9.5.12

Pengalaman Berlakon Teater Muzikal Kasanova

U olls semua!!  Akhirnya akak mendapat sedikit masa untuk menulis laporan khas tentang pengalaman akak sepanjang satu bulan bersama Teater Muzikal Kasanova.  Akhirnya,  trening punya trening,  maka tamatlah sudah persembahan kami selama 3 malam berturut-turut di pentas Dewan Budaya yang vogidevas itu.  Katanya tiap-tiap malam full house ya.  Terima kasih sangat-sangat kepada yang hadir. 

Especially my blog readers,  anak-anak ayam,  gang adik-adik menyerlah dan adik-adik baru nak naik,  student-student Soc Sc dan u olls-u olls semua yang bukan USM pun nenjiaaaaaaaaaaaa punya ramai sebab nak bagi sokongan kat kami semua.  Terharu okay!!  3 hari persembahan akak rasa sangat BEYONCE sangat u olls.  Tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata.  Dahlah cameraman penuh duk amik gambar akak,  siriesly rasa macam hari akak kawen.  Pose memanjang sampai kejang otot.  U olls sendiri pun boleh tengok kat wall Facebook akak kan?  Penuhhhhhhhhhhhhhh dengan gambar kan?  Layan je u olls.

So teater dah tengok,  gambar behind the scene dah tengok,  now apa yang u olls nak tau ialah cerita pengalaman akak dan cerita-cerita yang tak dinyatakan atas pementasan ini.  Mai sini akak nak cerita kat u olls satu persatu.  Enjois.  Fuhhhhh!! Eksaited nak tulis ni. 

Terima Tawaran
Seperti yang u olls tau dalam cerita akak sebelum ni,  I Olls Akan Berlakon Teater!! - Teater Muzikal Kasanova di mana akak ceritakan detik detik macam mana akak menerima tawaran ini.  So u olls boleh tahulah,  macam mana akak boleh dapat tawaran RM50k ini.  Meletops kan bayaran yang akak dapat.  Actually,  bayaran akak yang paling tinggi berbanding Farhan AF dan Azrul Zaidi.  Kan................!

First training
First training bermula seawal-awal bulan April apabila kami dah dapat skrip semua u olls.  Akak dapat jer skrip melalui email,  akak terus print atas kertas recycle and buat binding supaya senang nak membaca.  Akak balik dan study watak akak dan watak-watak lain dalam cerita ini.  Yang ini bukan akak belajar kat mana-mana.  Tapi akak kan jenis yang IQ tinggi,  so haruslah akak tau benda-benda macam ni walaupun akak tak belajar pun.  Akak belajar tentang semua watak-watak penting dan watak sambilan yang diwujudkan dalam cerita ini. 

Akak lihat dalam skrip ini ada dua scene yang melibatkan akak.  One masa opening dan akak nyanyi lagu I Will Survive dan satu lagi scene dimana akak akan membebel kat Arja Lee sambil menyanyikan lagu Big Spender.

Berbalik kepada pengalaman first training,  kau tau nyah!! First training akak datang dengan semangat jitu.  Masa tu pelakon-pelakon lain takdak.  Just akak,  Arja Lee,  Mista Fixx (Stage Manager) dan Azhar (Pengarah).  Akak membawa anak ayam akak sorang iaitu Danny Harmizi yang later on jatuh cinta dengan production ini dan menawarkan diri menjadi pelakon dan penari tambahan.

First training,  we olls kena start dengan warm up u olls.  Yess!! Warm up.  Rasanya dah lebih kurang setahun akak tak pi gym.  Tiba-tiba nak kena warm up pulak.  Ala-ala eksesais ni.  Strecing angkat kaki semua.  Fuiiyooo.  Akak buat u olls.  HAHAHAHA.  Patu last sekali,  we olls kena lompat bintang.  Sial punya Arja Lee daripada 10 lompatan bintang,  dia tambah menjadi 30 bintang.  Malam tu jugak,  akak sakit tekak,  demam dan selsema selama seminggu.  Kannnnnnnnnnnnnnnnnnn!!  Lompat bintang la sangat.  Sejak itu,  akak tak buat lompat bintang dah.  Sebab akak dah bintang u olls.  Nak lompat apa lagi.

Teknik-teknik yang Dipelajari
Antara teknik-teknik yang akak pelajari dalam seni lakonan teater ni,  kalau nak cerita satu-satu ni banyak sangat u olls.  Boleh buat satu thesis,  terima kasih kepada Azhar,  Arja,  Murshid,  Dr.  Mumtaz.......semuanya bagi akak macam-macam ilmu secara langsung dan tak langsung.  Antara perkara penting yang akak belajar adalah improvise.  Teknik improvise ini ialah teknik untuk belakon dengan menambah-nambah ayat sendiri dalam lakonan tanpa mengubah maksud dan isi dalam dialog babak tersebut.  Oh.....actually u olls.  Mula-mula akak kekok jugak.  Tapi Azhar dia buat macam-macam jenis teknik pengajaran sebagai contoh,  tiba-tiba dalam scene tu dia suruh akak sakit perut.  So macam mana nak deliver the script sambil sakit perut.  Haa....things like that u olls.  It's really fun.

Tapi kisahnya,  memang masa training lain u olls.  Tapi bila akak dah ada atas pentas.  Nenjiaaaaaaa....satu semangat lain datang.  Satu semangat yang amat meletops apabila akak dengar penonton tepuk tangan setiap kali akak berdiri.  Rasa macam mana punya kuasa sakti u olls.  Akak pun punya improvise feeling u olls!  Macam contoh,  ayat trade mark akak "Kau nak kena panah petir?"  Haaaaaaaaaaaaaaa...itu memang terkeluar sendiri u olls.  Sebab masa latihan,  bila Arja Lee bagi alasan sakit perut sebab tak mau dengar leteran akak,  akak kena pi kat dia dan tarik telinga dia ke tengah macam mana ka.  Tapi haram jadah betul,  masa atas stage,  akak tengok jer dia dah pergi jauh sampai kat pool table.  HELLLO!  Mak ayam tak akan berlari anak ya untuk menarik telinga jantan.  Itu dah feeling wanita getis.  So macam mana akak nak buat?  Terus akak zass kat Arja "Jimmy....kau datang sekarang.  Kau nak kena panahan petir?"  Haaaaaaaaaa nenjiaaa...satu dewan gelak. 

Satu lagi yang seronok dengan improvise ini ialah apabila kita dikelilingi pelakon-pelakon yang hebat.  Mula-mula memang akak rasa down dan sangat kekok apabila digandingkan dengan Azizul Amar Ramli (Cikgu Hashim) dan juga Azrul Zaidi (Johari).  Dengan Arja tu akak tak kekok sangat dah.  (kennn....carut Arja sat).  Tapi bila akak betul-betul amik semangat depa,  akak terus feeling u olls!  So happy bila dapat 'in character'.  Feeling untuk balas-balas balik dialog tambahan depa membuak-buak.  Best u olls!  Sebagai seorang wanita pondan yang tegar,  lawan-lawan kata orang ni memang satu daripada seni anugerah yang Tuhan dah berikan pada kami.  Ken........

