13.6.12

Dear Kak Jumie : Bercinta dengan Suami Orang

U olls, 

k nak tanya soalan yang agak gila tahap nak bunuh diri sendiri.

Saya telah termengenali seorang laki orang.  Dia ok baik, ambik berat, jaga akhlak semua la.  Dia nak kawen dengan saya.

Saya ok ja bab nak poligami ka apa ni.  Takdak diskriminasi ka pandang serong ka memang takdak.  Ok la dia ok.  Family dia ok boleh terima sebab kak dia pun ada kawen laki orang.  Bini dia pun boleh terima sebab abang-abang bini dia ada la dua tiga orang kawen dua dan ada sorang abang dia kawen 4.  So ni bukan masalah la pada dia sebab abang2 dia yang kawen banyak tu semua ok ja.  Siap bawak empat2 bini sekali kalau kenduri belah dia. so bab belah bini dia setel. anak dia dua orang ok boleh terima sebab pakcik2 depa pun ramai yg kawen banyak. takdak la terkejut badak ka marah ka memang takdak.

masalah besarnya keluarga saya. saya anak dara. takkan depa nak bagi kawen dengan laki orang. tua sikit pulak tu (tak la tua gayut). mati hidup semula pun depa takkan bagi. dah la dalam adik-beradik pompuan saya paling cun (bukan perasan tapi orang kata!). putih, tinggi, pelajaran pun ada.

serius saya tak berani nak bagitau family. mau kena pancung dengan makpak. laki tu tak kisah nak kawin cara elok. belah dia semua takdak masalah. tapi mesti family saya akan reject. so dia ajak kawen kat sempadan.

saya takmau. walau saya sayang dia, saya tetap sayang family saya. takmau la conteng arang kat muka makpak saya. dah la ayah tu pak bilal. kadang2 jadi imam gak. celah mana dia nak letak muka kalau saya buat lagu tu.

soalan saya. macam mana saya nak mintak putus dengan laki orang tu. dia memang sayang gila dengan saya. banyak gak saya tolong masa dia susah dulu. bini dia tak keja. tapi saya takmau kawen lari. saya takut malukan family. saya takut nanti anak saya buat hal nanti. saya takmau mak saya nangis sebab kecewa dengan tindakan saya. bau syurga pun saya tak dapat. kot2 mak meninggal masa tengah kecewa tu. sah2 saya boleh terhumban ke neraka.

apa perlu saya kata pada laki tu? nak pisah cara baik dan yg dia boleh terima. dia taknak kehilangan saya. tapi saya taknak kehilangan family saya. apalah guna saya dapat kekasih hati tapi dibuang keluarga. boleh meroyan ok. beranak takdak orang nak bela. sakit pening takdak sapa nak jenguk. kot susah ka masalah duit ka nak mintak tolong sapa. kalau laki menongkat langit takpa la. tapi kot2 umur dia tak panjang, mana saya nak lari. nak mintak tolong sapa. kalau sempat baik dengan family takpa la. tapi kalau dia pergi masa hubungan tu tengah panas, tengah tengah tegang. perlu ka saya melutut nak balik pada keluarga.

maaf la. ni sendiri cari masalah. saya nak pandangan/kata2 yang boleh saya bagi pada laki tu ja. sebab dia tak boleh kehilangan saya dan amat2 sayang pada saya. yala masa susah dulu bini dia kata macam2. padahal makan pakai rumah semua  laki tu dah setelkan. cuma tak mewah macam masa senang dulu la. dah tawar hati tu la tambah dia bengang la bini dia buruk2kan dia depan keluarga masa susah dulu.

memang masa dia susah saya banyak tolong. dia cari keja baru semua saya yang tolong dia buat modal. duit minyak kereta makan minum dia saya hulur la sikit. tapi makan biasa2 ja la. tu ja yg mampu. tak la mewah2.

dia nak balas budi la dengan buat saya jadi isteri sebab dia dah mampu. saya rela jadi bini no 2 tapi tak rela kawen sempadan. saya nak cara elok pak sendiri yg jadi wali. tapi family saya konfem akan reject laki orang. pantang tok nenek family saya kawen laki orang. boleh jadi bahan keji 7 keturunan. T____T

Yang benar,
Miss Anne
GITUUUUUUUUUUUUUUUUU!  Poligami yang diwarwarkan dalam media ni semua saja nak bagi sedap mata memandang saja.  Tapi hati hati yang menanggungnya,  wallahualam.

Hello u olllsss!!

Akak nak cakap satu saja mula mula sekali.  TAKDAK PENYAKIT....JANGAN DUK CARIK PENYAKIT.  Kawen dengan anak teruna pun macam macam masalah duk mai,  inikan pulak kawen dengan laki orang yang dah anak beranak pinak semua.  Masa cinta memang la semua elok.  Tahi dan kentut pun bau semerbak mawar.  Nanti lepaih kawen,  tak tau la apa nak jadi semua. 

U olls tak perlu takut atau teragak-agak untuk memutuskan hubungan ini.  U are doing the right thing babeh.  U boleh cakap melalui telefon,  emel dia ataupun jumpa dia terus untuk bagitau benda ni.  Tapi kalau nak pi jumpa dia.  Make sure u olls bawak teman.  So that kalau apa-apa jadi,  u olls ada back up plan.  Kalau boleh family members lagi bagus.  Tapi since u olls kata your family semua tak tau pasai hubungan u olls ni,  so its not a good idea. 

