Review Majlis Perkahwinan Rina Hamid dan Hanif Nasim

Hello u olls semua.  Lama i tidak membuat review majlis perkahwinan dan apa-apa pasai wedding.  Yelah u olls.  Sekarang dah feeling aunty-aunty,  duduk rumah memasak untuk suami,  kan??? Tapi takpa u olls.  Dalam masa terdekat ini i dalam perancangan membuat artikel tentang pilihan warna untuk pengantin yang berkulit gelap dan juga persiapan perkahwinan untuk seorang lelaki.  Gitu.


So u olls semua.  Marilah kita membaca artikel hari ini iaitu tentang majlis perkahwinan Rina Hamid dan juga pasangan Hanif Nasim.
Love,

Jumie Samsudin.

Nama bride : Norhazrina Abdul Hamid

Nama groom : Mohamad Hanif Mohamad Nasim

Macam mana boleh bertemu jodoh : Cousin kami rekemen kawan dia.  Mula-mula kami berkenalan dalam facebook sahaja.  Lepas 3 bulan baru berjumpa dan berkawan.

How long u been together as couple before nikah : Kami tak couple.  Hanya berkawan.  Berkawan 7 bulan, lepas tu family dia datang merisik dan sekali tunang.  Tempoh perkenalan kami hanya setahun 6 bulan sebelum akad nikah.

Apa perasaan dah menikah sekarang :  Haruslah rasa sangat gembira.  Memang betul orang cakap perasaan bercinta lepas kahwin lagi best dari sebelum kahwin sebab semua benda akan buat sekali.  Apa-apa masalah ada orang boleh dengar.  Boleh luah apa saja dan macam-macam lagi yang tak dapat diterangkan dengan ayat-ayat nak tau kena kahwin dulu :)

Pesanan untuk semua B2B di luar sana : Kena sentiasa bersabar walau dugaan sebesaq mana pun melanda.  Banyakkan berdoa dan fikirlah secara rasional.  Buat rancangan betul-betul dan jangan membazir.


Majlis Nikah | 2 June 2012 | Rumah

Sapa buat baju u olls dan pasangan?
Baju akad nikah upah dari Loon Fashion Jalan Tenggiri Seberang Jaya.  Highly recommended.  Jahitan kemas dan tak mahai.


Sapa buat make up u olls?
Mekap oleh Tya's Touch ( Facebook - Tyas Touch ) Mekap Tya sangat cantik cuma tak tahan lama.  Muka i berpeloh-peloh and pecah.  Tak tau la sebab cuaca panaih sangat apa sampai cayaq semua mekap...huhu


Mini pelamin?
Strips Curtain dari Oh, Wow Lovely! ( Facebook.com/ohwowlovelyxoxo )


Photog?
Clicks The Moment ( Facebook.com/Clicks-The-Moment)




Hantaran? Berapa dulang? Siapa buat?
9 dulang berbalas 7.  Semua DIY sendiri oleh mak kami tapi mintak maaf gambar hantaran pihak laki tak dak dalam cam kami so kena tunggu dari OP :)


Cincin kahwin beli kat mana?
Cincin untuk lelaki beli dekat Diamoney.  Cincin untuk perempuan dibeli oleh mak mertua sendiri.

Bunga Tangan
Buat sendiri pakai bunga pelesu jak.


Doorgift
Paperbeg deko sendiri isi dalam Tupperware.


Majlis Persandingan Pengantin Perempuan | 3 June 2012 | Kompleks Sukan MPSP, Bertam

Make up?
Tya's Touch jugak.  Sama macam kes ataih...mekap pecah...cuaca memang panaihhh.

Baju?
Baju perempuan Shanel Harun (Facebook.com/shanell.harun) dan baju laki Dees Gurney Plaza


Tema ? Why pilih tema itu?
Tema English Pink & Cream.  Pilihan dibuat sebab suka warna-warna pastel dan nampak sweet dan romantik.

