23.7.12

Mari Meng-Meletopskan Telefon Pintar Anda dengan Popmycase

Hello u olls semua,  

Untuk pengetahuan u olls semua,  akak bukanlah seorang yang sangat suka gajet gajet canggih ni semua.  Apa yang ada,  akak pakai saja.  Takdak fussy sangat nak tengok cantek ka,  terkini ka,  jimat current ka,  bla bla bla.  Janji kalau akak nak beli atau pakai sesuatu benda tu,  tahan lasak,  praktikal dan paling penting memudahkan kerja akak.

So frankly  im not a big fan dalam gajet-gajet teknologi ini apatah lagi nak menghiasnya.  Akak ada sebuah Blackberry dan sebuah Ipad.   Blackberry akak takdak casing.  Takdak cover apa.  So,  akak pakai jer ikut suka hati akak.  Ipad akak pulak,  diberikan oleh office akak kepada akak.  So ada lah casing tapi casing tu haram dah macam cover buku latihan sekolah darjah 6 bila nak masuk hujung tahun dah lunyai dan terkoyak sana sini.  I dont bother tu beli yang baharu pun.  Kawan office akak dah feeling beli macam-macam casing untuk Ipad depa.  Well...itulah akak.  Tak menghargai barang yang akak miliki.

So one day,  akak terbaca tentang satu business online yang menjual casing telefon pintar yang boleh di-customize oleh pembeli.  Nama depa POPMYCASE.  So basically,  kita boleh bukak website depa,  pilih casing yang depa dah customized ataupun kita boleh upload gambar / design image kita sendiri,  pastu send kat depa,  pastu buat payment dan casing telefon kita akan teruih sampai kat kita dalam 3 atau 4 hari.  GITU!  WOW!  Macam menarik.  Mereka juga adalah business seumpama ini yang pertama di Malaysia dan juga di ASIA.  FUUUIIIYOOOOO!!!  And lebih menarik perhatian akak adalah depa ini adalah pengusaha anak Melayu.  Meletops.  Lagilah akak rasa bangga untuk membaca mengenai mereka.  




Selang seminggu akak dapat email daripada pihak POPMYCASE.  Depa mintak akak paparkan kisah tentang depa dan akak dapat satu casing telefon.  Macam meletops!  So after sembang-sembang dengan PR officer depa,  akak pun setuju.  Walaupun akak tak pilih / design lagi casing telefon akak tu,  tapi now akak lebih semangat nak cerita kat ampa pasai POPMYCASE.

Pasaipa kita kena pakai casing phone?
Pada pendapat akak,  bila akak tengok semua casing yang depa design, 
POPMYCASE bukan semata-mata casing.  Ianya adalah art.  Suatu ekspresi seni.  So semua orang harus memakai seni,  pada pakaian,  pada make up,  pada eksesori dan why not pada telefon juga?

Kalau kita pi kenduri,  tiba tiba terjumpa seorang makcik yang pakai baju kurung yang kainnya sama macam kita pakai dan makcik itun punya baju kurung nampak lagi meletops dari kita,  haaaa........haruslah rasa macam malu di samping tersentapkan u olls!  So haruslah,  kita yang ada telefon ni.  Kena mengcustomizekan telefon kita agar nampak stand out dan lebih meletops.

iPhone 4 Custom Case Nu Skin
Ini untuk u olls yang nak feeling jantan. 
Kalau akak lepak dengan kawan-kawan,  ramai kawan akak yang pakai Blackberry BOLD.  Hareeeee.....bila nak amik balik fon sendiri semua kena tekan kat fon.  Tengok keluar display picture apa kat screen.  Kalau keluar muka sendiri/familiar image baru kita tau "Haaaa ni pon aku!"    

Pasaipa design kat POPMYCASE dikatakan meletops?
Kalau pergi kedai eksesori phone,  akak tak begitu tertarik dengan design casing yang depa duk juai.  Sebab design yang duk ada kat kedai-kedai phone tu semua bukan dibuat dengan nilai seni yang tinggi.  Depa buat ja pikiak nak untung.  So most of the design yang kita jumpa kat kedai phone ni banyak yang sedih.

