24.5.12

Penat, Pereng dan Demam

Hello u olls semua,

Lama tak membuat catatan peribadi di sini ya.  Baru baru ini seperti u olls tahu,  akak dan En.  Khafi telah membalikkan diri ke kampung. Kami bertolak dari Penang jam 3am,  sebab En.  Khafi balik kerja 1am u olls.  So mau tak mau,  pagi tu gerak jugak perlahan-lahan.  Sampai di area Sungai Bakap,  En.  Khafi mulai lemah. 

"Sayang drive lah,'  kata beliau.  Akak pun menyahut cabaran itu dan bertanya.

"Abang nak tidok ka?  Jangan tidok teruih!,"  ya...akak kalau boleh nak suruh dia sembang-sembang sikit la dengan akak.  Kau gila nyah!  Nak suruh mak drive sorang sorang meredah kegelapan lebuhraya Utara-Selatan yang sangatlah dihiasi dengan kisah kisah Misteri akibat membaca Mastika.

"Abiang tak tidok,  nak lelap lelap sikit.  Letih ni,"  okay fine.  Akak pun tukar seat memandu.  Tapi bila akak katop je pintu.  NENJIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.......Dainesor ini pun menidurkan dirinya di sebelah akak dengan begitu nyenyak sekali.  KROOHH KROOOH....style tak sampai 1 minit dia dah jatuh lena.  Kesian laki aku.  Maybe terlalu penat.

So akaklah yang mendrivekan diri dari Sungai Bakap sampai ke Tapah.  Sepanjang perjalanan tu jangan katalah.  Akak tak pecut.  Tapi akak drive tengok depan saja.  Tak tengok tingkap apatah lagi cermin pandang belakang.  HAHAHAHAH.  Akak takut nanti nampak benda yang macam dalam cerita Karak ataupun Jangan Pandang Belakang.  Sial lah filem filem hantu Melesia ni semua.  Around 5.30am.  Akak dah mulai mengantuk,  and mujurlah kami pun selamat sampai di RNR Tapah.  So we stopped there and we olls berdua pun tidur sampai 8am.  HAHAHAHAHAHHA.....SERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!

Ting tong tiang.  Pastu kami perlahan-perlahan balik ke KL.  Singgah jumpa my kakak ipar and bapak mentua. Jalan jalan sana sini sikit.  Jumpa sedara belah En.  Khafi di Rawang.  Then we teruskan perjalanan ke Johor. 

Sampai kampung Serom yang dirindui,  hari dah jauh malam u olls.  So we olls terus masuk tidur.  But before we olls nak masuk tidur,  we olls dikejutkan dengan berita kakak ipar akak yang terlanggar dengan anak lembu masa duk drive memandu nak masuk kampung.  Kesian lembu yang bangang itu.  Lembu yang bangang ya.  Pemandu tak bangang.

Esok paginya bermulalah saat-saat persiapan untuk mengadakan majlis kenduri akikah untuk anak saudara En.  Khafi iaitu Putra Muhammad Aiman.  Meletops adik ipar i,  bubuh nama putera dan puteri kat anak-anak depa.  Feeling royals u olls.  Orang kampung kalau kenduri biasalah u olls.  Merewang semua.  Kerja banyak.  Akak ni tolong sikit sikit jer.  Takat-takat membasuh and buat buat busy kat dapur tu.  Mak mentua akak Kak Juma kelihatan sangat tensyen dan tak berapa nak bermesra alam dengan akak.  Dia hanya memberi arahan-arahan jitu kepada akak "Kamu buat air......kamu tolong beli kuih...."  Haaaa...kan? 

Lembu yang telah selamat diakikahkan. 
Tapi why not kan?  Sekali sekali balik.  Buat kerja untuk family mentua.  Bukan selalu u olls.  Masa nilah nak bodek apa semua.  Kot kot lah dapat wasiat tanah sikit.  Dan tiba-tiba di tengah hiruk pikuk dapur itu,  akak dapat SMS daripada Kak Ras,  rakan student USM yang menjemput akak untuk nyanyi for Screening Party Short Filem mereka.  Bila?  HARI ISNIN nyiahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....kerlas depa. 

Hari Isnin show,  Sabtu baru bagitau kita.  Tapi nak buat macam mana,  inilah nasib artis artis picisan macam akak.  Akak masa tu cakap,  akak tak janji because akak kat kampung.  Nak prektis macam mana nyah.  Lainlah kalau akak feeling duduk kat rumah,  kerobek Ipad bukak Youtube terus boleh practice hafal lirik lagu Set Fire To the Rain yang depa request tu.  Kerlasssss kannnnnnnnnnnn!  Siap ada request lagi.

Masuk hari Ahad,  ari kenduri bermula.  Ramai sedara mara yang sampai.  Makanan yang dimasak oleh Mak Juma,  Cik Joyah (besfren mak mentua akak yang datang khas dari KL) dan orang-orang kampung jangan katalah memang meletops u olls.  Tapi akak tak berapa nak makan sangat.  Tak mau makan banyak.  Sebab hari Ahad tu juga we olls nak travel balik ke Penang.  Takut nanti dalam perjalanan,  dua dua kenyang sampai mengantuk and teruih lena kat Tapah sampai hari Isnin pukul 8am.  HAAAAAAAAAAA.......

