21.6.12

Tertekan Bila Suami Suruh Kuruskan Badan

Salam Kak Jumie,


Saya sentiasa membaca blog akak. Boleh kata bila akak updated je, saya terus tercongok dekat blog akak. Penulisan akak membuatkan saya yang sama agam macam akak ni rasa bersemangat dan yakin diri.


Sebenarnya saya ingin meluahkan sesuatu yang mencengkam perasaan saya sekarang. Saya seorang yang besar..Masa berkawin. saya memang dah terang-terang besar. Sebelum berkawin, en suami ada suruh saya kuruskan badan, tapi tak kurus-kurus juga bahkan makin besar. Boleh kata hari-hari sampai dah kawin bertahun dah, dia akan merungut pasal badan saya. Dia memang baik tapi bila bab suruh kuruskan badan, saya mula rimas.


Dia ada belikan produk yang memang mahal harganya untuk saya, tapi saya ni pulak..terasa. terasa sangat bila suami kita asik bising-bising dan siap beli produk bagai. Orang lain kata "wah beruntungnya kau, laki sanggup labur duit bagi kau kurus" tapi pemikiran saya ni lain. Saya cuma dapt fikir yang dia ni (suami) tak dapat nak terima saya apa adanya.


Sekarang bila dia bising-bising suruh saya kurus, saya jadi hot. Saya ni pulak jenis pemakan. Nampak apa je semua nak.


Lagi dia bising lagi saya tertekan dan makan. Masalahnye dia suka bising2 bukan cakap baik-baik dengan kita pasal nak kuruskan badan ni.


Rasa buka aib pulak tapi itulah yang berlaku. Sedih pun ada ni. Harap akak dapat bagi pendapat. Kalau pendirian dan pemikiran saya salah, saya harap..akak dapat bagi cara dan jalan untuk saya atasi semua ni.
Terima kasih Kak Jumie :)

Liyana Puple

Hello u olls,

First sekali,  u olls ni gemok macam mana?  Gemok macam Jumie Samsudin?  Gemok macam Shani?  Gemok macam Adibah Noor?  Gemok macam Adele?  Gemok macam Kim Kardashian?  Sebab banyak pompuan,  depa sebenarnya tak gemok tera mana pun,  tapi duk feeling gemok lebih.  RIMAIH. 

Sebenarnya akak tersangatlah kesian dengan hang.  Lainnya nasib kita berdua.  Ingat tak artikel akak tulis pasai kawan akak yang feeling suruh akak kuruskan badan,  sedangkan suami akak relaks saja.  Berbeza dengan suami u olls.  Suami u olls teramat-amatnya nak suruh u olls kuruskan badan.  Akak dapat rasakan tekanan mental yang u olls hadapi setiap kali suami u olls menyuarakan hasrat suruh u olls menguruskan badan. 

Kalau akak jadi u olls,  akak akan berterus terang dengan suami akak.  Yang akak tak puas hati dengan cara dia menyuruh akak menguruskan badan.  Terkadang itu dah rasa macam satu kerahan dan paksaan.  U olls pernah tak suarakan rasa hati u olls ini kepada suami u olls itu?  Kalau pernah bagaimana ?  Apakah respon suami u olls?  Dan setelah u olls luahkan rasa hati u olls itu,  adakah suami u olls tetap memberikan desakan agar u olls kuruskan badan?

Kalau begitu,  akak rasa cara u olls luahkan rasa hati u olls itu 'tidak sampai' ke hati suami u olls itu.  Akak tertanya,  mengapa suami u olls kawen dengan u olls?  Macam mana dia boleh lafaz akad nikah itu dengan segala janji taklik menerima tanggungjawab menjaga u olls sebagai isteri?  Dalam perjanjian akad dan taklik tu,  ada ke dia sebut....."Saya akan bertanggungjawab untuk menguruskan isteri saya sehingga mencapai BMI yang sesuai dan memuaskan hati saya apabila tengok dia hot,"  GITU?????  Ada ke nok???  Dah kalau takdak,  mengapa dia nikahi u olls in the first place?  Akak confuse di sini.

Adakah dia memang taste pompuan kurus dan hot?  Kalau betui dia suka pompuan slim.  Pasaipa dia kawen dengan u olls in the first place.  Akak tanya soalan ini dua kali kepada u olls.  Kerana soalan inilah yang u olls harus tanya kepada suami u olls itu.  Apa guna kita tidur sebantal,  makan bersama,  tapi kalau benda mudah macam ni kita tak boleh cakap dari hati ke hati dengan suami kita.  Benda-benda yang simple macam ni boleh menjadi racun dalam perhubungan u olls suami isteri. 

So,  baca emel akak ni,  Pikiak balik.  Susun bicara terdahulu sebelum pi sembah ratu dengan suami u olls.  Mulakan perbincangan dalam suasana tenang dan damai.  Make sure ampa dua tengah relaks dan dalam mood yang baik.  Pastu luahkanlah apa yang u olls rasa itu kepada suami u olls semacam mana ayat yang u olls cakap kat dalam emel ni.  Im sure he will understand.  And jangan lupa tanya soalan yang akak tanya dua kali itu "Kalau betui dia suka perempuan kurus,  why u kawen i in the first place," 

Sekian,  i love u olls.  Jangan terasa emosi sangat.  Maybe suami u olls nak u olls nampak sihat dan steady.  Tapi kalau u olls tak mampu,  jangan paksa diri u olls dan jangan biarkan dia paksa diri u olls.

