28.7.12

Dear Jumie : Percayakan Si Tukang Tilik?

Salam Kak Jumie,

Tak tau macam mana nak mula sebab macam benda nonsense je apa yang saya nk tulis ni.  Tapi hati gelisah dan perlukan insan seperti Kak Jumie untuk membantu, menasihat, memberi pandangan, etc.

Baru-baru ni ada someone yang cuba melihat tapak tangan saya (saya taktau pun masa dia pegang tangan saya tujuannya untuk tilik) dah belek dia pun bercerita.  Katanya saya bakal ada madu.  Wooo.. taknak percaya tapi seram juga dengar.  Saya dah kawin dan sangat bahagia dengan suami.  Bagi saya suami saya baik, setia tapi bila dah jadi macam ni mula ada curiga sikit walau cuba untuk taknak percaya sebab benda macam ni syirik kan.  Tapi si rakan tu kata selalunya 99% betul.  Siap dia describe lagi yang rumah tangga saya akan bergolak dan saya akan dapat tau sendiri pasal perempuan tu.  Pendekkan cerita,  sebab dia saya ada faik sikit dgn suami sebab terpengaruh.  Sampai sekarang saya gelisah.


Tolong saya kak,  saya tau saya tak patut percaya.  Tapi jauh di sudut hati saya tetap risau. Yela perempuan mana sanggup bermadu.  Help me kak.  If KaKak Jumie di tempat saya, apa yang akak buat bile dengar macam orang kate macam tu?


Yang benar,
Eli

Hello u olls,

Kalau nama pewaris dalam KWSP,  insurance,  simpanan saham,  rumah,  kereta semuanya atas nama u olls.............JANGAN RISAU SANGAT LA HAL HAL NI.  HAHAHAHAH. Dah kalau betui dia nak kawen lain,  kahwinlah.....asalkan rumah apa semua harta atas nama kita u olls!  Kan......

Sorrylah u olls.  Akak bergurau sahaja.  Yelah,  kita ni bila duk bahagia dengan laki kita tup-tup orang mai bagitau kata kita bakal ada madu dan kita akan found out benda ni sendiri,  aiiiyooo....berderau kut darah kita.  Isteri Rasulullah pun saling mencemburui sesama mereka,  inikan kita orang biasa.

Tapi sebenarnya,  u olls,  bagi akak u olls jangan terlalu terbawak-bawak dengan benda tilikan ini.  U olls sendiri pun dah cakap kata benda ni syirik.  So why u olls duk pikiak benda ni lagi teruk teruk sampai menyusahkan diri sendiri.

Sebenarnya ini lah agenda syaitan,  dia nak letak keraguan dalam hati kita suami isteri agar bergaduh gadah.  Bila pasangan suami isteri bergaduh,  syaitan buatlah party buih u olls!  They olls suka la tengok kita bergaduh.

Actually kalau akak jadi hang senang je.  First sekali,  akak tidak akan sekali-sekali mendengar benda-benda tilikan ni semua.  SIRIESLY!  Never ever.  I tak suka.  Dulu yes...masa i muda-muda gatai gatai zaman sekolah.  Tak sabar nak tau apa nak jadi kat kita bila dah dewasa.  Tapi lani,  kita dah matang dan sedar bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini berlandaskan usaha dan kudrat kita sendiri dan bukan ramalan semata-mata,  so i tak suka dan akan mengelak dengar tilikan.  Sebab benda-benda macam ni boleh mengganggu emosi kita.  Actually,  kalau kita tak tahan sangat rasa curious di dada tu,  takpalah,  dengarlah u olls...tapi bila dah terdengar benda tak elok macam ni,  sendiri mau tau lah!

Secondly,  bila tau kata orang tu ramalkan laki kita bakal kahwin dua.  OF COZLAH kita akan raplah.  Yes...dan bila kita raplah apa kita nak buat?  Mai tulis emel kat Jumie Samsudin.Com?  Cam tu......erm...kalau akak raplah.  Akak akan berterus terang dengan En.  Khafi dan luah semua kat dia.  And bagitau kat dia apa yang i olls tengah pikiak.  (Just macam dalam kes ini  :  Luahan Hati Akak Sebagai Seorang Isteri Yang Bersaiz Agam)  Pastu masa luah tu,  bagitaulah pasai pa u rasa benda ni merisaukan u olls. 

Thirdly,  lepas kita dah cakap semua kat laki kita....now its time to bertawakal kepada Allah.  Dia saja yang tau apa yang akan berlaku dan segala-galanya di sebalik dan di depan kita.  Banyakkanlah berdoa kepada Allah.  Banyakkan solat sunnat dan mengaji Al Quran untuk dapatkan ketenangan hati.

Itulah sahaja.  Di samping itu,  teruskanlah melayan suami kita sebaiknya macam biasa.  Jangan duk paranoid sorang-sorang last sekali nenjia daripada benda tu takdak apa,  pastu ampa nanti duk bergaduh teruk,  last last memang betui laki hang ada pompuan lain.  HA!!!!!!!!!!!!!

Kalau kita duk pulun sangat jaga laki kita...tak ke mana u olls.  Kebahagiaan kita kat dunia ni bukan milik kita selamanya,  semuanya hak Allah.  Allah hanya akan memberikan kebahagiaan dan rezeki kepada mereka yang yakin kepada Nya.

Gituuuuuuuuuuuuuu!  Akak feeling Ustazah Bahiyah.

Love,
Jumie Samsudin



1 comment:

  1. Lebih baik percayakan penyiasat persendirian dari tukang tilik. Ha ha ha...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...