11.5.12

Ulasan Teater Akulah Perempuan Itu

Hello u olls,


Semalam akak pergi tengok teater Akulah Perempuan Itu di Dewan Pelenggang Cahaya,  USM.  Ramai kami yang pergi,  akak,  Mama Zarina Abdul Rahman dan Kak Azimah,  Chin Chin,  Danny and the rest of Meow Meow Esquire.  Pastu Arja and ramai rakan-rakan pelajar pun ada. 

Juruacara adalah Sheikh Rahman.  Dengar pun tau dah.  Very the kan?  Teringin nak sembang lama-lama dengan Sheikh Rahman.  Tapi tak berkesempatan lagi. 

Okay,  semalam ampa dah bacakan sinopsis sedikit sebanyak mengenai teater ini.  Baca sini  :  Teater Akulah Perempuan Itu

Disampaikan dalam bentuk teater experimental,  pentas dia macam catwalk.  Ada tiga catwalk.  Bawah dia ada lampu-lamput.  Dan di hujung catwalk u can see ada canvas putih.  Akak dan Mama Zarina duk feeling dah "Jumie....u boleh tak sewa Pelenggang Cahaya ni untuk i.  I tengok stage ni macam nak buat catwalk untuk fashion show la,"  Kan.......................boleh Mama.  Yang penting i jadi model opening.  Kan????  Apa pun,  pasti Pengarah ada sebab mengapa buat bentuk runaway catwalk ini.  Mungkinkah kerana wanita memang sinonim dengan peragaan,  hiburan dan tontonan masyarakat.

Cantek kan runaway depa?
Pastu i perasan Eyta one of the actress duduk kat depan stage among the penonton.  I nampak dia ja terus mulut i dah tanya dah macam kepo "Hey....awat hang duduk sini?  Hang bukan pelakon ka?"  Kan???? Kisahnya,  bila teater ni start saja.  Depa pelakon start scene daripada tengah-tengah penonton.  Aiiyooo.  Very the experimental kan.  Meletops depa duduk dari tengah terus bangun dan naik ke runaway masing-masing. 


Okay,  jom tengok beberapa komen akak tentang teater ini.  Intan,  Amy,  Eyta,  Hayatie,  akak mintak maaf kalau apa yang akak tulis ni ada silap ka apa ka.  Sebab akak bukanlah pakar dalam bidang teater ni.  Baru duk belajar-belajar dengan u olls semua.  Okay,  jom baca  :

  1. Bagi i teater ni skrip dia terlalu feminist/ sexist or what ever termlah yang kearah sokong pompuan sahaja. I pun tak berapa mahir dengan term-term itu. Tapi siriesly, bagi i, tak boleh nak salahkan lelaki sahaja 100%. Kita hidup dalam dunia yang saling memerlukan. Pompuan pun salah juga. Pompuan pun ada juga buat jantan jadi serr. Entahlah, maybe sebab i punya pendapat peribadi adalah sangat nuetral iaitu "lelaki, pompuan, kak gayah atau adik-adik," semua sama saja. Kalau dia jahat tu jahatlah..tak payah ikut jantina dia.


    Akak tanya kawan-kawan akak yang cik gayah and adik-adik yang mai tengok teater ini (depa ni lelaki tapi maybe depa gay ataupun kak zornen) "Apa perasaan ampa tengok cerita ini?"  Depa jawab "Kakak...betul sangat.  Sebab saya memang menjadi mangsa untuk jantan-jantan macam ni lah.  Jantan bukan sahaja buat naya kat perempuan-perempuan itu.  Depa pun buat naya kat kami adik-adik semua.  Main perasaan kami lelaki berjiwa wanita,"  KANNNNNNNNNNNNNNNNN!  BETULLLL!!
  2. Akak suka keberanian skrip ini bermain dengan jiwa-jiwa agama dan ketuhanan.  Ada terkala tu rasanya macam depa mencabar tentang agama dan adakalanya depa memuji agama.  Tapi at the end of the day,  apa yang depa nak kita faham adalah "lelaki juga menggunakan agama untuk mempermainkan hati wanita,"  BETULLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!
  3. Tapi,  yang akak tak puas hati ialah,  teater ni terlalu pendek. Tak sampai i punya feeling. Rekod teater FYP terpendek so far kata Azhar Jalil.
  4. Eyta,  sebagai Tun Teja tak betul betul feeling Tun Teja. U olls sangat sangat hilang focus. Mata dia, gerak tangan dia. Ada beberapa kali dia goyang kepala ala-ala marhayam Jumie kata "U OLLS" bila nak buat penegasan kata-kata. Tapi takkan Tun Teja feeling cakap macam mak ayam. Dia era lain. Era bangsawan Melayu yang penuh dengan tatasusila yang very the poise and elegant. Tapi takpa...maybe ini malam pertama dia.  Eyta,  u got two night more!!  Mak sembah ratu ayam kat Tuanku Tun Teja.


    Tun Teja berdendam dengan Hang Tuah kerana tricked her into marrying Sultan Melaka. Sapa yang tak pernah baca Hikayat Hang Tuah,  ampa takkan tau cerita ni. 
  5. Kartika...i suka. Tapi watak dia mudah sebab dia wanita zaman sekarang. Dia just jadi diri sendiri tapi dengan emosi emosi seorang mangsa rogol bapak kandung. Emosi tu membuatkan ketegasan pada mata dia semua nampak jelas. I suka.  TERUSKAN U OLLS!!