Pelamin and deco?
Wedding A tu Z ( Facebook.com/atuzwedding or Facebook.com/djary.artz)

Door gift?
Doorgift paper beg from Wedding A tu Z.  Coin purse untuk perempuan from Mydin dan frame untuk lelaki from Wedding A tu Z.


Bunga tangan?
Buat sendiri pakai fresh flower pakai bunga color block.



Photobooth?
Kawan-kawan tolong buat terharu sudi mai malam-malam berhempas pulas buat walaupun nampak simple jaa.

Guestbook? 
DIY sendiri oleh kami.

Hiasan dinding?
Paper Lantern n Boxes (Facebook.com/Paper-Lantern-N-Boxes)
Photog?
Clicks The Moment ( Facebook.com/Clicks-The-Moment)


Banting?
Safinas Ishak from Just Print Advertising (Facebook.com/safinas.ishak )



Majlis Sambut Menantu | June 2012 | Kediaman Mertua
Majlis sambut menantu sebelah lelaki hanyalah majlis kesyukuran untuk menyambut menantu.  Kebanyakan diuruskan oleh family mertua sendiri.  Cuma mekap saya mekap sendiri dan pakaian dari Jazz Boutique Bukit Mertajam.



 


Telinga Akak Ditumbuhi Cendawan

Hello u olls! 

Sapa ada baca tweet akak minggu ini pastinya tahu yang sekarang akak tengah pekak sebelah telinga iaitu telinga kiri.  Tulah,  u olls!  Mainlah twitter!  Satgi kalau update status wall FB setiap 5 minit ampa kata aku meroyan pulak.

Nak dijadikan cerita dua minggu yang lalu,  akak dan rakan-rakan telah pergi mandi laut hingga tak sedar diri.  Dan sebab seronok sangat mandi laut sana sini,  muka akak bukan saja telah menjadi gelap macam Kelly Rowlands malah telinga akak masuk air laut sebanyak lebih kurang 7 pain.

Balik-balik terus duk mai sakit lagu mana ka.  I tak boleh pi kerja u olls!  Sebab sakit sangat.  So i pi la Hospital Pulau Pinang.  Dr.  tu cek i lebih kurang jer.  Bukan i nak condemn service hospital kerajaan ya puan-puan semua,  tapi maybe Dr.  tu pun banyak sangat patient hari tu,  dia pun tak berapa lalu nak examine i betul betul.  Dia tak sentuh pun telinga i bengkak ke apa ke.  Dia teropong telinga i and kata telinga i masuk air,  that's it.  Dia bagi ubat titik and ubat tahan sakit.  That's it.


After one week,  i tak baik lagi.  So i went to Klinik Penawar USM.  Dr.  Akhbar yang baik hati itu pun teropong telinga i lagi,  dia pun bagi ubat yang lebih strong katanya.  Dia suruh i try dulu seminggu,  kalau tak okay jugak,  dia akan refer i pi mana-mana.

Then,  lepas 5 hari,  sakit makin teruk u olls.  I rasa macam makin bengkak telinga i ni.  I dah jadi pekak terus!!  Shiiitttt.  So i pun pi la Klinik Penawar untuk mintak reference.  Tapi masa i pi,  Dr.  Akhbar takdak.  Yang ada satu Dr muda yang sangat hemsem Subhanallah.  Nasib baik i tak pegang pisau dan buah,  kalau tidak i akan terpotong kulit tangan i sendiri.  Gitu.

So Dr.  Hemsem itu memberikan reference kepada klinik ENT (ear and throat).  Dia tanya i nak hospital kerajaan or private.  I kata i tak kisah,  tapi kalau nak bagi private,  bagilah hospital Lam Wah Ee kerana i memang register kat situ.  So,  dia pun tulislah reference letter untuk i.  Disebabkan hari itu sudah petang,  so i kenalah balik rumah menahan sakit dan esoknya baru i akan ke Lam Wah Ee Hospital.

