26.7.12

Jumie's POV : Kahwin Muda, Ibu Negara Paling Tak Sopan dan Hawker's Food Battle

Hello u olls,

A few things berlaku kat Melesia dua tiga hari ini.  Tak mau sentuh pasai hal-hal politik bulshit antara pemerintah dan juga para pembangkang.  Bukannya akak tak cukup patriotik,  tapi tidak mahu bercakap pasai benda yang akak tak arif.  Kita ni umpama timun,  depa tu semua durian.  Kita nak bergolek dengan depa,  last-last kita yang hanciuok.

Kahwin Muda





Gempar satu Malaysia pasai perkahwinan meriah satu pasangan muda kat Youtube.  Ramai adik-adik duk share kat wall akak "AKAK DAH TENGOK KE PERKAHWINAN MERIAH PASANGAN MUDA NI?   APA PENDAPAT AKAK??????"  tanya they olls semua.  Motif ramai adik-adik yang concern pasai benda ni?  Adakah kerana pengantin lelaki ini adalah kendu?

Apa pendapat akak?  Erm........................(tak tau nak kata apa)  

Ramai yang puji dengan keberanian depa dan ucapan good luck,  ramai pun yang duk kondem.  Biasalah,  banyak udang banyaklah garam. 
Akak telah merajinkan diri dan menggoogle pasai Undang-undang Perkahwinan Malaysia.  So inilah yang akak dapat  :

AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN


Seksyen 8. Umur minimum untuk perkahwinan


Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

[Pin. Akta A902:s.4]
Pencarian Kedua  :

You must be at least eighteen (18) years of age

No consent of parents or guardian is required if you are twenty-one (21) years of age and above.


If you are below twenty-one (21) but above eighteen (18) years of age, you must have the consent of your parents or guardian in Form JPN.KC01B (Written Consent To The Marriage For One Who Has Not Completed 21 Years Of Age) [1].
  • If such consent is not or cannot be given, you can apply to the High Court for the consent of the Court
  • No such consent is required if you have been previously married.
If you are a female sixteen (16) years of age and above but under eighteen (18) years of age, you can marry if you are able to obtain a special marriage licence granted by the Chief Minister in Form JPN.KC01D (Application For A Marriage Licence For Female Below 18 Years Of Age But Having Completed 16 Years) [2].
  • If you marry without a special marriage licence, your marriage is void
  • To qualify for a special marriage licence, there must be no lawful impediment to the proposed marriage and you must have the consent of your parents or guardian.
http://www.lawyerment.com/ - Malaysian Online Law and Legal Resources
Oleh itu,  ternyata di atas,  walaupun had minimum perkahwinan di Malaysia adalah 18 tahun.  Tetapi,  kalau nak kawen lebih muda dari itu,  kena mohon kebenaran daripada Mahkamah Syarie ataupun Mahkamah Tinggi.

So,  sapa-sapa yang tanya,  perkahwinan Syafiq and Yana ni sah ke tak. Pada pendapat akak,  mestilah sah u olls.  Takkan mak bapak dia tak buat benda-benda penting ni dahulu untuk melayakkan anak depa menikah secara sah mengikut undang-undang Malaysia.  Penari Karoot Komedi versi pompuan pun boleh....takkan surat mahkamah tak boleh buat?  Kan?

Janganlah duk mengata pasai kenduri depa buat besak apa semua,  pakai duit mak bapak,  bla bla bla.  Biar pi lah kat depa.  Alhamdulillah syukur family depa dua dua mampu buat majlis seumpamanya.  WHYYY NOT.

So,  itu sahaja pendapat akak iaitu perkahwinan depa sah (harapnya) dan akak doakan yang terbaik untuk depa dua.  Seronoklah pi sekolah boleh jalan pegang tangan,  cikgu tak marah u olls.




