15.7.12

Kembara Burger Meletops : Hero Burger Bakar @ City Stadium Penang

SPOILER ALERT  : SAPA POSA WAJIB ATAU SUNNAT TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMBACA ARTIKEL INI.  PERTIMBANGAN PEMBACA ADALAH DIPERLUKAN.  

Hello u olls!

Sepertiyang dijanjikan akak dan kawan-kawan akan membuat segmen baru iaitu Kembara Burger Meletops dimana kami akan pi tibai burger yang meletops di seluruh Penang dan kami akan review dalam blog akak ini.  Marilah kita beramai-ramai menyalahkan Adam Richman kerana beliaulah yang mempromosikan makan burger dan benda benda ni semua secara NALAREKEK dan BESAK PUNYA kat Melesia ni.  Lately,  gerai-gerai yang menjual burger meletops tumbuh bak cendawan kat Penang ni.  So haruslah akak menelaah setiap kedai.  Kalau best,  akak review.  Kalau tak best,  akak tak review. 

Pada suatu malam yang akak tidak membuat kueh kacang,  akak,  Eiyzhall,  Ammar dan juga Mamu telah mengepi gerai Hero Burger Bakar yang terletak di City Stadium,  Penang.  Kalau tak tau sangat City Stadium tu kat mana...........................sila keluar dari Penang dan pindah pi duduk kat Banting,  Selangor.  City Stadium tu Stadium Bandaraya lah.  Duk buat Kokdiang sangat tak tau cakap orang putih.

Kat mana?
Hero Burger Bakar terletak di Astaka City Stadium.  (Mengadap Jalan Perak).


Orang ramai yang mai makan.  Maybe sebab akak mai weekdays tak berapa ramai sangat orang.  Itu pun kena tunggu like 40 minutes.  Tapi takpa.............berbaloiiiiiiii u ollls!  Masa yang ada tu.  Lepak lepak la bersama kawan tersayang. 

Berniaga pukul berapa?
Depa bukak hari Isnin sampai Ahad dari jam 6pm sampai 12 malam.  Katop hari Selasa. 

Dari tepi jalan ampa boleh nampak dah banner ni.


Hero-hero sedang memasak burger.  Akak takut nak pi over over amik gambar depa.  Depa semua besak macam jin jin (duk buat macam aku kecik sangat).  So akak pun sebab ini first time nak pi feeling-feeling amik gambar untuk blog,  akak macam segan-segan sikit nak pi cakap banyak.  Aii....kalau menggedik atas pentaih hang boleh pulak???


Jenis-jenis burger yang ada?
Of coz semua burger bakar.  Ada daging dan ayam.  Ampa boleh pilih nak macam mana.

Tapi yang special kat sini adalah Double Trouble RM14.50.  Ada daging,  ayam.  dua bijik telur dan dua keping cheese.

And then they also have 500 gram superb RM25! Dia bubuh daging 500 gm (Setengah kilo u olls).  3 keping cheese dan 3 biji telur.  Yang ni depa tulis untuk 1-4 orang makan.  1 orang makan????  Fuiiyoo.  Khafi boleh la.  Akak pun boleh,  tapi kena bagi dorongan kat akak.  AHHAHAHAHA


Lagi satu 1 Kg Maniac.  Yang ini untuk 4-7 orang makan.  Harga?  RM45.00.  Rasa macam teringin nak try.  Tapi takpa.  Maybe on my next visit. 

Satu lagi yang best kat sini u olls boleh customized nak burger macam mana.  Kalau nak Skyscraper,  u olls boleh mintak nak berapa tingkat.  Harga RM20 ke atas.  Yang ini untuk ampa yang nak burger tinggi tinggi. Tengok gambak abang ni duk pose pegang burger. 


Ini burger double yang Ammar order.  Over tau deni.  Kami semua feeling Kate Middleton makan sikit,  dia tiba tiba double teruih.


Nenjia...punya senyum syiok.  Orang Bentong Pahang ni.  Sapa-sapa nak kenalan dengan dia,  add dia kat sini  :  Muhammad Ammar Md Sidik





Burger yang akak beli?  Akak feeling beli satu lapis je.  Lagipun akak mai lambat.  Depa order untuk akak.  Kalau tidak,  confirm akak order 1 KG MANIAC.  AHAKXXX!