Love,
Jumie Samsudin
Presiden Wanita Agam Melesia

7 comments:

  1. my own opinion is that, you respect his wish.(read below first before assuming anything)

    memang bukan senang nak kuruskan badan, tapi kalau at least dia dapat tengok effort kita nak kuruskan badan, i am very sure he will appreciate you.. after u dah attempt nak kuruskan badan (jadi ke tak jadi), lepas tu baru boleh 'slow talk'.. susah nak cakap selagi dia tak nampak pengorbanan kita..

    i understand that your husband terima u seadanya masa kawen.. tapi its only natural for people to want something new or to feel special.. sama lah, seorang isteri pon bila dah kawen, kita pon teringin macam2.. nak mintak tu nak mintak ni.. because we feel we deserve it..

    suami you pon layak utk lihat isteri dia membuat suatu pengorbanan utk gembirakan hati dia..

    mungkin your husband sayangkan u, and bila dia tgk u tak jaga badan- mungkin dia rasa u take him for granted? ..kita tak tahu ni semua.. dia saja yg tahu..

    my husband selalu komplen jari kaki i hodoh dan buruk.. panjang pendek dia tak sekata.. takkan nak opereshen kaki pulak kan?.. tapi i realized kalau i buat pedicure (sebelum kawen tak penah try langsung menatang tu), kaki jadi elok sikit (takdak la cantik mana).. and my husband sgt suka and dia puji.. dia kata dia tak expect kaki saye jadi indah mcm bidadari, tapi dia kata bila dia tengok saya pi kedai mahal buat pedicure- hati dia tersentuh sbb saya sanggup do something just for him..he felt special and appreciated.. (i am not a spa mpa person at all! , so kalau saya pi spa tu kira mcm hebat habess aa)..

    so skrg i paham.. kadang2 bukan sebab suami kita ni unrealistic, nak mintak benda bukan2.. tapi percayalah, kadang2 suami cuma nak tengok effort dari kita utk rasa diri dia masih dihargai dan istimewa di hati kita..i could just tell him off, and said i was born with ugly feet-accept me as it is.. but i did something very small, that didnt even change anything much.. but it made a huge difference in our relationship..

    perkahwinan ini dynamik, bukan statik.. dua-dua pihak kena sentiasa bekerja keras utk mengekalkan kasih sayang berterusan.. bukan akad nikah semata yg menjanjikan kasih sayang sepanjang hayat.. so its really not fair to say "kenape kawen saye? kenape tak kawen perempuan lain? terime saye seadenye"

    please dont. it hurts the both of you and worse, it hurts your relationship..

    i wish you all the best..im sure he married you because he loves you more than u know, and never one moment doubt that.. insya Allah, saya doakan kebahagiaan and keberkatan perkahwinan awak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I cannot edit the artikel at the moment. Internet tak berapa nak elok kat office. Tapi komen Asmaa bagi ini sangat bagus. Pandangan dari perspektif yang aku tak teringat pun masa baca dan menjawab emel Liyana.

      I hope she is reading both our komens. Kami dua pun dah kawen. So sama-sama la kita pikiak apa yang best untuk diri kita.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam jumie, semua manusia ada krg n lebih, mcm i, mase i couple dgn my tunang - farih, my weight was 48kg, but because i tukar keja, environment i tak stabil, stress and the worst part is my metabolisme i turun mendadak. i reached 69kg within 5 months. tuhan je tau mcmane perasaan i. lebih2 lagi ada yg mengata kt i mcm2. I nekad nk bntuk badan mcm dlu, bkn sbb i takut farih lari, but sbb i nk sihat and the bottom line is i nak farih happy. sbb lelaki ni bila dia brsembang dgn kwn2 dia, kita tak tau ape yg kwn2 dia duk cucuk kt dia. so, skrg ni i dh brjaya turun ke 59kg dgn dorongan farih n inisiatif i. tak semstinya kena diet gila2 smpi tak mkn terus, or amalkan ubat ubatan yg tak tau kandungan ubat tu tp what we can try is kawal portion mkn and i download aerobic class kt Youtube, then follow. buat dlm 20 minit dlm mse 3 kali seminggu dh ckup. tak perlu nak turun mendadak, slowly ikut kemampuan kita. I cuma ckp atas pngalaman i.

    ReplyDelete
  4. Suami mahukan yg terbaik buat kita...jangan fikir negatif...think positif...husband sayangkan aku tu...PMC pun ada pengalaman bab2 ni...bukan ini sahaja...malahan lebih dari itu dpt komplen dr asben..tp PMC cuba ikhtiarkan demi kebahagiaan kami...
    sharing is caring

    ReplyDelete
  5. terbaiklah post ni... saya suka membacanya dan ia berguna kepada si pembaca..teruskan usaha anda ^.^

    Kuruskan Badan Sambil Makan McD

    ReplyDelete
  6. Assalam, kehendak suami, kalu diikuti pasti mendapat keberkatan. Sis, jgn pressure2. banyak cara nk kuruskan badan. Saya skrg ni, tgh cuba kuruskan bdn dgn memakai Premium Beautiful corset. Determination kena tinggi kalu nk dapatkn hasil. Ini link ke blog saya kalu kalu hendak mencuba Premium Beautiful corset ni :) http://yantysaleh.blogspot.com/

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...