6.6.12

Pengalaman Berlakon Ulek Banda

Hello u olls semua,

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu maka tamatlah persembahan teater Ulek Banda yang akak ceritakan hari tu kat ampa semua.  Suatu pengalaman yang amatlah 'lain' daripada pengalaman berlakon teater Kasanova.  Apa yang lainya?

  • Teater ini adalah teater serius yang membawakan mesej tertentu.  Takdak nyanyi-nyanyi ataupun selingan adegan humor yang tidak penting.  Semua scene ada mesej yang penting.  Walaupun ada scene lawak,  tapi keseriusan tu masih ada.
     
  • Watak yang akak bawak ni adalah watak wanita 40an nak masuk 50an.  Wanita kampung.  Berniaga warung.  So,  memang 360 darjah terbalik daripada watak Regina Belle,  marhayam bandar yang kerjanya menyanyi kat club malam.  Akak ingat lagi,  masa mula-mula duk practice dengan Mamu (Abang Tapa),  akak tanya kat dia,  "Okay ka saya berlakon?"  Dia cakap "Semua okay...cuma Jumie kena slow down sikit tempo lakonan tu.  Jangan cargas sangat.  Sebab Kak Lijah ni wanita kampung,"  Kan...................so apa kena buat?  Masa hari berlakon dua hari tu.  Akak makan nasik 1 atau dua jam before show.  So akak akan rasa mamblat sikit.  Nak bergerak pun otomatik dia jadi slow.  HAHAHAHA.  Siriessss....
     
  • Pelakon-pelakon lain adalah pelakon berpengalaman dan matang.  Hanya akak dan Aimy yang very the 'muda' dalam teater ni.  Tapi kalau banding akak dan Aimy yang jadi Puteri dalam cerita ni,  akak jauh lagi 'muda' dari beliau.  Sebab Aimy dah ada banyak pengalaman sebagai anak pentas teater sama ada di depan tabir ataupun di belakang tabir.  So memang seronok berlakon dengan orang-orang yang berpengalaman dan matang.  Depa ajar akak macam-macam dan yang paling penting,  depa ni semua tak kedekut ilmu.
     
  • Kami berlakon bukan sebab target nak pecah panggung or ticket sold out.  Kami semua berlakon sebab nak menang pertandingan ini dan kami nak make sure setiap watak yang berlakon dalam cerita ini dapat pencalonan masa malam anugerah pertandingan teater peringkat negeri Pulau Pinang ni.  Akak harap kalau teater kami menang ataupun salah seorang pelakon dalam cerita kami ni menang anugerah apa-apa.
Watak-Watak


Abang Tapa,  Juara Cara Lama
Abang Tapa ialah the hero dalam cerita ini.  Dialah Juara yang membawa permainan ini ke kampung mereka.  Dia juga yang mengajar Seman,  anak muda  kampung itu untuk bermain Ulek Banda mengikut tradisi yang diperturunkan oleh Arwah-Arwah Tok Guru Ulek Banda yang lain. 




Seman,  Juara Cara Baru
Seman ni berbakat.  Dia mendapat kepercayaan dari Abang Tapa untuk bermain Ulek Banda bersama adiknya,  Puteri.  Tapi,  Seman telah dihasut untuk membawa pembaharuan dalam permainan Ulek Bandanya.




Puteri,  si Anak Banda yang Tersepit
Puteri ialah adik kepada Seman.  Dia belajar jadi anak banda dengan Abang Tapa dan Seman.  Dia sayang dan hormat kepada kedua-dua Juara.  Dia menjadi mangsa keadaan,  sebab yang satu ajar Ulek Banda cara tradisional.  Yang sorang lagi nak bawak pembaharuan.  So dia confuse antara keduanya.




Husin dan Hamid,  Penghasut
Depa dua ni anak muda kampung yang kakaih dan kemaih.  Kerja depa?  Kacau orang,  kacau Kak Lijah dan hasut Seman untuk membawa Ulek Banda dalam versi baru.  Tapi sebenarnya,  ada 'udang di sebalik batu' mengapa si Husin buat macam ni.  Dia buat cam ni sebab dia syiok kat Puteri.  Dia pinang Puteri dulu,  tapi Puteri tolak sebab Puteri kata lepas kawen nanti dah tak boleh mengulek.  Gitu....So dia tuduh kata Puteri tolak pinangan dia sebab Puteri syiok kat Abang Tapa dan sebab itu dia hasut Seman untuk buat pembaharuan ni.  Sebab dengan cara ini,  Abang Tapa memang tak boleh terima punya.  Dan bila Abang Tapa sakit hati....barulah dia puas hati.  (VERY THE TYPICAL MELAYU PUNYA HASAT DENGKI)


Kak Lijah,  Bekas Anak Banda
Kak Lijah ni isteri Abang Tapa.  Dulu dia pun anak banda,  last-last dia pun kawen dengan Abang Tapa dia.  Dia ada sifat-sifat kaypo,  pak lawak dan juga very the aunty-aunty. 