Satu lagi benda penting yang akak belajar ialah menyanyi sambil menari sambil berlakon.  Akak pernah nyanyi dan buat persembahan nyanyian.  Tapi persembahan nyanyian sambil berlakon dan menari semua ni lain ya.  Macam contoh,  kalau dulu akak nyanyi lagu I Will Survive.  Just relaks la nyanyi macam biasa.  Ini nak nyanyi dengan feeling Regina Belle yang sangat mak ayam.  Hari pertama show,  yes!!!  Akak sangat kekok dan boleh nampak sheking takut tersandung kasut tinggi dengan carpet.  Tapi hari kedua,  nenjia...........bukak-bukak lampu ja.  Akak pose tangan kat atas.  KEKWAT SANGAT!!!

Halangan-halangan Yang Akak Lalui
Sapa tengok video the making of Kasanova?  Kat dalam video tu akak ada bagitau dua benda yang akak paling susah nak buat.  1.  Nak cakap KL.  HAHAHAH.  Susah nyah.  Mak dah lama jadi mak ayam Pulau Mutiara keturunan Venezuela.  Susah nak buat slang Penang.  Masa mula-mula tu,  celaka punya Arja duk perli akak "Awat Regina duk cakap Kedah?  Club Red Dragon ni kat Kedah ka?"  Celakaaa deni.  Dah la kata Kedah.  Hello Penang okay!  Penang.

Cabaran kedua ialah of coz stamina.  Siriesly,  akak sangat pancit setiap kali prektis.  Ini menimbulkan rasa takut oleh Azhar.  Dia selalu suruh akak pi jogging lah apa bagai semua.  So memang akak pun nekad.  Nak pi jogging selalu apa semua before training.  Tapi haram la sangat jogging.  Jogging kat rumah sepupu akak di tepi Sekolah Sg Gelugor sambil makan nasik dengan lauk ikan merah masak asam pedas.  HAH HAH HAH.  Stamina kan?

Tapi alhamdulillah,  masa persembahan betul.  Akak tidak pancit langsung.  Mungkin kerana,  masa we olls prektis dalam studio gerak,  takdak mic u olls.  So akak kena menyanyi dengan keperitan hati untuk melawan muzik yang kuat.  Tapi bila betul betul atas stage,  dengan sound system dan microphone yang bagus,  siap ada echo semua so tak perlu la akak feeling jerit-jerit sangat.  Akak nyanyi relaks je u olls semua boleh dengar kan.  Alhamdulillah.

Cabaran ke tiga ialah antara cabaran yang paling besar.  Cabaran ini adalah salah satu soalan besar yang ditanya oleh Andy Siti Nurhidayah masa mula-mula dia contact akak.  Yang ini akak tak cerita dalam blog terdahulu,  tapi akak cerita now.  Antara soalan besar yang diajukan kepada ialah "Hang kena nyanyi dengan Prof.  Razif tau!  Jazz Band!  Boleh tak babe?"

JENG JENG JENG.  Sejarah akak dengan Prof.  Razif Jazz Band USM tidaklah bagus sangat.  Sejarah yang berlaku 7 tahun yang lalu.  Dulu akak adalah sebahagian daripada kumpulan Jazz Band USM.  Akak pernah perform dengan beliau untuk Jazz Band concert tahun 2005/2006.  Masa tu akak baru masuk kerja USM.  Umur akak baru 20 tahun.  Prof Razif suka dengan nyanyian akak.  Dan dia willing untuk train akak jadi penyanyi yang profesional.  Dia jemput akak untuk masuk group JLJB iaitu Jeep Latino Jazz Band,  satu peluang privilej yang hanya diberikan kepada student-student beliau yang betul betul meletops. 

Tapi bila akak masuk group beliau.  Akak tak boleh nak catch up.  Ketegasan dan kesukaran akak untuk mix around dengan ahli band yang lain membuatkan akak jadi tak happy.  Tanpa fikir panjang,  akak tarik diri dari JLJB.  KESALAHAN akak ialah,  akak just SMS Prof Razif tentang penarikan diri akak ini tampa bersemuka dengan dia.  Dia called akak banyak kali dan cuba berikan akak dorongan,  tapi akak tak mau jawab langsung call daripada dia. 

What do you expect?  Akak baru 20 tahun masa tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Now im 27 years old.  Fuh Fuh Fuh.  First time akak jumpa beliau semula di bilik Jazz Band untuk mengambil nada suara untuk lagu "You.............the girl with so many dosa to me,"  HAHAHAHAHA kena carut sepantas kilat.  Nenjiaa..................................Tapi takpa.  He was very profesional,  dia tak cakap panjang dah,  tanya tanya khabar dan terus kami amik key suara.  And then kami pun training semua macam biasa.  Siriesly akak cakap,  teater muzikal ini menjadi tersangat meletops kerana adanya jazz band.  Gila nyah!!  All the music dimainkan live oleh Jazz Band di bawah pimpinan Prof Razif. 


The Mental Breakdown of Jumie Samsudin
Of coz u olls. Di sebelik setiap kisah-kisah diva divana ni.  Mesti ada satu kisah di mana satu tragedi mental breakdown akan berlaku.  Kalau dalam AF mesti ada sapa sapa  kena baling pen dengan Ramli MS,  kalau dalam ANTM mesti ada sorang kena jerkah dengan Tyra Banks,  kalau Project Runaway mesti sorang akan kena carut dengan Micheal Kors...tapi dalam Kasanova....akak telah mengalami mental breakdown dan menangis dan terus feeling nak quit sehari sebelum show.

Kisahnya,  lagi sehari nak show,  akak telah ditekankan oleh peringatan-peringatan daripada pengarah,  pelakon-pelakon lain dan juga pensyarah penyelia kami.

Dr.  Mumtaz said a day before our big day "Jumie,  u are the anchor of our show.  U kena create momentum yang menaik.  Kalau u jatuh,  the whole akan jatuh kerana u adalah opening,"  aiiiyooooooooo!

Azrul Zaidi dan Ammar.  Depa dua adalah otai lawak yang sangat selamber dan natural.  Depa cakap jer,  skrip semua tambah sesuka hati.  Depa bijak untuk curi perhatian dengan kata-kata pantas yang sangat catchy.  Akak tak profesional macam depa.  Tapi mau tak mau,  akak kena hadapi mereka.  Kalau akak kekal diam dan tak pandai improvise,  sah sah akak akan tenggelam dalam scene itu.  Dan pastinya daya penarik akak sebagai mak ayam tidak akan menyerlah. 

Pastu si Arja pulak,  masa prektis last day tu.  Dia duk feeling ingatkan aku semua benda.  Bila aku nak masuk cakap dialog aku,  dia akan bagi que "Kan...Reginaa..." macam tak percaya dengan latihan yang aku dah  buat sebelum ni.  Aku dah pereng dah kerana setiap pergerakan aku,  depa nak ingatkan macam aku ni bongong sangat.  Mak telah pereng lantas berkata "Hey...tak payah ingatkan aku.  Aku tau la part aku kat mana,"  Pastu Arja kata "Aku takut hang lupa babe,"  FUh.....masa tu ayak mata akak dah bergenang u olls. 

