10.7.12

Dear Kak Jumie : Suami Ku Seorang Penagih Dadah

Assalamualaikum Jumie,

Aku antara pembaca setia blog hang.  Oleh kerana luahan hati aku ni sangat sensitif, aku tak dapat nk dedahkan diri aku sapa.  Baru ja duk taip banyak ni,  air mata aku duk mula bergenang dah.  Tak tau nak cerita kat sapa.  Hidup aku yang penuh rahsia dan simpan semua kesakitan dalam hati sendiri.

Kalau orang tengok hidup aku sempurna.  Hari-hari senyum duk wat lawak semua.  Macam takdak apa2.  Dalam hati Allah S.W.T sahaja tempat aku mengadu.  Aku dah berkahwin tapi belum ada anak lagi.  Tak merancang,  belum ada rezeki.

Masalah aku ialah suami aku ialah seorang penagih dadah.  Bila hang tengok dalam drama Melayu, penagih dadah ni mata kuyu,  kurus kering,  hidup merempat dan cakap tak terus ala-ala mabuk kan?  Realitinya,  suami aku tak macam tu.  Dia mcm orang biasa,  kerja dan jalankan tanggungjawab suami.  Takda cacat cela,  sampai la satu hari dia kena tangkap dengan polis, positif dadah.  Bermula la bibit-bibit sengsara aku.  Daripada pihak polis aku dapat tau rekod dia yang selama ni aku langsung taktau. 
Sejarahnya dia penah dipenjarakan lebih dari sekali sebab memasukkan dadah dalam badan jenis syabu.  Penah dimasukkan ke pusat serenti selama 2tahun beberapa tahun yang lalu.  Penangih tegar heroin lebih dari 7 tahun.  Runtuhnya hati aku.  Pedih.  Kuatkan hati aku buat rayuan di AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) atas nasihat Polis.  Dalam fikiran ni hanya nak dia bebas atas sebab fikirkan keluarga aku.  Apa aku nak bagitau ayah nanti?  Tiba-tiba suami aku tak ada?  Sekarang bila sudah dapat berfikiran waras barulah aku pikir sepatutnya dia terima hukuman untuk kesalahannya.  Aku sentiasa mendoakan agar dia insaf dan meninggalkan 'benda' ni.

2 kali aku ke mahkamah sendirian.  Sekian kali ke balai polis.  Benda yang aku langsung tak terfikir akan berlaku dalam hidup.  Akhirnya dia dijatuhkan hukuman 2 tahun ke PUSPEN (nama baru untuk Pusat Serenti). Aku pun sendirian.

Selama berkahwin,  aku tak syak apa-apa langsung.  Sepanjang bercinta pun tak ada curiga.  Kami kenal lebih kurang dua tahun sebelum settle down untuk berumah tangga.

Sekarang dah 6 bulan aku sorang-sorang bukan single,  masih isteri dia.  Aku melawat dia tiap-tiap bulan.  Mendoakan dia berhenti menagih dadah.  Perasaan ragu masih kuat.  Dalam diri ni keliru.  Menangis seorang diri.  Ramai dah orang tegur terutama jiran-jiran dan kawan-kawan.  Kenapa seorang je sekarang?  Jawapan biasa aku,  suami kerja.  Entah la sampai bila aku nak hidup dalam penipuan ni.

Jumie,  jujur aku bagitau hang,  cinta untuk suami aku masih tebal.  Tapi aku ragu antara aku dan heroin (dadah),  dia pilih yang mana?  Apa pendapat hang? 

Minta semua pembaca blog Jumie Samsudin doakan aku dan suami...

Terima Kasih...

Luv u...
Myvästi Surullinen


Dear Myvasti,

Aku tak terpana,  terkedu dan tersengap jadi macam batu sat bila baca blog hang.  Berat mata membaca,  berat lagilah hati hang yang menanggung semua ini.  Pertama sekali aku ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kat hang sebab hang berani untuk meluahkan cerita ini kepada aku dan pembaca lain.  Walaupun aku tak tau hang sapa,  tapi aku sangat happy because at least,  hang dah tulis kat dalam ni hang dah macam meluahkan apa yang terbuku dalam hati hang kepada 3000 yang membaca blog aku hari ini.