Esoknya i pun pergilah ke Lam Wah Ee,  i mintak refer kepada Dr.  Gopalan Nair atas nasihat abang ipar I.  Masa duk tunggu turn nak jumpa beliau,  nenjia.........................sakit telinga i menjadi jadi.  I sampai menangis teresak-esak u olls!  Entahlah...telinga i ni maybe ada saka.  So,  bila kita lagi dekat dengan bomoh/doktor maka sakit itu makin membuak-buak. 

En.  Khafi menjadi cuwak,  lantas dia bawak i pergi ke emergency room.  Nak suruh doktor tolong cek dan bagi tumpuan lebih kat i,  tapi tadi duk menangis sakan,  bila masuk emergency room,  depa pasang kartun Orgy and Cockroaches...i terussss duk gelak-gelak macam kena santau angin!  HAHAHAH...Khafi bara kat i.  Dia kata "Ang siye duk gelak apa...tadi duk nangih.....belakon la depan Dr kata ang sakit," 

So,  Doktor tu pun tengok i macam okay.  Dia pun tengok telinga i dia kata nothing much yang dia boleh buat,  i just kena tahan sakit and tunggu sampai doktor pakar tengok telinga i.  So i pun naikla atas balik.  Tunggu sampai turn i jumpa Dr.  Gopalan.  Selang 2 patients macam tu,  i pun dapat jumpa Dr.  Gopalan.

He is a nice fellow.  Dia dan misi kat dalam bilik dia layan i dengan baik.  Depa suruh i lie down atas kerusi (macam kerusi nak pi potong rambut kat mamak).  So dia pun bok masuk camera dalam lubang telinga i,  pastu nanti image dari teropong itu akan muncul kat screen depan kami.  NENJIAAAAAAAAAAAAA...........masuk ja telinga kiri aku..............................style ada kulatttttt teruihhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!  Macam spider web!! Pastu ada tompok-tompok hitam.  Sedikit sakit sebab lubang telinga akak membengkak. Dr Gopalan kata,  ini adalah fungus....

"Wowww...fungus...i ingat siput...sebab i pi mandi laut,"  hahaha kata akak.

So lepas Dr itu meletakkan ubat ke dalam telinga akak,  pastu dia pun cuba sedut fungus itu.  Tapi tidak berjaya.  And then dia cuba  tarik dengan sejenis spatula dipanggil 'crocodile' tapi tak boleh juga.  Akak lagi sakit adalah.

So dia pun bagi akak ubat tahan sakit yang special,  ubat titik dan juga ubat apa ka lagi satu.  Dia juga bagi akak dua hari MC.

"I tau,  sakit telinga ni macam sakit nak beranak...i dunno wether its true or not...but people always says like that,"

Akak pun kata "Kalau sakit macam nak beranak...bagilah cuti 4 bulan,"  KANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!

Sekian sahaja.  Jangan korek telinga kuat kuat sebelum mandi laut kerana apabila ada luka kecil dalam telinga kita,  air laut yang termasuk dalam telinga boleh menyebabkan pembiakan bakteria jahat.  Telinga akak tak sakit sangat lagi.  Sekali sekala dia akan berdenyut.  Tapi yang pasti akak dah pekak telinga kiri. 

ps/  Akak nak bubuh gambar teropong telinga akak tu...tapi macam not appropriate.  So akak bubuh gambar - gambar lain. 

Love,

Jumie Samsudin pekak sebelah

Susu Kesihatan SD2 dan K29

Hello u olls semua,


Hari ini i nak tolong kawan i yang bernama Nor Hamizi meletops untuk mempromosi produk kesihatan yang amat sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan badan menjelang hari perkahwinan u olls.  Ini bukanlah produk menguruskan badan semata-mata ya,  ini adalah satu supplement kesihatan yang bagus untuk tubuh badan kita.  I dah banyak kali dengar pasai susu ini.  So,  hari ini nak share dengan u olls semua.   Ampa bacalah penerangan by En.  Mizi dan lihatlah sendiri kelainan yang beliau sendiri alami. 

