7.7.12

Dear Jumie : Konflik Tarikh Kahwin Sebab Kakak Yang Bengang


Assalamualaikum Jumie,
I panggil Jumi je la.  Rerasa umur kita sama.  I ni dah lama baca blog u.  I suka cara u kupas mengupas kisah-kisah terdahulu tu.  Just nak mintak pendapatan u or maybe u ada pengalaman pasai crita I ni.

I ni cikgu kat Sabah.
  Al-kisahnya bulan 11 tahun lepas dah dirisik & kami decide nak wat majlis tunang masa Raya Cina.  Ditakdirkan i dianugerahkan seorang kakak yang taknak kawen,  sebab pernah frust.  So my mom cakap boleh tak,  takpayah tunang dulu tunggu akak kau tunang dulu. I pun mengalah la.

Lepas tu bincang dengan my BF kami taknak tunang,
  terus je nak kahwin.  Maklumla nak tunang sekarang guna banyak duit,  Ada pelamin bagai.  Bila bagitau kat family diorang taksetuju.  Suruh tunang jugak.  So diorang cakap bulan 6 la korang tunang  tak payah tunggu kakak ko.

Kami ni degil sebab hari tu cakap tunggu kakak, sekarang suruh tunang plak.
  Nak dijadikan cerita cuti sekolah bulan 6,  mak my BF nak pergi ke umah kami konon-konon nak tetapkan tarikh.  Tapi masa tu I ngan my BF ada konflik la plak.  So sepanjang cuti sekolah tu,   I senyap je takcakap apa-apa pasai kawen.  Family dah bising.

Selepas seminggu i fly ke Sabah,
 my BF mesej bagitau pasai perasaan yang terbuku.  Kata nya I main-main,  macam tak nak kawen.  So I pun terangkan la sebab musababnya yang konon-konon nak jaga hati kakak.  Pas tu dia cakap kita kawen nanti raya nak tak?  I pun apa lagi nak nak.

Biasa la kalau cikgu di Sabah ni alasan berkahwin sebab paling kuat boleh mintak pindah Semenanjung.
  Bincang punya bincang ngan mak,   mak cakap ok.  Maybe sebab kami cakap perlu surat nikah nak bagi cepat pindah Semenanjung.  

Dalam tengah merancang tu, my akak call marah-marah sebab menyusahkan mak urus hal kawen kami.
  Nak cari pelamin la,  nak cat rumah je,  ko sedap duk kat Sabah, balik-balik nak kawen.  Sakit nya ati.  I bagitau my BF taknak kawen raya ni sebab takde orang nak urus.

My BF nak jugak kahwin atleast akad nikah je dulu,
  sanding pelamin ke kami urus sendiri nanti cuti hujung tahun.  Agak-agak  apa nasihat Jumie untuk my sister tu,  dia tu selalu baca blog u.  Ada jugak tu komen entry u.  Biar dia rasa cikit apa perasaan adek dia yang gatai nak kawen ni.  Takkn sebab kakak tak kawen adek takleh kawen.  Lagi satu u ada nak tanya pasal nikah gantung ni macam mana?  Takpayah hantaran lagi ke?  Lepas tu ada kawan cakap takbleh nak wat “apa-apa” betul ke?

Harap-harap kupasan u memberi kesedaran kepada my sister.  Bengang ni.Terima kaseh JUMIE


Yang benar,
Lina
Semua sisters akan rasa tense masa nak kawen.  In a good way or bad way,  tapi kita tetap akan tolong orang yang tersayang untuk mencapai impiannya. 

Waalaikum salam,

Amboi depa suruh i menasihat kakak depa pulak.  U olls,  seriously selepas membaca emel hang ini.  Akak tak terpikiak nak nasihat your sister pun,  sorry ya kalau akak terpaksa berterus terang ya.  You are being very very very selfish right now.  Just because u nak kawen dan niat u adalah baik,  tak semestinya u kena amik kesempatan kepada orang - orang yang menyayangi u olls,  by means your family.