Hanya tuhan yang tahu preasure yang akak rasa.  Akak bukannya hebat u olls.  Akak bukan profesional.  Akak tak tau benda benda lakonan ni semua.  Lagipun ni bukan berlakon drama or filem,  ada cut and editing u olls.  Ini atas pentas,  one shot and go.  Akak rasa macam semua beban letak atas kepala akak.  Padahal,  akak bukan pelakon utama.  Why depa buat cam ni kat akak?

Pelahan-lahan,  akak turun stage dan akak lari ke toilet.  HAHAHA.  Akak tak tahan dah.  Akak terus menangis dalam toilet teresak-esak.  Akak BBM dengan Danny "Nyah...mak tak tahan.  Mak nak balik.  Mak nak quit,"  Feeling kan akak? 

Pastu Danny yang bermulut bured telah mereport perkara ini kepada Arja,  Farhan,  Aimy,  Azhar and Ammar.  Pastu jadilah babak lawak pujuk memujuk.  Mula mula Danny yang masuk toilet.  Dia ketuk pintu i.  Dia suruh i keluak.  Tapi i malu sebab i kan duk menangeh teruk.  Gila kau mak ayam menitis air mata.  I diamkan diri and i tak mau keluar. 

So Danny keluar dari toilet perempuan.  Later on i dengar orang jalan masuk dalam toilet.  Dua orang.  Tiba-tiba i dengar suara Farhan kata "Ehk....ko nampak Jumie tak?" 

Pastu Aimy pulak sambung  "Entahlah...aku tak nampak,"

"Jumie....Jumie...."  Farhan mula memanggil nama aku. 

Nenjia..........feeeling belakon nak carik aku.  AHAHAH Propa kuat ampa semua ni.  Feeling berlakon nak carik aku.  HAHAHAHA.  Masa tu aku menangis.  Tapi aku cam nak tergelak dan keluak maki kat depa "Hareee...ampa nak tipu apa dia...aku tau ampa tau aku kat dalam kan!!"

Tapi akak cover la tak gelak.  Akak keluar dari toilet dan akak pun peluk la Farhan dan Aimy.  Akak tersedu sedu u olls.  Tak boleh nak cakap.  Tapi depa terus calm me down dan bagi akak kata-kata semangat.  "Jumie...hang boleh buat.  Jangan rasa down.  Kami semua memang nampak hang paling meletops sekali.  Kami percaya hang boleh buat,"

Pastu barulah Azhar,  Ammar and Arja semua masuk toilet.  Pastu akak pun macam peluk depa semua.  Akak tak boleh cakap.  Tapi dari sedu sedan akak ini,  akak cakap kat Azhar "Awat hang diam,  hang pengarah.  Hang yang kena arah aku.  Bukan depa ni semua.  Aku tensyen tau,"  kata akak sambil peluk Azhar.  Feeling drama kan akak?  Dalam duk tak tengok Astro Ria,  tapi akak tetap feeling drama Korea di saat-saat itu.

Akak dan Azhar....di set mekap.  :)

Pastu Azhar pun peluk akak balik dia kata "Kak Jumie,  jangan risau.  Kak Jumie kena ingat pasaipa kami pilih Kak Jumie.  Kak Jumie kena ingat,  bila kita prektis apa yang saya cakap kat Kak Jumie.  Kak Jumie yang paling komited.  Amik nota apa semua.  Lani Kak Jumie buat saja apa yang Kak Jumie selesa. Benda tadi tu semua hanya panduan. Kita buat apa yang kita dah prektis selama ini okay," kata Azhar. Tapi entahlah akak silap tengok or memang betui apa yang akak nampak, akak nampak Azhar pun menitis air mata kat akak. Tacing!!!!

Terima kasih kepada ampa yang memujuk dan memberi akak semangat. Terima kasih kepada Farhan dan Aimy yang sanggup belakon untuk memujuk akak.  Dan celaka punya Danny...hang la pecah lobang kata aku menangihh!!!


Gambar-gambar dan Cerita di Sebaliknya
Okay u olls.  Akak now nak share dengan u olls gambar-gambar atas pentas dan belakang tabir "Teater Muzikal Kasanova".  U olls tengok sendiri dan bacalah kisah-kisahnya.

Important People Behind The Scene
Inilah Pengarah kami,  Khairol Azhar Jalil.  Kecik sahaja orangnya.  Berat badan dia hanya 1/4 daripada berat badan akak.  Sangat relaks orangnya.  Tak tau marah langsung.  Tapi bagi akak,  orang macam dia ni lah akak amat respek sebab walaupun orang sekeliling bagi macam-macam jenis tekanan kat dia,  dia relaks sahaja.  Dia tau apa dia nak.  My tall respect to you Azhar.  Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada akak.  Terima kasih kerana sudi mengajar akak.  I love u sang kancil.

Sapa mai show teater ni,  dengar tak suara pengacara majlis duk kata "Kepada penonton yang membawa anak-anak kecil,  sila jaga pergerakan anak-anak anda supaya tidak mengganggu perjalanan majlis.  Dan kepada anak-anak kecil,  sila pastikan ibu bapa anda tidak berteriak sakan semasa teater ini berlangsung,"  Haa....inilah tuan punya badan.  Nama dia Murshid.  Mamak mamak macam mana ka. Sangat elllsssss.  Akak,  Danny and Abang Lan taste kat dia.  Boleh?



Inilah Andy Siti Nurhidayah,  penyanyi USM.  Pegawai Budaya USM.  Dialah yang called akak bagi pihak team Kasanova.  Dialah producer untuk project ini.  Siriesly,  tampa beliau yang bersungguh-sungguh buat promotion gila babi semua ni.  Maka tak akan menjadilah semua ini.  Dia buat yang sangat terbaik.  Sampai sehari sebelum hari persembahan,  Andy terpaksa terbang ke Bangkok sebab dia wakil USM untuk hadiri kursus "Broadway" di sana.  Dia SMS semua kat kami.  Touching okay.  Akak tau apa yang dia rasa.  Dia dah buat semua yang terbaik,  inilah pulak time kami untuk buat yang terbaik part kami.  Sayangnya,  sepanjang hari pementasan.  Dia takdak.  :(

Creative Team

Inilah team creative.  Kak Ada,  Hafiz,  Kak Rasma,  Ahmad Afif dan sapa lagi sorang belakang yang pakai cap tu.  Depa-depa ni lah yang bertanggungjawab buat poster,  streamer,  design ticket dan video the making of semua yang meletops.  Siriesly,  thank you so much u olls semua!!  Memang bestlah. 


Front Of House
Gang-gang FOH atau Front of House.  Depa ni la yang jaga ticket apa semua.  Ini gambar masa before hari pementasan.  Masa hari show depa semua pun feeling make up bagai.  Dressap semua.  Memang meletops.  Ramai yang puji kata budak budak FOHistas ni semua sangatlah baik dan melayan para tetamu semua dengan sungguh baik hati.  Meletops na ampa.


Sepanjang pemergian Andy,  pompuan yang pakai turban dalam gambar ni.  Dia ni la Nawal Shahril.  Dialah yang bertanggungjawab amik tugas Andy Siti Nurhidayah.  Terima kasih Nawal.  Untuk pengetahuan ampa,  u olls boleh baca blog Nawal yang diiklankan di kanan atas blog ini.  Banner blog dia bertajuk "The Eccentrico Funky Muslimah Blog".  Ampa harus baca!!



