29.7.12

Berpiknik di Pantai Ashen, Permatang Damar Laut, Penang

Hello u olls,

Hari ini akak nak share dengan u olls beberapa gambar kegembiraan akak dan kawan-kawan semasa we olls beramai berpiknik dengan tajuk Piknik Gatai Gatai Gang Kasanova di sebuah pantai yang sangat meletops bernama Pantai Ashen,  Permatang Damar Laut,  Penang.

Pose Baywatch bersama adik adik Kasanova yang melompat di belakang.
Actually akak rindu dengan adik adik yang bekerja keras menjayakan teater Kasanova tidak lama dulu dan untuk satu aktiviti keep in touch,  akak pun buatlah satu aktiviti gathering yang tidak berhasrat untuk mengaut sebarang keuntungan kepada mana-mana pihak kecuali kenangan manis yang tak dapat dilupakan oleh kami semua.

Gambar Pantai Ashen
Tempat ni best sebab takdak sapa pun kat sini kecuali kami dan beberapa orang kampung.  Rasa macam best sangat.






Apa itu dan kat mana Pantai Ashen itu?
Kalau ampa tengok dan carik dalam Google Maps memang tak akan jumpa.  Pantai ini tidak terbuka kepada public sangat dan tak ramai public yang nak pergi ke situ kerana jalan menuju ke tempat itu adalah hak milik persendirian (Hak milik tauke Cina yang duk tanam macam-macam pokok  buah dan juga orang kampung yang duk bela kambing dan lembu).  Kena jalan kaki lebih kurang 20 minit untuk sampai ke destinasi.

The actual location,  kalau akak nak cerita secara details kat ampa adalah pantai ini terletak di belakang Kampung Tersusun yang terletak di Permatang Damar Laut Penang.  Atas sikit dari War Muzium.

And untuk pengetahuan u olls jugak,  pantai ini merupakan lokasi penggambaan drama Dhurah yang dibintangi oleh Rusdi Ramli,  Eja dan juga Nabila Amy Search. 

Berikut adalah mesej akak dalam Facebook Event kami.  Ampa boleh pinjam buat contoh  :
Tentative Program Piknik Gatai-Gatai Team Kasanova

Date : Sabtu, 9 Jun 2012

Waktu berkumpul : 8 am (bergerak lepas semua sampai)

Tempat berkumpul : Padang Kawat,  USM

Pengangkutan : Sapa ada kereta...bawaklah kereta. Sapa takdak kereta tumpanglah kereta orang lain. Sapa yang ada kereta tu jangan duk mintak charge.

Makanan : Semua sila bawa makanan sendiri. Keropok. Nasik. Air. Apa2 kudapan. Digalakkan bawa lebih untuk dikongsi bersama. Please jangan bawa arak, arak itu syaitan yang punya. And air berkarbornat dengan garam jugak tidak dibenarkan.

Pakaian : Pakaian pantai. Pakaian renang seperti two piece tidak digalakkan kerana takut mengundang amarah orang kampung Batu Maung. Juga satu persalinan baju, takut basah akibat terkencing dalam air laut.
Kelengkapan lain : Sunglases (agar nampak cool), Bola, bek plastik buboh baju kotor, alat mengorek pasir pantai untuk aktiviti akskavasi, camera (Ini untuk Ayumi and Syima). Pelampong (Ini penting untuk Azhar...takut dia hanyut). Wisel (ini untuk Jumie dia nak kena kawal ahli piknik gatai-gatai). Radio (baru feeling macam orang dulu-dulu pi pantai).

Tentative program :
Kita sampai saja...terus kita buat macam-macam aktiviti seperti berikut :
1. Mencari remis
2. Bola sepak pantai
3. Pertandingan membuat istana pasir
4. Menanam Jumie Samsudin ke dalam pasir
5. Permainan TOI (galah panjang)
6. "Super Spontan" pantai
7. Makan memakan makan sendiri dan makanan kawan-kawan


Lepas waktu zohor, lebih kurang 3pm. Singgah mana-mana untuk makan lagi. Then kita balik terus.
Macam mana akak tau tempat ni?
Mak ayam akak iaitu Kak Baby mempunyai saudara dekat area sini,  depa pun bela kambing kat area ni,  so basically depa la mai ajak akak mai sini,  carik siput di waktu pagi.

So tak mau cerita panjang lagi.  Ampa tengoklah gambar-gambar kami

Perjalanan kami bermula.

Inilah nama yang betul,  Pantai Indah.  Pantai Ashen orang kampung sini panggil.

Spek besak memegang beg pink disebelahnya ialah Lele aka Solihin.

Asnah (yang depan sekali) awat ang buat muka cam tu. 