Okay,  memang betul bukan salah u sehingga pertunangan u olls itu tertangguh.  Semuanya tertangguh kerana keluarga u olls ingin memberikan penghormatan kepada si kakak.  And i think at the different perspective,  mak bapak u olls memang saja nak delay you punya wedding.  Mana nak pi tau,  depa tengok u macam tak serious je dalam perhubungan.  Betul la u olls.  Ni dah sampai bergaduh dengan BF tak bertegur sapa sampai tak bincang pasai kawen pun.  Aiiiyooo u olls!  Take it or leave it.  Kalau betui nak kawen,  from the beginning sama-sama kerja kuat untuk mencapai impian itu.  Ini kata nak kawen,  tapi in between duk gaduh gaduh gatai sampai tak bercakap apa semua.  Macam mana nak kawen? 

And then tiba-tiba bila ampa dah reconcile,  ampa terus decide nak kawen this AUGUST!  Are u mad?  Yes,  perkahwinan itu adalah perkara mudah seperti mana yang i selalu tekankan di dalam blog I.  But u have to be realistic too my dear.  Jangan hidup dalam khayalan "Once upon a time...there was a preety young girl named Cinderella,"  Tiba-tiba ja dapat kawen anak raja,  satu negara kerja keras untuk buat wedding u olls.


Tak kisah la u nak marah i ke tak,  sebab i punya style,  salah is salah.  Betul is betul.  I sangat empati kenapa your sister menjadi bengang dan marah.  U ingat kerja nak kawen ni mudah ke?  U tak kesian ke mak bapak u olls nak kena siapkan semua benda,  sedangkan u senang-senang ada kat Sabah.

The right thing to do sebenarnya,  u dan BF u tu,  dari awal kalau dah pasang niat nak kawen,  cepat-cepat prepare apa benda semua.  Like me and Khafi.  Walaupun dari awal,  niat kami nak kawen mendapat pelbagai tentangan dan rintangan.  Tapi towards the end,  family i setuju saja.  And bila i kata saja i nak bertunang on March...............semua benda kami dah siap!  Hantaran,  bajet,  cincin,  baju,  bajet order makan,  nak buat kenduri kat mana,  sewa DJ,  and alhamdulillah i kan banyak dapat sponsorship.  So lebih mudah kat situ.  Tapi dalam kes u,  sapa suruh u gatai gatai pi bergaduh apa semua.  Pastu tiba-tiba bagitau nak bernikah bulan 8. 

Kalau u nak bernikah bulan 8,  by now u nak kena siap pi sign dengan pihak masjid,   interview la apa bagai,  cek time dengan tok kadi dan macam-macam lagi.  Kesiannya kat mak dan bapak u.  Yelah!  U ada kat sana.  Its imposible to do things when u are away.  I dulu,  semua benda i buat sendiri okay!!  Even pi set time dengan Tok Kadi pun i pi jumpa sendiri!!  Bila my family mai tanya i apa benda nak kena buat for my wedding....nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaa....semua dah ada!!!!!!!  Depa tinggai nak run the show sahaja.


U should go minta maaf to your sister and your parents.  And all of you kena duduk sama-sama dan bermesyuarat.  Kita nak kawen ni nak seronok-seronok.  Penyatuan dua jiwa,  dua keluarga,  dua saudara.  Bukan nak gaduh-gaduh bagai sampai ada yang bermasam muka sebab buat kerja kawen tak ikhlas. 

Satu lagi,  i bukan nak takutkan u ya.  I tak tau mak bapak u umur berapa.  Tapi kerja kawen adalah sangat berat untuk orang-orang tua.  Kalau orang tua u masih lagi steady,  kuat and always active takpa.  Kalau depa style macam tak berapa nak kuat macam mak bapak i,  baik u pikiak dua tiga kali.  Silap hari bulan,  lepas kenduri kendara depa jatuh demam sakit terus terlantar macam mana?  Sebab i ada dua tiga kes macam ni.  Itu dalam duk rancang elok-elok ni.


And your BF pun kena sama-sama mai berbincang dengan family you.  Jangan anggap macam ini keluarga u,  u settle sorang.  Kalau boleh dia pun ada sekali dan maybe dia pun ada benda dia nak luahkan.  Ampa dua ni I rasa macam ada communication failure di sana sini ni.  Kena perbaiki benda ni.  Kalau dah kawen nanti,  lagi besar tanggungjawab dan kerja kita.


