Haizi Khalid

Tunetalk

Glowbro Marine Collagen

UK Clark Sales

19.7.12

Masak Memasak bersama Kak Edeh : Roti Kukus, Pais Ikan dan Kuah Celok

Hello u olls semua,

Akak jarang berkesempatan untuk bersama -sama dengan ibu akak iaitu Kak Edeh kecuali pada hari raya kerana kami berdua memang tinggal berasingan.  Walaupun rumah kami actually dekat gila,  naik motor 8 minit dah sampai,  tapi sebab kedua dua kami adalah business woman, so tak dapat nak jumpa.  Kak Edeh adalah seorang pemasak yang sangat handal.  Kami anak beranak memang sangat beruntung kerana mempunyai mak seperti beliau.  Dan kepada para pelajar sekolah menangah St Xavier Penang, u olls sangat beruntung kerana mak I olls adalah mak kantin di sekolah u olls.  HARI HARI U OLLS DAPAT MAKAN SEDAP!!

Kak Edeh memberikan pose istimewa kepada u olls semua.  Mak i sweet orangnya.  Macam enjels.  Cakap pun lembut,  tapi sedikit loklak.  Kadang-kadang macam tak percaya i dilahirkan oleh wanita ini.  Sebab akak ni perilaku kadang-kadang macam haiwan macam mana ka.


I dan kakak i semua dalam proses mengumpulkan semua resepi-resepi mak I ini.  Kami ada bagi dia buku khas,  so kalau dia free,  dia boleh tulis resepi dia dalam tu.  Dan sempena nak puasa ni,  i dah kerahkan mak i duduk dengan I kat Ayer Itam tu.  So sambil memasak untuk berbuka,  i boleh bantu dia untuk rekod semua data-data penting ni.  Penting u olls!!

So,  pada hari minggu yang lalu.  Kami telah bersama di dapur untuk menyediakan 3 jenis makanan simple tapi sangat sedap.  Makanan simple ini memang nostaljia dalam family kami sebab memang kegemaran Abang Manap.  One is kuah celok,  one is pais ikan dan a desert - roti kukus.  Jom baca!

Kuah Celok


Kuah Celok is like kari ikan to orang Penang.  Memang menjadi kegemaran orang Bawean kat Malaysia ni.  I think kat Pulau Bawean,  Indonesia ...depa pun layan jugak kuah ni.  Sebab hari tu i post gambar kuah celok mak i masak kat Twitter,  terus account Twitter MediaBawean,  Indonesia retweet gambar i tu.  KAN!!!!!!!!!!  International i kan?

So,  celok (che - lok) bermaksud masam.  So kalau baby yang pagi-pagi tak mandi lagi...kami akan kata la "Ala celook naa reyak..."  haaa gitu akak tulis ayat bahasa Bawean.  So kuah celok ni bermaksud,  kuah masam.  

Konsep dia sama macam kuah singgang tapi kami guna ramuan yang lebih simple dan hanya kami tak gunakan ikan.  Just some udang to sweeten the rasa.  Kami juga letak sayur sebagai bahan utama kuah ini.  Antara sayur yang sesuai digunakan adalah kacang munggai,  bendi,  kacang panjang,  kubis ataupun terung.  Tapi paling sedap guna kacang panjang!

Sesuai di makan nasi kosong ataupun pekena dengan sambal dan ikan goreng.  Lagi best kalau buat dengan ikan belah belakang.  (BABIRAHHHHHHHHHHHHHH AYAK LIOK AKU CAYAK TULIS AYAT NI)

Bahan bahan  : 

Bahan kisaran 

10 batang cabai kering (rendam dan potong) (kalau nak guna cabai hidup pun boleh tapi tak stingy macam cabai kering)
1 labu bawang besar (dikisar)
Belacan 1 petak (dibakar)

Hasil bahan kisaran cabai kering,  bawang dan belacan.