ALPHA LIPID SDII (SD stands for Slim Diet)Susu ni untuk lose weight dan burn fat dalam badan kita efisyen sekali TANPA BERLAPAR!!!




· PROGRAM DIET SEKALI DALAM SEUMUR HIDUP
· TANPA BERLAPAR
· PEMBAKARAN LEMAK YANG PASTI
· TIADA YOYO EFEK SELEPAS STOP MINUM – YOYO TU BERAT BADAN TURUN NAIK MENDADAK
· MAINTAIN BERAT SELEPAS STOP MINUM SEBAB SUSU NI DAH TRAIN PERUT SUPAYA TIDAK BERLAPAR
· BOLEH TURUN 4-5 KILO SEMINGGU
· PAKEJ MAMPU DAN JIMAT UNTUK ANDA
· MIZI AKAN GUIDE & MONITOR UOLSS!!

Jumie  :   Apakah nama susu ni? Daripada mana?
ALPHA LIPID SDII
  • Daripada New Zealand company New Image.
  • Mempunyai sijil halal.
  • Diluluskan oleh KKM sebab tu masuk pasaran Malaysia.
  • Susu terbaik dari ladang adalah dari New Zealand coz lembu lembu New Zealand berkualiti dan padang rumput di New Zealand is the best in the world!!! Semua susu produk di Malaysia memang majority keluaran New Zealand.
  • Nama jer susu tapi dia kandungan Soy Protein.
  • Siapa yang lactose intolerant – memang tak leh minum susu sbb perut tak da laktosa .. susu ni sesuai sebab susu ni dia soya based.


Jumie  :   Apa beza susu ni daripada produk mengurus yang lain?
ALPHA LIPIDTM SDIITM
  • 7 HARI@30 HARI@60 HARI
  • TURUN BERAT SEBANYAK 5KG SEMINGGU@10-15KG SEBULAN
  • BERAT TIDAK AKAN NAIK SEMULA
  • TIADA YOYO EFEK
  • DIET SEKALI SEUMUR HIDUP
  • TIADA STEROID ATAU DADAH
  • JIMAT KOS – SEBULAN DIBAWAH RM650 MINIMUM RM180
  • EFEKTIF
  • TANPA BERLAPAR – SUPPLEMENT PAS MINUM SUSU KENA MAKAN!!!

PRODUK XYZ
  • 7 HARI@1 BULAN@3 BULAN
  • TURUN BERAT SEBANYAK 3KG SAHAJA 
  • ADA YOYO EFEK
  • BILA BERHENTI BERAT NAIK SEMULA MENDADAK – PERLU TERUSKAN
  • KOS MAHAL – SEBULAN RM800 – RM1500 MINIMUM RM240
  • DIET DENGAN BERLAPAR – REPLACEMENT
  • MENGANDUNGI STEROID ATAU DADAH

SLIMMING CENTRE
  • 3 BULAN
  • TURUN SEBANYAK 3KG SAHAJA 
  • ADA YOYO EFEK
  • BILA BERHENTI BERAT NAIK SEMULA MENDADAK – PERLU TERUSKAN
  • KOS SANGAT MAHAL – HARGA PENGENALAN RM688/RM888 – FULL PAKEJ BOLEH MENCECAH RM10K
  • DIET DENGAN BERLAPAR - REPLACEMENT


Jumie  :  Perlu eksesais tak?