Salah seorang FOH yang menerima paling banyak anonymous fon calls.  Inilah Along....akak pass nombor dia ja kat u olls u olls yang feeling nak beli ticket last minute.  Ha...inilah budaknya.  Tulah ampa...awai-awai tak mau mai.  Tak mau beli ticket siap-siap.  Last sekali feeling!!  Kesian kat Along nak arrange semua.


Back Stage Crew

Inilah barisan budak-budak back stage yang diketuai oleh Mista Fixx (yang tengah kat depan sekali).  Dia stage manager.  Pastu sebelah dia kanan nama Raziman,  pakai spek tu.  Dia Assistant Stage Manager.  Depa ni semua,  dipanggil Meow Meow Movers. 





Inilah ketua depa,  Stage Manager.  Mista Fixx.  Deni dari day 1 practice kat Studio Gerak,  dialah duk stand in jadi Johari (watak Azrul Zaidi).  Walaupun muka dia macam abang-abang,  tapi dia ni sangatlah cool dan relaks.  Rajin buat kerja.  Dan sangat komited.  Kerja dia melebihi daripada stage manager.  Tukang beli ayak kat kami semua.   Keep it up bro.

Depa ni,  most of them adalah budak-budak student kat school akak iaitu School of Social Sciences.  Gila meletops depa ni semua memang duk jumpa la hari hari kat school.  Tak sangka depa nak jadi crew.  Depa semua kata "Kami bangga dengan Kak Jumie"  Kennnnnnnnnnnnnnnnnnnn!  Berani tak bangga dengan aku.  Panah petir satgi!


Selain kena angkat-angkat kerusi meja semua.  Depa jugak kena jadi extra bila dalam club.  HAHAHA.  Tu yang tak boleh blah.  Masa show hari hari depa kena dressap macam pi club.  Pastu bila orang lain duk berlakon and duk menari,  depa ni kena feeling minum arak sambil mabuk-mabuk kat bar.  Kadang-kadang depa kena menari jugak feeling macam tengah high dalam club.  HAHAHA.  Hari first depa show,  semua menari macam haram.  Tak reti ikut beat.  Obviously,  depa ni semua verjenistas yang tak pernah masuk club kan?  Pastu bila Ammar train depa sikit sikit baru nampak depa rancak. 


Main Cast

Arja Lee,  pelakon utama yang dinilai.  Memegang watak Jimmy /  Franky.  Satu-satunya anak ayam yang tak berdaftar secara rasmi under Jumie Samsudin Marhayam USM.  Tapi takpa,  akak maafkan dia.  Seorang yang sangat gila-gila.  Terima kasih kerana sudi jemput kami untuk berlakon dengan hang.  Siriesly,  tall respect jugak untuk mamat ni.  Walaupun mendapat banyak tempelan kata-kata  sinis daripada penggiat teater lain,  namun dia tetap buat apa yang dia mau dan apa yang dia suka.  Dia tau apa yang dia nak.  Dia tak sombong ya puan-puan semua,  tapi apa pun,  ampa kena la tegur-tegur dia dulu.  Kalau dia tak kenal ampa,  masakan dia nak tiba-tiba feeling cakap dengan ampa kan.  Artis pun orang u olls.  Terima kasih atas peluang yang hang berikan kepada aku ni.  One of the highlights for my life in 2012!!  Aku hargai setiap saat yang kita enjoy bersama.  And....Oh ya.....AKU TAK AKAN HALALKAN SEMUA YANG HANG DUK RABA-RABA AKU.  SEKIAN!!!


Siriesly!! Dalam banyak-banyak gambar yang dishot oleh semua OP for Kasanova.  Aku tak jumpa satu pun decent picture of Farhan AF4 alone.  Semua mesti gambar dia dengan orang lain.  Haiiii susah betui jadi artist kesukaan ramai ni.  Kehadiran Farhan di pentas USM ini bagaikan mengubat hati-hati peminat yang sangat heart kat beliau dan kecewa sebab dulu kalah dengan Faizal yang langsung tak berbakat tu.  Untuk pengetahuan u olls,  inilah kali pertama Farhan berlakon teater okay.  So,  all the comments semua.  Jangan nak review teruk-teruk sangat.  Orang pes taim berlakon okay!  Kau ingat senang macam makan sushi?


Inilah Aimy Azmi.  Pelajar master di PP Komunikasi,  USM.  Pompuan ni mempunyai tetek pelasu.  Tapi dia sangat feeling macam dia mempunyai tetek Dolly Parton.  Akak salute wanita ini.  Sebab dia mempunyai perwatakan yang sangat relaks dan selamba.  Tak control cun walaupun hakikat dia sangat cun.  Rambut dia sangat macam wig.  Makan hati pompuan-pompuan pondan macam kita ni semua.  Memegang watak Warda dalam cerita ni,  dialog yang paling makan hati oleh beliau ialah "Wanita tidak diciptakan daripada kaki untuk dipijak-pijak.  Dan wanita tidak diciptakan dari kepala untuk kau junjung.  Tetapi,  wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki.  Dekat dengan lengan untuk dilindungi,  dekat dengan hati untuk disayangi,"  Ohhhhhhhhhhhh i love that words.


Azrul Zaidi.  Sapa tak kenai dia ni?  Dia ni one of otai Raja Lawak.  Tapi lepas dia menang Raja Lawak,  dia banyak menjadi pengacara rancangan TV Astro dan juga belakon banyak teater.  Memang dalam TV ampa boleh nampak dia ni sangat pak lawak.  Tapi actually,  belakang tabir.  Dia sangat serius ya.  Bukan senang-senang nak rapat dengan dia.  Dia akan tengok hang,  lama lama lama baru dia akan macam buat eye contact dengan hang.  Gitu!  Entahlah,  maybe akak sorang yang rasa macam tu.  Sebab mestilah dia angker nak feeling rapat dengan akak kan,  gila diva masuk set ada hairstylist sendiri semua.  KANNNNNNNNNNN!!  Masa last show party,  dia buat ucapan,  dia kata "...berpeluang untuk berkenalan dengan Jumie...seorang pompuan gila"    korangggghajarrrr.

Pelakon-Pelakon Tambahan

Azizul Ammar Abu Hassan,  deni ialah grads from USM jugak.  Kalau ampa pasan,  deni lah berlakon iklan minyak TYT.  Actually masa tu dia rambut kerinting dan dia berlakon dengan Arja.  Tapi Arja tak terserlah sangat.  Sebab nampak dia lagi meletops.  Dia dan Arja kunon duk jalan dalam taman,  pastu dia pening kepala,  Arja bagi minyak,  terus dia boleh jalan laju-laju.  Deni laaa!!!  HAHAHAHAHAH.  Ammar belakon watak tambahan dalam teater ni sebagai Hashim.  Cikgu kaunseling yang gila clubbing.  Hari hari dia masuk club and feeling dia own club tu.  Paling tak boleh blah,  hari last show,  bila Mamu Raja Lawak perli akak "Nenjia...KFC,"  Pastu Ammar terus back up "Wehssss!!  Jangan kacau...ini baby i"  HAHAHAHA sentap Abiang Khafi menonton di bawah ya.



Abang SS.  Dia ni memang profesional bartender u olls.  8 tahun dia kerja baling-baling botol.  Meletops sangat!!!!  Sapa perasan dia baling-baling botol?


