yang vouge.  Tapi sorang anak ayam akak kata kat tweeter - @SafiqSuhaimi : errk. kalau tembikai sedap jugak nak menjamah nye kak. tpi saya rasa mcm ladybird yg kene sumpah jd warna kuning. bersih sangat.

Kalau ampa berminat nak beli dress ini click sini  :  Roxanna printed stretch maxi

Dengan semangat and feeling Christina Aguilera masa nyanyi lagu ni for MTC Awards.....akak harap u olls semua terhibur dengan persembahan akak ini.  Yelah,  dah banyak kali nyanyi tapi takdak pun video yang proper untuk semua pembaca blog akak tengok.  Hope video ini dapat menyedapkan hati hati u olls semua.  Walaupun ada kesalahan lirik pada akhir-akhir lagu tapi what the hell kan.....yang penting sampaiiiii picing ya.

ps/  MC yang elok itu ialah Sheikh Rahman yang kumpulan Skema,  Raja Lawak.  Yang bising-bising dalam video ini tu semua budak budak Kasanova.  Depa memang tingtong.


4 comments:

  1. wahhh,,sedap nye suare kak jumie =D kalah Cristina Aguilera tauuu

    ReplyDelete
  2. eh ape tajuk lagu tamil tu eh?sdap plak.haha.

    ReplyDelete
  3. sedap sore. kene bagi resepi bagi suara lunak ni. eh resepi ke muaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...