Kuala Lumpur,  (antara) Ibu Negara Paling Tak Sopan

Tahukah u olls baru baru ini Reader's Digest telah meletakkan ibu negara kita Kuala Lumpur,  Bandar Darul Hipster sebagai antara negara paling tidak sopan di dunia.  HA HA HA HA HA HA.  Sorry akak tergelak kuat.  Banyak orang yang marah dan tak suka dengan ranking ini.  Kurang sopan di sini bukanlah kurang sopan sampai pi maki muka orang tak pasai-pasai dan mengejek orang di tepi jalan.  Kurang sopan seperti mana yang diletakkan dalam kriteria pemarkahan pihak Reader's Digest merangkumi hal-hal dan perilaku tatasusila yang simple seperti senyuman,   ucapan terima kasih dan randomly menolong orang yang tak dikenali di tempat awam.

Kalau u olls baca artikel yang diterbitkan dalam Reader's Digest,  depa bagitau kata depa antar beberapa orang depa untuk mai buat test kat 35 bandar-bandar besar di seluruh dunia.  Antara 3 test utama yang depa buat adalah  :
  • Jalan belakang orang kat bangunan awam,  pastu tengok orang depan depa tu tolong tak pegang pintu agar orang belakang tak kena bertuh!  HAHAHAH...mesti depa banyak kali kena bertuh pintu masa kat Kuala Lumpur.
  • Depa pi beli barang kecik-kecik kat macam-macam kedai kat bandar KL dan tengok penjual tu kata 'Terima kasih" tak?  HUH!!!  Jangan kata penjual.  Akak nak tanya ampa semua (TAK SEMESTINYA ORANG KL SAHAJA YA) berapa ramai ampa semua kalau pi kedai makan,  pastu kakak waitress tu mai antar nasik goreng paprik kat depan ampa...ampa kata "Terima kasih kakak......" sambil tersenyum kat kakak/makanan tu?  HAAA!!  Akak pasti tak ramai yang buat macam ni.  Satu praktis simple yang akak memang buat dan akak perati,  ramai kawan akak tak dak feeling pun buat macam ni.  Bila orang mai antar makanan kat depan depa,  nenjia buat muka kekwat serupa macam depa bayak RM3500 kat nasik goreng bodo tu.  Please la......takkan ampa makan kat restaurant mewah baru ampa layak mengucapkan terima kasih kepada waiter.
  •  Depa pi kat tempat awam yang tengah busy dengan orang ramai,  dan depa buat buat macam kertas terjatuh.  And depa tengok berapa ramai orang yang mai tolong kutip kertas tu semua.  HAHAHAHAHAHAHAHAH!  Yang ni sah-sah orang KL tak berapa nak tolong.  Dalam satu kes polis yang benar-benar berlaku,  kakak sulong I pernah kena tampar secara random dan sadis oleh seorang sakit mental di tengah-tengah kota KL sampai dia terduduk jatuh di tepi jalan tapi takdak sapa pun mai tolong beliau untuk bangun semula.  Well.......kes itu lebih kurang 15 tahun dulu.  Tapi ada perbezaan ke sekarang?  U tell me.    
Dengan yakin,  akak berani mengatakan Penang tak sampai tahap tu lagi.  Tapi nilai nilai kesopanan tu dah semakin hilang i rasa......................................semua duk kejak duit,  diri sendiri,  duit dan diri sendiri.  Dan dah tak berapa pikiak dah pasai orang lain,  apatah lagi kepada agama lain,  bangsa lain,  jiran lain dan lain-lainnya.  Azan kuat sikit kena komplain,  orang Cina main mercun setahun sekali pun untuk raya depa kena komplen,  orang India nak kavadi pasang lagu kuat-kuat pun hanya boleh main lagu tertentu....ermm...macam-macam lagilah benda remeh yang sebenarnya boleh dipermudahkan dengan toleransi. 