Mamu Raja Lawak.  Depa dua ni dijemput untuk tambah scene mengorat perempuan kat club.  Tujuan,  untuk bagi panjang sikit sketsa agar Farhan dan Aimy ada masa panjang sikit nak salin baju.  Tapi siriesly,  kemunculan depa amatlah meletops dan memeriahkan suasana.  I really like depa dua orang.  ABU!!  JAGA AKU NANTI DUDUK ATAS PERUT HANG!

Dan of coz!  Last but not least,  pelakon tambahan.....iaitu Regina Belle yang dilakonkan oleh akak sendiri.  Diva club malam Red Dragon Night Club yang feeling marhayam sangat.  Inilah lakonan dan penampilan akak dalam dunia lakonan.  Terima kasih semua kerana memberi peluang emas ini kepada saya.  Saya akan ingat sampai mati.

Jazz Band

Seperti yang kalian tau,  yes.  Inilah barisan pemusic kami.  Terima kasih kepada anda semua.  Kerana andalah yang menghidupkan teater muzikal terulung di USM ini.  Kerana alunan muzik jazz yang secara langsung ini amatlah istimewa sekali.  Thank you so much guys!

Perasan tak mamat yang tengah,  rambut kerinting  dalam barisan ni.  Dia duk berdiri.  Mamat ni main violin.  Aiyooo rambut kerinting dan gaya dia very the meletops.  Ramai penari yang taste kat dia!!

Akak tengah mendengar pesanan-pesanan dan tips meletops daripada Prof.  Razif.  Alhamdulilah,  he really likes my singing on stage daripada practice.  Dengan growling apa semua.....haruslah prof.  Nyanyi atas stage ada penonton punya semangat tepuk-tepuk semua.  Haruslah naik sheikh dan sangat feeling kan!


Jumie and Farhan
Sebenarnya u olls.  Akak dan Farhan memang saling mengenali masa zaman Malaysian Idol 1 dahulu.  Akak boleh lepas sampai top 70 sahaja.  Tapi Farhan pi menang sampai peringkat lebih tinggi.  Then kami ada jugak gathering kat Penang.  Lepas tu terus hilang.  Pastu akak tengok dia dalam TV jerlah.  Kan....Pastu bila kata nak berlakon dengan dia.  Akak macam tertanya jugaklah,  artist ni boleh lagi ke ingat kita kan yang nanhado ni.  Tapi tak sangka babe,  dia ingat akak lagi.  Terima kasih artist.  Tacinggg sat!  Cumanya dia macam ragu-ragu "Babe............camnaaa ko boleh besar cam ni," Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!  Mak tak mau komen.  Abiang Khafi............sila sign up saya kat GYM sekarang jugak!
Pose tetek akak dan Farhan.  Nampak tak lippy pink meletops yang akak pakai sepanjang show ni.  Ianya lipstick Viva Glam M.A.C for Nicky Minaj.  Farhan hadiah untuk akak.  TENGSSSSSSSSS U OLLS!

Pose tetek bersama Aimy dan Farhan.  Siries Aimy,  ni kami bukan nak buat naya kat ang or super impose ka apa.  Siriesly tetek hang memang tak nampak kat sini.  Sorry nyehh.

Warm Up Session and Back Stage Moments
Antara sesi warm yang perlu dibuat before every show.

Aimy,  Arja,  akak dan Farhan di belakang.  Dua gadis dalam gambar ni yang kanan sekali yang pakai T Shirt Kasanova ni nama depa Ayumi and Syima.  Depa ni kawan baik Danny Harmizi.  Mula-mula depa duk mai tengok kami practice.  Sampai hari last depa join kami dan jadi OP kami.  Thanks ampa dorang!


Farah and Khalilah.  Dua gadis ini adalah antara insan yang paling akak terhutang budi sekali.  Depa dua ini adalah penjaga bilik mekap kami.  Depa solat kat sini,  makan kat sini,  dan lepak kat sini sepanjang pementasan sampai la semua orang dah balik.  Tugas depa,  menjaga kebersihan dan keselamatan bilik mekap.  Kalau takdak depa,  akak rasa barang barang kami semua harus dah kena copek.  Depa tak tengok show pun.  Depa duduk dalam bilik ni ja.  Hari hari akak bawak Ipad akak kat depa,  bagi depa main.  :)  Thanks ampa dorang.
Farhan bersama para penari Meow Meow Esquire.  Ampa boleh lihat di sini macam mesranya si Farhan ni dengan budak-budak lain.  Tak macam akak,  akak ni garang.  Meja mekap akak tak semua orang berani mai dekat ya.  Tapi Farhan ni punyalah baik.  Dia sangat feeling kakak-kakak,  i ols feeling aunty-aunty.

Arja sedang membasuh muka.  :)


Tiga jantan sedang berdrama apa dalam bilik mekap ni.  Tak taula.  Nampak ja semua ni macho.  Tapi hampeh semua otak gila.

Nasik bungkus kami ditaja khas oleh Anjung Semarak.  Best sangat.  Terima kasih u olls.

Aimy dan selendang bulu bulu pekpek. 

Chin Chin,  mak ayam kedua paling meletops kat USM.  Thanks Chin Chin  sebab mai tengok show kami pada hari pertama.  Akak sangat terharu. 

Antara kenangan terindah ialah....sain otograf atas poster!!!!!!!! Fuhhhhhhhhhhhhh!!  Gambar ni diambik oleh Farhan.  Akak cam nak nangis.  Dahla first time sain otograf pastu yang amik gambar ni ialah artist.  FUHH!!!

Inilah salah satu daripada poster kami.  Akak punya sign yang kanan bawah sekali.



Penari Penara
Kami ada dua group penari yang mengiri pementasan kami.  Pertama ialah penari profesional daripada SUK Pulau Pinang.  Artist-artist kebudayaan ini memang muka-muka familiar kat Rumah P Ramlee.  Akak kenal sangat dengan depa sebab salah seorang daripada depa ialah anak menakan akak.  Terima kasih ampa semua kerana sanggup buat show dengan kami walaupun bayaran kami ni taklah sebanyak mana.  Kami harap ampa dapat mai buat show lagi dengan kami.

Yang baju biru dalam gambar ni ialah Harnidah,  anak menakan akak.  Meletops kan?

Kumpulan penari kedua ialah group Meow Meow Esquire.  Depa ni terdiri daripada student-students dan bekas students USM.  Dan juga orang orang persendirian seperti Danny Harmizi.  Dalam kalangan depa ada yang kerja dah dan ada yang belajar dari pelbagai jurusan kat USM ni.  Bukan PP Seni pun.  Depa berlatih pun tak lama.  I think tak sampai 2 minggu pun.  Apa pun,  akak suka dan sangat salute dengan depa.  Meriah sangat.

Barisan Penari Meow Meow Esquire

Rafie,  budak Fizik.  Meletops menari B Boys semua.  Deni pendiam gila.  Tapi masa atas pentas,  bila scene scene dalam club.  Dia paling gigih mengurat akak dan pompuan-pompuan lain ajak menari.  HAHAHA.  Meletops.  Ampa mesti taste kan tengok dia?