2 camca udang kering  atau 300 gram udang segar 
5 keping Asam keping

Garam dan gula secukup rasa

Udang kering direndam dahulu ya u olls. 

Cara-caranya  :
  1. Kisar bahan-bahan kisaran hingga lumat.
  2. Dalam periuk yang mempunyai size yang sesuai,  rebus air bersama bahan kisaran kita bersama sayur yang kita nak gunakan sebagai kuah celok kita.  Dalam kes ni,  kacang munggai.  So sesiapa yang ada susuk seperti akak,  pastikan susuk u olls telah dikeluarkan,  diperasap dan di balut dengan kain kuning sebelum memakan kacang munggai ya.


    Masa mula-mula bubuh.


    Bila cam ni,  boleh masuk udang dah.   


    Dah mendidih elok. 
  3. Biarkan sampai mendidih.  Kemudian masukkan udang kering / udang segar,  asam keping,  garam dan gula secukup rasa. 
  4. Perlahankan api dan biarkan kuah celok kita masak.  
  5. Itu saja....senang kan???

Pais Ikan
Orang Bawen tak sebut pais ikan,  kami sebut pais-pais.  Kita mengkukus ikan menggunakan rempah ringkas untuk menyedapkan.  Boleh makan dengan nasi kosong ataupun makan saja.  Feeling diet kan?  


U olls boleh guna pelbagai jenis ikan,  kembung,  merah,  sardin,  biji nangka dan semua ikan.  Tapi paling best mak i kata,  ikan pari.

And paling meletops,  sapa yang memang otai macam bapak i, dia suka kalau buat pais - pais ni menggunakan taik ikan.  YES!!!  Tahi ikan.  Maknanya dengan menggunakan semua isi perut ikan yang kita selalu buang bila kita pesiang ikan tu.

Bahan-bahan untuk dikisar :


10 ekor ikan size sederhana
2 labu bawang besar
2 batang cili hidup (Lebih pun takpa)
1 inci halia
1/2 inci lengkuas (jangan bayak nanti pahit)
1 batang serai
5 biji buah keras
5 camca cili boh
1 inchi kunyit hidup / kalau serbuk 1 camca

5 camca jus asam jawa / 2 camca kalau gunakan paste asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Daun pisang dan lidi untuk membungkus ikan
ataupun
Daun pisang dan foil timah

Bahan tambahan kalau nak lagi best :  Asam belimbing dan daun kunyit

Halia,  lengkuas,  serai dan kunyit.


Cara-caranya  :
  1.  Blend semua bahan bahan seperti tersebut di atas.  Kalau boleh jangan letak terlalu banyak air dalam blender, nanti cair tak sedap.  Tapi kalau nak lagi meletops,  Kak Edeh kata lagi best kalau digiling atau ditumbuk.  Why not.....

    Bawang :)
    Blender ni kotor sebab tadi kami guna untuk blend bahan buat kuah celok.  Takpa,  tak payah cuci pun takpa.  Baru meletops rasa. 
    Hasil bahan kisaran untuk membuat pais ikan. 
  2. Pastu bila dah blend elok semua ni,  masukkan air asam jawa dan juga garam serta gula untuk menstabilkan rasa.
  3. Bila dah jadi paste,  amik ikan kita yang telah dicuci elok dan perapkan ke dalam rempah untuk seketika. 


  4. Selepas itu,  kita dah boleh membungkus dengan daun pisang. Gunakan lidi untuk menguatkan lipatan kita itu.  Tapi kalau u olls guna foil,  just letakkan daun pisang,  then letakkan ikan bersama rempah,  and then balut dengan foil.  Comfirm tak akan terbuka.

    Masukkan ikan dan rempah ke dalam daun pisang.


    Lipat bahagian tepi.


    Cucukkan dengan lidi.


