4.5.12

Ulasan Filem : Seven Pounds

U olls semua!  Lama tak review movie yang best untuk u olls pi korek-korek carik dan tengok.  So hari ini akak nak buat tentang satu cerita lakonan jantan African American yang sangat ellllok di mata akak iaitu Will Smith.

Apa yang hang akan buat kalau hang telah membunuh 7 nyawa tampa sengaja?  Menyesal nak mampuih?   Ataupun bertaubat dan mintak ampun daripda Allah ? Ataupun u olls pun bunuh diri?


Sinopsis
Cerita ini tentang seorang lelaki bernama Tim Thomas.  Dia ni seorang engineer yang berjaya.  Satu hari masa dia duk drive kereta bersama tunang dia,  dia duk drive sambil main handphone,  sekali nenjia....kereta dia eksiden teruk punya.  Dia terselamat u olls.  Tapi tunang dia dan 6 orang yang ada dalam van yang dia langgar semuanya mati.



Sejak kejadian itu,  Tim jadi serr gila.  Dia tak henti henti meletakkan semua kesalahan itu pada diri dia sendiri.  So apa dia buat?  Dia bagi 'nyawa' dia kat 7 orang lain.  Tapi macam mana dia bagi nyawa dia?

Yang ni la yang akak terpaksa cerita kat ampa.  Tapi cerita style simple sahaja la.  Yang details-details emosi dan kesengsaraan yang ada dalam cerita ni ampa kena tonton sendiri.

So berbalik kepada pemberian 'nyawa' kepada 7 orang tu.  Dia buat macam ni :

  1. Dia derma paru-paru dia setengah kat adik dia yang mengidap cancer tak salah akak.  Gila kan?  Pastu dia curi identiti adik dia yang kerja sebagai pegawai cukai.  Bila dia menyamar sebagai pegawai cukai,  so senanglah dia nak pi tolong sana sini.  Gila kan?
  2. Pastu dia kenal seorang pekerja sosial ataupun 'social worker'.  Kita orang Melesia mesti tak tau apa itu 'social worker' kan?  Okay takpa.  Nanti akak akan cerita tentang 'social worker' tu apa.  Pekerja sosial bernama Holly yang dia kenal ni ada penyakit hati.  So dia dermakan hati dia untuk Holly.  Dan Holly pun sihat walafiat.


  3. Lepas tu,  dia jumpa satu budak laki suka main hockey.  Dia sangat berbakat.  Tapi dia ada penyakit apa ka kat buah pinggang.  So Tim bagi sebelah buah pinggang dia kat deni.
  4. Tidak lama lepas tu,  dia jumpa satu budak lelaki kecil nama Nicholas.  Nicholas ni macam sakit luekimia macam tu la kot.  So dia kesian kat deni,  dia bagi ayak tulang belakang dia kat satu budak ni.  Akak tak tau la betui ke tak.  Tapi dalam English depa panggil 'bone marrow'.  Kita orang Melayu panggil 'ayak tulang belakang'.


  5. Lepas tu,  dia tak tau lagi dia nak derma apa.  Dia jumpa balik Holly yang dia derma hati tu.  Dia kata tolong carik sat sapa-sapa yang hidup susah untuk dia tolong.  So Holly mentioned satu wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.  Holly duk kena pukul dengan boifren dia.  Dan dia tak boleh lari pi mana-mana sebab dia takut. Dan dia takdak duit.  So ampa tau tak apa Tim buat? 

    Tim pi kat rumah pompuan ni?  Dia pi rumah pompuan ni nama dia Connie Tepos.  Dia bagitaula dia ni pegawai cukai apa semua.  Dan dia nak tolong pasai dia tau Connie duk kena pukul dengan boifren dia semua.  Of coz la Connie sentap,  seorang stranger masuk rumah kita dan duk cakap pasai masalah peribadi kita. 


    Tapi sebelum dia kena halau,  dia tinggal name kad dia kat Connie.  And so one day,  Connie called dia.  Dan dia pi jumpa Connie dan dia bagi kunci rumah dan apa semua geran untuk dia Connie.  YES!!  Dia bagi beach house dia untuk Connie dan anak-anak duduk.  TACINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!
  6. Sapa lagi akak tak sebut?  Okay.  Sorang lagi dia nak tolong ialah seorang lelaki buta yang kerja part time sebagai operator telefon untuk perkhidmatan menjual daging dan juga part time pemain piano yang handal bernama Ezra.  Satu hari,  Tim gila babi jahat gila,  called Ezra kat tempat juai daging tu pastu maki Ezra gila-gila.  Sebab dia nak tengok sama ada Ezra ni pemarah atau tidak.  Ingat tak artikel akak pasai "Jeeva vs Pompuan Jahat?"  Yes...its something like that u olls.  Tapi Ezra main calm u olls.  So at the end of this story,  Tim akan bagi mata dia kat Ezra.



  7. Last but not least,  Emily Posa yang dilakonkan oleh Rosario Dawson.  Emily ni ada penyakit lemah jantung.  So Tim berbaik dengan Emily.  Pi tolong dia macam-macam kat rumah.  Sampai depa dah jatuh cinta teruk semua.  Last sekali,  Tim bagi jantung dia kat Emily.  Yes....part ni akak nanges macam serr.  Tapi akak cover supaya En.  Khafi tak nampak.


