21.5.12

Resepi Rasam (Rassepodi) by Jumie Samsudin

Hello u olls.  Hari ini akak nak ajar u olls macam mana nak masak satu jenis resepi sup asam pedas dari India Selatan yang dipanggil Rasam.  Ataupun in Tamil depa panggil Rasepodi.  Jumie Samsudin En. Shamsul. nak senang, u can actually buy the rempah. tanya kat mamak "Rempah Rassepodi" atau nama kat atas pakej tu ialah Rasam Powder.  Ini adalah contoh rempah segera yang akak selalu beli jenama Baba's.  So u olls tak payah feeling-feeling nak tumbuk bijik ketumbar,  lada and segala maknena jintan manis semua.  Just beli paket ni sahaja.  Satu paket besar u boleh simpan lama sebab rempah memang sifat dia tahan lama. 


Orang Penang yang duduk Tanjung, kalau taktau apa tu rasam,  sila pergi pindah duduk area Balik Pulau ataupun Seberang Jaya.  Kuah dia ni masam-masam tapi pedas dan berempah.  Sesuai untuk orang yang sakit-sakit nak demam selesama CIKGU....ataupun kepada ibu ibu mengandung yang dalam pantang sebab lada yang digunakan amatlah bagus untuk memanaskan badan.

Cara makan dia,  u olls boleh makan dengan nasik letak atas nasik macam biasa.  Ataupun ikut cara orang India,  depa bubuh rasam dalam gelas kecil.  So sambil makan nasik,  depa hirup kuah rasam tu.  Bagus untuk penghadaman mereka.

Saya memang suka rasam.  Khafi tak suka.  Sebab depa ni jawa jawa ni lain tekaknya.  Tapi takpa,  sekali sekala akak buat.  Dia bedal jugak. 

Kepada rakan-rakan India saya,  kalau resepi saya salah,  mintak mahap ya :)

Rasam telur.  Gambar Ehsan Regina Ibrahim

Bahan A :
2 camca makan asam jawa (direndam dalam 2 cawan air)
3 camca makan serbuk rasam
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar.  Kalau nak lebih pun boleh bagi pedas)
3 biji tomato masak ranum (lenyek-lenyekkan.  Tak perlu buang kulit)
1 biji kentang size sederhana besar
2 biji telur ayam
3 ulas bawang putih (buang kulit dan bakar)
Sedikit garam

Bahan B
Minyak masak
1 ulas bawang besar dihiris

3 ulas bawang kecil potong empat (macam potong buh oren)

5 tangkai cabai kering ( nak potong-potong pun boleh...tak mau potong pun takpa)


1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari

Cara-caranya :

  1. Renehkan air asam jawa dan rempah rasam dan lada sulah.
  2. Masukkan tomato. Bila dah mendidihkan sikit.  Boleh masukkan tomato.
  3. Now bila air rebusan asam dan rempah tengah nak mendidih.  Kita panaskan minyak dalam kuali.  Prepare untuk 'tumis darat'.
  4. Bila minyak dah panas,  masukkan bahan-bahan B.  Sampai bawang dah kuning dan dah wangi,  angkat semua bahan-bahan dalam kuali dan masukkan dalam kuah asam tadi.  Masa ni akan wangi aroma meletops!
  5. Pastu ambil bawang putih yang dibakar tadi,  lenyekkan, dan masukkan dalam kuah rasam.
  6. Bila kuah tengah mendidih,  masukkan telur sebijik demi sebijik.  Jangan kacau.
  7. And then,  masukkan garam secukup rasa.  Kalau tak cukup asam,  tak cukup pedas.  Maknanya ada la yang tak betui kat resepi aku tu.  Sekian,  harap maklum.  TERIMA KASIH!
I love u olls!

6 comments:

  1. wow thanks jumie..rasam mmg feveret saya walaupun saya jawa johor..bole la buat lauk dlm pantang nanti

    ReplyDelete
  2. cik minah pun suka buat rasam.
    other than telur, boleh boh ikan masin sebagai lauk.
    kalo makan rasam ni, badan terus jadi hot.
    jumie, hangpa boh kunyit dak dalam rasam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam rempah tu ada semua. Takpayah tambah kunyit dah. kalau nak tambah lagi kuning and wangi la.

      Delete
  3. jumie, dah lama x makan!!
    sedap! dulu ang selalu masak..

    ReplyDelete
  4. 1st time makan rasam sedap..kali kedua makan juling bijik mata xtau nk ckp la cm na sedap ooo...thanx k.jumie kongsi resepi nih

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com