Siapa pun hang,  aku tak berhak untuk menghukum atau menyoal mengapa benda ini terjadi.  Let's not talk about the past.  Let's talk about the future.  Aku rasa hang perlukan seseorang untuk bercakap.  At least hang boleh luahkan apa yang terbuku di hati dan pada masa yang sama hang boleh tanya benda-benda yang mungkin hang nak tau tentang situasi hang dan suami.  Dalam erti kata ini,  hang perlukan seorang pakar kaunseling untuk sama-sama memberikan semangat kepada hang.

Pada mulanya,  aku tak tau sama ada nak share dengan u olls semua di luar sana.  Sebab i tak tau apa yang nak dikupas tentang issue ini.  For the first time aku terima emel seumpama ini.  Selama ini hanya mengupas kes-kes fashion dan liku liku menjelang perkahwinan gitu.

Kepada semua wanita-wanita di luar sana yang telah bersuami dan tidak bersuami lagi,  saya menyeru kalian semua untuk kita sama-sama memanjatkan doa kepada Myvasti.  Agar dia terus kuat,  teguh iman dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah dalam menempuh hidup yang sungguhnya mencabar ini.  Kalau aku ada dekat dengan hang,  aku dah lama peluk hang.  Tapi takpalah....as i am writing this.....my heart flies to you my friend.

Kita semua yang membaca kes ini.  Kita kena sedar kita tidak mempunyai hak untuk menghukum dan memberikan keputusan mandatori kepada Myvasti.  Cuba letakkan diri kita di tempat beliau.  Kalau saya di tempat beliau,  u olls rasa saya sanggup kah nak berpisah dengan En.  Khafi dalam keadaan ini?  Cinta sdan sayang saya pada suami sangat tebal walaupun dia selalu mencuri kueh kacang Mazola yang saya buat.  Dan atas dasar itulah,  kita semua kena bagi sokongan yang kuat kepada Myvasti.

Kawan-kawan semua,  please write your support words here on the comments!  Send our love to Myvasti.

Love,
Jumie Samsudin 


Tetap nak letak pose WHO RUN THE WORLD!! GIRLSSS!

15 comments:

  1. salam...

    saya tertarik dengan entry ni....untuk makluman semua saya bekerja di Cure Care Service Centre (CCSC) iaitu sebuah pusat khidmat dibawah AADK khas untuk penagih dadah yang berbezanya mereka datang secara sukarela untuk pulih. Disini disediakan program-program untuk penagih dadah.

    dan saya dah banyak jumpa situasi macam Myvasti ni. Benda ini memang bukan sesuatu yang mudah untuk ditempuhi. Sangat memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Saya harap Myvasti tabah untuk hadapinya.

    Dalam beberapa situasi, ada satu kes yang saya jumpa isteri mereka tetap memberi sokongan biarpun suaminya keluar masuk pusat serenti dan penjara sehingga sanggup datang dari jauh-jauh untuk melawat suami dan percaya atau tidak akhirnya dia berhenti dari hisap dadah malah rokok pon dah tak hisap lagi dengan alasan kesian dekat isteri yang dah banyak berkorban.

    apa yang dapat saya nasihatkan, terus memberi sokongan kepada mereka, kalau boleh pantau segala pergerakan dan nasihat supaya jangan biarkan mereka berjumpa dengan rakan-rakan lama kerana salah satu faktor adalah pengaruh kawan.

    Tak dinafikan juga ada yang tak kuat utk mengharungi semua ni, ada yang berpisah dan meninggalkan suami kerana suaminya penagih dadah dan terus membiarkan suami terkontang kanting.

