Haizi Khalid

Tunetalk

Glowbro Marine Collagen

UK Clark Sales

14.6.12

Resepi Nasi Arab by Asmaa Aljuned

Hello u olls!!

Ambooiiiii ramainya yang duk YM , emel dan tanya i olls ni pasai resepi nasi arab yang i duk post dalam Facebook i.  Sorrylah u olls akak bukan saja takmau bagi resepi tapi i memang betui betui busy u olls.  Tapi takpa,  takmau cakap banyak.  Mai baca resepi yang Asmaa Aljuned share dengan kita semua.

Resepi Nasi Arab by Asmaa Aljuned

Bahan-bahannya  :
4 sudu besaq minyak zaitun + 1 sudu kecil minyak sapi
1 labu besaq bawang merah di potong wedges
1/4 ekor ayam yangg dibersihkan (saiz ikut suka, nak potong boleh, nak buat stail arab tak potong pon boleh)
1 batang carrot bersaiz besar yang disagat
4 sudu besar tomato soup kimball (kalau guna tomato puree 2 sudu kecik je)
2 pot beras (basmati sedap sikit)
3 pot ayaq (Nisbah 1 pot air : 1 1/2 pot ayaq)
2 sudu makan stok ayam pekat Maggi
Garam dan lada hitam (ditumbuk)
Bunga lawang + Bunga Cengkih + Kulit Kayu Manis + Buah Pelaga

 
 
Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak zaitun dan minyak sapi di dalam pot rice cooker kita.  So senanglah,  lepas habis tumisan semua nanti,  kita terus masukkan dalam rice cooker and petik "COOK".  Bila minyak dah panas,  tumis bawang sehingga layu dan naik baunya.
  2. Masukkan ayam dan goreng sehingga keperang-perangan.  Masukkan lada hitam dan rempah ratus kita.

  3. Masukkan carrot dan goreng sebentar selama lebih kurang 3 minit.  Masukkan tomato soup dan kacau lagi.  And then masukkan air. 

  4. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula utk menstabilkan rasa.  And then masukkan stok ayam tadi.  Masukkan beras dan kacau rata.  Sekiranya ingin bau yang lebih meletops, boleh masukkan sedikit daun ketumbar


  5. Kecilkan api, tutup periuk dan tunggu sampai masak (kacau occasionally untuk memastikan ianya masak rata dan tidak melekat di dasar periuk).  Kalau bubuh dalam rice cooker lagi senang!  Tapi jangan masak terlalu lama.  Nasik ni masak sat ja.  So sapa pakai rice cooker,  kena tengok tengok la.  Kalau dah keluar lampu "WARM" teruslah katop suis.

Cadangan side dish  :
  •   Makan dengan soup ayam,  timun and salad fresh.  
  •   Nak makan ngan acar pon boleh.
  •   Sambal simple (Cili fresh tumbuk bersama tomato, boh asam limau sikit)
  •   Dalca,  kurma,  ayam masak merah atau apa apa lagi lauk mauk yang sesuai.


Nota dari Asmaa Aljuned  :

  • Resepi ni boleh modified macam-macam lagi.  Tak semestinya guna ayam sahaja.  Boleh guna udang juga.  
  • Kalau nak guna daging ataupun kambing,  kena rebus dulu kambing dan daging itu.  Air rebusan boleh digunakan untuk masak nasi ni balik.


Ini contoh akak guna tomato instead of guna carrot.  Resepi dan method semuanya sama.

3 comments:

  1. thank you kak...
    hujung minggu harus cuba..
    nanti parents-in-law datang bley masak ni..
    thanks again.. muaah muaah! =)

    ReplyDelete
  2. Kalau periuk moden ala kukus-gril-panggang-kukus-gril-panggang-kukus tu, macam mana nak masak?

    ReplyDelete
  3. Gigih betul awak masak...nampak sedap...saya masak nasik arab jugak
    saya pakai pes nasi arab jenama al bayt je..., xmampu nak pergi cari rempah berbagai..bleh singgah ke sini...http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com