22.5.12

Teater Komedi : Kelab Kelahi by Mamu Raja Lawak

Hello u olls,

Ingat lagi masa kat Phuket,  akak dan rakan-rakan dihantui oleh laungan dari Bangla Street Stadium yang mensuruh kami pi beli tiket and tengok pertandingan tomoi kat Patong,  Phuket tu.

"Bangla Stlit Stadium....TUNAIKKK....TUNAIK......Bangla Stlit Stadium........bik faikk...bik faik...." Maksudnya "Bangla Street Stadium,  tonight tonight,  big fight big fight"....dia punya duk keriau banyak kali sampai malam tu kami semua mamai duk kata "tunaik...tunaikkk.." Paling kuat mamai ialah Nonie Suliaman.  Tapi sampai sudah pun kami tak pi tengok tomoi tu.  Sebab takutlah satgi nanti fight darah-darah semua.

Okay,  akak tak mau cakap pasai tomoi.  Akak nak cerita pasai satu lagi faik.  Bukan faik tomoi.  Tapi faik lain.  Faik antara Ajo and Abu dari kumpulan Mamu,  Raja Lawak.  Ampa ingat tak dua orang budak ni yang masuk Raja Lawak dulu depa memang best!! 


Sinopsis Teater Komedi Kelab Kelahi adalah seperti berikut  :

Teater komedi ini adalah satu projek teater yang bergenre komedi berkonsepkan boxing , mempunyai 5 babak yang mengandungi 5 bentuk komedi iaitu silent, slapstik, dark , muzikal dan tragik komedi mengisahkan tentang perkelahian orang Melayu dari dulu hingga masa depan yang akhirnya mendatangkan implikasi buruk terhadap bangsa Melayu itu sendiri..


Date : Rabu,  23 Mei hingga Ahad,  27 Mei 2012
Venue : Panggung Pelenggang Cahaya,  Pusat Pengajian Seni,  USM
Tiket : RM 7 / Person
Inilah gambar Abu yang tengah posing masa duk promote teater lakonan dia.  Muka macam kesian ja kat tepi poster ini,  akak nak duduk atas perut dia pun tak berapa nak sampai hati. 

Ampa rasa antara depa dua sapa akan menang?

Kalau ampa nak tanya apa apa info lagi,  please hubungi : 017 5787503 ( Oss ) 014 9578421 ( abu )
Okay,  nanti in between the fight pompuan dalam gambar kat bawah ni akan muncul.  HAHAHAHA.  Meletopsss.











ps/  Akak,  telah dijemput untuk memeriahkan pertandingan kelahi kelahi ini pada hari Rabu dan hari Ahad iaitu 23 dan 27 Mei.  Hope ampa semua dapat mai la.  Akak akan menyanyi sepatah dua kata.


SEE YOU THERE!! RUGIIIIIIIIIII KALAU TAK MAI TENGOK!!

Facebook Event :  Teater Komedi : Kelab Kelahi by Mamu Raja Lawak
Sekian,  love u olls.

Jumie Samsudin







2 comments:

  1. benci la kak jumie nie... suke tau post2 pasal teater kat usm.. dah la saya lama giler takpi tgk huhuhu mesti best show nih!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...