Eksesais yang minimum sahaja diperlukan.  Contohnya  :
  • Parking kereta kat car park jauh skit dari opis then jalan kaki sikit . 
  • If opis kat tingkat atas,  digalakkan untuk menggunakan tangga untuk naik dan turun.
  • Window shopping.  Contoh brisk walk yang sangat fun. 
  • If nak dapat result cepat dan membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat buat cardio workout 25-30 minit like aerobic, poco-poco, jogging, cycling dan treadmill.
  • Digalakkan juga untuk  bersauna dalam masa 30 minit dapat keluarkan peluh sama macam kita workout 30 minit kalau tak dak masa nak bersenam.  If ada duit beli jer set sauna letak kat rumah.  Balik kerja or hujung2 minggu dok masuk dalam beg sauna tu boleh relax-relax lagi sambil keluarkan peluh.
Testimoni dari En.  Mizi sendiri.  Click on the picture for larger view.

Jumie  :  Orang yang duk rancang nak mengandung takpa ka minum susu ni?
  • Yang nak dok pregnant dinasihatkan focus and berusaha kepada hasil usaha sama untuk dapat baby CHAIYOKKK!!!!!
  • Boleh tiada masalah sebab SUSU ALSDII byk nutrient mineral vitamin serat.
  • Yang tengah pregnant tidak disarankan amik susu ALSDII ni sebab baby dalam perut perlukan nutrient yang banyak so tak pa ibu pregnant makan sedap2 for baby.  Gebu time pregnant seksi k.  Hehehehehe.  
  • Disarankan ibu pregnant boleh minum susu Alpha Lipid Lifeline satu produk susu juga yang memang bagus untuk ibu dan bayi.  Coz after gave birth baby lebih antibody,  immune system dia tinggi,  lepas 3 bulan baby dah nampak cerdik dan cerdas.  Sebab susu Alpha Lipid Lifeline dia Kolustrum susu awal lembu sama bagus macam susu awal ibu yg kuar awal-awal hingga hari ke-3 after pas gave birth.  Banyak antibody and memang baby kena paksa minum susu awal tu sebab banyak antibody untuk elakkan baby dapat sakit bantu immune system dia up!
  • Pas abis pantang and baby dah usia lebih 5 bulan baru leh minum susu ALSDII ni
  • Ibu yang sedang menyusukan baby pun tak leh minum susu ALSDII ni if nak minum gak tunggu after baby berusia 5 bulan ke atas sbb after usia baby 5 bulan ke atas baby tu dah leh makan makanan lain tak bergantung harap pada susu badan ibu.

Jumie  :   So macam mana nak beli? How to contact you?
Saya boleh dihubungi di talian 012-4672525 ataupun PM ke FB saya  :  Nor Hamizi
Anda juga boleh emel kat saya di alamat mizinie@yahoo.com. 




Jumie  :  Macam mana orang yang dari luar KL yang nak order product ni?
Don’t worry boleh courier and kos postage I cover kan.  If area-area JB or Penang cheq leh pergi jumpa sebab kekadang cheq pi JB or Penang.

Bake with Love by Noreena Rosdi

Hello u olls semua,


Sapa perasan ada banner besak kat atas blog akak yang tunjuk gambak kuih-kuih ni.  Biasalah...nak dekat raya ni.  Nenjiaa...ramai duk mai antak sample kat office akak untuk buat komen dan promote dalam blog ni.  Hanya yang betui betui meletops akan ditulis dalam blog ni ya.



So hari ini,  akak bukan nak promote semata-mata pasai juai jaui kueh raya ni.  Akak nak share dengan u olls,  tapi akak nak promote u olls bukak blog kawan akak ni nama dia Noreena Rosdi (Ex Georgian - Batch Kak Faezah Pelari).   Dia ada buat satu blog bertajuk "Bake With Love".  Blog ni bukan semata-mata platform untuk Noreena menjual kueh mueh dan keknya tapi dia juga share dengan kita resepi-resepi nak buat kek ni semua u olls.  So haruslah u olls check it out!!  At the end of this article akak akan share dengan u olls link - link resepi yang Noreena share dalam blog dia.

Jom baca jawapan-jawapan ikhlas by Noreena Rosdi.  Kita bubuh gambar dia sikit baru ampa tau sapa dia ampa duk cakap ni.


