25.6.12

Resepi Daging Cicah Ayak Asam

Hello u olls,

Hari ini i nak share dengan u olls resepi membuat sajian makan ala-ala kampung iaitu daging rebus bersama air asam.  U olls pastinya akan rasa macam teruja sangat melihat sajian yang terpampang dalam gambar-gambar di bawah kerana bila sebut air asam saja pun,  orang Melayu kita akan terasa macam air liurnya tiba-tiba mencair. 

Sajian ini adalah mudah dan sangat sedap u olls.  Alternatif kepada kita yang feeling nak makan benda berlemak dan berkari sahaja setiap hari.  Resepi yang saya bagi ni adalah sangat simple and sapa-sapa pun boleh buat kat rumah.  Tak memerlukan badan-badan yang sofistikated kan.  Why not? Sekali sekala tukar selera.

 Resepi Daging Cicah bersama Ayak Asam



Bahan-bahan A  :
2 orang anak ayam untuk dijadikan pembantu dapur.  

HAHAHAHA kan????????????????

Bahan-bahan untuk merebus daging  :
1 kilo daging lembu yang telah dipotong (ikut selera nak tebal ke nipis ke)
Batang serai
Daun pandan
Halia
Bawang
Garam secukup rasa

Cara-caranya  :
  1. Rendamkan daging yang telah dipotong dan dibasuh dalam air sampai tenggelam.  Masukkan bahan-bahan yang disebut di atas.  
  2. Buka api kecik sahaja.  Dan biarkan daging rebusan ini masak untuk lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.  Jangan bukak api kuat kerana suhu yang panas akan membuatkan daging menjadi liat.


Bahan-bahan membuat air asam  :
Jus asam jawa (Kalau nak guna yang Adabi punya pun boleh)
Bawang merah di potong dadu
Tomato dipotong dadu
Cili padi dihiris
Garam
Gula
Belacan dibakar
Kerisik

Cara-caranya  :
  1. Kacau jus asam jawa dengan bahan-bahan yang disebut di atas.  Lagi pekat lagi best.  Garam dan gula pandai-pandailah ampa ejas rasa dia bagi meletops. 
 

Begitulah the simple resepi.  Sedap dimakan bersama nasik putih.  Side dish buat pilah apa-apa pun.  I buat kerabu nanaih resepi Mama Regina.


Sekian,  selamat mencuba.

Last but not least,  terima lah pose meletops daripada Danie Armizi yang kata "U bubuh tau gambar i dalam blog u!  I pun nak popular jugak," 

OVERNYA DENI.


4 comments:

  1. tudiaaa, mau makan dgn nasik panaih2, fuhhhhh! lapaq pulak haih kak jumie T___T

    ReplyDelete
  2. assalam..sy ada menjual dan mengambil tempahan rendang tok asli dr perakkk..warisan turun temurun moyang sy..jika berminat bole hubungi sy, ein di 012 2420 343..tq

    ReplyDelete
  3. Halo Om dan Tante. Mau berbagi info seputar peluang usaha rumah makan atau resto nih. Bagi yang kesulitan untuk mencari Packaging makanan yang kuat menahan air dan minyak dapat menghubungi kami di sini.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...