Deni nama dia Solihin. Dia ni bekas students USM.  Lani dia kerja ajen insurance.  Budak Kedah tak salah akak.  Dia tak pernah menari dalam hidup dia.  Akak ulangi,  DIA TAK PERNAH MENARI dalam hidup dia.  Tapi......................akak sangat respek beliau kerana dalam masa 7 hari dia boleh hafal step RINDU BAYANGAN yang Arja ajar.  Dahla step tu susah.  Tapi satu ja pasai tarian dia,  dia menari takdak groove.  Style keraih macam kena shot karen.  HAHAH.  Tapi apa pun,  Solihin sangat elork kan?

Satu lagi jantan elok dalam ni ialah Danny Harmizi.  Taste kat dia bila ada atas stage.  Meletopssss depa.  Feeling-feeling mat rempit kan?  Tapi apa pun,  beliau antara penari yang paling berdedikasi.  Sebabnya,  bila scene orang lain berlakon,  dialah satu-satunya penari extra yang paling active menari feeling feeling kat belakang.  Terima kasih u olls kerana menemani i olls dari hari pertama buat show!!

Sapa pasan sorang anak ayam menari paling vouge kat belakang kami semua!!  Orangnya kecik-kecik dan mempunyai rambut kerinting ala-ala Mendiang Whitney Houstan.  Dialah Saffwan!!  Yes,  Saffwan Asli.  Dia ni memang meletops sangat-sangat.  Dia menari siap dengan feeling apa semua.  Orang Brunei,  fasih berbahasa Inggeris tapi gigih nak belajar cakap Penang.  Antara benda yang dia suka sebut ialah "Omaigoddd...ya..yaa .yaa (bunyi angin" and "Hang nak makan pasiak,  nak minum ayak,"  HAHAHHA.  Masa show party.  Dialah yang menangih paling kuat sekali. 

Kyra Lola.  Gadis genit dari Terengganu.  Sorry ya...beliau sudah berpunya.  Deni sangat ting tong dan sangat berbakat.  Selain kerja jadi juai juai ticket,  dia juga menari untuk show kami ini.  Terima kasih sebab tolong kami semua.

Deni muka macam Umi Aida.  Tapi dia sangat cantek.  Akak suka deni.  Pipi dia kembung.  Suka cium pipi dia.  Dia pun tak pernah menari dalam show sebelum ini.  Tapi keyakinan dan kegigihan dia amat akak kagumi.  Dia juga sangat Aimy Azmi.  Pompuan cantek yang jenis relaks dan tak feeling perasan pun.  Suka sangatlah tengok dia ni.

Tasya,  si bibir mugil yang langsung taktau nak hargai keseksian bibir dia.  AIYOOOOOOOOOO!  First day akak bubuh lipstick merah.  Kawan tak syiok.  Tapi takpalah...ikut mana yang selesa kan.  Tasya adalah orang yang sangat ambil berat tentang semua benda.  Melebihi pengarah dan stage manager.  Orang cam ni memang best dalam satu-satu produksi.  Sebab dia akan tolong sapa pun tanpa cakap banyak. 

 
Dia nilah Ainarambelan Ainawin yang belakon jadi Laura dalam teater Perhiasan Kaca.  Budak Butterworth jurusan Komunikasi.  Sukakan warna merah.  Muka klasik.  Akak suka muka dia sangat klasik.  Sangat simple dan senang nak rapat dengan dia.  Akak duk cuba kenenkan dia dengan Jim O Connor a.k.a Zool Ahmad.  Doakanlah usaha akak menjadi.

Nenjia....Ahli jimnas negara pun menari untuk kami.  Wan Siti Haniza Wan Izahar.  Kenal tak?  Dia lani student Mass Com kat USM.  Dia jadi one of the dancer for our show.  Sekali sekala kalau ampa nampak kat back ground ada pompuan menari kangkang kaki naik atas...dia la!

Post pompuan pompuan clubbing. 

Dari kiri,  Aina,  Farah and Saff.  Kau  mampu?
Pose Suasana Aidilfitri antara akak dan Danny.  Akak sangat Sharipah Aini kan?

Make Up Artist
Alhamdulillah,  sepanjang show kami untuk Kasanova ini,  kami telah mendapat sponsorship khidmat solekan dan dandanan rambut daripada jurusolek tempatan yang tidak kurang hebatnya.  Terima kasih kalian semua yang telah memberi masa dan komitmen kepada kami.

U olls kalau teringin nak dapatkan khidmat mereka untuk make up pengantin dan sebagainya,  sila hubungi mereka di Facebook :
Sabrina Hashim
Dna Na Na Li 
Fiqqi Ahmood



Ini gambar Fiqqi tengah tacap muka akak.  Nenjia...muka akak tampa kening dan susuk.  Macam terung kan muka akak ini?


Danny Harmizi bertanggungjawab untuk memekap para penari tambahan.  Memang dia ada banyak pengalaman dalam show show ni semua.  So dia tau lah nak mekap lagu mana.  Make up stage tak macam make up pengantin ya u olls!


Akak tengah feeling pakai mascara.  Akak dah dapat call dari orang Maybelinne.  Depa confirm nak amik akak untuk model mascara dah.  Kau ada?

Fiqqi dan assistant beliau,  Hafiz sedang memekap Azrul Zaidi.


Akak setelah siap bermekap.  Gambar ini adalah hasil make up muka akak sendiri.  Hari pertama dan kedua akak feeling mekap sendiri.  Hari ketiga akak dah tak boleh nak mekap sendiri dah.  Akak suruh Fiqqi mekap.

Hair Stylist


Inilah Abang Lan Cantek.  Orang yang bertanggungjawab mencantekkan rambut Regina Belle.  Akak hire beliau untuk buat rambut akak.  Tapi beliau sangat rajin dan berdedikasi sekali,  dia tolong buat rambut untuk semua pelakon dan penari lain. 


Nenjia,.....rambut Saff pun dia tolong buat.  Selain buat rambut,  dia jugak buat mini class buat rambut untuk mekap mekap artist masa lepak kat dalam make up room time kami berlakon.  Boleh?  Pandai depa amik kesempatan.


Ini gambar abang Lan duk pacakkan rambut Ajo Raja Lawak.


Bukan saja penari dan pelakon,  depa ni yang duk amik amik gambar kami pun feeling nak buat rambut jugak!!! Kannnnnnnnn....



Nenjiaaaaa........................last sekali tak boleh tahan dah.  Abang Lan buat rambut kat deni jadi blonde terus!!  Kau ada?  HAHAH AYUMI JANGAN MARAH AKAK!


Baju-baju Jumie Samsudin
Ramai yang puji dan suka dengan baju-baju yang akak pakai untuk show. Terima kasih semua. So hari ini akak nak share dengan u olls informasi tentang baju-baju yang akak pakai sepanjang persembahan ini. Panduan untuk wanita-wanita agam macam akak. 
Hari first.  Buh selendang bulu bulu pekpek.


Hari kedua,  no bulu bulu.  Tapi bubuh bunga rose.



Hari ketiga,  pakai selendang kut belakang, feeling dengan mahkota selit kat tepi. 