Apakah jenis-jenis kueh/kek/manisan yang ampa terima?  Ada tak jumlah maksima untuk order?
Ini adalah contoh kueh raya yang kami buat  :
  • Tart Blueberry
  • Tart Nenas
  • Tiramisu
  • Millenium
     
  • Crip-crip
  • Semprit Special
  • Almond London
  • Chocolate Conflake
  • Almond Chocolate
  • Mazola Cookies
Kek yang kami sediakan:


  • Red Velvet Kek/ cupcake
  • Choc Moist Kek/ cupcake
  • Carrot Kek/cupcake
  • Vanilla Kek/cupcake
  • Rainbow Kek/cupcake
  • Karamel Kek
  • Banana Kek
  • Butter Kek
  • Cheesecake : Heavenly Cheesecake, Blueberry Cheesecake & New York Cheesecake.
Jumlah maksimum untuk order ialah 2000 cupcake/ 10 biji kek untuk satu-satu event.

Kalau nak order kena order berapa hari sebelum?  Ada tempoh minima tak?
Seboleh-bolehnya kami mintak customer order 1 minggu sebelum tarikh ambil, cuma kalau ada yang nak buat untuk kenduri kawin atau event2 yang besar lain maka kami mintak 1 bulan since kami nak prepare quotation untuk harga & sebagainya.

Harga kek ampa semua ranging dari berapa ke berapa?
  • Kek yang melibatkan coating macam red velvet kek,  choc moist kek,  carrot kek kami charge RM60.
  • Kek biasa macam banana pistachio kek,  butter kek special & karamel kek kami charge RM45.
  • All types of Cheesecake &rainbow kek kami charge RM70.
  • Kalau boleh kami nak maintain harga dari RM45-RM70.  Harga mampu beli sambil kek yang sedap.


Ada tak kenangan manis apa-apa?  Buat cake untuk VIP ka apa ka selain Jumie Samsudin (HAHAHAH boleh?)  (Saja nak tambah....laki kami semalam jahat dia kata  "Kek cheese ni gila sedap......mesti la dia buat sedap....sebab nak bagi ang makan....kalau tak ang nanti kutuk dia"  hahaha sila abaikan laki kami ser gemok itu.
Selain dari DIVA Jumie & sominya Encik Khafi..hehehe..kami terharu okeh laki ampa kata sedap walaupun ramai yang kata sedap tapi haruslah komen sedap mai dari pihak DIVA kami..:) tenchu Jumie sudi makan kek kami.



Event besaq setakat ni yang kami buat untuk Gathering VGMC yang melibatkan Jutawan-jutawan dari Penang seperti Fahrin & Dr Koay.  Inspired jumpa depa-depa yang jadi jutawan pada usia yang muda.


Event-event lain banyak dari birthday party.  Kami ada jugak buat hamper untuk customer Maybank Islamic,Penang.


Kenangan manis bila everytime orang makan kek/kuih yang kami sediakan nie,orang kata sedap dan murah. Kami rasa puas dengan apa yang dapat berikan pada customer..:). Antara lain, ada pihak di Kuala Lumpur yang sanggup kami pos kuih/kek melalui bas or pos untuk dapat kek kami. Itulah antara kenangan manis yang kami dapat share.


Ada tak nak buat mini baking class?  Kalau ada sapa sapa berminat ka?  Boleh?

Buat masa sekarang nie kami tak dapat buat lagi baking class memandangkan kek-kek/kuih/hamper yang kami terima sangat banyak.

Insyalallah kedepan-kedepan nie ada kelapangan masa,kami akan buat tapi bukan tahun nie.

Sebenarnya blog kami wujud atas permintaan ramai yang nak kami buat kelas baking. Untuk tak mengampakan permintaan ramai,  kami post resepi-resepi yang depa boleh buat dirumah dengan tunjuk ajar secara detail dari kami. Buat masa nie,itu ja yang kami mampu bagi balik pada customer & orang ramai.


