27.6.12

Bake with Love by Noreena Rosdi

Hello u olls semua,


Sapa perasan ada banner besak kat atas blog akak yang tunjuk gambak kuih-kuih ni.  Biasalah...nak dekat raya ni.  Nenjiaa...ramai duk mai antak sample kat office akak untuk buat komen dan promote dalam blog ni.  Hanya yang betui betui meletops akan ditulis dalam blog ni ya.



So hari ini,  akak bukan nak promote semata-mata pasai juai jaui kueh raya ni.  Akak nak share dengan u olls,  tapi akak nak promote u olls bukak blog kawan akak ni nama dia Noreena Rosdi (Ex Georgian - Batch Kak Faezah Pelari).   Dia ada buat satu blog bertajuk "Bake With Love".  Blog ni bukan semata-mata platform untuk Noreena menjual kueh mueh dan keknya tapi dia juga share dengan kita resepi-resepi nak buat kek ni semua u olls.  So haruslah u olls check it out!!  At the end of this article akak akan share dengan u olls link - link resepi yang Noreena share dalam blog dia.

Jom baca jawapan-jawapan ikhlas by Noreena Rosdi.  Kita bubuh gambar dia sikit baru ampa tau sapa dia ampa duk cakap ni.


Apakah jenis-jenis kueh/kek/manisan yang ampa terima?  Ada tak jumlah maksima untuk order?
Ini adalah contoh kueh raya yang kami buat  :
  • Tart Blueberry
  • Tart Nenas
  • Tiramisu
  • Millenium
     
  • Crip-crip
  • Semprit Special
  • Almond London
  • Chocolate Conflake
  • Almond Chocolate
  • Mazola Cookies
Kek yang kami sediakan:


  • Red Velvet Kek/ cupcake
  • Choc Moist Kek/ cupcake
  • Carrot Kek/cupcake
  • Vanilla Kek/cupcake
  • Rainbow Kek/cupcake
  • Karamel Kek
  • Banana Kek
  • Butter Kek
  • Cheesecake : Heavenly Cheesecake, Blueberry Cheesecake & New York Cheesecake.
Jumlah maksimum untuk order ialah 2000 cupcake/ 10 biji kek untuk satu-satu event.

Kalau nak order kena order berapa hari sebelum?  Ada tempoh minima tak?
Seboleh-bolehnya kami mintak customer order 1 minggu sebelum tarikh ambil, cuma kalau ada yang nak buat untuk kenduri kawin atau event2 yang besar lain maka kami mintak 1 bulan since kami nak prepare quotation untuk harga & sebagainya.

Harga kek ampa semua ranging dari berapa ke berapa?
  • Kek yang melibatkan coating macam red velvet kek,  choc moist kek,  carrot kek kami charge RM60.
  • Kek biasa macam banana pistachio kek,  butter kek special & karamel kek kami charge RM45.
  • All types of Cheesecake &rainbow kek kami charge RM70.
  • Kalau boleh kami nak maintain harga dari RM45-RM70.  Harga mampu beli sambil kek yang sedap.


Ada tak kenangan manis apa-apa?  Buat cake untuk VIP ka apa ka selain Jumie Samsudin (HAHAHAH boleh?)  (Saja nak tambah....laki kami semalam jahat dia kata  "Kek cheese ni gila sedap......mesti la dia buat sedap....sebab nak bagi ang makan....kalau tak ang nanti kutuk dia"  hahaha sila abaikan laki kami ser gemok itu.
Selain dari DIVA Jumie & sominya Encik Khafi..hehehe..kami terharu okeh laki ampa kata sedap walaupun ramai yang kata sedap tapi haruslah komen sedap mai dari pihak DIVA kami..:) tenchu Jumie sudi makan kek kami.



Event besaq setakat ni yang kami buat untuk Gathering VGMC yang melibatkan Jutawan-jutawan dari Penang seperti Fahrin & Dr Koay.  Inspired jumpa depa-depa yang jadi jutawan pada usia yang muda.


Event-event lain banyak dari birthday party.  Kami ada jugak buat hamper untuk customer Maybank Islamic,Penang.


Kenangan manis bila everytime orang makan kek/kuih yang kami sediakan nie,orang kata sedap dan murah. Kami rasa puas dengan apa yang dapat berikan pada customer..:). Antara lain, ada pihak di Kuala Lumpur yang sanggup kami pos kuih/kek melalui bas or pos untuk dapat kek kami. Itulah antara kenangan manis yang kami dapat share.


Ada tak nak buat mini baking class?  Kalau ada sapa sapa berminat ka?  Boleh?

Buat masa sekarang nie kami tak dapat buat lagi baking class memandangkan kek-kek/kuih/hamper yang kami terima sangat banyak.

Insyalallah kedepan-kedepan nie ada kelapangan masa,kami akan buat tapi bukan tahun nie.

Sebenarnya blog kami wujud atas permintaan ramai yang nak kami buat kelas baking. Untuk tak mengampakan permintaan ramai,  kami post resepi-resepi yang depa boleh buat dirumah dengan tunjuk ajar secara detail dari kami. Buat masa nie,itu ja yang kami mampu bagi balik pada customer & orang ramai.


Sapa sini gila isin suka masak kueh and kek banyak-banyak kat rumah bagi laki and anak-anak makan sampai gemok.  Jom try resepi-resepi dari Noreena Rosni from Bake With Love.



 


 





















No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...