But not like POPMYCASE.  First bila akak bukak website depa.  Akak bukak kat bahagian collections.  Nenjia....cantek-cantek u olls.  Ada yang abstrak.  Ada yang ceria warna-warna.  Ada yang amik image alam semulajadi.  Yang menarik perhatian akak tentang image alam semulajadi,  POPMYCASE menggunakan image alam semulajadi yang sungguh dekat dengan hati rakyat Malaysia.  Like this  :  image pokok puding disemadikan dalam design POPMYCASE.  Meletops kan?  Selama ni kita duk tengok pokok puding ni orang duk tanam kat perkuburan Islam saja kan.  Nenjiaa.....lani buat design casing telefon teruih.  Meletops.
iPad 2 Custom Case Garden Croton
Design daun pokok puding yang akak ceritakan.






iPad 2 Custom Case Green Leaves
Nenjiaaaaaaaaaaaa bukan kata kaduk naik jungjung....ini dah kaduk jadi cover image IPAD2.  KAU ADAAA!!

Ada banyak lagi image dan design meletops.  So haruslah u olls go check it out.

Samsung Galaxy SII Custom Case Spain
Untuk peminat SPAIN.  (Masih sentap akak kalah bet dengan En.  Khafi untuk final Euro 2012)
BlackBerry Curve 9300 Custom Case Dissolve
BlackBerry Curve 9300 Custom Case Flowers In The Garden
Samsung Galaxy Note Custom Case Life in Technicolor
BlackBerry Bold 9700 Custom Case Fair Square
Macam mana kalau nak tempah casing dengan image sendiri?
Pengubahsuaian rekaan kasing adalah semudah 1-2-3.  Mula-mula u olls masuk website depa,  pastu perlu memilih model gajet, kemudian memuat turun imej daripada komputer atau pilih hasil seni artis. Setelah itu, imej perlu diubahsuai pada kanvas kosong yang menyerupai ukuran sebenar bahagian belakang model gajet yang dipilih. Hasil rekaan yang telah siap boleh ditempah untuk dicetak pada kasing gajet tersebut.

Cuba u olls try?


Contoh screen shot kalau ampa nak customize.
iPhone 4 Custom Case Tie The Knot
FEEELING...........


Apa yang baguihnya kualiti POPMYCASE punya casing?
Apa yang membuatkan popmycase esklusif adalah kualiti cetakan yang memaparkan warna sebenar pada Casing.  Casing yang dikeluarkan oleh POPMYCASE bukanlah plastik biasa,  tetapi dari Lexan,  bahan kejuruteraan termo yang tahan lasak,  ringan,  fleksibel dan memberi perlindungan pada gajet. 

BlackBerry Curve 8520 Custom Case Three Leaf Clovers
Untuk orang yang ceria
.
POPMYCASE menggunakan teknologi pencetakan 3-D resolusi tinggi dengan kaedah terkini pemindahan haba yang dipanggil ‘ink-embedded process’.  Tekanan dan haba dari oven pemanas akan mencetak rekaan dengan cara meresap terus ke dalam permukaan kasing.  Ini menghasilkan rekaan dengan imej yang sangat jelas dan tidak mudah pudar.

Meletops tak eksplenesyen akak?  


Siapakah artis yang berkolaborasi dalam POPMYCASE?
Selain kita boleh pilih design sedia ada yang meletops atau kita bok masuk design kita sendiri,  ada satu lagi yang meletops dengan POPMYCASE adalah depa berkolaborasi dengan local and international artiste dalam menghasilkan beberapa koleksi khas.   Antaranya Amy Search, Bunkface, Nini Marini, Orkibal, Kukubesi, Art Tech, Spoonman dan Shiek.  Tapi akak nak story kat u olls pasai design by Nina Marini.  Akak sangat tertarik dengan design beliau yang lebih feminin gitu.  






Design dia bertemakan alam dan mengunakan warna-warna yang pop dan meletops. Akak sangat suka design macam ni.  So,  akak pun terpikiak la.  Sapa Nina Marini ni?  Meletops kah beliau.  Jom kita tengok video dia. 




