3.5.12

Resepi Fish and Chips by Jumie Samsudin

Hello u olls semua.  Sapa kat sini suka makan Fish and Chips.  Bapak akak iaitu Abang Manap sangat suka makan Fish and Chips.  Kalau pi makan kat kedai western food,  bapak akak mesti akan order Fish and Chips.  Dia tak suka makan macam chicken chop apa benda semua.

So,  untuk pengetahuan u olls semua,  disebabkan bapak akak sangat suka makan fish and chips,  so we olls selalu buat fish and chips kat rumah.  Lebih best,  lebih puas hati.  Chef nya?  Of cozlah akak. Bila hujung minggu,  bapak akak akan pi beli semua bahan-bahan,  pastu dia bok balik dan dia akan kata "Jumie,  buat fish and chips,  hang buat sedap tau,"  cewah...Itulah antara ayat ayat pasrah bapak akak kepada anaknya untuk menunjukkan tanda kasih dan sayang.  He is not as passionate as bapak bapak u olls semua. 




Kalau kita pi makan fish and chips kat kedai,  selalunya depa akan bagi fish fillet yang frozen punya.  Depa goreng kat kita.  Pastu bubuh fries yang ready made punya.  Pastu bubuhlah mayonis dan juga cili sos.  Kan?

Tapi we olls punya fish and chips very the meletops.  Kami suka menggunakan isi ikan yu.  YES!!  Isi ikan jaws!!!  Siriesly,  kalau ampa pi market,  selalunya ikan yu ni orang tak berapa suka nak beli sangat.  Sebab isi dia macam keras dan rasa dia tawar.  Orang tak suka nak beli dan masak. Tapi ada sesetengah orang suka beli ikan yu sebab buat sup. 

So hari ini,  akak nak share dengan u olls cara-cara membuat fish and chips,  yang super duper murah,  sedap,  senang dan sangat PUAS HATI u olls!

Resepi Fish and Chips by Jumie Samsudin



Bahan utama :
  • Isi ikan yu (buang kulit,  buang tulang,  potong secara fillet,  ikut suka hati nak potong besak mana).  Harga ikan yu ni,  1kg dalam RM10 macam tu.  Tapi boleh dapat banyak keping.  Boleh buat untuk 4 orang makan.
  • 2 bijik kentang sederhana besar

Bahan Tepung Bancuh untuk Salutan Ikan  :  
2 camca makan tepung gandum
2 camca makan tepung jagung
1 bijik telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit lada sulah
Bread crumbs (Pilihan.  Kalau takdak just use tepung biasa)

Bahan untuk membuat Sos Tartar (Jumie's Style)  :
1 camca makan cuka
1 camca makan gula
4 camca makan mayonis sebenar (Lady's Choice my all time favorite)
Sedikit sos nampla (sos ikan) untuk perasa
Sedikit cili sos untuk warna

Cara-caranya  :
  1. Mula mula sekali,  kita nak masak fish and chips yang sangat mudah ni.  Kita prepare semua benda.  Kita get ready ikan,  kentang and bla bla bla.  So bila dah siap semua benda tu.  Susun atas kaunter tempat masak,  it takes just like 15 minutes untuk siapkan Fish and Chips yang meletops ini.
     
  2. Akak start dengan memotong kentang.  Potong secara memanjang ataupun secara wedges.  Terpulang juga sama ada u olls nak buang kulit ataupun tak mau buang kulit kentang.  Terpulang u olls.  So bila dah siap potong.  Letak tepi.
     
  3. Now its time to clean and cut your fish.  Dah siap potong semua letak tepi.
     
  4. Now kita nak bancuh tepung untuk salut ikan. Masukkan semua bahan-bahan yang akak tulih kat atas tu.  Pandai pandai la ampa tengok pekatan dia.  Jangan cair sangat.  Tak best.  Dah siap letak tepi.  


  5. Letak bread crumbs kat satu tempat juga untuk memudahkan proses nak goreng-goreng nanti.
     
  6. And then,  sebelum u olls menggoreng semua,  kita buat sos tartar dulu.  Kalau u olls beli yang siap-siap kat kedai pun takpa.  Takdak masalah.  Tapi kalau kata kat rumah time tu takdak tartar sos ada mayonis saja.  Maka,  marilah kita modifaid sikit tartar sos ni bagi meletops u olls.
     
  7. Campurkan cuka dan gula dalam satu mangkuk kecik.  Kacau sampai gula larut.  Lepas tu tuangkan dalam mayonis kita.  Pastu masukkan sos ikan dan juga cili sos sikit untuk warna.  Kacau sampai nampak meletops.
  8. Okay now,  its time to menggoreng.  Mula mula sekali,  goreng kentang.  Make sure minyak betul betul banyak supaya kentang tenggelam dan betul betul panas supaya bila kentang masuk banyak buih keluar. Bila kentang dah masak kuning elok.  Toskan dan letak tepi.


  9. Now its time to goreng the ikan,  amik isi ikan yang dibersihkan tadi,  celup dalam adunan tepung and then salutkan dengan bread crumbs.  Pastu goreng.  U olls,  kena make sure minyak betul betul panas dan jangan goreng lama -lama.  Cukup bagi bread crumbs tu nampak macam emas-emas dah.  Terus angkat. 
  10. Okay now dah siap semua.  Susun atas pinggan.  Jangan lupa letak la salad sikit dan hirisan lemon untuk rasa yang lebih umppps!  Takdak lemon?  Lime or kalamansi pun takpa.  Dan tu..  makan lah.  Puas hati u olls! 

Nenjia akak layurkan beberapa gambar untuk tatapan u olls.  Sapa puasa sunat jangan tengok gambar ni semua  : 




Sekian sahaja.  I love u olls!

5 comments:

  1. Perghhh selamat cek tak posa harini!! haha..Jumie memg meletopsss gitu! Pandai memasak dan memake-up!! kami tiba2 rasa nak pi cari ikan yu la ni!!

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa. bila kak jumie masuk resepi2 mesti kami excited sambil meleleh air liur. hehe. untung en.khafi wife pandai masak.

    ReplyDelete
  3. Dan2 rasa lapaq bila tengok resepi k'jumie ni... waduh2

    ReplyDelete
  4. dan2 aku rasa nak buat esok siang.. menarikkk

    ReplyDelete
  5. jumie..klu ganti dgn ikan dori..agak2okeh tak?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...