U olls tak perlu pikiak susah susah macam mana nak putuskan hubungan ini.  Senang sahaja u olls.  Tapi soalnya sekarang,  u olls nak buat ke tak? 

Dah berkali-kali akak ingatkan kepada wanita-wanita sekalian yang membaca blog akak.  Bercinta tak sama macam kawen u olls.  Dalam perkahwinan,  ianya umpama satu perjudian.  Kadang kala kita untung.  Kadang kala kita rugi.  Tapi bila kita nak letak 'bet' atau 'pancing' judi kita tu,  make sure kita bubuh 'bet' yang bagus punya.  So kalau kita rugi pun,  kita rugi dengan rasa hati yang puas.  Jangan letak pada 'bet' yang sah sah kita nampak tak boleh bawa kebaikan.

U olls,  dalam kes u olls ini,  memang dah sah sah sangat nampaknya lelaki itu bukanlah bet yang bagus.  Yang pertama,  apabila dia jatuh dan gagal memberikan keperluan yang secukupnya untuk keluarga dia sendiri,  instead of usaha sendiri untuk terus maju...dia mai mintak tolong perempuan lain?  Aiyoooooooooooooo!!  Ni semua alasan u olls. 

So macam mana nanti kalau u olls dah kawen dengan dia.  U olls pun dah ada anak semua.  Pastu dia pun business tak berapa bagus ka apa semua.  So apa dia nak buat??? Pi carik perempuan lain untuk mencari sesuap nasik?  GITU?  Akak bukan nak sangka buruk tapi siriesly akak tidak percaya kepada poligami.  Poligami memang dihalalkan dalam agama kita,  tapi soalnya siapa laki zaman sekarang yang boleh berpoligami dengan seadil-adilnya mengikut ketentuan syarak u olls.  Time tu,  u olls dah jadi isteri dia,  tak boleh senang-senang nak pi mengadu kat family u olls ya kalau dia tak berlaku adil,  time tula ayah u olls yang Pak Lebai itu akan membaling kasut ke muka u olls sambil berkata "Aku dah cakap dulu...hang jugak gedik nak kawen dengan laki orang kan?"

U olls tak perlu pikir teruk-teruk tentang macam mana nak putuskan hubungan u olls dengan laki orang itu.  U just buat apa yang sepatutnya u olls buat.  And seterusnya,  u olls mulakan hidup baru.  Semua orang di dunia ini berhak untuk mendapat peluang kedua dalam hidupnya.  Begitu jugak u olls.  So macam mana lelaki tu nak terima perpisahan ini,  ITU BUKAN MASALAH U OLLLS!!!  ITU MASALAH DIA!!  Pasaipa u olls yang over nak kena pikiak untuk dia.  Wanita diberikan 9 nafsu dan 1 akal.  So gunakanlah akal yang satu itu sebaik-baiknya. 

Sekian sahaja.  Akak boleh berleter lebih panjang.  Tapi bagi akak,  enough said la darling.  Cerita panjang-panjang pun,  belum tentu hang nak ikut.  Pendek cerita,  kalau hang nak tau apa yang akan jadi lepas kawen dengan laki orang tu,  TAKE THE RISK BABEH and tell us the story.

Love,
Jumie Samsudin

7 comments:

  1. "kalau hang nak tau apa yang akan jadi lepas kawen dengan laki orang tu, TAKE THE RISK BABEH and tell us the story.".. fuuuh.. ayat bise nok oiii... even aku x bercinya ngan laki org, kami pun trase pedas nye.. cousin zara sorang pn kawen ngan laki org.. family kite org sume x tau kecuali zara aje sebab papehal kalo die gadoh ngan laki dia, dia carik zara. Mak dia siap cakap kalo nk sgt kawen ngan laki org tu, tunggu dia mampuih dulu br bley kawen. Boleh? So now depa ngah hangat bontot xtau camna nk pi habaq kt mother cousin i. jenuh da nasihat mase belom kawen dulu, now bile da kawen baru tau seksa jadi bini no.2.. duit nafkah x pernah nak cukup, tanggung saket ati sebab bini tue slalu carik pasai.. adeh.

    conclusionnye, kawen ngan laki orang ni cam mencarik masalah yang sengaje dicarik.Sekian.

    p/s: kak oi, recepi nasi arab mana? dok tunggu smpai leleh air liuq... =)

    ReplyDelete
  2. serius oprah..
    nanges iolls baca lebih2 lagi iolls bru kena tinggai dek si dia yg ngah kemaruk ngan org lain..
    sabaq2~

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Aku ni single, educated and financially ok. Rupa pun boleh tahan. I am also in my 30s. I just broke up with someone who cannot provide apalagi nak protect aku. Woman! Wake up ok. You deserve a better man. Bukan standard ka apa, tapi kalau basic pun takdak pastu nanti hang dok tanggung dia dan bini dia belah sana pulak. Mampukah menanggung future heartaches? Awat takdak ka orang lain nak dicintai? Why you want to be with someone who does not belong to you and has been spoken for. Leave him and move on girl. You can do this because you are born to be strong ;)

    ReplyDelete
  5. Jumie...

    artikel ni macam baling batu sebijik kena kat dahi i...huhu..terima kasih la pada yang bertanya tu. beza sikit sebab laki orang tu..berkemampuan...tapi masih iols tak berapa nak pecaya...takut satgi time sakit takdak orang nak bawak pi spital ka apa ka...payah laki orang ni...takdak masa sedia! tq again jumie... :)

    ReplyDelete
  6. ermmm... dalam dilema... org cakap madu ni mcm - mcm.. hmm

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...