    Nenjia nanti jadi macam ni la :)

  5. Kalau nak lebih sedap,  u olls boleh tambah asam belimbing dan hirisan daun kunyit ke dalam bungkusan ikan sebelum membalus dan mengukusnya.
  6. Kukus selama 10-15 minit.  Ikan tak perlu masak lama-lama. 



  7. Baki rempah,  boleh disimpan dalam peti ais.  Boleh dibuat sambal u olls.  Just tumis rempah tu,  pastu bubuh la sotong ka,  ayam ka,  ikan ka...apa-apa u olls suka.  Sedap u olls!


Roti Kukus Pandan
Okay,  resepi pencuci mulut terakhir untuk hari ini.  Meriah ya semua masakan.  Walaupun simple,  tapi tak tahan rasanya i duk menulis ni.  Berkecuran air liur i dibuatnya.  So,  sedikit latar belakang tentang roti kukus ni.  Memang mak i olls suka buat kat kami sejak kami kecik.  Mak zaman dulu-dulu suka buat kueh kan?  Mak zaman sekarang semuanya kena beli aja.  Yelah u olls.  Lebih mudah dan senang.

Roti kukus ni sesuai di makan pagi,  petang ataupun malam.  U olls juga boleh hidangkan dalam keadaan sejuk atau panas.  I like panas.  So jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan :
1 buku roti putih (Paling best roti Benggali yang ada kat Penang ni.  Sapa tak tau roti Benggali tengok sini  :  Roti Benggali)
2 cawan air pandan (Kalau takdak,  guna pewarna pandan tapi tak wangi la)
1 cawan gula pasir
5 biji telur ayam (size kecil.  Kalau size AA tu,  u olls pakai 3 atau 4 pun cukup)
300 gram santan (setengah kati)
Sedikit garam untuk perisa

Cara-caranya  :
  1. Tumbuk / blend daun pandan untuk mendapatkan jusnya.  Kata Kak Edeh,  gunakan daun pandan yang sedikit tua kerana keliatan pada daun pandan yang tua akan memberikan warna yang lebih meletops.


  2. Tapiskan air daun pandan itu dan letakkan ke tepi.
  3. Dalam satu bekas lain,  pukul gula dan telur hingga sedikit kembang. 





  4. Kemudian masukkan air pandan tadi. At this point,  kalau u olls nak tambah pewarna hijau....boleh!  Why not.  Nampak lagi meriah.

     
  5. Masukkan santan dan kacau likatan ini hingga sebati.  Jangan lupa masukkan sedikit garam untuk menstabilkan rasa. 

     
  6. Masukkan roti-roti kita ke dalam likatan cecair ini dan rendamkannya hingga meresap jauh ke dalam badan roti.  GITU!  Ayat macam iklan pencuci baju.

     
  7. Angkat roti itu satu persatu dan susun ke dalam sebuah tray steel.  Susunlah ikut suka hati u olls.  Kata Kak Edeh,  kalau u olls nak tambah buah-buahan kering seperti kismis,  prun ataupun kurma.  WHY NOTTT!  Ikut creativity u olls.

     
  8. Lepas itu,  lebihan likatan cecair dituang ke dalam tray berisi roti kita.  Biar mencecah cecah basahnya.  Gitu.

     
  9. Kemudian,  u olls boleh kukus dah.  U olls kena kukus jugak.  Kalau bakar tak sedap u olls!  Itu kena cari resepi lain.  
  10. Kukus selama 15- 20 minit.  Dan sedia untuk dimakan.  :)

    Sorry rupa dia tak berapa nak best.  Tapi rasa dia sedapppppppppppppppp!
Sekian sahaja resepi dari Kak Edeh untuk u olls semua.  Hope u olls akan mencubanya.  Love u olls!

ps/  Terimalah gambar Afiq and Sarra KINGKONG.


Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. terbaekkk!!simple n bhn2 pun senang didapati..harus dicuba roti kukus itu....hehehe..

    ReplyDelete
  2. wlpun kedah ngn penang xjauh awat kami xtau pn pasai kuah celok tu..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com