10.5.12

Teater Akulah Perempuan Itu

Hello u olls,

Yes!!  Minggu persembahan teater-teater pelajar tahun akhir jurusan Lakonan dan Pengarahan,  PP Seni USM telah bermula.  Minggu lalu ampa semua dah heboh dengan Kasanova kan.  Okay minggu ini adalah masanya untuk persembahan Teater Akulah Perempuan Itu.



Teater Akulah Perempuan Itu ini merupakan sebuah karya adaptasi daripada penulisan Siti Rohayah Atan, yang berkisarkan tentang hidup wanita-wanita yang datang daripada latar belakang dan latar masa yang berbeza namun menghadapi permasalahan yang sama iaitu penindasan oleh lelaki.  Melalui karya ini kami cuba membawa satu pemikiran tentang nilai seorang wanita di mata masyarakat dan kami juga ingin membawa satu kesedaran kepada penonton tentang hak dan keistimewaan seorang wanita. Kesedaran ini bukan hanya difokuskan kepada lelaki tetapi kepada wanita sendiri kerana untuk mengangkat nilai hormat seorang wanita, wanita itu seharusnya tahu untuk menghormati akan dirinya sendiri. Kepada penonton wanita, kami ingin mengajak mereka untuk melihat sendiri bagaimana setiap seorang wanita dalam cerita ini bangkit untuk mempertahankan maruah mereka sendiri, walaupun kehidupan seorang wanita sentiasa terikat kepada hukum partriarki dan sosialisasi masyarakat. Wanita harus menjadi penyelamat kepada diri sendiri.

Butiran pementasan teater adalah seperti berikut  :

Tarikh : Khamis, Jumaat dan Sabtu (10, 11 dan 12 Mei 2012)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pelenggang Cahaya USM
Harga Tiket : RM5


Watak-watak dalam Teater ini

Kartika
"Saya sedar peristiwa itu banyak menimpa kepada orang lain. Kepada kakak-kakak yang tidak pernah dapat melupakan semua itu. Makcik makcik yang terus tersisksa kehidupan mereka. Malah kepada nenek-nenek yang terpaksa mengharungi sisa-sisa hidupnya yang hitam."

Pelakon: Amylya Suwany
Tahun 3

Kamariah
"Mengapa Bakhtiar melupakan cengkaman tangan Milah di saat akhirnya menjadi penghuni dunia? Bukankan Milah membisikkan kata; “Milah sayangkan abang.” Tidakkah Bakhtiar melupakan jeritan Hasan meminta tolong ketika Milah diperkosa oleh Lazim dan Seman malam itu?"

Pelakon: Detie Hayatie
Tahun 2

 Tun Teja
"Kita cintakan Laksamana seluruh jiwa dan raga Kita. Tidak pernah Kita cintakan lelaki seperti itu. Kita sanggup keluar secara diam-diam tanpa pengetahuan ayahanda ke rumah Dang Ratna, hanya kerana berjumpa dengannya."

Pelakon: Eyta Laila
Tahun 1


Jom saksikannya malam ini!!  Jumpa u olls di sana!

1 comment:

  1. Masyitah ni dasyat na...dari dulu minat teater ..
    BFF Ika Nabila AF...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...