Ketiga-tiga baju kat atas adalah maxi dress yang akak beli kat Jessabella Plus Size Stealz.  Dulu akak niat beli maxi dress ala-ala jubah ni sebab akak rasa macam jubah ni sangat selesa dan sopan kalau buat pergi kenduri kenduri doa selamat or kematian ke apa ke.  Sebab dia longgar apa semua.  Sekali,  nenjia............akak pakai untuk buat show jadi pompuan mak ayam.  HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!  Kau ada?  Sapa-sapa yang teringin nak beli dress ni,  bukak sini  :  Jessabellapluzsizestealz/Slouchy Black Maxi Size

Harga RM59.  Takdak size.  Semua standard size.


Nampak tak lubang hidung akak.  Okay,  kalau boleh nampak lubang hidung akak mesti boleh nampak subang akak yang meletops ini.  Subang ini adalah sangat Regina Belle.  Subang ini melengkapkan ke-marhayaman akak.  Subang meletops ini adalah hadiah daripada Danny semasa dia berjalan-jalan ke Australia beberapa hari before show.  Thanks anak ayam. 




Baju kedua yang akak pakai ialah dress grey dengan diamonte kat bawah tektek.  Dress cocktail ini adalah hadiah daripada Mama Regina Ibrahim kepada akak.  Akak simpan dress ini sebab akak tau satu hari akak akan pakai dress ini.  Yes!!  Akhirnya dress ini membawa jasa kepada akak.

Comels tak akak?  Suit warna gold dan warna hijau yang dipakai oleh Arja Lee dalam pementasan ini adalah sponsor daripada Hassan Abu Bakar Couture.

Kalau ampa pasan,  semua pelakon utama dan pelakon eksta dalam teater ni semua feeling pakai LEGGING tapi akak??????????????????????? Tetap feeling tunjuk betis.  HAHAHAHAHAHA.  Actually akak dah tanya Azhar dan Arja "Babe...takper ke i pakai dress pendek,"  depa kata "Okay..tapi tak sesuai la USM,"  Tapi.............ada aku kesah.  Kata nak in character kan?  Aku dah keluar pakai skirt pendek takkan depa nak halau turun kan?  Selagi tak nampak faraj why not!  Ken............

U olls tengok dress akak pakai ni,  dah ketat u olls.  Boleh nampak spare tire akak.  Tapi orang tak perasan spare tyre tu semua.  Orang lagi tengok kat kasut ALDO 5 inchi akak itu!! Kan.......................Itu hadiah wedding akak from kak Shasha Patel. 

Baju ketiga ialah LBD (little black dress).  Little- kah untuk wanita agam macam akak.  Kalau bagi kat penari penari pakai,  terus jadi jubah pergi surau u olls.  Okay,  dress pendek ini jugak adalah hadiah daripada Mama Regina.  Beld gold tu akak punya sendiri.  Manakala overcoat yang akak pakai tu adalah akak beli kat bundle saja u olls.  Meletops kan??  Orang elok.....pakai apa pun elok okay!

Koleksi Gambar Pungkur Jumie Samsudin

Ini adalah gambar-gambar 18sx/pg yang diambil oleh OP OP masa dalam bilik mekap.  Depa ni kurang ajak.  Depa kata "Memang kena amik gambar ni sebab it's there!!"  Untuk pengetahuan ampa,  bila kami semua pelakon duduk kat belakang tabir dan menunggu que untuk naik ke stage untuk memulakan scene.  Akak sangat takut sekali.  Sebab bila lampu dipadamkan sahaja.................depa semua yang duduk kat back stage akan raba pungkur aku.  Aku tau!! Ini semua mesti kerja-kerja penari tambahan yang pompuan-pompuan kecik tu semua yang jeles dengan kemantapan pungkur aku.  Sebab tangan-tangan yang meraba tu semua tangan -tangan pompuan yang halus.  Dan aku tau,  ketua depa ialah FARHAN!


Sesi Menambah Tahi Lalat
Satu lagi amalan celaka yang dimulakan oleh Arja ialah melukis tahi lalat di atas muka kami semua.  Tak kira hang pelakon or penari.  Dia akan lukis tahi lalat guna marker.  Yes!  Marker pen!!!!!!!
Tapi tahi lalat paling meletops diterima oleh......Aimy Azmi!  HAHAHA...Ampa tengok ni.
Kak Senah sangat kan?  HAHAHAHAH  Tapi atas stage tak nampak u olls!


Scene Meletops
Arja turun dari tangga tinggi sambil menyanyikan lagu Sway.  Meletops beliau okay.




Meletops tak set ini?  Dua naga inilah yang melambangkan The Red Dragon Night Club tempat Regina dan Jimmy cekcur u olls.


 Joe tengah cakap fon tentang projek 4 juta.


Scene kegemaran akak.  Joe and Hashim duk bercakap pasai "Jimmy Split Personality" Penonton gelak berdekah-dekah bila Hashim kata "Aku tengok Jimmy tu dah macam Anu Dalam Botol je..."  HAHAHAHAH

Pool table ini adalah milik Azhar,  pengarah.  Dia bawakan khas daripada rumah dia.  Meletops Azhar na......


Pose akak sambil betulkan rambut sambil berkata "Kau ade?"

 
Apa la aku duk merapu time ni.  Nampak tetek aku ja naik.

 Set ini adalah set bar dalam club Red Dragon.  Tapi kami taklah serve arak u olls.  Nak mampus.  Nanti semua belakon ting tong sana sini.  Kami serve air mineral,  Mirenda Strawberry,  Zapel and Coke.  And setiap hari,  pihak produksi kena beli berbotol-botol air gas untuk letak kat atas set ini.  So sambil we olls menari dan feeling dalam kelab malam,  kami akan mai la order air minum kat sini.  Berteguk-teguk u olls.  So pihak stage management complaint kat pengarah and producer,  depa kata duit tak cukup,  bajet takdak,  air duk habis hari hari.  So macam mana nak buat?

Hari ketiga,  depa campur semua air kami dengan garam!!!!  HAHAHAH celaka tak?  So semua penat penat menari...nenjiaaa tersembur atas kat belakang sebab telan air coke masin.  KAN!!!!!!  Tapi akak tak kena sebab berani depa garamkan air aku.  Aku panah petir semua pelakon dengan penonton semua sekali.


Ini scene kedua.  Aku memang suka sangat duduk kat kerusi nombor tiga dari kiri kerana kedudukan kerusi itu yang mampu untuk mengelakkan aku membuat free show di situ.

Scene babak babak cinta Jimmy and Tasya kat club malam.  Masa ni Farhan nyanyi lagu "If I Aint Got You"
Penonton Yang Cantek



Terima kasih En.  Yusof Bakar yang telah mengambil gambar ini masa curtain call. Sangat seronok u olls.  Rasa macam Dreamgirls sangat. 

Okay kat bawah adalah beberapa gambar yang sempat akak cilok daripada page OP-OP kami.  Terima kasih kepada ampa semua yang sudi hadir.  I olls u olls!!
                                  
Jom baca ulasan-ulasan teater Kasanova  :                                            



So u olls u olls dah baca komen-komen dan ulasan di atas.  Terima kasih kepada para pengulas teater kami ini,  projek final year Arja Lee yang kini sedang menuntut untuk menerima Ijazah Sarjana Muda di USM.  Projek ini akan menilai Arja sebagai pelakon.  Kalau dia tak pass,  maka kena xtend la u olls.  Terima kasih kepada u olls-u olls membuat komentar-komentar di atas.  Saya sebagai salah seorang ahli pengkritik seni amat menghormati komen komen membina yang diberikan.  Takdak yang salah.  Tapi kita kena amik serius semua fakta fakta ini.  Yelah u olls takkan nak nak puji jer!!!!  Benda - benda macam ni haruslah di ketengahkan barulah kita tahu kat mana kita nak improvekan diri kita.