At this point,  akak teringat ketika akak balik Tangkak for the first time dan pergi pasar di Bukit Gambir dengan mak mentua akak dan En.  Khafi.  SEMUA ORANG SENYUM KAT AKAK DI PASAR!  And akak pelik.....akak tanya kat En.  Khafi "Pasai pa depa semua senyum kat aku??"  Pastu En.  Khafi balas "Kalau hang tak senyum kat orang,  maknanya hang bukan orang sini!"

Kan......................................

Read here  :  http://www.readersdigest.ca/health/relationships/how-polite-are-we

Hawker's Food Penang Kalah dengan Hawker's Food Singapura
Dalam artikel dalam VirtualTourist.com, the write-up with a Los Angeles dateline titled "Travel Picks: Top 10 cities for street food",  Penang jatuh tempat ke 3 di belakang Bangkok dan juga Singapore untuk ranking tempat makan jalanan terbest di dunia.

Ramai orang Penang yang sangat hot dengan kenyataan ini dan mereka berkata "Ramai orang Singapore yang mai Penang semata-mata nak makan street food kat Penang yang way more sedap dan more murah,"  GITUUUUUU

Akak tak pernah makan kat Singapore,  so i tak tau la.  Tapi maybe kita kalah dengan depa dari segi kebersihan.  Kalau ikut pada skala kebersihan tempat-tempat makan jalanan antara Penang dan Singapore..........aiiiiyoo!  For sureee Penang jauh tertinggal la.  Singapore bersih dan bersistem.  Semua kedai makan jalanan ditempatkan di astaka berbumbung dan peniaga wajib mengikut kriteria kebersihan tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan depa.

BANGKOK.........tak payah cakap lah.  Street food depa memang best dan sempoi.  Bukan sahaja kerana pelbagai dan meriah,  peniaga makanan jalanan depa adalah sangat kreatif.  Bukan macam pasar malam kat Melesia ni,  sorang start meniaga kentang potong renda-renda dan bubuh mustard dan mayonis meleleh-leleh...nenjia mai minggu depan lagi tiga orang juai benda yang sama kat pasar malam yang sama.  OIII!!!!!!!! Kreativiti la sikit.

Kat Bangkok,  bukan sahaja makanan depa macam-macam,  malah pekedai depa bersih.  Dan paling akak suka adalah cara depa susun makanan kat kedai depa.  SANGAT CANTEK,  BERWARNA WARNI DAN SANGAT FOOD PORN!  Walaupun depa juai kerabu yang ada bubuh kumbang apa ka,  tapi tetap depa susun dengan cantek.

Sekian sahaja laporan daripada akak.  Komen dari anda amatlah di alu-alukan.

Love,
Jumie Samsudin.

3 comments:

  1. pasai kawin awai tu,nk buat mcm mana..dh sampai seru..jgn sekerat jalan rasa menyesai sdaaaa...bandar x sopan tu ..yes..memang xsopan...tgk cara org bwk keta ..mana ada reti nk bg signal pelbagai..hehe...pasai hawker food tu..yes..mungkin singapore bersih..tp hawker food dia xrancak mcm penang...sotong kangkung dia mesti xsdap..hehe

    ReplyDelete
  2. hawker food kat singapore mmg teratur sket dari penang... mungkin tu kot kriteria utama depa tengok...

    alaaaa... sepupu aku yang dok singapore pon at least 3 bulan sekali mai penang gian nak makan macam2 kat penang...hahaha... so, memang penang food mmg terbaek lah...

    senang ja nak beat singapore... kena upgrade sikit bab kebersihan... takdak astaka pun takpa, janji tempat tu memang clear dari sebarang anasir2 merapu2...

    ReplyDelete
  3. pasal kawin tu tadehal pun..kitorg blaja family law, mmg xde ape2 yg salah pun..KALAU LA ye pun bnde tu xsah, cuma dari sudut pandangan undang2 Malaysia je yakni sudut prosedur..Rasulullah kawin dgn saidatina Aisyah boleh je..asalkan rukun nikah dah lengkap, jalan je..lagi bagus dari dating pegang2 kat skolah khenzz..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...