    Teruslah memberi sokongan dan bincang dari hati ke hati dengan suami Puan, dan terus berdoa supaya Tuhan membukakan hati suami Puan untuk terus meninggalkan najis dadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Aslmkm...mcm mn kita naj semak keadaan pasangan.. Rekod dia semasa menjadi penagih...nk tahu tahap ketagihan.... Kronik atau tidak. Pulih atau tidak.

      Delete
    3. Boleh berikan saya nombor pusat cure care tu saye nak contactkan untuk member sy terima kasih ye

      Delete
    4. Boleh berikan saya nombor pusat cure care tu saye nak contactkan untuk member sy terima kasih ye

      Delete
  2. salam kepada Myvasti,

    Saya pernah berkahwin dengan seorang penagih dadah tegar..suami saya dulu adalah penagih dadah jenis syabu. Suami saya telah pun meninggal dunia tahun 2007. Suami saya di kalangan anak orang berada, tetapi sikap ibu bapa mertua saya tidak percaya bahawa anak nya adalah penagih dadah, maka suami saya telah meninggal dunia akibat "overdose" syabu.

    To tell u the truth is not easy to handle the situation. For Myvasti, i'm sure you will gone through worst later if your husband still addicted to drugs. Drugs is a killer. Semasa hayat arwah, saya mengalami tekanan yang amat dasyhat, sampai diri saya pun hampir separuh gila. Tetapi berkat kesabaran saya dan ibu saya selalu menyokong dari belakang untuk kuatkan semangat.Suami saya memang kritikal sampai diri saya menjadi bahan keganasan fizikal bila dia dah habis "stim".

    Saya ingin menberikan semangat kepada Myvasti, jika suami anda ada nampak cenderung untuk berubah, maka kuatkan semangat anda dan sokong lah dia seratus peratus untuk dia berubah kembali ke pangkal jalan..No such thing as berubah sekejap, or sikit2..because DADAH ni memang PEMBUNUH!

    BUT jika dia nampak masih ragu2 dan juga mahu meneruskan ketagihan beliau, maka saya menyarankan agar JUST LEAVE HIM.. Sebagai seorang yang hidup, you berhak hidup dengan lebih aman..Sometimes Love aint enough! Fikir tentang diri you rather than him..Kalau dia dah fikir pasal you, dah lama dia berhenti ambik drugs..That's it.

    Okay..just my two cents..
    regards and take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah atas suami puan....tapi saya x setuju dgn pandangan agar tinggalkan suami jika masih ragu2...saya rasa suami pengadu masih ada peluang...bagi dia support sepenuhnya....mungkin dia x boleh pilih antara si isteri atau dadah. biarkan die pilih dua2 dulu...sampai masanya jika dia betul2 sayang isteri, dia akan tinggal dadah. penagih dadah bukan macam penagih internet atau penagih makanan segera. dadah dah sebati dalam badan, jika berhenti terus akan sakit yang amat2 sakit. penagih tegar amik dadah bukan utk high, kalau heroin fasa high dia cuma 2, 3 minit, kalau ice tu boleh sampai 45 min....lepastu die akan start mellow...then penagih2 akan start cari high yang seterusnya. mereka perlu dadah untuk terus hidup normal. untuk terus boleh berdiri atau hanya untuk terus bernafas. mereka ialah pesakit kpd penyakit yang dicari sendiri. most of them nak keluar dari dunia dadah tapi susah. berat mata memandang berat lagi yang memikul beban. jadi pandangan saya ialah jangan terus tinggalkan suami. bagi support. salaam

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya pernh terlibat dalam kes mcm nh tp berbeza situasi but dalam kes sy tu apa yg dpt sy tgk ialah moral support dr family adalah sgt penting untuk mereka2 yg terlibat dlm bnda2 cenggini..dont put pressure on them or else they might be worse..but whatever it is setiap org adalah berbeza kan..tp papepun i know all the readers blog kak jumie n i will pray for the better future to Myvasti...