Sekali lagi akak ingin tegaskan di sini,  pementasan ini adalah final year project Arja Lee yang merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan.  So degree sahaja u olls.  I olls rasa,  apa yang dikomen oleh para pengulas yang merupakan pakar dalam bidang ini seolah-olah lupa tentang fakta yang paling utama iaitu Arja adalah pelajar tahun akhir di peringkat degree.  Pengarah pun hanyalah budak master yang tak habis lagi pun master beliau.  Samalah Arja,  degree dia pun tak lepas lagi.  Adalah tidak adil kalau u olls nak bandingkan hasil kerja beliau ini dengan hasil-hasil karya international yang sesungguhnya sudah mendapat pengiktirafan dunia.


Tapi let's not talk about kelemahan-kelemahan pada pementasan ini,  let's us all celebrate dengan kejayaan kami untuk menjayakan pementasan ini.  Bukan mudah untuk menghasilkan teater muzikal yang melibatkan pelakon,  penari,  penyanyi dan pemuzik.  Kalaulah genre teater muzikal ni senang nak buat,  tentunya dah berlambak kumpulan teater Pulau Pinang dah buat karya muzikal macam ni kan?  I olls akui kelemahan pada details-details yang dinyatakan seperti kelab malam jenis apa,  teknikel problem,  siriesly u ollls.....semua itu adalah betul.  Diharapkan kelemahan kami ini akan menjadi penanda aras kepada kumpulan-kumpulan teater lain di Pulau Pinang untuk hasilkan produk yang lebih bagus dari Kasanova.  Kerana memang selama ini,  teater muzikal yang meletops semua hanya ada di KL sahaja.  Puteri Gunung Ledang,  Cuci,  Tun Mahathir,  P Ramlee Musical....semua tu hanya berlaku di KL.  Sebab tulah,  bila ada sahaja teater muzikal kat Penang...nenjia penuh panggung tiga tiga malam.

Ini adalah kerana teater muzikal yang paling mudah dicerna oleh segenap golongan masyarakat,  muda atau tua.  Kalau nak feeling monolog atau teater quantum fizik yang hanya boleh ditonton oleh golongan intelektual sahaja.  Abihlah....................susahlah kita nak semai minat orang nak tonton teater. 

Again,  let's not us all gigih mencarik kelemahan pengarah dalam scene-scene yang tak solid dan ceroi ini.  U olls,  depa ni bukanlah sehebat otai-otai yang dah lama menghasilkan karya-karya seni yang hanya boleh ditonton oleh golongan intelektuals.  Janganlah u olls cuba nak bandingkan skrip Kasanova yang asalnya Cermin dengan karya agung Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street.  Ini dah macam nak bandingkan penghasilan kerja kursus folio Kemahiran Hidup budak tingkatan 3 dengan thesis PhD budak Engineering.  Jauh panggang dari api u ollls.  Tapi akak rasa,  Azhar adalah arif untuk terima komen ini sebagai satu cadangan meletops. 


Jangan lupa perkara itu.  Mereka adalah budak budak yang masih belajar.  Jalan kami jauh lagi.  Jangan just tengok kepada kejayaan publisiti kami.  Tengoklah pada usaha dan kegigihan kami.  Dalam masa sebulan kami dapat hafal semua step,  hafal semua skrip,  hafal semua muzik.  Janganlah banding kami dengan The Secret Life of Nora.  Kau gila!! Bandingkan kerja STUDENT USM dengan marhayam teater Tiara Jacquelina.  Like my Mama Regina said "I give u olls stars for your effort,"  Thank you mama.
Akhir kata,  terima kasih banyak banyak banyak untuk ampa semua.  Yang berikan sokongan dan memberi iringan doa.  Terima kasih semua yang mai tgk Kasanova. Terima kasih semua yang tolong amik gambak and tag akak dalam Fesbuk. Terima kasih semua yang puji kami. Terima kasih semua2 yang memberikan komen dan kritikan membina. Terima kasih semua ahli keluarga Kasanova saya!

Gambar-gambar dalam artikel ini adalah ehsan daripada para OP  :

Ali Dan Falina

Lynna Usman (LBartwork)

My Stepped

Fazredza Reza

Nur Shuhadah Mahadi

Hafiz Mupie (Muhammad Hanihafizul Bin Hamzah)

Kepada nama-nama yang tak ada dalam senarai di atas,  tapi akak dah terpakai dalam blog ini.  Mintak maaf sangat sangat na.  Please let me know and i will update your name.

Dari kiri,  Azrul Zaidi,  akak (kerlas tak seluar Kim Kardashian akak),  Farhan,  ibu Arja Lee,  ayah tiri Arja Lee,  Cikgu Mat,  En.  Omar Dekan PP Seni,  Ammar,  Arja,  AJ Don,  Aimy,  Nawal and Azhar.

     
Sapa boleh tengok youtube,  ini satu video slide show gambar kami behind the scene from one of the OP iaitu My Stepped.
                                           

15 comments:

  1. ur version of big spender is far more marvelous than Ct n sudir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih!!!! Harap dapat potongan klip untuk nyanyian lagu ini. Letak dalam blog.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Jumie, i believe you can be somebody in the industry someday, you have something to give, go girl !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu tinggi pujian u darlingggg.......terima kasih

      Delete
  4. Ha ha, thank you Jumie. Go got your point.
    Yang penting adalah konsistensi buat persembahan dan variasi teater yang ada di Penang ni. Kritik tu biasalah. Kritik untuk membina, bukan untuk menghina.

    You go milady! Kalau ada apa-apa offer lagi, jangan lepaskan.
    Dan jangan lupa bandar tua kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En. S. Kadarisman, Ehk....Encik Usop Bakak. Esok kita jumpa insya allah!

      Delete
  5. amboi amboi...kenen kenen pon masuk ye...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. sy sgt suka gaya akak time ada bunga kt kepala..sgt santeksss...rasa rugi gila x dpt p tgk akak berlakon..huhuhu...

    ReplyDelete
  8. What a write up..haha..hg ni kena jd wartawan la wei...sume hg gila...gila stage..gila ckp...gila tulih..jgn gila talak sudah..haha..btw nice meeting the family of kasanova..aku sronok keje ngn budak2 usm..at least aku xpyh ssh2 nk masuk USM hahaha...gud job babe..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZAPPPPPZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ...........panahan...terima kasih babe. Tak puas bermanja dengan hang. Tapi aku tau hang baik baik dengan aku ni sebab ang nak tanya pasai kawan aku yang baju putih tu kan.................hahaha

      Delete
  9. Tahniah Jumie and the team..
    Walaupun sangat jeles tapi happy tengok uols jadi diva malAm tuh...

    ReplyDelete
  10. comelnya jumie... :) kasut jumie semua i like... :)

    farhan tu comel jugak. :)

    rasa bestnya teater ni... siap ada nyanyi2 lagi...

    tahniah to jumie and the team!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...