    Amy ialah seorang wanita agam yang jelita.  I suka tengok dia.
  6. Kamariah...si penari joget. Sebagai penari joget, walaupun hang berpakaian t shirt dan seluar longgat macam tu, tak semestinya hang boleh ilang ciri-ciri perempuan joget. Sebab perempuan joget adalah simbol seks era 50an okay. Cara depa duduk, cara depa senyum, cara depa tengok jantan, cara depa ketwok....depa dah boleh porak perandakan rumah tangga orang. Semalam....Kamariah menari tak meletops sangat. Tak cukup simbol seks. Baik Kartika menari lagi emosi.

    Hayatie sebagai Kamariah.  Pompuan joget.  Menjadi mangsa lelaki untuk keuntungan peribadi mereka.
Saya amat menggalakkan u olls-u olls semua pergi menonton teater ini.  Ajaklah laki and boifren u olls semua mai tengok teater ini.  Kepada lelaki-lelaki sekalian,  please kuatkan hati untuk menonton teater ini.  Tapi inilah ruang-ruang yang ada untuk wanita seperti kami nak luahkan rasa hati kami.  Bak kata Solihin "Kak Jumie...saya tengok teater ni...saya rasa tersisih,"

Tapi u olls,  jangan rasa tersisih.  Apa yang Akulah Perempuan Ini cuba katakan kepada u olls adalah "Janganlah jadi jantan,  jadilah lelaki,"

Yang baju belang-belang dalam gambar ini,  dialah Intan,  Pengarah :)

Intan,  Amy,  Eyta,  Hayatie dan semua tenaga produksi Akulah Perempuan Itu.  Tahniah atas persembahan pertama u olls semalam.  Salah silap saya memberi komen,  mintak maaf ya.  Anak cucu tumpang belajar. 

Sekian sahaja.

Jemput baca ulasan anak ayam ku,  Eiyzhall Azami  :  Ulasan Teater : Akulah Perempuan itu.

I love u olls.

Jumie Samsudin

6 comments:

  1. Jumie,

    Tak perlu minta maaf hang tak ada ilmu teater segala. Kita sebagai penonton, terutama yang membayar tiket punya hak untuk beri ulasan dan pandangan kita.

    Kalau kita tak ada hak, samalah macam kita pi makan kat kedai dan komplen, 'lauk ni tak sedaplah, kurang garam'. Kalau ikutkan, tak bolehlah kita komplen sebab kita tak ada ilmu kulinari. Ha ha ha

    Well, apa yang Jumie komen, semua saya setuju. Tang bab naskhah yang mengkondem lelaki/jantan saja tu, itu rasanya penulis dia Siti Rohaya Atan kena jawab. Sepengetahuan saya, dia sangat feminist. Ha ha.

    Dan pendapat-pendapat yang lain tu, sama macam saya. So mohon izin saya kongsi kat rebiu saya nanti. tak payah nak tulis panjang2. He he he.

    You go milady!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih En Usop selalu bagi saya sokongan :)

      Delete
  2. Thank you kak jumie, for the time spent for the show and also the time for writing an honest feedback in your review. Intan sendiri malu nak bercakap mewakili pihak team produksi atau menggelarkan diri sebagai "pengarah" sebab ini cuma pementasan akhir tahun dan ini hasil kerja student yang belum bergraduasi lagi. tapi kami gembira sebab usaha kami untuk pentaskan naskah ini sudah terlaksana untuk hari pertama. Setiap komen dan pendapat yang kami terima daripada audiens, kami terima dengan rendah diri dan hati terbuka. Dan kami berterima kasih di atas peluang yang diberikan kepada kami untuk menjentik sedikit pemikiran berdasarkan kajian yang telah kami lakukan sebelum teater ini dipentaskan.

    I will keep in mind of what my lecturers have told me that everything is a part of the process, and for an amateur; so-called director like me and fellow thespians that is my friends (amy, tie & ita) plus the entire production family, we humbly thank you for the review.

    -Intan

    ReplyDelete
  3. Bagus ulasan Eiyzall dan Kak Jumie, memang ada kesalahan fakta pada babak Tun Teja, kalau ikut dalam teks Sejarah Melayu, memang Hang Tuah, adalah Individu penting yang menyatukan Sultan Mahmud dan Beliau, tetapi yang menculik Tun Teja, adalah Hang Nadim, dengan penangan bedak pelulut, dan dibawa ke Melaka, cuma dia nak pastikan konsep Tun Teja, selari dengan unsur patriarch, padahal TuN Teja, sebenarnya inginkan kedudukan dan kuasa tinggi berkahwin dengan Raja Melaka...Inilah ulasan dari konteks sastera tradisional (Sejarah Melayu).

    Komen dari Qhay Lopez

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for your comment :) but honestly i have no say in terms of how the script was constructed because I am not the original writer, maybe the interpretation and the visualization of idea from the writer is a little different in this matter. (probably not following exactly the timeline/history of the story- therefore making it fictional) tetapi dalam kajian yang saya buat sememangnya Tun Teja lebih berkonflik dengan kedudukannya sebagai permaisuri Melaka (dan pengolahan wataknya dibentuk berdasarkan teori feminis sosialis yang bercakap tentang struktur hierarki dan kelas sosial- penekanan kepada partriarki lebih kepada hubungan Teja bersama ayahanda dan Megat Panji Alam.) Teja mempunyai konflik dengan sistem kesultanan Melayu Melaka.

      Kalau ada kesalahan pada kajian saya please point out huhuhu :D

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...