Budak-budak Kampung
Depa ni semua kira buat ramai la dalam scene ni semua.  Mai lepak kat kedai.  Main dam la.  Baca paper la.  Melepak. 


Jalan Cerita
Cerita ni sangat simple.  Show kami ni run dalam 1 jam 15 minit macam tu.  Mai sini akak cerita sikit sikit.



 Mula-mula scene Kak Lijah dan Abang Tapa.  Duk sembang orang-orang tua.  Masa ni ada scene lawak sikit,  Abang Tapa nak minum Tongkat Ali tapi dah habis.  So depa duk bergurau la gatai-gatai. 

Scene kedua,  Husin dan Hamid memulakan jarum-jarum hasutan. 

Kak Lijah nak keluar pi antak akar Kuda Galak dengan Jamu Mak Dara kat rumah Kak Ton Ratu,  bini Majid Tombak,  sebelah rumah Tok Su Timah

So,  masa Kak Lijah dan Abang Tapa semua takdak rumah.  Husin dan Hamid mai.  Depa duk mai kacau Puteri.  Tapi masa ni la Husin meluahkan rasa bara yang tak terhingganya pada Puteri sebab tolak pinangannya dulu.  Dan masa nilah dia mengamuk dan tuduh kata Puteri tolak pinangan dia dulu sebab Puteri suka kat Abang Tapa.  CHISSSSSSSSS~~~~Kalau Kak Lijah dengar tu mesti Kak Lijah akan zassss kat Husin ni.


Nenjia Kak Lijah mai.  Tapi dia tak dengar apa-apa.  Dia halau dua budak ni balik sebab duk buat bising kat depan rumah dia.


Scene seterusnya,  Abang Tapa keluar pi rumah Hj Mail.  Pastu tinggallah Puteri dan Seman praktis Ulek Banda kat depan rumah.  Masa nilah Seman bagitau kat adik dia yang dia nak bawak pembaharuan dalam permainan Ulek Banda.  Tapi Puteri macam teragak-agak.  Dia tanyalah kat abang dia,  Abang Tapa tau tak tentang pembaharuan ni.  Tapi Seman kata jangan takut....

Dan masa tulah,  Kak Lijah macam jarum duk hendap and curi curi dengar depa cakap.  HAHAHA Kak Lijah memang jarum.


Esoknya,  Kak Lijah bagitau kat Puteri yang semalam masa dia praktis dengan Seman,  Seman duk merapu suruh dia mengulek lagu lagu moden.  Tak nyanyi lagu lagu Asli dah semua.  So Puteri duk takut. 


Dalam pada tu,  tiba-tiba Abang Tapa masuk.  Abang Tapa dah terdengar.  Dia pun marah.  Dia marah kat Puteri.  Tapi Kak Lijah marah balik kat laki dia,  kata ni bukan salah Puteri.  Semua ni salah Seman. 


Kak Lijah sedang memujuk Puteri yang sedang menangis sebab takut.  Takut sebab dia rasa bersalah dengan Abang Tapa.  Yelah,  dia bukan salah pun u olls.  Bila dia dah dijampi dan diulek,  dia dah lupa dan tak sedar diri,  Juara suruh buat apa pun,  dia ikut saja.  Bukan dia ingat apa pun.


Esoknya,  Husin dan Hamid memasang jarum-jarum hasutan lagi.  Seman ni seorang yang senang terpengaruh apabila dipuji.  Well,  kita semua pun macam tu kan.  Si Husin duk tanya budak-budak kampung semua,  "Antara permainan Ulek Banda Abang Tapa dan Seman,  kamu semua suka permainan siapa?"  Semua duk jawab "Seman...Seman...."




Tiba-tiba,  tengah depa rancak bersembang,  tiba-tiba Abang Tapa balik.  Dengan parang di tangan,  dia pun berkata dengan camdek (sinis) "Lijah....hari ni jangan amik duit budak budak ni.  Diorang nak makan apa pun,  biar aku yang bayar."  GITTTUUUUU


Ketiga-tiga malaop sintok ni pun tersentap dengan kata-kata sinis Abang Tapa. Kak Lijah di belakang,  feeling urut dada.  Sebenarnya Kak Lijah takut laki dia mengamuk.  Dah la ada para kat tangan laki dia.


Satu hari Puteri duk tolong Kak Lijah tutup kedai.  Masa tu,  Kak Lijah duk cerita zaman dia dan Abang Tapa jatuh cinta.  Zaman kegemilangan "Lijah Buluh Perindu".  Zaman Ulek Banda sangat meletops kat kampung dia.  Dan masa tu juga,  Puteri meluahkan kerisauan dia tentang permainan Ulek Banda ni makin mati.  Dah takdak sapa nak main Ulek Banda lagi.  Hanya tinggal Abang Tapa dan Abang Seman.




