5.6.12

Parpu Telur Resepi Kak Edeh

Hello u olls semua, 

Hari ini pulak akak nak share dengan u olls resepi lauk yang merupakan feveret anak-anak mami dan mamu Penang iaitu parpu telur.  Parpu telur adalah lauk yang menggunakan kacang dhal / parpu dan dimasak dengan sediki rempah pastu bubuh beberapa bahan dan last sekali bubuh telur dalam tu.  Actually ala ala teknik French iaitu poached egg.  Kerlas orang Penang ya. 

Kalau betui betui anak Tanjung punya,  kalau sebut saja parpu telur,  secara automatik ayak liok depa akan terkeluak.  Terutama sekali Nonie Suliaman kawan akak yang kena food poison baru ni tiba tiba setelah selamat pulang dari Tunisia. 

Okay tak mau cakap banyak.  Jom kita tengok resepi cara-cara nak masak parpu telur.

Parpu Telur Resepi Kak Edeh



Bahan-bahan  :
600 gm kacang dhal rendam semalaman agar cepat empuk bila memasak
1 mangkuk kecil air asam jawa pekat
4 biji tomato masak
2 biji kentang dipotong dadu
200 ml santan pekat
3 camca makan serbuk kari daging
5 biji telur ayam
Garam secukup rasa

Bahan-bahan yang telah disediakan siap-siap.  Tapi the tomato,  actually akak potong 'wedges' empat belah sahaja.  Biak besak besak.  Sebab satgi dia lebur masuk dalam kuah,  dia akan hancur.
Telur gred AA yang telah dibasuh.

Bahan-bahan tumis darat :
Minyak masak
1 labu awang besar
2 biji Bawang putih
2 camca makan Halba campur
3 batang daun kari
5/6 batang Cili besar warna merah dan hijau (Sebenarnya guna cabai kering lagi meletops!!)

Bahan-bahan wajib dalam masak kari kari ni.  Mesti ada halba campur dan juga daun kari.

Cara-cara memasaknya  :
  1. Kalau dah plan nak masak parpu,  kalau boleh malam sebelumnya u olls dah rendam kacang dhal dalam ayak bagi dia cepat esok bila masak.  So kalau tak sempat macam i,  just rebus kacang dhal tu sampai separuh empuk. Macam mana nak tau dah separuh empuk,  amik kacang tu and try tekan dengan camca.  Kalau senang hancur tu,  gila dah lembik sangat la tu.

  2. And then,  dalam air rebusan yang sama.  Masukkan serbuk kari dan kacau.  Biar lagi mendidih agar rempah kari tu masuk dalam kacang dhal.

     
  3. Pastu masukkan kentang yang telah didadu. Biarkan sampai kentang masak.
  4. And then now kita boleh buat tumis darat.  Dalam kuali yang berbeza,  kita tumiskan bahan-bahan tumis darat yang akak tulis kat atas.  Biarkannya sampai wangi dan bawang tu semua dah kuning-kuning.  Lepas itu,  berhati-hati angkat kuali tu dan tuang semua minyak dan bahan-bahan yang ditumis ke dalam rebusan kacang dhal tadi.

  5. Lepas tu,  masukkan tomato and aiar asam jawa.  Kacau slow slow. 

  6. Pastu bubuhlah garam apa semua secukup rasa.  And then masukkan santan.  Perlahankan api ya puan-puan.

  7. Last sekali bila rasa semua dah okay,  bila kuah parpu kita duk wangi elok punya.  Kita pecahkan telur terus ke dalam kuah parpu kita.  Masukkan telur-telur ini di bahagian-bahagian yang berbeza agar telur tadi ada ruang untuk memasak.  And then,  biarkan sahaja.  Jangan kacau. 

  8. Biar dalam 5 mnit lagi,  so masaklah.  Makan dengan nasik panas dan juga papedom.  PERGHSSS!!!  Okay bye semua orang.


Selamat mencuba u olls!

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. mantop la jumie share resipi parpu..
    nanti jumie try share resipi dalca pulak.

    ReplyDelete
  2. dah buat dah!!Sedap!!!pakai multicooker lagi sebab kepala gas bocor..:p

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...