Begitulah sinopsis cerita ini.  Macam mana dia 'bunuh diri' dan simpan badan dia semua supaya dia boleh derma organ dia kat kawan-kawna dia,  segala emosi dan jalan cerita u olls kena tengok sendiri.  But actually,  since akak dah cerita kat sini.  It kills the best point of this movie iaitu point 'tanda tanya'.  Masa akak first time tengok cerita ni,  haram jadah akak tak paham apa.  Takdak flash back yang jelas.  Semua just bayangan sahaja.  Sampai di akhir cerita baru akak tau what's happening.  So ampa dah tengok ni ampa dah tau la dari awai sebab akak dah cerita.

Kenapa Akak Suka Cerita Ini?
Akak suka cerita ini kerana ia memberikan satu perspektif yang baru pada diri akak tentang betapa pentingnya nyawa / kehidupan / tubuh badan / kesihatan yang ada pada diri kita.  Kita yang perfect serba serbi ni selalu take advantage of ourself.  Macam akak ni,  akak tak eksesais,  i dont care about my weight bla bla bla.  Sedangkan orang lain,  yang sakit jantung,  jantung lemah,  depa nak jalan-jalan dengan anjing depa petang petang pun adalah satu tugasan yang boleh membawa maut. 

U see?? U see?  Kita sentiasa take advantage dengan semua kesenangan yang ada pada diri kita.





Macam Ezra,  dia buta.  Dia tak nampak apa apa.  Tpai dia tak pernah marah.  Dia tak pernah buat seks walaupun dia teringin sebab dia pun lelaki,  dia pun maknusia,  tapi sikit pun dia tidak mengherdik balas apabila Tim maki dia dalam fon.  Dia sangat tenang dan menyimpan kekecewaan itu pada diri dia sendiri.  Tapi tidak bermakna dia tu kalah dan bodoh,  tapi apabila dia diam,  dia sebenarnya telah melakukan sesuatu yang bijak iaitu mengapa perlu dia berdebat dengan orang lain yang tidak tahu tentang diri dia.  Orang yang tidak tahu hargai hidup sebagaimana dia hargai hidupnya walaupun dia tak dapat melihat.

Most of us hari ini,  walaupun dah ada perfect tangan kaki kulit mata rambut elok perfect........stilllllllllllllll nak complain sebab tak cukup cantek,  tak cukup modelssss, tak cukup meletops.  FUCK U BITCHES.  Cuba bayangkan insan-insan yang kelainan upaya.  Cuba bayangkan nasib insan-insan yang buta,  yang tempang,  yang CP (spastik),  yang autism,  dan yang lain-lain.  Sindrom perfect ini adalah menular dengan sangat dahsyat dalam kalangan kawan-kawan kita yang wanita muda remaja.  Please kakak-kakak pembaca blog Jumie Samsudin semua,  kalau anak-anak menakan u olls bersifat begini,  sila maki muka depa untuk akak. 

Satu lagi yang akak pelajari ialah,  apa pun yang kita capai hari ini,  kita mempunyai kerjaya meletops,  seorang engineer aeroangkasa,  duit banyak,  beli rumah tepi laut,  ada tunang yang cantek meletops,  tapi kalau Allah nak tarik rezeki hang semua dalam satu hari.....................SNAP!!!  Nenjia 7 orang teruih mampuis just a matter of a text on your Blackberry.  Tunang takdak,  kerja hilang,  rumah besar pun dah tidak ada maknanya lagi dalam hidup ini.  So kita jangan terlalu bongkak dengan harta dunia yang kita ada. 


Memang dalam Islam,  kita dituntut untuk mencari rezeki sebanyak mana yang kita mahu dengan berniaga dan macam-macam lagi yang halal,  tapi janganlah kita bongkak dengan harta tu.  Allah suruh kita carik harta banyak banyak sebab kita boleh tolong orang lain pulak.  Tapi kalau kita yang biasa biasa ni semua,  relaks-relaks sudah.  Tak payah nak pi berlawan sangat dengan orang lain. 

Dan akhir sekali pengajaran yang amat penting ialah : JANGAN MAIN FON MASA MEMANDU.  MESEJ INI DITUJUKAN KHAS KEPADA JUMIE SAMSUDIN YANG SUKA MEMBACA TWITTER DAN FACEBOOK MASA MEMANDU.  WALAUPUN TAK BALAS TAPI STILL BERDONSA.

Sekian sahaja review akak untuk hari ini.  Semoga hari ini,  kita semua dapat ambil ikhtibar dari cerita ini.

6 comments:

  1. Replies
    1. ampa kena tengok baru ampa tau pasai pa kami bubuh gambar tu...

      Delete
  2. Jumieeeee! Kami nangis masa tgk cite ni. Paling touching part Ezra. Memang respek gila tahap kesabaran dia tu.

    ReplyDelete
  3. : sedang di tayangkan ke...? baca sinopsis hang pun dah best...

    ReplyDelete
  4. ; Opssss..kena cari DVD nie...movie 2008! apa pun thks...

    ReplyDelete
  5. Ini kalau dalam rebiu oleh mana-mana pengrebiu, biasanya depa akan beri amaran 'Awas ada spoiler' - maksudnya sapa-sapa yang tak tengok lagi, akan tau ada cerita tentang jalan cerita selepas amaran itu. So depa akan stop kat situ dan tengok cerita dulu.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...