    ReplyDelete
  5. hi dear. dulu masa i handle criminal cases, mmg byk sgt kes2 dadah ni i jumpa. ada tu yang dh beranak pinak sampai umur 40 thn pon ada. yang jenis keluar masuk penjara dh takde segan silu. rekod kesalahan dia berkait dadah ni berkajang panjangnye. and they never repent. TAPI, tak semua mcm tu. ada yg i jumpa tu, mmg insaf sgt. lepas masuk lokap tu, kena bicara apa semua plus dapat loyer saiko mcm i ni, i cuci dia puas2...basuh dia puas...lps kuar penjara tu alhamdulillah dia menyesal and tak amik dadah lagi. and most of them yg i jumpa, i tny diorang, apa yg buat diorg tgl kan benda tu? and they replied, saya syg famili saya (anak, isteri, ibu bapa). even diorang tau my anak guam ni terlibat dgn drugs, but the family has nvr let them down. itu yg penting. dekat diri pada agama. u as his wife, bila dia dh keluar nnt, ajak dia berbincang. first thing first, tny dia sapa lagi kawan2 dia yg amik benda tu. bkn pasai u nak repot nama2 kwn dia kt polis...tp mintak di jauhkan diri dr kawan2 dia. sbb kebanyakan penagih ssh nk stop sbb pengaruh kawan2. introduce him to new hobby...with new hobby, dia blh jumpa new friends and tgl kan circle of frens yg menagih tu. everyday ajak dia solat jemaah, baca quran. hujung minggu u pergi surau dgn dia semayang jemaaah kat sana. with that dia akan perlahan2 lupa pd benda tu. and never ever ungkit or keji dia psl perbuatan dia dulu2 amibil dadah tu. start a new chapter.and paling penting, u berdoalah banyak2 pada Allah. sbb apa yg i sll pesan dkt famili anak guam i, doa isteri dan doa ibu sgt mustajab. never ever let him down dear...sbb penagih or bekas penagih ni moral kediri mereka sgt lemah...bila rasa down, they tend to take drugs. sbb bila diorg stim tu, diorg rasa hepi.

    kalau ur parents jenis yg boleh dipercayai dan x cpt melenting, u ve gotta tell them.because u too need moral support.tapi mintakd epa janji not to ungkit this in front of ur husband or spread the story dkt ur siblings.

    as for his own parents, u mmg kna bg tau. mmg u wife, but he's their son. so bg tau dgn cara yg baik. u mintak depa tolong doakan dia berubah.

    i pon sedeh baca cerita u. i know how it feels. ada my uncle pon meninggal pasai ni. i doakan u tabah and i doakan ur husband dapat berubah dan tinggalkan benda tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam terima kasih atas penjelasan dan peringatan diatas...Saya mempunyai masalah seperti MYVASTI, lebih teruk sebelum kahwin ibu dan adikberadik dia dah tahu yang dia penagih dan dah pernah ditangkap polis. Saya sangat terkejut dan tertekan ..dah cuba berbuat baik pada dia tetapi terkadang emosi sangat melampaui batas bila seringkali dia minta duit pada saya...

      Saya buntu kadang-kadang, ada tak cara lain untuk saya menghadapi situasi ini.

      Delete
  6. myvasti..

    inilah ujian dan cabaran dalam hidup.. dadah tidak mengenal sesiapa.. saya sarankan myvasti menghubungi pihak AADK berdekatan untuk mendapatkan bantuan.. sebenarnya dalam kalangan keluarga yang menagih dadah, bukan penagih sahaja yang perlu sokongan, tetapi ahli keluarga terdekat juga perlukan support.. buat jaringan dengan rakan-rakan atau ahli keluarga lain yang mempunyai masalah yang sama..supaya bebanan yang ditanggung lebih ringan dan dapat berkongsi..

    hidup ini terlalu indah untuk disiakan..
    kenali kami di nodrugplease.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. saya dah senaraikan posting anda dalam "apa blogger tulis tentang masalah dadah" di nodrugplease.blogspot.com

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...