Dalam duk cakap-cakap siries.  Kak Lijah tunjuk kat Puteri macam mana rupanya jadi anak lembu bila dah dirasuk dalam permainan Ulek Banda.  HAHAHA.  Tahniah En.  Yusof yang amik gambar ni.  Memang kenaaa sangat.


Tapi Kak Lijah tak boleh buat aksi anak lembu lama-lama sangat.  Dia sakit pinggang.  Ni mesti sebab Tongkat Ali Abang Tapa.  HAHAHAHAH

Bila Kak Lijah naik rumah,  Puteri cuba buat aksi anak lembu. 


Masa tu,  Kak Lijah terbik kat tingkat rumah dia "Kau ejek akak yee Puteri??? Aku sumpah kau jadi anak lembu baru tau,"  TETAPPPPPPPPPPP NAK SUMPAH ORANGGGGGGGGGGGGGGGGGGG KANNNN DASARRR MARHAYAMMM PARRTOPPEDOOO!


Esoknya,  Seman mai jumpa Abang Tapa.  And depa pun bincang pasai benda ni.  Seman cuba explain tentang pembaharuan yang dia nak buat.  Tapi idea dia ni ditolak oleh Abang Tapa.  Abang Tapa ingatkan Seman pada sumpah dan janji yang dibuat masa mula mula dia menuntut ilmu jadi Juara Ulek Banda. 

Malam itu,  permainan Ulek Banda bermula.  Ini last scene.  Scene paling berat untuk Aimy,  iaitu Puteri.  Puteri telah dijampi.  Dia pun bangun dengan semangat untuk beraksi.  Mulanya,  Abang Tapa menyeru agar si Puteri bermain Mak Yong.

a
Sedang Puteri bermakyong,  tiba-tiba Seman masuk dan membaca jampinya.  Perbuatannya itu mengejutkan Abang Tapa.

Seman telah menjampi Puteri untuk berdangdut.  Inilah pembaharuan yang ingin dibuat.  Dia tak mahu mengulet cara lama,  bermenari Mak Yong,  bernyanyi lagu Mengadap Rebab.  Dia nak anak banda dia diulek dengan lagu-lagu moden agar dekat dan lebih disukai oleh anak-anak muda zaman kini.


Abang Tapa tak puas hati.  Dia duk mai marah dah kat Seman.  Seman kata Abang Tapa takut dengan bayang-bayang sendiri dan dia tuduh Abang Tapa cemburu dengan dia sebab orang kampung sekarang lebih suka permainan Ulek Bandanya.  Kata-katanya membuatkan Abang Tapa naik angin dan dia terus mencapai parang.

Tiba-tiba masa Abang Tapa mengamuk dan nak menghunus parang ke arah Seman,  tiba-tiba dia tertikam Puteri.  Puteri jatuh terkulai ke lantai.  Its too late....Puteri dah mati.

Abang Tapa kesal dengan perbuatannya.  Dia kembali ke bangsal tempat dia bermain Puteri.


Moral Of the Story
Dalam mengekalkan permainan tradisional orang-orang Melayu,  macam-macam aspek yang menjadi persoalan.  Sebagai contoh,  Ulek Banda,  permainan hiburan tradisional yang akak sendiri pun tak pernah dengar.  Ampa semua kat sana tau ka?  Akak Google pun takdak pun penulisan yang jelas tentang permainan ini.  Memang sahlah,  permainan ini dah makin dilupakan.  Rasanya bukan sahaja Ulek Banda,  banyak lagi permainan seni tradisional kita yang makin pupus macam Kuda Kepang dan lain-lain.  Permainan yang menggunakan jampi serapah ni semua turut ditentang oleh golongan masyarakat Melayu moden yang lebih prihatin terhadap hukum hakam agama Islam. 

Dalam mengekalkan dan memastikan agar permainan ini terus dilestari,  apakah pendekatan yang perlu kita ambil?  Orang-orang lama kena harus terbuka untuk menerima pembaharuan generasi baru.  Orang-orang muda jangan terlalu galak untuk membawa pembaharuan sehingga berani mencabar tok guru sendiri di gelanggang seni? 

U olls fikirkanlah sendiri.

Yang benar,
Kak Lijah.


Gambar Ehsan dari En. Yusof Bakar :  Teater Ulek Banda

2 comments:

  1. saya suka pementasan yang ada msg dan falsafah2 tertentu.. teater ni mcm filem.. juz teater lagi mencabar sebab the energy kene transfer kepada penonton secara live.. sayangnye x dpt tgk..

    ReplyDelete
  2. Saja tunggu part anak lembu tu. Elok dah dengan baju merah.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...