Posing sebentar.  Sesungguhnya jalan menuju ke Pantai Ashen sangat cantek. 

Bertembung dengan Adik Man,  sepupu Mama Zarina I.  Dia duk on the way nak pi bagi makan kambing dia.  Adik Man terpana terjumpa wanita cantek di tepi tiang TNB itu.

Yes,  akak pun rasa macam apa yang u olls rasa.  Akak persis Mila Kunis kan?

Sesampainya kami....akak terus membuat hiburan kepada adik adik yang duk makan pagi.

Pembekal senwic untuk hari ini.

Akak dan Danny persis Kim and Courtney Kardashian kan?

Lepas makan depa ni semua duk feeling Ameriken main frisbis.

Shot yang sesuatu.
Akak tak suka pose sebelah orang kuruih.  Tengoklah apa jadi pada imej akak?
Aktiviti mencari remis sambil membaring.
Air pasang dan sangat kuat hari itu.  Kami semua tak feeling mandi manda jauh ke tengah laut.  Kami hanya bermain di gigi air macam ni.  Baring-baring.  Sambil membiarkan pasir pantai masuk ke celah seluar dalam kami.  Best sangat feeling terdampar di tepi pantai macam baru jatuh dari kapal yang karam.  Kalau buat kat pantai yang ramai orang mesti orang akan tengok pelik "Apa gemok ni duk main kat tepi laut!"
Haaaaaaaaaaaaaa ampa buat apa tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Aktiviti mengorek lubang.
      

Yang diketuai oleh Azhar.
Kami pun korek ramai-ramai,  tapi akak dan Danny sambung feeling duduk tepi pantai balik.  HAHAHAH
Bestnyaaa tidok tidok macam ni.

Pastu semua mai join akak.  Depa ni suka tiru.
Aktiviti melompat.
Percubaan beramai-ramai.
Aktiviti menanam Jumie Samsudin bermula.
Akak actually macam duduk di dalam lubang ya.
 
Depa semua macam syiok sangat menanam akak. 

Danny paling suka tambah tambah kat tetek.
Ni nak buat ikan duyung ka nak buat Hunchback of Notre Dame.
Walaupun actually kaki akak ada jauh di dalam lubang,  tapi bila Azhar duk buat bentuk sirip ikan tu,  akak rasa geli macam dia duk pegang kaki akak.  HAHAHHA

Perlukah penutup pelastik itu?

Depa ni style tekun duk buat sirip akak.

Azhar sedang memberikan final touch kepada badan akak. 

Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cantekkan?

Sirieslyyyyyyyyyyy cantek.

Posing bersama ikan duyung.

Bukan senang nak keluar dari dalam lubang itu. 

YEAHHH!
 
Lepas kena tanam,  bersihkan diri dalam laut...keluar keluar catwalk terus POSE!!!
Deni la perabih  stok makan kami semua while we were playing.  HAAAAAAA!

Danny pose jantan.
Depa ni buat baulu kemboja pulak....

Baulu kemboja depa kena tumpah ayak. 
Sejuk kah?

"Khafi....Khafi...." jerit akak.  GITUUUUU

Spek Besak...deni la photographer kami.
Akak baru kembali dari menyadaikan diri di gigi ombak.
Namun tiba-tiba,  pose!!!!

Tidur sebentar sebelum tibanya aktiviti seterusnya.

Game super spontan bermula.

Team depa ni best sebab ada Azhar dan Lele yang gila ting tong.

Deni makan keropok......kesian kat dia.

Depa ni dua adalah marka.

Ni la gambar DP terbaru akak di FB :)  Ramai yang jeles tengok kecantikan akak dalam gambar ni dengan air yang memercik di belakang akak.  Adik-adik semua,  please jangan sentap dengan kecantikan akak.

It was a really fun fun fun day wih the girls and the boys.  I was so happy walaupun lepas balik itu akak mengalami kulit tanned yang amat Kelly Rowlands dan tiba tiba telinga kiri akak mengalami jangkitan kuman sampai akak jadi pekak sebelah selama lebih daripada sebulan.

Sekian sahaja.  Getaway yang hebat tidak perlu pergi sampai ke Phuket (tapi kalau kami dapat pi Phuket kan best!)

Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. i loikkeee...1st time dengar nama pantai ni kat penang...kat belah pulau or belah seberang?salam kenal hihihi...

    ReplyDelete
  2. gamba last tu mmg best... sayangnye dulu pegi cherating ngan kak syima tak dapek tangkap gamba camni... pasal masing2 malas nak masuk dalam air :)

    ReplyDelete
  3. Motif air berkarbonat campur garam tak boleh? Peberet tuh!

    ReplyDelete
  4. pantai tu dekat dgn area rumah kami. mmg best sbb x ramai org p

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...