11.6.12

Kecing Dalam Kole

Pada suatu hari,  akak didatangi oleh seorang student Soc Sc.  Nama dia Yati.  Deni suka mai kacau akak kat office.  Bila dia nak pi kelas atau balik dari kelas.  Dia akan mai singgah dan tanya macam-macam soalan serr.  Kawan-kawan dia lain tak berapa berani nak lepak kat depan akak,  apatah lagi nak buat juah (kurang asam).  Tapi deni style over confident.

Satu hari tu,  dia mai lepak depan akak lagi.  Akak tak layan dia.  Akak kusyuk buat kerja editing buku panduan dan segala maknena kerja lain kat office akak ni.  Pastu dia tanya,

"Kak Pet...boleh tak ajar saya jalan macam mana nak kumpul RM8k dalam masa dua tahun,"  dia suka panggil akak Kak Pet sebab akak suka panggil dia Pekpek (vagina).

"Hang nak buat apa duit banyak macam tu?"

"Mana boleh bagitau...."

"Kalau ang tak mau bagitau...aku tak mau bagitau macam mana nak kumpul duit sebanyak tu dalam masa dua tahun,"  kata akak terus kepada Yati.

"Nih...Kak Pet.  Tok sah duk pemohong.  Tengok muka pun tau.  Kak Pet bukan ada idea pun.  Saja nak pancing saya suruh bagitau saya nak buat apa dengan duit tu.  Saya belajaq 'human behaviour'  saya tau Kak Pet nak pekena saya,"  jawab Yati dengan juahnya.

Kurang asam budak ni tau. 

"Hang tak bagitau aku nak buat apa dengan duit tu.  Macammana aku nak tolong hang.  Bagitaulah hang nak duit tu untuk apa.  Mana tau aku ada jalan untuk pi carik duit tu untuk apa,"  jawab akak.  Akak tau la student ni kalau nak pakai duit banyak ni.  Mesti tengah feeling nak pi exchange student kat mana-mana Europe ka.  So kena la carik duit poket sendiri.  Tapi tak taula deni duk merapu apa.  Cara dia jawab ni macam meragukan.

"Tak boleh....saya tak boleh bagitau Kak Pet.....kalau bagitau...habihlaa saya...."  jawab Yati yang tetap nekad hendak merahsiakan tujuan dia menyimpan duit itu.

"Okay....aku ada satu akai..." jawab akak kepada Yatie....

"Apa dia?"  kata Yati dengan wajah teruja katak.




"Hang kencing dalam kole.  Hang simpan ayak kencing hang dalam seminggu.  Pastu hang minum.  Konfem hang akan kena jangkitan kuman kat buah hati dan pengkries.  Pastu hang bubuh gambar hang kat blog dan Facebook.  Bubuh no akaun hang sekali.  Nenjiaa...satu Melesia nanti mai antak derma kat ang....tak sampai 1 tahun hang boleh dapat RM800 ribu teruih,"  jawab akak ke muka Yati.

Yati tersengap dan teruih keluak dari bilik akak.

ps/  Marilah kita berdoa agar Yati tidak ikut apa yang akak sarankan kepada beliau.

5 comments:

  1. STAIILLLL.. akak memang lejen dlm menjawap persoalan student.. hahahah

    ReplyDelete
  2. hahahaha , adeh , keras perut cheq gelak aihh :p

    ReplyDelete
  3. hahaha yati yati kesian kat ang, kan dah kena, nak meghapu dgn kak jumie kann..hahahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...