Haa sentapkan?  Cakap very the New York,  New York.  Nina Marini Ramlan....ermm....akak try google carik info pasai dia.  Tapi tak dak pun.  Tapi jumpa weblog Tumblr dia yang meletops.  U olls check it out.  http://ninimarini.tumblr.com/

And these are her work with POPMYCASE.  Akak akan pilih salah satu dari design dia untuk phone akak :)


iPhone 3G Custom Case Big Thorn Roses by Nina Marini Ramlan
BlackBerry Curve 9300 Custom Case The Firebird by Nina Marini Ramlan
iPhone 3GS Custom Case House of Leaves by Nina Marini Ramlan

Samsung Galaxy SII Custom Case Peacock Feathers by Nina Marini Ramlan
BlackBerry Bold 9700 Custom Case Element of Trees by Nina Marini Ramlan
Samsung Galaxy SIII Custom Case Three Flowers by Nina Marini Ramlan
BlackBerry Bold 9780 Custom Case Aeoki by Nina Marini Ramlan

Samsung Galaxy SIII Custom Case Shell by Nina Marini Ramlan
iPhone 4S Custom Case Fishnet by Nina Marini Ramlan

Mau berkolaborasi bersama POPMYCASE?
Okay!  Kepada u olls pengusaha dan peniaga yang ingin meletakkan brand u olls ke atas casing telefon bimbit...why not!!!  Tak kisahlah u olls business apa pun.  U olls boleh hubungi pihak MYPOPCASE untuk membincangkan tentang niat anda ini.  Pastinya lebih meletops u olls.  Berminat?  Baca sini  : Brand Impression Matters

Mana nak tau,  u olls nak buat design meletops letak nama company u olls.  Lepas tu beli secara pukal dengan POPMYCASE,  so u olls boleh jadikan casing POPMYCASE sebagai tandahati kepada pelanggan u olls yang setia.  GITU!  That's one promotion idea kan?


Selain itu,  pihak POPMYCASE juga mengalu-alukan semua artist/ selebriti/  blogger /  Youtube Star /  pelakon atau sesiapapun yang rasa diri dia popular untuk menghubungi POPMYCASE dan memulakan koleksi casing telefon atas nama u olls.  Akak rasa POPMYCASE harus menjemput Cikgu Shida kerana penghasilan video miming beliau yang sungguh meletops itu sungguh disukai oleh seluruh rakyat Malaysia.  Siriesly,  kalau Cikgu Shida buat koleksi POPMYCASE dia akak tau sapa yang akan beli dulu kat Malaysia ni.  Akak tak mau sebut. NANTI DIA PERENG.  HAHAHAHAHAH.  So kepada artist -artist popular seperti Cikgu Shida,  sila buka ruangan ini  :  Popmycase Artist Collaborations


Harga macam mana?
POPMYCASE boleh didapati di www.popmycase.com .  Kasing pra-rekaan (dalam album collection depa) boleh didapati dari RM 98 manakala kasing dengan pengubahsuaian rekaan  boleh didapati dari RM 128. Rekaan kasing yang ditempah akan sampai dalam 2-3 hari bekerja untuk tempahan dari seluruh Malaysia manakala tempahan luar negara akan sampai dalam 5-7 hari bekerja.


So itulah sedikit cerita,  pendapat dan info yang akak boleh share dengan u olls.  So why not!!  Jom kita POPMYCASE hari ini!


 “Setakat ini, fokus popmycase adalah menawarkan pelbagai pilihan corak dan rekaan untuk pengguna yang mahukan rekaan kasing gajet mudah alih. Kami memahami kehendak mereka yang mahukan sesuatu yang baru, unik dan inovatif dalam rekaan kasing,” ujar Edi Yuzri, Pengurus Besar popmyberry Group. “Hasil kreatif artis sekarang boleh dimanifestasikan  dalam satu rekaan kasing yang lain daripada yang lain.”

Untuk maklumat lanjut mengenai pomycase, hubungi +603-55110441 atau email ke info@popmycase.com


1 comment:

  1. cool personalized design..

    harap dapat kunjungi juga lama web kami yang menawarkan phone cases dan skins kat http://www.iskino.com.my

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...