22.6.12

Bekas Kekasih Mengganggu Emosi dan Peradaban Rumah Tangga

Dear Kak Jumie,

Saya nak meluahkan rahsia yang dah lama saya simpan. Kisahnya begini. Saya dah suami belajar di IPTA yang sama. Kami telah bercinta dan berkahwin. Sebelum kami bercinta saya telah berkawan rapat dengan rakan lelaki sekelas yang saya namakan A.


Saya dan A teramatlah rapat sehingga rakan sekelas menyangka kami berpacaran. nSaya tidak meyangka bahawa A juga berfikiran yang sama. Sementelah saya pula memang sedari mula hanya menggangap dia hanya kawan biasa.

Dalam masa yang sama saya memang menyimpan hati pada suami. Tahun dua pengajian A telah meluahkan hasrat untuk kami ber'couple'. Oleh kerana terlalu terkejut dan marah saya telah mendiamkan diri dan cuba mengubah topik setiap kali A cuba membincangkan topik tersebut.

Malangnya perkara tersebut telah merenggangkan hubungan kami. Selepas itu saya dan suami menjadi rapat dan bercinta. Dipendekkan cerita kami pun berkahwin dan bahagia dengan seorang bayi perempuan yang comel.

A juga telah berkahwin dengan pilihan hatinya. Saya merasa amat gembira untuknya. Untuk pengetahuan Kak Jumie, saya, suami, A dan isteri A bekerja di pejabat yang sama. Isteri A amat mesra dengan saya dan tidak mengetahui kisah kami dahulu. Namun saya tidak pernah bertegur sapa dengan A.


Mungkin Kak Jumie mendapti tiada apa masalahnya, tapi apabila kami perlu bekerjasama (saya dan A), A telah mengungkit kisah lama kami dan masih tidak berpuas hati kenapa saya tidak menerima cintanya dahulu dan mendakwa saya mempermainkan perasaanya. Saya tiada jawapan untuknya.

Lebih menduka kan saya, apabila kami perlu bermesyuarat berdua, A telah memegang tangan saya dengan erat walaupun dimarahi saya. Saya tidak berani memneritahu suami kerana A dan suami berkawan baik. Saya tidak mahu mereka bergaduh.. Bantulah saya Kak Jumie.

Yang benar,

isteri sedih




U OLLSSS!!  Meremang bulu roma membaca emel yang akak terima ini.  Cepat-cepat akak edit dan publish keesokan harinya sebab who ever yang send soalan ini,  u olls kena cepat-cepat amik tindakan yang sewajarnya.  Tapi yang peliknya,  punya kuat jodoh ampa empat orang,  boleh pulak dapat kerja semua sekali satu tempat!!!  Kebarangkalian yang sangat rare.

Siriesly.  U olls dalam keadaan bahaya.  I oll tak pasti sama ada suami u olls tau atau tidak tentang hubungan lalu antara u dan A tetapi i think he should know,  and the fact that si A berani pegang tangan u olls itu adalah sangat membahayakan.  Tak kisahlah dia baik dengan suami u olls atau tidak,  tapi kalau dia baik dengan suami u olls tapi berani nak PEGANG tangan isteri kawan baik dia....ITU ADALAH JANTAN CELAKA YANG TAK TAU NAK RESPECT RUMAH TANGGA ORANG.  Cuba orang pegang tangan bini dia pulak macam mana?

Akak harap hang membaca emel akak ini dan mengambil tindakan pantas untuk memberitahu apa yang u olls hadapi ini dengan suami u olls.  Yes,  u kena cakap dengan suami u olls.  Bak kata kawan akak Asmaa yang sama-sama membaca emel ini,  dia kata "Baik hubungan persahabatan suami u olls dan si A tu terputus daripada tali perkahwinan u olls dan suami retak seribu."

Ini adalah kerana,  kalau dia dah berani pegang tangan u olls dalam office,  entah apa pulak yang akan dibuat olehnya lepas ini.  Kita ni perempuan.  Memang kita lemah.  Kalau setiap hari kita disogok dengan pelbagai gangguan oleh si A,  takut kita tak cukup kuat dan terjerumus dalam kancah fitnah yang mungkin akan tersebar dalam office u olls itu.  INGAT YA....U OLLS TU SEMUA SATU OFFICE!!

Jangan rasa u olls kuat sangat nak tampung sorang-sorang.  Jangan jadi macam pelakon sinetron Indonesia,  hari-hari kena naya dengan orang jahat,  tapi tak amik apa-apa tindakan untuk bela diri sendiri.  Duk hadap Allah semayang dan doa tunggang tebalik sambil menangih keluar ayak hidung semua.  Kita pun dah belajar dalam pelajaran akhlak Pendidikan Islam dulu kan?  Allah hanya akan membantu hambanya yang berusaha,  berdoa dan bertawakal.  Ini usaha takdak....duk doa ang tawakal saja.  Feeling sangat.

Sekian sahaja.  Selamatkanlah rumah tangga u olls sebelum dibadai fitnah.  Jangan takut dengan bayang-bayang.  U olls tak salah apa pun.

ps/  Takmau consider untuk tukar tempat kerja ka?

Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. setuju dgn jumie.. syurga di bawah tapak kaki suami :)

    ReplyDelete
  2. "Duk hadap Allah semayang dan doa tunggang tebalik sambil menangih keluar ayak hidung semua"


    hahahahahah...jumizah samsudin saiko!! hahahaha...
    *hilang tension di pagi hari*

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...