Sapa sini gila isin suka masak kueh and kek banyak-banyak kat rumah bagi laki and anak-anak makan sampai gemok.  Jom try resepi-resepi dari Noreena Rosni from Bake With Love.



 


 





















Gelang Sharifah Aini


U olls semua,

Seorang anak ayam i telah pergi mengerjakan umrah di tanah Makkah.  Alhamdulillah,  sangat sangat untuk beliau dan seisi keluarga.  So lepas selesai all the ibadah.  Beliau dan keluarga jalan-jalanlah beli barang-barang buah tangan untuk keluarga di sahabat handal di Melesia ini.

Anak ayam i niat nak beli gelang tangan kat i.  So dia jumpa la satu kedai gelang ni.  Dia tanya kat abang penjual tu yang berbangsa Arab

"You have big size?"  tanya anak ayam akak itu.

"Yes...how big?"  tanya mat Arab itu.

"Big...bigger...biggest,'  kata anak ayam akak feeling latihan bahasa Inggeris KBSM.

"Big......yes...Sharifah Aini big?"  tanya mamat Arab itu.


GITUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!  Anak ayam akak itu tersentap apabila nama bunda ratu Sharifah Aini terkenal hingga ke negeri Arab.  Lantas dia membeli gelang size Sharifah Aini itu untuk akak.

Sekian,  i love u olls.

Jumie Samsudin

Resepi Daging Cicah Ayak Asam

Hello u olls,

Hari ini i nak share dengan u olls resepi membuat sajian makan ala-ala kampung iaitu daging rebus bersama air asam.  U olls pastinya akan rasa macam teruja sangat melihat sajian yang terpampang dalam gambar-gambar di bawah kerana bila sebut air asam saja pun,  orang Melayu kita akan terasa macam air liurnya tiba-tiba mencair. 

Sajian ini adalah mudah dan sangat sedap u olls.  Alternatif kepada kita yang feeling nak makan benda berlemak dan berkari sahaja setiap hari.  Resepi yang saya bagi ni adalah sangat simple and sapa-sapa pun boleh buat kat rumah.  Tak memerlukan badan-badan yang sofistikated kan.  Why not? Sekali sekala tukar selera.

 Resepi Daging Cicah bersama Ayak Asam



Bahan-bahan A  :
2 orang anak ayam untuk dijadikan pembantu dapur.  

HAHAHAHA kan????????????????

Bahan-bahan untuk merebus daging  :
1 kilo daging lembu yang telah dipotong (ikut selera nak tebal ke nipis ke)
Batang serai
Daun pandan
Halia
Bawang
Garam secukup rasa

Cara-caranya  :
  1. Rendamkan daging yang telah dipotong dan dibasuh dalam air sampai tenggelam.  Masukkan bahan-bahan yang disebut di atas.  
  2. Buka api kecik sahaja.  Dan biarkan daging rebusan ini masak untuk lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.  Jangan bukak api kuat kerana suhu yang panas akan membuatkan daging menjadi liat.


Bahan-bahan membuat air asam  :
Jus asam jawa (Kalau nak guna yang Adabi punya pun boleh)
Bawang merah di potong dadu
Tomato dipotong dadu
Cili padi dihiris
Garam
Gula
Belacan dibakar
Kerisik

Cara-caranya  :
  1. Kacau jus asam jawa dengan bahan-bahan yang disebut di atas.  Lagi pekat lagi best.  Garam dan gula pandai-pandailah ampa ejas rasa dia bagi meletops. 
 

Begitulah the simple resepi.  Sedap dimakan bersama nasik putih.  Side dish buat pilah apa-apa pun.  I buat kerabu nanaih resepi Mama Regina.


Sekian,  selamat mencuba.

Last but not least,  terima lah pose meletops daripada Danie Armizi yang kata "U bubuh tau gambar i dalam blog u!  I pun nak popular jugak," 

OVERNYA DENI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...