Sekian,  kalau u nak marah i tak halang.  I tetap sokong your sister.  Tapi please pikiak apa benda yang i nak cakap ni.  Its not okay kalau nak tangguhkan sikit perkahwinan u olls ini.  Mak dan bapak kita pun nak buat 'something' sebagai simbolik terakhir untuk menghantar kita ke dunia baru.  Bagilah mereka peluang itu,  tapi berikanlah peluang itu dalam suasana yang realistik.


Love,
Jumie Samsudin.

8 comments:

  1. aku faham situasi bagi psgn yg betul2 dah nak kawen sbb aku pun pernah mengalaminya.

    betullah kata kak jumie, kena tangguh sikit hari kawennya utk bagi persediaan kpd mak bapa tapi kalaulah semua pihak senang nak berunding, buatlah majlis yg ala kadar tapi mslhnya mak bapak dia nak juga tunang bagai...

    niat dia nak nikah ja, kenapa semua mslh harus nak fikir? itu mslh org skg. keja kawen tak payah mana pun klu dilaksanakan yg wajib saja. klu pg jabatan agama pun, tiada undang2 syariah menetapkan harus bertunang secara besar2an atau majlis besar2an or kena tunggu kakak kawin dlu baru adik harus kawen. tapi berbalik pada realiti kehidupan org zaman ini, ikutlah apa nasihat kak Jumie. kalau x nak ikut nasihat kak jumie, sila ke pjbt tok kadi bawa wali, nikah saja. mak bapa tak susah, kakak pun tak makan hati tgk wedding u all besar2an... ok tak kak jumie? hehe

    ReplyDelete
  2. kalo dia plan nak nikah bulan 8... pastu parents dia yg setel semua means dia takyah pegi interview ngan tok kadi? WOW!

    tapi seriously... kesian parents dia nak atur semua kan... kalo jenis ada contact leh kawtim (senang cakap ade kabel la kan) deal kat phone je pun jadik... tapi la ni mana bleh pakai sangat kabel2 ni semua... kena jugak buat appointment mcm orang lain, face to face semua kan??

    memang kami setuju sangat kenapa akak dia bengang sampai camtu...

    ReplyDelete
  3. i rase dia kne bincg balik la..jgn men2 pasal kawen..
    i pun nk kawen hjg thn ni..sume i kne buat sndiri..
    ape2 sume i settle sndiri..tak segan pn nk contact org sane sini..

    so..pk dlu sblm wat statement yg bengang la konon2 nyer..org yg kat kmpung lg la bengang ngn kptsn yg dia amek..

    ReplyDelete
  4. to me, if ur reason to get married is so that u can expedite ur transfer process...that is so wrong. pulak tu, x fikir kesusahan mak bapak. but if u have the meoney, bayar la wedding planner...why not? just pk la mak bapak.tu je.

    ReplyDelete
  5. sorry to say ye lina, but i have to agree 200% with Jumie..
    kalau baca betul2 ape yg u tulis ni, penglibatan ur sister kat dlm "masalah" ni sikit je.. tapi nape u bengang sangat ngan dia sampai u anggap dia la punca segala2nye? ke u yang ade personal problem dgn dia?
    yg pasal "ko sedap duk kat Sabah, balik-balik nak kawen" tu, kalau i kakak u pun, i akan cakap benda sama.. =)

    ReplyDelete
  6. tudiaa. tapi memang betoi pun statement kak jumie. org tua2 ni depa tak boleh handle sangat pressure kenduri kendara ni.

    kami dua laki bini pun bukan duduk kat hometown masing2. kami kerja kat kl. tapi semua hal kawen kami uruskan kecuali catering (tunggak kejayaan sesebuah perkahwinan). haa, cerita dia, mak mertua smpai kena admit kat spital pasal stress and penat and mak sendiri plak letih smpai demam2. even benda ni kami dah plan setahun dah.

    memangla org la ni cakap senang. buat hat wajib ja, nikah cukop knduri nnt pikiaq len. tapi mak pak, depa kalo bleh nk lepas anak2 depa ni cara teratoq, biaq la elok2.

    pasai kakak, kami sokong kakak anda. dia ada hak nak marah since dia yang slalu ada disamping mak bapak anda, and dia gak yg tau mcm mn susahnya parents u nak handle bnda ni.

    i bet parents u stuju pun pasai depa syg u. n depa pun nak anak depa dpt transfer semenanjung cepat2. (belom kawen pun dah gado smpai tak cakap.. are u really ready to become a wife??)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...