14.6.12

Kongsi Rahsia U Olls : Budaya Membungkus Makanan Balik Rumah

Hello Kak Jumie,

Hari ini saya nak kongsi rahsia dengan Kak Jumie.  Please share artikel saya ini di dalam blog kakak yang hot ini.  Sebenarnya saya nak luahkan rasa tak puas hati saya kepada makcik-makcik office yang tersangat-sangat annoying.  Apa yang membuatkan mereka sangat annoying?  Iaitu mereka suka membungkus makanan bawak balik rumah.

Saya pasti semua kita yang kerja kerajaan macam saya mempunyai rakan makcik-makcik yang macam ni.  Dekat USM saya tak tau la macam mana kan? 

Masa saya mula-mula masuk kerja (5 tahun yang lalu),  mama saya selalu pesan.  "Kau nanti kalau dah kerja office.  Jangan suka membungkus makanan kat office tu bawak balik rumah.  Macam orang kebulur.  Macam aku tak bagi kau cukup makan.  Kalau diorang dah bungkus siap-siap kat kau,  ataupun memang ada banyak baki,  taknak membazir,  baru kau ambil.  Jangan buat malu mak je,'  kata mama saya.  Saya tinggal dengan mama saya sampai sekarang.   Nanti dah kawen baru saya akan pindah duduk menyewa dengan suami saya :p

Mama pun dulu kerja kerajaan.  Memang mama jarang bawak balik makanan dari office.  Mama kata,  abah pesan kat dia,  jangan suka membungkus makanan bawak balik rumah sangat.  Nanti orang ingat,  suami tak bagi cukup makan kat rumah.


Alhamdulillah,  walaupun mama jarang bawak balik makan dari office.  Kami adik beradik tak pernah pun kebuluran.  Makan kat rumah ni sentiasa cukup untuk kami 4 beranak. 

Saya nak memulakan umpatan saya yang pertama.  Kat office saya ni ada satu kakak ni.  Dia dah 40s.  Jawatan kerani.  Setiap kali ada jamuan kat office,  sebelum orang ramai datang makan.  Dia dah datang tengok lauk pauk yang disajikan.  Terkadang itu,  kalau mendapat green light daripada pegawai,  dia akan bungkus siap-siap makanan itu sebelum orang lain datang menjamu selera.  Ramai kawan-kawan tak puas hati dengan dia.  Tapi tak berani nak suarakan perkara ini kat dia sebab semua orang hormat kat dia yang lebih dewasa dari kami.

Lebih menyedihkan,  dia memang standby bag plastic,  getah sayur dan tupperware kat meja dia.  So,  memang senanglah dia nak membungkus makanan nanti.  Sungguh profesional.

Kawan saya pernah cerita kat saya,  kadang-kadang makanan yang dijamukan memang habis,  so memang dah takdak baki untuk dia bawa balik.  So dia akan maki hamun dan marah kepada caterer yang datang mengemas.  Perlu ke macam tu? 

Saya tengok kakak tu,  takdak la miskin sangat.  Orang kerja kerajaan,  semuanya hidup senang kan kakak?  Dia pakai kereta Honda.  Rantai emas besar-besar.  Tapi kenapa dia begitu rakus dalam aktiviti membungkus makanan balik ke rumah.  Dia malas masak ke?  Dia nak save budget untuk simpan duit dan beli emas besar-besar ke?  Ataupun suami dia tak bagi duit bulanan kat dia.  Saya dengar,  anak-anak dia semua kerja hebat-hebat.  Ada yang kerja engineer.  Ada yang kerja pilot.  Diorang jadi pilot and engineer ni semua sebab makan makanan bungkus dari office ni ke kakak?

Itulah luahan hati saya untuk kakak.  Saya sangat suka kakak buat ruangan Kongsi Rahsia U Olls ini.  Sebab saya pasti,  kawan-kawan lain pembaca tegar belog Jumie Samsudin ni pasti ada benda nak dikongsikan tapi malu nak bagitau siapa dirinya.  Terpulang kepada akak nak komen isu saya ni atau tidak,  tapi saya nak pesan kepada semua kawan-kawan yang kerja kerajaan macam kita ni kak  :  BUANGLAH BUDAYA MEMBUNGKUS MAKANAN BAKI JAMUAN KAT OFFICE BALIK KE RUMAH.  TAK SALAH PUN.  TAPI JANGANLAH SAMPAI ORANG RASA ANDA ORANG KEBULURAN.

Yang benar,

Gadis Kerja Office Kerajaan
Seri Kembangan

ps/  Kennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....akak sedikit sentap u ollsss!  Akak pun suka membungkus jugak makanan sejak dah kawen ni.  Yela u olls,  sebelum kawen memanglah u olls tak gaduh nak masak apa semua.  Dah kawen baru u olls tau macam mana.  Tapi apa pun,  thank you for sharing this with us.  VERY VERY VERY TRUE AND FUNNY! - Jumie Samsudin

7 comments:

  1. salam. kat opis saya dulu pon rajin je aktiviti gini. tapi tak jadi isu sebab kami semua tolong bungkus. kadang2 siap bagi2 agih2 kat mereka2 yang tak sempat nak bungkus. hehehe :)

    ReplyDelete
  2. hehe kat opis ni dulu pun ada sorang kakak pesen cegitu... orang belum start makan lagi dia dah siap nak tapau... adehla...
    semoga kita semua tak tegolong dalam golongan yang macam tu ye jumie... ;D

    ReplyDelete
  3. akak rasa klu bungkus selepas orang makan n byk makanan yg terlebih tak salah, sbb tak mo membazir.. tapi klu bungkus sebelum orang makan tak elok diamalkan utk kesejahteraan semua umat di ofis tersebut..boleh bikin hottt...

    ReplyDelete
  4. sma la macm kt opis kami pn.memang ada makcik2 yg akan dicop sebagai 'geng tapau'. pada pndapat sya, xslah kalau nk bgkus dripada biar makanan tu mmbazir. tp jgn la bgkus smapai x ingt kt org yg xsmpat nk makan lg. kan tamak haloba namanya tuu...hik3x!! peace now war :-)

    ReplyDelete
  5. species ni kami gelarkan "hantu bungkus", kat opis kami ni pun byk hantu jenis ni, kadang2 kita tgh mkn pun depa dok bungkus membungkus...boleh tersedak oooo, tp klu kami org bg pun kami xmau bwk balik sbb anak2 kami memilih sikit..yg peliknya, hantu bungkus ni mmg dah siap sedia ngan bekas plastiknya, mmg standby utk tapau punya!

    ReplyDelete
  6. kalau memang da lebih tak salah nak bungkus, kalau org blm makan dia dah bungkus dulu, amatlah memalukan, sepatutnya pegawai perlu tegur dia> tak baik dan sgt memalukan.

    ReplyDelete
  7. Bicara tentang makanan memang tidak ada matinya..
    Jika ada pembaca blog ini yang butuh Dus Makanan dapat mengunjungi Greenpack untuk menjawab kebutuhan Anda.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...