Nampak macam burn sikit,  tapi bila dah makan...........................dengan sos dia pedas,  manis dan rasa hingga ke jantung.  Cheese dia.  Daging dia yang tebal dan manis.  Aiiiyooooo akak terus rasa macam nak order lagi 400 keping.  Tapi tak boleh makan ikut nafsu.  Rasulullah pesan,  berenti sebelum kenyang.  So akak berenti lah.  (MOTIF BURGER BESAK SATU KEPING TAK KENYANG LAGI...........!)

Gambar diambil oleh Eiyzhall.  Pose akak persis Normala Samsudin kan?

Harga macam mana?
Harga untuk burger paling simple adalah RM6.50.  Burger yang akak beli,  daging sekeping,  telok 1,  cheese satu...RM8.  Paling mahal .....i have to say for that 1kg Maniac.  Kena ajak En.  Khafi mai bila dia gaji ni.  HAHAHA.  Kikih duit suami.  Anyway,  dengan burger sesedap ini.  Satu burger RM15 pun akak sanggup bayar okay. 


Cara memakannya ?
Orang semua mai makan dengan camca dan garpu macam adik ni.  Sopan je.  (*Gambar diambil dari FB Hero Burger Bakar).


 Adik yang sopan sedang pose di dalam camera.
 Dialog mulut muncung :  KAU INGAT AKU NAK MAKAN FEELING CAMCAGARPU KE NYAH? 

 TAKDAK MAKNANYAAAA!!!!!!!!!!!!!!

Pasai pa best?  
  • Parking senang.  Lokasi pun meletops di dalam Georgetown,  dekat dengan rumah I. 
  • Ada banyak makanan lain seperti tomyam,  char kotiau dan juga nasik goreng-goreng.  Pakcik yang juai ayak kat sebelah tu pun,  ais kacang dia meriah juga.
  • Family style yang open untuk melepak. 
  • Burger dia memang sedap!!! Untuk burger harga macam ni.  Kami sanggup bayar lebih.
Perasaan kami semua?
Perasaan kami semua yang mai makan hari ini sangatlah puas hati.  Dari 10 bintang kami bagi 9/10! Kami amat mengalu-alukan u olls semua datang sini dan try.  Kalau boleh datang awal.  Sebab walaupun dibuka sampai 12 am.  Tapi kalau mai 10 dan ke atas,  selalunya dah takdak stok ya.  (berdasarkan komen-komen akak baca kat FB depa).  I have to be frank,  we waited 40 minutes for our burger tapi its worth it man!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Kecur air liur,  burger sepinggan kami ranapkan. 



Burger kami semua.  

Chef Eiyzall,  pembuat mee kari yang meletops. Read here  :  Resepi Mee Kari Meletops by Chef Eiyzall Eizhann Azami


Ini bukan iklan gigi ya.  Ini iklan burger.  Mamu membawakan mesej yang mengelirukan di sini.  


Yang tengah tu,  BURGERRRRRR SANGAT! 

Sekian,  for more info bukak this page  :  Hero Burger Bakar.  Ataupun boleh hubungi Hero Burger Bakar untuk pertanyaan lebih lanjut di talian 01126420334.

ps/  Kalau u olls nak i review kedai burger u olls,  OF COZ BOLEH!  SMS/Watsapp me 0124130060 or email  jumiess@gmail.com

Love,
Jumie Samsudin

6 comments:

  1. Boy Burger ada jugak kak jumie kebabom.

    Kat Pekan Kubang Semang

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pengetahuan Alumni KMPP, kami akan menyusur ke boy burger plak nnt.....(ada org ajak ke???)

      Delete
  2. jumie,

    ada lagi satu stall burger bakar yg tengah hangat promosi kat fb...area queensbay seaside katanya...ce pi try bila2 nanti..

    ReplyDelete
  3. As Salam. Jumie... hampa kalu nak makan ni manyak kena pastikan makan bawang besaq merah tuh lebih. al-maklum, org pompuan penyakit pelik2(kanser) . Kami pun ada org pesan, coz anything yg bakaq2 nih especially guna arang kena bunuh dia pya karbon dgn bawang n timun..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...