Perjalanan balik dari Tangkak memang sayu.  Akak dan En.  Khafi sama-sama tak berapa happy dengan trip balik ke Penang kali ini.  We olls rasa macam tak puas beramah mesra dengan family we olls.  Dengan mengenang keadaan abah we olls yang feeling sihat itu,  walaupun....dan mengenangkan Tok Jali yang nampaknya makin uzur.  Dia dah tak ingat we olls semua. 

Masa akak pi ziarah dia,  dia duk tanya "Kau ada laki?"  Kerlassss Tok Jali!  Hey u berkenan kat i ke?  I kawen dengan cucu u dah lah.  Memang funny sangat kalau nak layan orang tua tu.  Tapi u olls,  dia dah uzur sangat sangat.  I tak mau cakap banyak.  Kita serahkan segalanya pada yang Esa.

So itulah sedikit sebanyak kisah akak balik ke Johor.  Sepulangannya akak ke Penang pada hari Isnin,  macam biasa akak banyak kerja la.  Tunggakan daripada cuti cuti minggu lepas.  Semuanya okay cuma ada beberapa tekanan tentang event-event dan program yang dijadualkan pada minggu itu, katanya tak ada sambutan daripada para pelajar Soc Sc.  Pastu akak dapat tau pulak family akak kat Penang pergi dinner meletops masa pemergian akak ke Johor.  Memang berita berita kecil ini apabila dikumpulkan membuatkan akak menjadi pereng kuasa kuda. 

Mengajar anak menakan akak untuk mendragkan diri dengan bahan-bahan semulajadi. 

Petang itu,  akak demam.  Siries panas sebadan.  Akak rasa darah akak naik.  So malam itu jugak,  akak dah janji dengan Kak Ras,  akak akan datang dan perform untuk event they olls dan buat the best walaupun akak ini penat,  tak hafal lirik dan tiba tiba dilanda tsunami perenglina.  Masa akak nak balik rumah dari office around 6pm that day,  kira lepas balik tu akak mandi-mandi and terus lah nak pergi USM balik untuk nyianyi for depa,  tiba-tiba akak dapat SMS dari Kak Ras.  "Boleh tak mai rehearsal sekarang?" 

"Laaaaaaaaaaaaaaaaaa.................saya baru on the way balik ni............................saya demam.  Kenapa tak bagitau saya awal - awal?"

"Sorrry....akak lupaa...akak busy sangat,"

Aiyoooooooooooooooooooooooooooooooooo kerlas sangatttttttttttttttttttttttttttt.  Terus akak rasa macam mana punya erapsyen volcano naik sampai puncak otak kanan dan kiri akak.  Rasa macam mana punya larva duk meleleh keluak kat lubang telinga akak.  Panas dan makin panas.  Siriesly akak jadi lagi demam u olls. 

Akak sangat sangat penat.  Akak sangat-sangat marah.  Akak sangat-sangat kecewa.  And akak dah tak boleh nak handle ini lagi.  Masuk saja pintu rumah.  Akak jadi sejuk satu badan.  Akak basuh muka dan kaki.  Naik katil.  Tarik selimut sebanyak 2 lapis.  Dan terus jatuh pengsan u olls.  Siriesly akak terus tak sedar apa-apa. 

Sampailah pagi buta itu,  En.  Khafi gerak akak.  U OLLLSS!  Akak terkencing atas tilam ya.  SUMPAH DEMI ALLAH.  Akak terkencing atas tilam.  Tak taulah mimpi mamai apa sampai teruk macam ni.  Otak pun tak boleh berfungsi.  Esoknya,  terus akak MC satu hari duduk rumah.  Makan ubat and tidur.

Sekian sahajalah cerita akak yang bertajuk Penat,  Pereng and Demam.  Kepada Kak Ras dan Arja yang sampai lani tak membalas SMS-SMS akak ini,  akak faham u olls marah dengan akak kerana akak adalah tidak datang untuk menyanyi di majlis u olls dan tidak memberikan apa-apa mesej kepada u olls pada malam itu.  Tapi akak harap kalau ampa baca catatan ini,  u know what i go through.  Walaupun akak adalah sepupu kepada Beyonce,  tetapi akak bukanlah superwoman.

Love,

Jumie Samsudin yang sekarang ini sangatlah sibuk. 

4 comments:

  1. Uols, kami rasa hampa kena pi bercuti panjang sat. Pi rileks2 badan & otak. Pi pulau ka apa ka. At least lepak2 kat hotel Batu Feringhi. Kami rasa hampa dah letih sgt badan & otak. Hari tu masa hampa makeup kami pun hampa tak sihat kan? Pi rest bercuti la Jumie. Kasi recharge balik. And jaga kesihatan baik2 naaa.

    Take care, Jumie.

    ReplyDelete
  2. Yes kak jumie.u need a loonnnggg longgg rest :)

    ReplyDelete
  3. kak jumie, luangkan masa untuk diri sendiri sama. hope you'll be fineee :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...